Thursday, March 19, 2009

Pementasan Sirah Junjungan-Hari 1

18 Mac-Aktiviti biasa bila maid tak ada, pagi2 tentulah basuh kain dan kemaskan dapur. Sebelum keluar rumah, aku dah sediakan makanan untuk Papa. Kemudian ke opis dengan Aiman.

Di opis tiba-tiba tangan aku tumbuh jadi empat...hehhehehe....mana ada, kalau empat senanglah nak buat kerja. Capai itu ini, sekelip mata je dah siap. Esok aku minta Aiman pergi ke semua stesen tv untuk hantar video klip terbaru artis2 SNP. Hari ni kenalah siapkan semuanya.

Isnin lepas aku dah hantar ke TV3 tapi hanya untuk Wanita Hari Ini dan Malaysia Hari Ini sahaja, selebihnya Aiman yang akan hantar esok.

Aku ajak Papa makan tengah hari bersama-sama kat restoran aku hari ni. Semua kat SNP join sama, yang bunga-bunganya saja, entah ke mana staff2 lelaki hari ni.

Lepas tu Papa jumpa client, pergi driving range dan malam katanya nak ke kolam lagi. Dia tahu aku ada kerja sampai malam sebab tulah awal2 lagi dah atur aktiviti sendiri. Ala..kalau aku balik awal pun, Papa masih kat kolam juga.

Jam 4pm aku, D.J dan A.Z dah bergerak ke rumah boss. Siapkan barang2 boss dan kemudian terus ke Istana Budaya. Jam 615pm, boss buat latihan dengan pemuzik. Semalam waktu latihan tak semua pemuzik ada, sebab itulah sebelum show bermula, boss perlukan latihan dan buat `sound check'.

Aku tengah khusyuk menonton Sirah Junjungan......


Eh! Mana penonton lain, takkan aku sorang je. Heheheh..bukannya aku menonton Sirah Junjungan, aku tengah tengok boss buat latihan daaaa.....

Lepas latihan barulah boss disolekkan oleh Nurul Shukor. Eh siapa yang mekap siapa ni? Nak tengok??? (Boss jangan marah ya, dah minta kebenaran Nurul nak masukkan gambar ni dalam blog...heheheh)


Boss menunjukkan kepakaran untuk menyolek jurusolek ternama negara..cewahhh...Nurul Shukor.....


Hahahaha..ni solekan ke buat karakter mekap, watak Charlie Chaplin. Ada juga yang kata Nurul nampak macam Pak Haji yang jadi ayah kepada Cikgu Murni dalam filem Labu Labi.

Sebelum pementasan dibuka, pengarah Sirah Junjungan, Eirma Fatima (lately ni aku baca kat paper ejaan nama dia dah macam ni, typo ke atau memang sekarang ni dah guna ejaan Eirma Fatima. Cuba check paper, memang dah tulis Eirma Fatima tau...) berikan penerangan kepada boss di belakang pentas.


Eirma sedang memberikan penerangan kepada boss terutama tentang kedudukan keluar-masuk boss sewaktu pementasan.


Gaya boss untuk pementasan hari pertama Sirah Junjungan..pakaian biru turqoise rekaan Riezman Ruzaini.


Sekitar jam 8.45pm, pemnetasan bermula. Boss keluar-masuk lebih kurang 6 kali dengan satu persalinan saja. Kehadiran penonton sekitar 75%. Mungkin tak ramai orang yang mahu menghayati teater seumpama ini walhal banyak keberkatan yang dapat diperolehi daripadanya.InsyaAllah.



Boss sedang ditemubual oleh wartawan.

Tamat pementasan, boss menyertai rakan artis lain untuk sesi tandatangan dan bertemu peminat. Hampir 25 minit di situ sebelum pulang ke rumah.



Sesi tandatangan...ramai yang beratur mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan artis2 yang terlibat.

Selesai pementasan hari pertama, ada dua hari lagi.......

CANDID!!!!!


Hahahahahahah..mengisi masa di belakang pentas......

Selepas hantar boss balik ke rumah, aku janji dengan Papa pergi makan di gerai tomyam biasa, D.J dan A.Z join sama. Makan hingga kenyang...huh...nasi lagi. Alamak...gemukkkkkkk!

7 comments:

sitijune89 said...

Waaaaa Jelesnya june tgok picture candid kak zyee ngan kak ct...huhuhu comey2 gtu...Bile la agaknya turn june erk..huhuhuhu

zaffirazaini said...

haaa... cantik pun baju reizman ni.. FUUhh.. hehehe...

aduuhh.. tak sabonyer nak gi esok... sanggup tak balik umah kajang ni tau kak zie... tp ibu tau zaff gi.. keh3...=) Anak solehah... cewaahh!!

myra said...

Alaa comel nye korang berdua. Kak Zie, nak tanye. Siti punye show utk hari ape jek eh?

Anonymous said...

suke tgk gambar2 CANDID kak zie n DCT hehehe... TAJLENA

tuanpunya hati said...

hahahaha... lawaklah boss akak...tunjuk skill make up jurumekap dia.. hehe

akakm ida pun perasan nama erma fatima dh dieja eirma...

byknyer gambar candid!!!

Azwan Hashim said...

hahaha..lawak2..sempat lg boss KZ buat lawak yer..Nurul pn sporting!!
lepas ni Azwan nk tgk muka KZ plak dimake up oleh Boss!! Leh x? hehe..
mcner plak hasilnya..

Show hari kedua tadi memang best! Lagi2 bila Azwan dpt duduk betul2 dpn stage..memang puas hati..sedih bila time babak Rasulullah S.A.W wafat.
En.Mazlan yg jd narator tu lecturer Azwan kt UiTM..Vokal beliau memang tak dpt dinafikan sungguh mantap & berkesan..
Memang rugi bg mereka yg x tgk lg, betul kan KZ?

:: Feez_Mior :: said...

salam kak rozy..
wahh..comei kak rozy n kak ct tu..
fizah neh peminat kak ct taw..hehe
and i just bought the latest album from ct..
sedap layan lagu dlm album tuh..
hiks..kem slm cyg yek kak kak iti cyg tu..

nnt ade mase dtg laa jenguk fizahnye blog k? ♥