Thursday, April 9, 2009

JTL TV3

7 April-Sepanjang hari di opis saja tapi sesuatu yang menggembirakan adalah hari ni dapat tahu dari SRC, album Coda yang berjudul `Retorik Bunyi' dah mula beredar di pasaran sejak semalam, 6 April.

Aiman pergi ke SRC hari ni untuk ambil album promosi Coda yang akan dikirimkan ke semua stesen radio dan juga pihak media. Harap album ni diterima baik dan Coda dapat mengumpul para peminat mereka sendiri.

Balik kerja singgah di NN dengan D.J dan Aiman. Baru lepas pekena secawan teh o, Papa dah datang menjemput aku. Ada urusan dengan Papa sekejap, sebelum balik ke rumah.

Baru je plan nak mandi, A.Z dah sampai. Aku, D.J dan A.Z ke rumah Boss, malam ni ada latihan tarian untuk ABPBH.



Suasana semasa latihan Boss dengan penari dan koreografer Pat Ibrahim. (Boss tiada dalam gambar...surprise!!!!)

Latihan start jam 8.30pm sampai jam 11pm. Perut memang dah berkeroncong sebab petang tadi aku tak sempat nak mengalas perut. Balik dari hantar Boss, aku, D.J dan A.Z serang gerai tomyam dan makan dengan kenyangnya.

Lepas makan, masing2 rasa mengantuk, amat jarang sekali kami akan merasai benda yang sama pada waktu yang sama. Dalam perjalanan balik ke rumah, masing2 dah terbayang katil, tilam dan bantal.

Sampai ke rumah, aku jenguk bilik Put'a dan Nabil. Tiba2 aku nampak Put'a masih tak tidur lagi, dia pun terkejut bila nampak aku masuk ke bilik. Eh....dia menangis rupanya. Hairan juga aku.

Aku: Mengapa Put'a nangis?
Put'a: (dalam keadaan terkulat2): Tadi kita dah tidur, pastu kita terjaga.......
Aku: Yelah..ngapa nangis?
Put'a: (masih terkulat2 cari jawapan): Kita....kita....takutttttt
Aku: Ler..takut apa?
Put'a: Kita takut, Nabil dah tidur, kita tak boleh tidur.
Aku: Ala...Nabil kan ada kat sebelah tu, takyah takutlah, tidur je..baca Al-Fatihah dan 3 Kul.... Put'a: (Sambil mulut terkumat kamit, dia menarik selimut dan tutup muka......) Ok.

Itulah Put'a yang penakut. Dia ni memang amatlah penakut, kalau adik dia takde, dia sanggup berjaga sampai adik dia masuk tidur dengannya. Kalau nak minta tolong dia naik ke bhgn tingkat atas rumah untuk ambil apa2, jangan haraplah...dia penakut, kalau paksa juga, dia akan ajak Nabil ikut.

Alahai anak omak!

8 April-Jam 11am, aku, D.J, Saida dan A.Z ke rumah Boss. Hari ni Boss ada rakaman program Jangan Tidur Lagi di NTV7, Glenmarie, Shah Alam. Saida dan Sairah dijemput sekali untuk memeriahkan program.

Sampai di NTV7, kami dijamu makan tengahari terlebih dahulu. Kemudian Boss mula mekap, Saida juga kemudian barulah Sairah sampai. Sambil mekap, sempat juga pergi `sound check' dengan pemuzik.

Jangan Tidur Lagi musim baru hanya menampilkan Adlin sebagai host. Soalan2 yang ditanyakan kepada Boss juga santai dan aku suka dengan pertanyaan2nya. Di luar dari lingkup pertanyaan biasa.



Nabil sempat bergambar dengan Boss semasa `sound check'.


Artis2 yang terlibat salam JTL bergambar kenangan, Boss, Ferhad, Adlin, Sairah dan Saida


Gaya Boss untuk tampil di Jangan Tidur Lagi TV3

Boss juga menyampaikan lagu Biarlah Rahsia dan Seindah Biasa secara medley dan juga lagu Di Taman Teman sambil bermesra dengan penonton. Ada juga `followers'' blog ini yang dikacau oleh Boss dan disuruh menyanyi.

Selepas rakaman tamat, kami terus ke Pavillion kerana Boss ada janji dengan client dan suami di sana. Aku tak join perbincangan Boss dengan client kerana belikan barang Boss. Aku, D.J, A.Z dan driver suami Boss, F, sempat lagi makan di `food court' di situ.

Jam 8.50pm, kami bertolak pula ke tempat latihan tarian untuk ABPBH. Iszal dari Butik Citra juga bawa baju Boss untuk persembahan ABPBH untuk `fitting'. Sambil tu Boss cuba juga pakai baju itu semasa berlatih menari bagi mencari kesesuaian.

Aku, Saida dan Sairah ada pertemuan dengan penerbit dan komposer A untuk membincangkan pasal album duo mereka. Curi masa waktu Boss sedang latihan, kami buat meeting di restoran berdekatan.

Lepas latihan hantar Boss ke rumah dan jumpa dengan emak mertuaku yang bermalam di rumah Boss. Jumpa, borak2 kejap dan balik ke rumah. Tiap malam pun akan rasa mengantuk sangat...jarang aku tidur awal. Sekarang ni sampai rumah, buat apa yang patut terus bungkam tidur.

Perkembangan yang baik??? Ya..sempat aku payah nak lelap mata awal.

8 comments:

arieda salsabella said...

wah..bz bebebor kz sekarang ni yea..kali ni xde magrain lagi kan..alhamdulillah..senang hati kami yang membaca blog ni..
Bila ek JTL tu..xsabar nak tgk ni..apatah lagi DCT nyanyi lagu Seindah Biasa..lama xdengar DCT nyanyi lagu tu..kali terakhir dengar live masa DCT nyanyi kat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,tahun lepas..
Huhu..kelakar baca kisah Put'a..ingatkan menangis sbb apa..rupanya takut..heheh..

zaffirazaini said...

alalalala... comeynyer put'a.. penakots?? seperti ibunya juga??

haa.. satu pengakuan yg amat terbuka... oooo... sebelum nih punyalaahh tak mengaku takut... berani sangat... keturunan tun teja laa... hahaha.... =p

Anonymous said...

berlatih menari... suprise ni hehe tk sabor nak tgk dct nanti di ABPBH... tks for info yer kz.. alahai sian nyer put'a takot yer... meh akk temankan meh hehehe TAJLENA

Azwan Hashim said...

camner put'a nak jd hero ni..hehehe..
ni mesti kes bnyk tgk citer hantu kan KZ? =)

KZ & Kak Siti busy wat persiapan utk ABP la sepanjang minggu ni kan.. kita jumpa kt genting ek! =)

quratwo said...

salam2...tumpang tanye Lentera Timur tu x diedarkan kat indonesia ke?
ramai org sane carik x jumpe..sudahnye ramai yg download free2 kat gudanglagu.com...buat la show kat trans lagi..ape kate cube try duet dgn Anggun C.Sasmi..perghhh mesti mantap...

idasm said...

salam kz, alahai anak emak yg sulung penakut rupanya... mmm.. ida pun ada seorang adik lelaki yg macam ni. cuba biasakan dgn semangat besi (apa-apa objek besi yg safe utk dia pegang) sewaktu tidur dia... insyaallah boleh atasi.

sharifah afizan said...

salam Kak zee

please smpaikan salam Tahniah kat Boss eh....sebab kekal sebagai Penyanyi Paling Popular 12 tahun berturut-turut. Love DSN always!! ;)

Anonymous said...

Tahniah pada Siti. Tahniah pada PA nya yg cemerlang menguruskan hal2 Siti dari dulu hingga sekarang. Disebalik seorang yg hebat macam Siti, sudah tentu PA nya seorang yang LAGI HEBAT. Tahniah. Sebagai peminat kita tumpang gembira dan tumpang bangga. Bukan mudah dunia yang korang terokai itu.
-unomi-