Boss datang ke rumah lamanya di Cheras hari ni, emak mertuaku pun ada sama. Singgah kejap sebelum aku dan Saida kembali ke opis.
Selepas waktu opis, aku dan Papa ada urusan, Ali juga ikut serta. Selepas selesai, aku rasa macam sakit2 pula. Iskhhhh.
Malam temankan Boss ke tempat latihan lagi. Balik tu macam biasa aku, D.J dan A.Z singgah makan di NN.
10 April-Pagi ni aku dan A.Z ke rumah Boss. Aku temankan Boss untuk urusannya, bila selesai Boss ajak ke Mid Valley. Aikkk..ni perancangan last minute ni. Diundang makan2 dengan suami Boss dan client.
Lepas makan, Boss ajak shopping apa yang patut. Lama dah aku tak shopping sebenarnya, berkesempatan jugalah capai 2, 3 baju.
Petang ni hujan, tapi aku dan A.Z hantar Boss balik ke rumah dulu dan kami balik ke Cheras. Walaupun hanya ada masa kurang sejam je lagi kami harus berpatah balik ke rumah Boss semula, tapi aku memang nak balik juga, kena selesaikan hal di rumah dulu.
Lepas Maghrib, aku, D.J dan A.Z ke rumah Boss dan kemudian terus ke tempat latihan tarian. Malam ni kira malam terakhir Boss berlatih dengan para penari. Sementara Boss berlatih, aku sempat ke mall berdekatan mencari barang keperluan untuk ke Genting esok.
Balik tu, singgah makan di NN lagi. Sampai di rumah mata amatlah mengantuk tapi aku kena gagahkan juga untuk kemaskan barang2 nak ke Genting esok. Letih lain macam je malam ni....sambil kemas tu berfikir, sempat tak kalau aku kemas esok pagi je? Macam biasa...bungkang tidur.Tak sedar dah!
11 April-Kena bangun awal, banyak benda nak dibuat ni. Pertama sekali masak sarapan pagi, bila dah siap, aku agihkan barang2 dapur/makanan/pinggan mangkuk/kuali segala yang nak dibawa ke Genting.
Tugasan seterusnya, kemaskan baju anak2, letak dalam 1 beg. Mandian, susu dan lampin pula dalam 1 beg lain. Siap! Lepas tu kemaskan pakaian aku dan Papa pula, keperluan2 lain juga pastikan tak tertinggal. Ok jam 1030am, siap!
Arahkan anak2 semua mandi dan pakai pakaian tebal. Aku dan Papa juga bersiap. Singgah di kedai runcit ambil barang2 yang aku order pagi tadi. Bawa masuk kereta dan teruskan perjalanan ke Genting.
Sampai di Genting, bilik tak boleh check in lagi. Ajak anak2 ke Arena Of Stars untuk tengok emak2 sedara mereka berlatih. Mula2 latihan Saida dan Sairah sebagai penyampai anugerah, lepas tu latihan Boss pula untuk persembahan.
Lama juga di sini, anak2 dah lapar, Boss dan Saida pun datang bawa anak2 mereka. Ajak makan tengahari dulu di kawasan Theme Park supaya anak2 tak meragam, kemudian masuk ke Arena Of Stars semula.
Jam 4.30pm, aku minta Papa, Saida dan anak2 check in tempat penginapan kami dahulu. Aku temankan Boss di Arena Of Stars (AOS). Latihan kali pertama, audio tak ok. Latihan kali kedua pun audio tak ok. Rehat kejap kemudian latihan ketiga barulah ok.
Boss tak berapa puas hati dengan latihan tadi dan kami tunggu sampai semua selesai menjalani latihan dan kemudian Boss buat latihan sebanyak 2 kali lagi.
Selesai latihan hantar Boss ke bilik hotel dan aku, D.J dan A.Z kembali ke apartment. Sempat lagi aku masak mee goreng untuk makan malam. A.Z pun memang lapar dari nanti.
Saida bersiap2 sebab malam ni dia dan Sairah harus berada awal di AOS. Jam 7.45pm, kami dah berada di AOS. Saida dan Sairah buat latihan awal sebab mereka adalah penyampai anugerah yang pertama bersama Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah.
Boss sampai bila nak sampai gilirannya untuk buat persembahan, malam ni tak ada masalah, harap2 esok pun ok. Boss hanya risaukan stamina kerana lagu Di Taman Teman tak mudah nak dibawakan kerana muziknya agak laju dan Boss juga pada masa yang sama harus membuat pergerakan dan menari.
Lepas `full dress rehearsal' hantar Boss balik ke bilik hotel, aku dan D.J balik ke apartment. Semua lepak dalam apartment saja, layan tv. Anak2 punyalah susah nak tidur, berubah tempat agaknya. Tapi mata aku memang tak tahan mengantuk, hampir jam 130am, aku lelap. Sejukkk..sejukkkk.
12 April-Punyalah awal aku terjaga hari ni. Aku ni dahlah alah sikit dengan cuaca sejuk, jadinya tidur tak berapa lena. Bangun tidur, aku terus masuk dapur dan masak sarapan pagi. Goreng mee, buat roti sardin telur, nugget, ayam goreng dll.
Tengah menggoreng, Boss telefon, awal juga dia bangun. Bila Boss tahu aku dah siap masak, dia pun nak makan di apartment katanya. Hahahaha..jenuhlah aku kejutkan semua orang bagitau Boss n family nak datang makan.
Hahahaha..kelam kabut semua tunggu nak masuk bilik air. Bila Boss sampai, jamulah apa yang ada. Bekas makanan dan pinggan mangkuk pun semuanya plastik saja. Gelas pun tak cukup, seadanyalah ya. Lagipun memang bawa barangan plastik je dari rumah supaya tak pecah dalam perjalanan.
Sambil Boss bersarapan, yang lain2 bersiap2 nak keluar lepas ni. Semua berjanji nak ke Theme Park. Boss naik kereta, kami jalan kaki, aduhai ingatkan dekat je..bila dah mendaki bukit rasa jauh sangat. Tak pasal2 buat senaman jalan kaki di pagi hari.
Kami ambil pakej permainan oudoor dan indoor. Put'a geng dengan anak2 Saida dan anak2 Boss, jadinya dia buat hal sendiri. Aku layan Damia dan Nabil. Lepas penat bermain outdoor games, kami ke tempat indoor games pula. Jalan2 je sebab tak larat dah.


