Monday, September 7, 2009

Ulangtahun Perkahwinan Boss ke-3

21 Ogos-Oleh kerana keletihan semalam, aku agak lewat ke opis hari ini. Aku juga tak sertai D.J dan A.Z yang menemankan Saida untuk satu wawancara bagi program Muzik Aktif di Bangsar. Di opis juga aku harus menyiapkan segalanya yang berkaitan album Tahajjud Cinta hari ini.

Petang tadi Boss dah ingatkan aku tentang majlis doa selamat di rumahnya malam nanti. Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan Boss yang ke 3. Mmmm..cepatkan masa berlalu. Moga Boss terus diberikan kebahagiaan bersama suami sampai bila-bila.

Menyelak tirai nostalgia pada tarikh ini 3 tahun lalu, sukar untuk aku gambarkan situasi aku waktu itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semuanya kutanggung seorang diri, hanya Allah Maha Mengetahui. Selepas 3 tahun, Alhamdulillah, aku bersyukur atas apa yang telah dikurniakan, rahsia Allah memang aku tidak pernah tahu. Namun kurniaan yang kuperolehi hari ini jauh dari apa yang aku jangka, bersyukur padaMu Ya Alah.

Boss adakan solat Maghrib, Isyak dan seterusnya Terawih di rumahnya malam ini. Aku tidak berkesempatan ikut sama. Aku tiba agak lewat. Mak mertua aku memang ada di rumah Boss. Sampai saja aku di rumah Boss, mereka sedang memotong pulut kuning tanda kesyukuran.

Selepas itu barulah aku bertemu para tetamu dan rakan media yang hadir. Boss ajak aku bersembang sambil wawancara denan rakan2 media yang datang malam itu. Lama jugalah perbualan kami. Selepas selea semuanya, aku minta diri untuk pulang ke rumah.

Sampai di rumah, aku siapkan hidangan untuk bersahur pagi nanti. Sempat tidur sekejap saja. Bangun jam 4.30am, panaskan lauk pauk dan bersahur. Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi tahun ini. Bulan yang begitu akrab dengan aku pada detik2 derita melingkari hidup beberapa tahun lalu.

3 comments:

zaffirazaini said...

hmm... tarikh ini 3 tahun yang lalu... memang punya banyak kisah dan cerita. memang amatlah berat mata memandang apatah lagi untuk bahu yang memikul bukanlah kepalang... namun bila kita menoleh kebelakang, kini kita mampu untuk tersenyum bila terkenang...

Anonymous said...

ermm...tarikh 21 Ogos ni memberi kenangan...dapat gi tengok live DCT kawen kat mesjid wilayah...juga masa majlis resepsi 28 Ogos di KL Convention Centre...semoga kekal ke akhir hayat DCT & DK...hehe...zamrie79

Anonymous said...

iye, sangat berat emosi ketika itu, tapi yang hampir dgn "boss" lagi berat menanggung. Semangkuk airmata berguguran bila tengok dia selamat bernikah. Yang nasib baiknya "boss" ni orang yang tough. Kalau wanita lain belum tentu bertahan macam sekarang. Tahniah pada "boss" di atas ketabahan dia dan DK.