Tuesday, April 7, 2009

Juri AF7

3 April- Jam 7am aku, D.J, Saida dan A.Z ke rumah Boss. Kepala aku macam tak berapa ok, aduhai nak kena migrain lagi ke ni? Sekarang ni aku memang selalu diserang migrain, memang bimbang juga sebab kerja dah mula banyak ni.

Jam 830am, bergerak menuju ke Akademi Fantasia. Dalam perjalanan, perut aku pula meragam. Berhenti kejap di R n R, Awan Besar.

Sampai di AF, Boss sempat tandatangan album Lentera Timur untuk diberikan kepada para pelajar. Cikgu Siti Hajar ada bersama, pihak Astro juga beri penerangan tugasan Boss hari ni.

Lama juga Boss dalam AF, dari 10am sampai jam 1215am. Sepanjang dalam AF, Boss memberi tunjuk ajar kerana tugasan mereka dalam konsert minggu ini adalah lagu2 Boss. Lebih mencabar, para pelajar lelaki pula yang menyanyikan lagu2 Boss nanti.

Kepala aku makin lama makin pening dan bertukar jadi sakit. Pagi tadi aku dah standby makan 2 biji panadol tapi aku rasa sakit ni akan melarat. Bila dah tak tahan sangat, aku terus ajak A.Z cari klinik yang berdekatan. Tak tahan sangat, aku muntah2 pulak. Rehat dulu dalam kereta kemudian barulah join semula Boss kat AF.


Boss sedang tandatangan album Lentera Timur untuk pera pelajar AF7

Gambar ni D.J ambilkan masa aku pening sangat.....waktu ni Boss sedang ditemubual di bilik para pelajar wanita AF7.

Ni gambar aku pening masa lepas je balik dari klnik, masa ni Astro Awani sedang tembual Boss


Pose untuk majalah Aksi AF dan Intrend


Saida, Boss dan Sarimah



Kenangan team SNP di AF


Aikkkk.... pening pun sempat pose

Lepas je habis di AF, kami semua ke Butik Riezman Ruzaini kerana Boss nak `fitting' baju untuk acara gala dinner F1 malam nanti.



Inilah baju yang Riezman Ruzaini siapkan untuk Boss.....simple saja sebab Boss hanya datang sebagai tetamu dan tidak membuat persembahan.


Selesai di butik, Boss ajak makan tengahari kat restoran aku, kebetulan memang dah berada di kawasan berdekatan. Lepas menjamu selera, barulah kami hantar Boss balik.

Tak sabar menunggu malam ni, Papa balik dari Jakarta. Yeay!!!!


4 April-Hujung minggu macam biasa bangun awal siapkan sarapan. Hari ni macam malas je nak masak makan tengahari, saja nak ajak Papa keluar makan.

Bila Papa dah bangun, dah sarapan, kami anak beranak pun bersiap2. Destinasi pertama, cari klinik dulu, Damia luka2, gatal2 kat kaki. Budak2 kan suka garu dan luka, garu lagi...susahlah nak baik.

Lepas ke klinik, akhirnya kami makan kat restoran aku saja, lepas tu beli2 barang rumah dan balik.

Kemudian aku, D.J dan A.Z ke rumah Boss, malam ni ada konsert AF7, Boss jadi juri. Sampai di Dewan Seri Putra tempat konsert berlangsung, Boss ditemubual dan ada penerangan oleh pihak Astro kepada juri2.




Di belakang pentas sebelum konsert AF7 bermula

Lepas konsert tamat, Boss singgah untuk sidang media sekejap, kemudian terus balik.



Tumpang bergaya di meja panel sidang media

Nak komen konsert???? Tak perlulah ya, nanti blog ni tersasar pulak jadi tempat review konsert. Sesekali bolehlahkan...sekarang tak mahu lagi, lagipun banyak benda nak cerita lagi ni. Hehehhe.

5 April- Hari minggu. Hari cuti2 bersama keluarga. Ajak Papa pergi Tesco Ampang, itulah pertama kali ke sana. Ramai sangat orang, nak membeli belah pun tak selesa. Lepas beli barang, ajak Papa dan anak2 makan di Restoran Asam Pedas Linda Onn. Boleh tahan juga rasa masakannya.

Hari ni asyik hujan je, Papa pun takde mood nak bawa berjalan jauh, sudahnya lepas makan balik ke rumah saja.

6 April- Pagi isnin, jalankan tugas seperti biasa, permulaan hari sekolah anak2 memang akan lebih sibuk sejak subuh lagi. Migrain menyerang lagi, aku mula risau sebab lepas ni kena pergi ke rumah Boss.

Tugasan Saida hari ni dibantu D.J dan Aiman. Saida menjayakan peragaan di depan DYMM Permaisuri Agung anjuran Berita Harian sempena ABPBH. Pakaian Saida direka oleh Nazreen Idris.

Aku minta A.Z ambil aku di rumah, tak tahan sangat pening kepala. Singgah di klinik berdekatan rumah Boss dan beli ubat. Telan ubat lagi, Alhamdulillah lega.

Temankan Boss ke Hotel Istana untuk `sound check' bagi persembahan Malam Wartawan Malaysia. Sekitar jam 3pm, selesai sound check dan kami terus ke bilik hotel.

Jam 8.15pm, Boss turun ke dewan tempat persembahan berlangsung, sampaikan 3 buah lagu di depan Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato' Seri Najib dan isteri. Selesai di situ, aku dan A.Z hantar Boss untuk dinner dengan suami serta rakan di Pavillion.

A.Z tunggu Boss dan aku dijemput 2 rakan, pergi makan2 dan balik. Letih sangat malam ni..tidur.

6 comments:

zaffirazaini said...

lagu tema kali ni... "Pening" dari M.Daud Kilau dan Ezlynn...

huhuhu... Take care kak.. =)

arieda salsabella said...

ala..ciannya kat kz..dahlah tgh bz..dtambah ngan pening pulak..
asyik telan ubat je kan...apapun ida doakan semoga lepas ni xkena migrain lagi..take care ye

Ctea Fairuz said...

Salam Kak Zyee.....Kak Zyee mmg dari dulu ade migrain ke? dah berapa tahun?esti zaman2 SPM kan?hehehe. Tapi org yg ade migrain ni susah nk baikkan?

Ape2 pun makan ubat ye Kak Zyee....kerje kerje jugak..kesihatan tu pun penting untuk menjalani kerja2 yg akan mendatang

=)

Azwan Hashim said...

Cian KZ..yg penting pening mcm mana pun tetap pose dpn camera..bagus3 semangat itulah yg kita cari!hehehe..

Take care KZ..

Teringat iklan uphamol- 'Adoi sakit kepala" =)

Anonymous said...

sy pon penah kene pening mcm tu smpi telan 6 to 8 panadol extra lagi pon susah nak baik...

so ni nak share ckit psl pening ni dgn kak zie tu pon kalo kak zie serasi dgn tips ni.. cuba kalo pening2 mcm tu amik 2 biji panadol extra kan pastu minom dgn air 100 plus kalo bole yg rase lemon nye kalo takde rase original pon tkpe... cewah sy ni mcm doctor la plak hehehe

sian kak zie ni tau kalo sy ade bersama kak zie kan sy urutkan kepala kz tu sbb sy ni bole tahan pandai ar cari angin2 yg dudok berkumpol kat kepala tu... puji diri sendiri plak sy ni hehe cuma kene tahan sakit la tp kalo betol2 pening mmg rase sedap bile da diurutkan oleh tangan sy tuh... promote lagi tangan sendiri heheh ape2 pon kak zie jgn kurang tido k n take care tau... TAJLENA

idasm said...

salam kz, cian kat akak... lately nih.. migrain selalu ganggu akak kan... akak mesti cukup rest dan jgn tension sgt tau... take care yea...