Wednesday, July 22, 2009

Getar..Debar...APM di Jakarta

Boss dah banyak kali mengatakan berat hatinya untuk ke APM di Jakarta. Gejala H1N1 tentunya membuatkan Boss teragak-agak untuk ke sana. Walaupun aku tahu peminat2 Boss di sana sudah rindu dan lama menantikan kehadirannya di negara itu, tapi aku tidak boleh berkata apa-apa. Cuma aku sekadar memberikan pandangan sahaja, mungkin APM dapat mengubat rindu peminatnya.

Papa juga nampaknya beberapa kali mengatakan tidak mahu ikut sama ke Jakarta. Aku hanya memikirkan semuanya sudah diaturkan, tiket, hotel dan juga sudah berjanji dengan penganjur Boss akan membuat persembahan di APM itu nanti.

Masa yang ditunggu-tunggu untuk ke Jakarta hampir tiba, Paul pula demam panas. Tak dapat ke Jakarta, Papa bersetuju pergi kerana Paul tak ada nanti. Aku dan Papa diberikan penerbangan pada hari Khamis (16 Julai) dan Boss dan suami pada 17 Julai. D.J ikut Boss menggantikan Paul. Di Jakarta, sudah disiapkan 2 teman bodyguard@teman untuk membantu kami.

Aku dan Papa menaiki penerbangan jam 4.15pm (Khamis) ke Jakarta, sampai di airport Jakarta, sudah ada wakil Global TV (penganjur di Indonesia) yang menunggu. Kami terus dibawa ke hotel. Rehat sekejap, aku dan Papa ke mall berdekatan, kemudian kembali ke hotel. Di hotel aku sudah berjanji bertemu dengan peminat Boss yang datang untuk mengambil barangan cenderamata Boss yang telah dikirimkan. Penuh juga dua beg aku membawa barang-barang mereka.

Bila tiba di Indonesia terbayanglah masakan padang kegemaran aku, peminat Boss itulah yang jadi mangsa membelinya. Kesian mereka, aku asyik telefon dari tadi bertanyakan nasi padang. Memang dah lapar sangat sebenarnya.

Bila peminat Boss sampai di lobi hotel, aku dan Papa naik ke bilik terlebih dahulu menjamah makanan yang dibeli. Kemudian barulah aku ke turun ke lobi hotel kembali untuk membawa barangan cenderamata Boss untuk diberikan kepada peminat Boss bernama Okie yang datang dengan 2 teman Sitizoner Indonesia.

Sempat aku berbual-bual dengan mereka sebelum mereka pulang. Malam itu, Dimas, bodyguard di Indonesia datang berjumpa aku dan Papa, berbincang tentang jadual Boss. Esok Dimas juga akan menjemput Boss di airport bersama wakil penganjur.

Aku sempat menghantar sms kepada Boss mengenai jadual kerjanya bermula esok di Jakarta sebelum aku tidur.

17 Julai- Mana mungkin aku lupa tentang tarikh ini. Jam 9.45am (waktu Indonesia), aku mendapat panggilan daripada Dimas sudah berada di lobi hotel untuk ke airport menjemput Boss. Aku diberitahu oleh Dimas tentang pengeboman yang berlaku di dua buah hotel di JW Marriot dan Ritz Carlton, Jakarta. Aku amat2 terkejut dan Papa yang sedang tidur juga terjaga.

Kami terus membuka saluran tv dan melihat `breaking news' tentang peristiwa bom ini. Aku teringat tahun 2003 yang lalu, 8 hari sebelum JW Marrot di bom, kami juga menginap di hotel berkenaan. Hari ini peristiwa yang sama berulang. Aku melihat siaran secara langsung yang disiarkan hampir di semua channel di Indonesia.

Melihatkan peristiwa yang menyayat hati ini aku menjadi beliau risau dengan keselamatan kami. Bagaimana pula dengan Boss nanti apabila mengetahui hal ini. Selain itu terfikir di kepala apakah APM tetap berlangsung? Aku menghubungi penganjur, tiada pembatalan katanya.

Aku dan Papa menunggu Boss di hotel, bila Boss hampir tiba di hotel, aku menyambutnya di lobi. Kemudian kami terus ke bilik Boss, berbincang tentang hal dan kejadian ini. Tv di sana terus-terusan menyiarkan perihal pengeboman itu.

Kami berbincang mengenai situasi tersebut dan kemudian penganjur juga datang memberikan jaminan, namun apa yang akan berlaku kita tidak tahu kerana semuanya kerja Tuhan.

Kami makan tengahari terlebih dahulu sebelum ke lokasi APM di JCC untuk menjalani latihan. Selepas tiga kali berlatih muzik dan juga sempat 20 minit bersama penari, kami pulang ke hotel.

Malam ini kami hanya di hotel, tidak berani ke mana-mana. Sempat juga menonton live band sebelum naik ke bilik hotel.

18 Julai-Setelah berbincang dengan Papa, kami mengambil keputusan untuk menukar masa penerbangan pulang ke KL lebih awal esok. Asalnya penerbangan aku dan Papa pada jam 6.45pm waktu Indonesia, sedangkan esok adalah hari lahir puteriku, Damia. Serba salah jadinya dan keselamatan diri juga membuatkan aku mahu pulang awal ke tanahair.

Alhamdulillah, tiket pulang awal bersama Boss ke KL esok telah ditempah. Hari ini Boss ajak kami ke mall dan makan tengah hari di luar. Aku tinggalkan Boss dengan yang lain2 kerana aku dan Papa hendak ke mall yang berbeza membeli beberapa keperluan terutamanya hadiah Damia.

Bila dah dapat barang2, aku terus bersiap2 di bilik dan kemudian ke bilik Boss. Jam 7malam, Boss sudah bersedia di belakang pentas, kemudian berjalan di red carpet bersama suami. Apabila APM bermula, Boss duduk di hadapan pentas dan Boss juga menjadi penyampai anugeah. Kemudian Boss ke bilik di belakang pentas untuk salin pakaian bagi menjayakan persembahan. Boss menyanyikan lagu Cindai dan Di Taman Teman.

Malam ini rezeki Boss apabila mendapat dua anugerah APM iaitu Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular. Selepas acara, suami Boss ajak kami makan di sebuah hotel. Lepas makan kami terus pulang ke hotel penginapan. Huh! Banyak barang yang perlu dikemas. Nasib baik dah standby dua buah beg. Kalau ke Indonesia, kena selalu bawa beg extra...shopping di sini mungkin lebih murah dari di Malaysia.

Selepas mengemas..tidur..yeayyyy..esok balik!!!!


Boss sedang menjalani latihan.


Boss dengan dua persalinan di APM di Jakarta.


Aku sempat bergambar dengan Taufik Batishah


Boss dan Yuna di lobi hotel


Boss dikerumuni peminat dan bergambar bersama Sitizoner Indonesia.

8 comments:

Anonymous said...

Salam...Alhamdulillah KZ & suami, DCT & DSK serta semua warga SNP dan yang lain2 selamat semasa berada di Indonesia...risau gak bila tengok berita kat TV ni pasal pengeboman di hotel tu...tahniah buat DCT sbb dpt 2 anugerah pada mlm APM tu...tak sia2 promo kat SZ skit2...juga mengundi sekali...terima kasih buat szoners yg bagi kerjasama mengundi utk DCT kita ni...tak kira lah dari mana anda berada...hehe...zamrie79

Anonymous said...

salam kak Zyee....

alhamdulillah semua berjalan dg lancar kan kan...waduh...waduh kenapa aku yang jadi mangsa ahahha tak palah best cari2 restoran padang malam2 sesuai dg permintaan lauk ...upsss bang ayie maaf ya jgn marah lambat bawak makan ...cian dah pada lapar kan..
best lah kita ngobrol kan dg RM1K?? hahah kan jd salah paham sampai badan ni terpukul tgn kz huhu sakit tau kuat bgt seh..
oh yah btw mukena nya ok tak?? lain kali kita ke bLOK M sama2 lah jadi boleh pilih model heheh..
alhamdulillah bozz menang dapat 2 anugrah kan yeay..yeay...

salam dari jakarta
Okie

idasm said...

salam kak zyee
syukur alhamdulillah semuanya selamat. Risau sungguh dgn kejadian bom itu.
Tahniah buat boss akak atas kejayaan menggondol 2 anugerah. memang boss akak yg paling layak. Syabas!!!
wah.. byk shopping ye kak... hehe..

Anonymous said...

Syukur semuanya selamat, dan tahniah untuk Datuk Siti/Boss dapat 2 award2 tu. Peminat masih utuh menyokong Siti !

Anonymous said...

"ALHAMDULILLAH..SEMUANYA SELAMAT..DAN PALING HAPPY DENGAN 2 ANUGERAH BOSS...hihi..MMG LAYAK!!TAHNIAH PA NYA GAK YA!!! hehe.."

cTeey_yANt
SZ@GANU

Anonymous said...

Syukur jgk sbb Cik Puteh & Peja pon slmt sampai ke s'pore walaupon kami ketinggalan flight pd hari yg Boss & kak zyee balik hehe...eh foto Boss bersama zoners Indonesia tu ada 2 zoners yg tersesat dr s'pore lah kak zyee haha...niwae makasi ya kak zyee atas ucapan b'day utk Cik Puteh sedaranya Cik Hitam hehehe...

arieda salsabella said...

syukur segalanya selamat..
masa dapat tau tentang pengeboman tu..risau gak..apapun tahniah kat boss dapat 2anugerah tu...

shaliza said...

salam...

wah,,, berkat kerja keras kak zyee dan boss... semuanya berjalan lancar dan boss pun menang 2 anugerah pada malam tu... yeyyyy!!!

barangan snp pesanan sampai 2 bag besar? waduh waduh... mabruk deh mabruk... :)
thanks ya kak zyee dah bawa semua pesanan kami... hehe... :)

salam dari cairo,
samhah.
^_~