Monday, September 7, 2009

Rakaman Konsert Sesuci Lebaran

20 Ogos-Pagi ni aku, D.J, A.Z dan Saida ke rumah Boss terlebih dahulu kemudian kami sama bergerak ke Studio Greencow di Damansara. Latihan untuk rakaman Konsert Sesuci Lebaran terbitan SNP untuk siaran Muzik Aktif ini bermula jam 12pm. Coda pun dah bersedia di lokasi. Aizat dan Sairah hanya dapat datang jam 2pm.

Sengaja aku menampilkan kesemua artis SNP dalam acara ini kerana masing2 mempunyai material/single yang perlu diberi promosi. Sekurang2nya penonton dapat juga mendengar lagu2 mereka ini di kaca tv kerana agak sukar mempromosikan lagu2 artis baru di radio sekarang ini.

Aku juga tidak tahu di mana silapnya, rasanya aku dah berusaha semampu yang mungkin. Sekarang ini Achik, PR baru SNP akan membantu aku dalam urusan radio. Harapnya selepas ini segalanya akan lebih mudah lagi.

Selepas latihan, makan tengahari dahulu dan jam 2pm disambung lagi sehingga jam 430pm. Sementara kesemua artis berehat dan disolek, aku berjumpa dengan H, dia menghantar cd artis2nya padaku. Aku titipkan barang kepadanya. Tapi H tak dapat beri hari ni dan ditangguh ke esok hari pulak katanya.

Jam 7am, penonton/peminat sudah mula sampai. Jam 845pm barulah rakaman bermula dan habis agak lewat sekitar jam 12am. Boss ada wawancara dengan pihak media selepas acara. Aku balik bersama teman dan juga Saida. Tak larat sungguh malam ni, sepanjang dalam kereta aku senyap sahaja, sampai teman aku pun hairan. Katanya itulah kali pertama tak dengar suara aku bercakap. Entahlah, malam ni aku memang penat.

Sampai di rumah, basuh muka dan tidur. Tak larat.

Semoga cepat sembuh ya..dah dapat bekalan ubat tuh.



4 comments:

zaffirazaini said...

green cow?? green cow?? oooo... dah tak nak dah..... =)

Anonymous said...

hehe...tak dpt nak pegi masa rakaman nih...bila ek di tayangkan kat tv masa raya nanti...tau ke...huhu...zamrie79

Anonymous said...

akan di tayangkan pada raya pertama jam 9pm di saluran 180 astro - muzik aktif

Anonymous said...

Dapat maklumbalas peminat tak? Tempat ni jauh dan tiada surau. Eloknya di masa hadapan rakaman di tempat lain.