Friday, May 29, 2009

Latihan konsert

Boss dan designer sedang berbincang waktu di Jakel.

Boss dengan koleksi kain Jakel yang sudah dipilih bersama designers.

Boss bergaya dengan kain-kainnya.


Hahahah..gambar ni saja nak enterframe.


Langkah kaki Boss sewaktu latihan menari. Nak full? Tunggulah...


25 Mei-Pagi ni aku ke opis macam biasa. Keluarga Boss ada meeting dan aku siapkan apa yang patut di opis. Bila meeting selesai, Boss ajak semua makan kat sebuah restoran Yong Tau Foo di Ampang.

Pada mulanya aku tak nak join sebab memang aku tak makan Yong Tau Foo tapi Papa ajak juga sebab bukan senang nak berkumpul semua adik beradik. Kali ni ketujuh-tujuh adik beradik Boss ada, dan aku pun join sekali. Tapi aku tak order makanan di restoran sebelah, alamak nasi lemaknya macam nak basi je. Aku tak lalu nak teruskan makan. Kemudian aku order nasi goreng pula kat restoran Thai yang bersebelahan.
Lepas makan, mak mertua dan keluarga Abang Lizan terus pulang ke Kuala Lipis. Aku, Papa, Boss dan Saida singgah sekejap di tempat latihan menari kerana itu hari pertama semua penari yang terlibat dengan konsert SATU berkumpul.

Boss bagi ucapan sikit, dan berkenal-kenalan kemudian kami hantar Boss balik ke rumah.

26 Mei-Hari ni macam biasa bertungkus lumus di dapur dulu kemudian barulah ke opis. Kemudian ambil Boss di rumah dan terus ke tempat latihan menari kerana ada perjumpaan dengan 3 orang pereka fesyen yang akan terlibat membuat persalinan Boss dalam konsert nanti. Yang hadir Amir Luqman dan Riezman tapi Michael Ong ada hal lain.

Perjalanan show diterangkan kepada mereka satu persatu, setiap segmen ada rekaan baju tersendiri dan dibahagi-bahagikan kepada 3 pereka ini.

Bila penerangan kepada designer selesai, Boss mulakan latihan tarian bersama Pat sampailah jam 8 malam.

27 Mei-Pagi-pagi lagi aku dan A.Z ke rumah Boss. Hari ni Boss akan ke Jakel untuk memilih kain bagi persalinan untuk konsert SATU. Jakel bermurah hati menaja persalinan Boss dalam konsert kali ini.

Lazimnya antara kos yang paling tinggi dalam sesebuah konsert adalah kostum dan juga bayaran kepada pereka. Sejak konsert pertama Boss di Stadium Bukit Jalil pada tahun 1999, memang terlalu banyak kos dihabiskan untuk kostum sehingga mencecah puluhan ribu.

Efek material/kain dan warna serta design untuk sesebuah konsert tidak sama dengan show biasa. Penataan cahaya, set, warna segalanya mempengaruhi design dan juga pemilihan material.

Alhamdulillah kali ini Jakel bermurah hati dengan tajaan kain dan juga 3 pereka yang sanggup menyiapkan baju Boss tanpa sebarang bayaran. Bagi aku ini sesuatu yang amat murni kerana konsert SATU juga bertujuan amal dan setiap seorang daripada mereka yang bermurah hati pasti ada ganjaran daripadaNya.

Jam 12.30pm, Boss sampai di Jakel, agak lambat juga kerana banyak jalan ditutup. Amir dan Riezman Ruzaini membantu Boss memilih material. Pihak media juga datang untuk tujuan promosi.

Lama juga kami di Jakel, memilih material konsert dan Boss juga takm lepaskan peluang membeli kain untuk keperluannya.

Selesai di Jakel, kami terus pulang ke rumah Boss dan kemudian bersiap2 pula ke tempat latihan. Hari ni Boss meneruskan latihan tarian dengan Pat dan juga para penari.

D.J datang ke tempat latihan dengan Saida, bila selesai latihan aku balik dengan Saida. Minta Saida tinggalkan aku di Econsave sebab nak beli barang2 rumah. Tak lama kemudian Papa datang pula untuk join aku beli barang.

Hari ni beli banyak sangat barang, untuk stok sebulan. Senang sebab lepas ni aku dah sibuk.

28 Mei-Macam biasa pagi ke opis, kemudian ke rumah Boss, seterusnya ke tempat latihan. Hari ini Boss berlatih lagi dengan Pat dan penari hingga jam 8 malam.

Aku yang sedari pagi amatlah mengantuk membawa ke petang. Waktu Boss berlatih, aku sempat nak lelap atas sofa tempat latihan. Tapi sebab bunyi muzik kuat, kiranya lelap-lelap ayam jelah (bukan tidur-tidur ayam).

Kemudian Nurul Shukor datang menjenguk Boss buat latihan. Aku pun ambil kesempatan untuk menerangkan kepada Nurul bagaimana solekan dan pakaian Boss masa konsert nanti. Biasanya kalau di belakang pentas, aku dan Nurul memang kelam kabut menyiapkan dan menukar baju Boss pada setiap segmen. Dan kali ini banyak segmen yang agak mencabar.

Perjalanan show dan apa baju2 yang Boss pakai dalam otak aku dan Nurul mesti dah kena tau supaya show dapat berjalan dengan baik nanti.

Lepas Boss habis latihan dan hantar dia balik, aku, D.J dan A.Z makan di gerai tomyam biasa. Ummmphhhh.

Monday, May 25, 2009

Gathering di RS.

23 Mei-Sebelum melelapkan mata semalam, aku dah berkali2 cuba ingat dalam kepala ni, biar tersemat terus dalam otak supaya esok aku akan bangun lebih awal kerana banyak perkara yang harus dilaksanakan walaupun hari ni biasanya hari cuti.

Memula macam biasa siapkan sarapan pagi/makan tengahari keluarga. Kemudian dengan pantasnya aku bersiap pula untuk ke restoran aku bagi membantu apa yang patut. Hari ini keluarga Sitizone mengadakan mini gathering kat restoran aku yang tak seberapanya ni. Semalam aku dah tempah khemah khas supaya Szoners dapat duduk dengan selesa di satu ruang yang terpisah dengan restoran aku.


Biarlah majlis ini secara tertutup, tidak diganggu dengan benda2 lain dan dapat dilaksanakan dengan suasana yang lebih santai. Sampai saja di restoran, khemah baru hendak dipasang. Aku selenggarakan apa yang patut, kat mana khemah nak diletak, kata mana meja dan kerusi hendak diatur. Szoners yang awal sekali dah tiba ialah Ejay dan Ana. Dah siap sarapan pun. Dorang ni pun tolong aku apa yang patut. Ali pun sudi taja PA System dan CD player hari ni dan dia pun datang pasang barang2. Terima kasih Ali!

Bila urusan di luar dah selesai, aku mula masuk ke dapur, tolong menyiapkan lauk-pauk untuk dijual terlebih dahulu. Kemudian barulah siapkan pula makanan/lauk pauk untuk gathering Szone. Bersilat jugaklah sekejap aku di dapur, maklumlah pada waktu macam ni memang orang dah nak makan tengah hari.

Mana nak siapkan lauk/pauk dijual dan dalam masa yang sama lauk/pauk untuk gathering, tapi Alhamdulillah, dengan kuasa bionic yang aku ada ni, semuanya selesai. Kakak aku dan pekerja2 pun bertungkus lumus berikan yang terbaik untuk majlis ini.

Bila makanan dah hampir siap, aku tengok ada beberapa lagi Szoners yang tak sampai. Bila semuanya dah tiba, barulah makan tengah hari dihidang ala buffet. Hidangan kali ini ialah nais putih, ayam masak lemak cili api, sambal hitam, acar dan kentang bercili dengan tempe. Ada 2 jenis minuman, ada kek dari Szoners dan juga bubur kepit hidung (hehehhe...siap ada yang sudi terangkan sejarah nama bubur ni).

Sebelum semua makan, aku berikan kata pembuka dahulu dan macam biasa mak nenek ni ada bagitau itu, ini, itu ini. Ini adalah perkara biasa kalau Boss nak hadiri majlis seumpama ini. Sebagai tuan rumah, aku nak pastikan semuanya berjalan baik dan lancar dan juga aku minta kerjasama Szoners dalam hal ni. Alhamdulillah semuanya baik2 dan mendengar kata...heheheh walaupun bila Boss nak balik serbu tetap serbu......

Bila dah selesai beri kata pembuka, makan tengah hari bermula. Tak lama kemudian Saida sampai untuk join majlis, dan diikuti oleh Boss. A.Z dan D.J yang ambil Boss, bila Boss sampai dan turun dari kereta Kelisa, semua macam tak percaya. Heheheh.Itu kereta A.Z, Boss nanti akan diambil oleh suaminya, jadi apa salahnya naik Kelisa dulu kan! Hehehehhe.

Selepas beberapa ketika, DSK, suami Boss pula sampai. Mereka utama barulah menikmati hidangan tengah hari. Sambil makan, Szoners adakan pertandingan kuiz mengenai Boss dan hamming lagu2 Boss. Yang bestnya mana yang hamming ke laut tu, hahahahha...Boss pula tolong hamming, supaya dapat kenalpasti lagu apa yang dinyanyikan.

Selepas acara hamming, Boss berikan ucapan panjang lebarnya. Boss juga turut menjawab pertanyaan2 daripada Szoners. Dalam pada masa yang sama, si ZZ ni minta pula Boss bacakan puisi yang aku tulis dalam blog ni sempana hari jadi aku. Tapi bukan Boss seorang je baca, tapi AJK pun baca juga. Ni kira keterperanjatan untuk akulah. Huhuhu..terharunya.

Seterusnya acara potong kek sempena 14 tahun Boss dalam industri, juga Szoners yang sambut hari jadi bulan 5 juga diberi penghormatan untuk potong kek bersama2. Aku pun termasuk sekalilah tu. Lepas potong kek, macam biasa Boss pun kenalah pulang. Semua pun tak lepaskan peluang bersalam dan bergambar.

Bila Boss dah balik, kami teruskan dengan penyampaian hadiah dan juga cabutan nombor bertuah. Kemudian diteruskan dengan bergambar, berborak-borak, bungkus kek dan lauk pauk yang sama. Agih2kan pada sesiapa yang masih belum balik.

Tak lama kemudian Papa datang ambil aku, kena balik ke rumah dulu sebab nak bersiap2 untuk malam ini pula. Boss ada show untuk konsert Jelajah Era di Shah Alam. Tak sampai 1 jam di rumah, A.Z dah datang jemput aku dan D.J. Kami terus ke rumah Boss, ambil Boss dan bertolak ke Shah Alam.

Boss sampaikan 3 buah lagu, masa lagu Di Taman Teman, Boss ajqak Kumpulan Sepah dan Din Beramoi naik ke atas stage untuk menjadi penari latar. Mereka ni memang buat kelakar habislah masa atas pentas tu. Selesai persembahan, Boss terus balik.

Lepas hantar Boss, aku, D.J dan A.Z singgah makan dulu di gerai tomyam kesukaan aku tu sebelum balik ke rumah.



Ni gambar ZZ tengah baca puisi..ada ke perkataan catatan disebut cacatan...aikkk cacat ke aku?

Ni pula giliran Boss baca puisi tu..hehehhehe......aku sengih je. Semua orang tau, aku ni tak suka `surprise' ahaksss.

Boss terima cenderahati daripada Sitizoners atas kejayaan beliau.

Ni masa aku buat cabutan bertuah, asyiklah nombor 8 je yang keluar, pastu no 3. Pada yang dapat hadiah, tahniah!

Kenangan bergambar beramai2 depan Resipi Sangdewi..heheheh dengan banner Szoners yang baru.


Gambar2 kat atas ni ihsan kiriman emel ZZ dan dengarnya tu pun gambar dari Szoners lain juga. Thanks buat yang empunya gambar ya.

24 Mei- Seronoknya hari Ahad, hari ni takde kerja. Bangun pagi, aku masak sarapan pagi dulu, lepas tu aku sambung tidur. Bangun semula masak lauk tengah hari pula...kemudian layan melodi dan cerita2 kat Astro.

Sampai petang jugalah tak buat apa di rumah. Lepas Maghrib Papa ajak aku dan anak2 join mak mertua aku, Abang Lizan, Kak Isma dan anak2 makan kat western cafe biasa tu, makan chicken chop. Lepas makan, singgah di kedai runcit, beli barang2 sikit.


Balik ke rumah, terus melekat kat rumah sebelah..berborak dengan Kak Isma, D.J, mak mertua...lepas tu Saida datang join sama. Lepas tu tinggal aku, mak mertua dan Kak Isma, lepas tu tinggal aku dan mak mertua aku je. Hahahahhah...nak tau sampai pukul berapa..dekat pukul 1.30am tau.

Friday, May 22, 2009

Sup Ekor Yang Sedap!

20 Mei-Hari ni agak lewat jugak masuk opis, jam 11.30am baru aku sampai. Di rumah tadi banyak pesanan yang aku terima, maklumlah semalam sidang akhbar Boss, tentulah ada di kalangan media yang mahukan gambar lebih eksklusif dan minta aku emelkan pada mereka. Selain itu kepada yang tak sempat hadir, aku juga emelkan gambar dan juga siaran akhbar/press release supaya cerita tentang konsert ini akan terus berjalan.

Hari ni aku sudah mula membuat rangka awal perkembangan link atau perantara persembahan Boss nanti termasuk durasinya. Kalau untuk persembahan biasa mungkin tidak ada masalah tetapi untuk sesebuah konsert, apa yang aku buat haruslah selari dengan semua yang terlibat kerana masing-masing saling bekerja dan bergantungan antara satu sama lain.

Idea hanya datang tiba-tiba dan adakalanya hilang. Selalunya aku akan kumpulkan idea-idea kecil dan gabungkan dengan idea tiba-tiba. Pertukaran selalu akan berlaku, jadinya untuk menyempurnakannya aku tidak mengambil masa satu hari.

Setiap hari pun akan berlaku perubahan, perkembangan dan makin ada idea/ilham baru yang datang. Setakat hari ini aku berpuas hati tetapi biasanya esok pasti akan datang ilham-ilham yang lebih membantu. InsyaAllah.

Memikir kekadang perlukan masa. Adakala aku buat kerja lain dulu, rilekskan kepala dahulu supaya tak terlalu memikir. Tapi aku ni lain sikit, biasanya ilham datang waktu dalam tekanan. masih tertekan, makin bagus idea tu. Selalunya begitulah. Hahahah...kali ni taknaklah tertekan, nanti migrain pula.

Tengah malam aku janji nak keluar dengan Papa, makan kat gerai tomyam yang aku suka tu. Lama jugak tak makan di sini. Hasratnya nak pergi tengok Coda buat latihan kat studio SNP untuk persembahan Laman Santai di Istana Budaya, Sabtu ini (23 Mei) tapi mereka dah selesai buat latihan masa tu.

21 Mei-Pagi ni aku masak sup ekor yang sungguhlah sedap. Walaupun aku tak makan ekor, tapi masa pergi pasar malam baru ni, aku beli ekor lembu. Kiranya dah lama aku tak jumpa ekor lembu, baru nilah dapat masak semula. Mmmm..aku rasa sup ekor aku ni boleh kalah sup ekor yang kat tempat gerai tomyam yang aku selalu pergi makan tu.

Memasak ni memang menyeronokkan. Bila keluarga kita dapat makan apa yang kita masak, rasa gembiranya lain macam sikit. Heheheheh. Sebab itulah walaupun aku letih macam mana pun, susah nak buka mata pun, bangun pagi je, aku buatkan sarapan buat Put'a dan Nabil. Kemudian layan tidur lagi dan bangun tidur dengan susahnya untuk masak makanan tengah hari sebelum aku pergi kerja.

Rutin ini amat menggembirakan aku walaupun adakalanya aku nak juga berehat tapi maid aku tu, tak reti apa pun. Hahahaha...baru2 ni setelah aku kuat membebel, dia pun tunjuk rajin. Agaknya bila ada masa, dia pun tolong siang ikan siap2. Bila esok paginya aku nak masak, tengok ikan dah siap buang perut. Lega jugak aku kira berkuranglah kerja. Rupa-rupanya dia tak buang insang ikan.

Eiiii aku geli. Mungkin ada kot orang yang tak buang insang tapi aku mesti buang. Tak lalulah makan ikan ada insang.

Lepas siap semuanya, aku ke opis. Kerja banyak sebenarnya tapi macam biasa, buat kerja tapi jangan ada tekanan. Buat satu-satu. Bila rasa berat, rehat kejap, layan blog ke, layan fb ke...heheheheh.

Balik dari opis, setelah sekian lama, aku pun join A.Z, Aiman dan D.J pergi minum petang di NN. Kemudian aku ajak Papa datang jemput aku sebab aku saja nak layan update blog kat NN. Papa datang dengan anak2, kemudian kami pergi beli makanan kura-kura Put'a.

Balik tu, aku tak sangka Papa tanya sup ekor tu ada lagi tak..hahahahha. Kan aku dah cakap sedap. Jarang sekali Papa ulang makan nasi, kalau nak makan pun mesti aku kena masak benda lain waktu malam. Kecuali dia lapar sangat baru makan nasi.

Heheheh..nasib baik ada sikit lagi, rezeki Papa. Ok..kiranya lepas ni kalau ada pasar malam aku nak pergi cari ekor lembu lagi. Papa pun suka makan lidah lembu tapi susah sikit nak dapat. Kalau pergi pasar malam lambat mesti tak dpat punya, lidah ni selalu ada orang beli. Adalah skali dulu aku dapat beli sebab datang awal. Eh perut lembu pun Papa suka.....semualah suka!!!

Thursday, May 21, 2009

Mei yang sibuk

16 Mei-Selamat Hari Guru. Tarikh ni merupakan tarikh yang aku selalu dan pasti akan ingat. Sejak sekolah lagi, aku tidak akan pernah lupa untuk menghargai setiap guru2 aku pada hari sambutan istimewa buat golongan pendidik ini.

Sekarang ini aku menerapkan nilai-nilai sebegitu kepada Put'a dan tahun ini buat pertama kalinya buat Nabil. Biarlah sampai bila-bila pun mereka tahu betapa besarnya peranan guru selain didikan ibu bapa.

Kalau hendak diceritakan memang ramailah guru2 yang berjasa kepada aku sejak keluarga rendah, menengah sehinggalah sewaktu aku di ASK dahulu. Setiap seorang daripada mereka telah menjadikan aku seperti mana sekarang ini.

Terima kasih buat semua bekas guru dan pensyarahku. Setiap seorang daripada anda adalah pelita ilmu yang cahayanya tak pernah terpadam sampai bila2.

Hari ini banyak masa dihabiskan di rumah sahaja. Menjelang senja, aku mengajak Papa dan anak2 ke pasar malam untuk membeli barangan dapur.

Aku sengaja selesaikan semua perkara lebih awal supaya aku dapat menghadap tv menonton Konsert Akhir AF7 dengan tenang dan bersenang-senang. Sepanjang menonton konsert ini, sebagai penonton sejujurnya aku tidak mendapat kepuasan dan amat terkilan dengan cara persembahan setiap pelajar.

Apakah sejak dari awal, sejak dari presentation dan ketika `full dress rehearsal' atau latihan penuh di stadium, kelemahan2 dan kekurangan2 ini tidak disedari oleh sesiapa saja yang terlibat dalam produksi atau fakulti sendiri. Amat sayang...teramat2 sayang.

Usah pertikai jika ada kelemahan suara/vokal di sana sini, itu perkara biasa, tetapi setiap pelajar harus tampil dengan persembahan yang mempunyai konsep atau sekurang2nya berbuatlah sesuatu untuk mewarnai sesuatu persembahan. Mana bantuan tenaga pengajar???

Aku akan cuba bagi tips tapi tak tahulah jika ini akan diberikan perhatian kerana inilah apa yang selalu aku praktikkan dalam kerja2 aku.

Kejayaan seseorang peserta dalam sesuatu pertandingan turut terletak kepada pemilihan lagu. Apa yang Boss aku buat di setiap pertandingan adalah pemilihan lagu, tidak semua lagu sesuai untuk pertandingan. Ada lagu yang sedap tapi bukan untuk pertandingan, ada lagu yang susah dibawa tetapi ia mungkin lebih menyerlah untuk pertandingan dan ada juga lagu yang dianggap picisan dalam sesebuah album tetapi ia menjadi karya besar jika dipersembahkan dalam sesebuah pertandingan.

Pemilihan lagu AF7 untuk pertandingan akhir bagi aku boleh dilihat semula, alangkah bagusnya bila di peringkat akhir ini pihak Astro lebih teliti mencari dan menilai lagu. Aduhai..aku dari mula lagi geram sangat nak jadi sebahagian daripada orang yang boleh menyarankan apakah lagu yang sesuai untuk si polan dan si polan.

Bukan hendak tunjuk pandai tetapi sekurang2nya untuk melihat potensi seseorang kita harus tahu apa kelebihan dan kebolehan yang mereka miliki. Sesiapa sahaja boleh menjadi versatile, bagilah apa saja genre lagu kepada mereka kerana ia tidak menyekat versatiliti tapi haruslah memilih lagu2 dari setiap genre yang mampu dibawa oleh seseorang itu.

Contohnya: dangdut, mungkin buat si A, lagu Selamat Jalan Romeo tidak sesuai dengan dirinya dan lagu Kopi Dangdut lebih memperlihatkan kehebatan dan dia mampu memukau apabila menyampaikan lagu itu. Tetapi genre muzik tetap sama iaitu dangdut, yang berbeza cuma lagunya sahaja.

Contoh lagi: balada, mungkin buat si B, lagu Bukan Cinta Biasa tidak boleh dibawa dengan penghayatan sepenuhnya tetapi lagu Purnama Merindu mampu memberi impak yang besar dalam persembahan dan kemampuan suaranya.

Inilah yang aku maksudkan. Tak mudah bukan tetapi ia memang tidak mudah jika kita malas dan tidak mahu menjana maksud pada setiap perkara yang cuba kita capai. Ayuh orang2 dalam industri, kena lebih rajin berfikir!!!

Kemudian dalam apa jua pertandingan atau show2 besar, artis/peserta jangan malas. Mesti ada konsep, koreografi dan juga memaksudkan apa yang dinyanyikan dalam bentuk bahasa tubuh yang boleh menarik perhatian penonton atau juri.

Inilah yang sering ditegaskan oleh Adlin dan aku rasa Boss aku tak pernah tertinggal hal ini dalam setiap persembahan besar yang dijayakannya. Ini penting.

Justeru jangan lagi ada pertikaian, bagaimana untuk menjadi yang terbaik kerana bagi aku, berusaha saja tidak cukup tetapi untuk menjadi yang terbaik kita harus mendaki, kerana masih ramai yang sedang mengejar, tak cukup hanya kita berlari. Semakin tinggi kita daki, semakin ke depanlah kita..dan orang yang sedang lari mengejar takkan dapat menggapai apa yang sedang kita daki.

Walaupun aku hanyalah orang kecil dalam industri ini tetapi aku rasa apa sahaja boleh menjadikan seseorang itu `besar' jika kita tahu bagaimana mengemudikannya.

Hafiz jadi juara AF7 tapi sayang...rasanya jika lagu ditukar, kecuali lagu kedua itu dan Hafiz diberikan ruang untuk satu sentuhan persembahan yang mampu diingati, rasanya kejayaan Hafiz malam itu akan lebih manis untuk dikenang.

17 Mei- Hari minggu, hari bersenang-senang. Malangnya migrain pula menyerang. Mula-mula pening biasa saja, kemudian jadi lebih teruk sampai tak boleh bangun.

Aduh siksanya rasa. Huhuhuhu. Berat sangat kepala aku, tak larat. Senja tu, aku ajak Papa keluar juga nak beli ubat di klinik. Tapi sebelum tu aku singgah makan kat Old Town dulu sebab nak alas perut.

Lepas tu teringat hadiah untuk Put'a nak bagi kat cikgu2 dia belum beli lagi. Alahai malam2 ni nak beli kat mana. Nasib baik Watson buka lagi, belilah apa yang ada, aku rasa hadiah tu ok dan berbaloi.

Balik je ke rumah, aku terus makan ubat yang Papa beli kat klinik tadi. Huhuhu..cepatlah baik. Esok ada kerja lagi.

18 Mei- Selepas siapkan keperluan di rumah, aku ke opis macam biasa. Hari ni sibuk yang amat sibuk. Macam2 kena buat, tak kalih kiri dan kanan dah. Esok ada sidang media, banyak benda nak disiapkan.

Tengah hari ini nanti ada meeting pula dengan semua team konsert SATU. Sibuk-sibuk.

Huwaaaaa..rasa macam nak menangis aku, hp aku yang Aiman hantar baiki tu dah diterima dan keypadnya dah elok. Mula2 aku suka bukan main, tiba2 bila aku check semua contact dalam memori hp aku hilang. Aduhai...macam mana ni. Semua nombor penting ada di situ. Macam mana ni. Huwaaaaa. Geram...geram..geram sangat ni.

Jadi takde mood aku hari ni. Mengapalah tak tanya dulu nak format kembali ke hp tu, nak buat apa pun Cina tu kenalah tanya empunya hp kan? Eeiiiiii..bukan sikit2 no hp orang dalam tu, beratus2.

Meeting diteruskan juga. Semua ada, Boss pun datang. Perjalanan konsert dibentangkan, semua department akan buat kerja masing-masing. Moga berjayalah ya!

19 Mei-Pagi ni aku sampai opis awal dari biasa. Banyak kerja perlu disiapkan kerana petang nanti ada sidang media konsert eksklusif SATU Boss aku.

Jam 1.30pm aku dan Papa bergerak ke Istana Budaya, aku sampai lebih awal sebab nak tengok persediaan di tempat sidang media dan juga nak menyambut kedatangan tetamu dan media.

Inilah gambar2 Boss, aku sewaktu majlis sidang media di Istana Budaya.

Alhamdulillah ramai yang hadir dan majlis pun berlangsung dengan baik. Aku balik pun dengan Papa dan Saida. D.J temankan Boss balik dengan A.Z.

Sampai di rumah, dapat rehat kejap. Sambil2 tu aku buka hadiah yang diberikan oleh PSK siang tadi sewaktu dia hadr ke sidang media Boss. Huh! Terharunya aku, satu lagi hadiah amat bermakna. Aku jadi malu pula dengan PSK, maklumlah menghadiahkan aku sesuatu yang aku kira amat berharga. Terima kasih. Seperti katanya, hadiah itu sebagai motivasi untuk aku lebih bekerja keras dalam kerjaya aku.

Jam 7.30pm, aku dan Aiman ambil Saida di rumahnya untuk ke Banting. Sairah juga konvoi bersama. Boss bertolak dari rumahnya dengan A.Z dan D.J.

Malam ini di Banting diadakan Anugerah Lentera Timur anjuran MAYC Kuala Langat,dan sudah 3 kali SNP bekerjasama menjayakan pertandingan nyanyian lagu-lagu tradisional. Ada di antara peserta dan pemenangnya sebelum ini yang telah menjadi artis.

Melihatkan kesungguhan dan kebolehan para peserta pada malam itu, percayalah aku lebih teruja dan dapat menonton satu persembahan di sebuah pertandingan yang jauh lebih kecil dari skala AF tapi mutu suara dan kebolehan serta corak persembahan peserta amatlah boleh dipuji.

Mereka memilih lagu tradisional dari album Lentera Timur dan juga lagu2 yang sesuai dengan vokal mereka, setiap persembaan ada konsepnya tersendiri dan nampak begitu berusaha untuk menonjolkan sesuatu yang terbaik. Barangkali juri malam itupun sukar untuk membuat pilihan.

Hahahahha..walaupun kali ini aku sedikit mengkritik tetapi ia bukan bermakna aku tidak suka kerana aku adalah penonton tegar AF ejak AF 1 lagi. Hehehhehe. Bukan apa, aku mahu berkongsi agar tujuan mencari bakat itu harus diperkembangkan lagi cara atau skill nya.

Acara di Banting habis sekitar jam 12pm. Terus balik ke rumah.


Saida menjadi artis undangan dan menyampaikan 2 buah lagu, Cinta Ini dan single beliau, Sedalamnya Cinta.

Sairah juga diundang sama, beliau sedang menyampaikan single keduanya berjudul Akhir Cinta.

Sairah mengajak Saida menyertainya sewaktu menyampaikan lagu Joget Pahang.


Saida & Sairah sewaktu duduk menyaksikan persembahan peserta.


Boss dan barisan VIP yang hadir.


Aku yang sedang menerima sijil itu bagi mewakili Boss/SNP.


Boss sewaktu di pentas menyampaikan sijil kepada semua pihak yang menjayakan Anugerah Lentera Timur dan juga hadiah kepada peserta.

Kerja konsert

Entry ni belum masuk gambar2 lagi...nantilah ya...busy sikit.

12 Mei- Rutin pagi macam biasa, kemudian ke opis. Di opis banyak sangat kerja kerana semalam dah memulakan meeting untuk konsert, jadinya kerja sudah bermula. Banyak perkara yang perlu difikir, diselesaikan dan juga dilaksanakan. Melalui perbincangan yang dibuat semalam, kami aturkan lagi meeting untuk semua team yang dipilih pada hari Khamis nanti.

Balik dari opis aku teringin pula nak makan makan chicken chop...ajak Papa dan anak2 ke tempat kegemaran aku tu. Makan dengan seleranya. Sedap!

Eh ngapa aku masih pening dan loya2?????

13 Mei- Masuk opis, siapkan semua kerja dengan pantas sebab nanti aku harus ke rumah Boss. Hari ni aku masih rasa pening dan loya2. Badan pun rasa lain macam. Masa aku berhenti makan kat satu restoran dekat dengan rumah Boss dengan A.Z, aku dah rasa nak muntah2. Masuk ke bilik air tak pulak muntah.

Sampai kat rumah Boss, aku masih loya dan tetiba badan rasa seram sejuk. Sementara Boss bersiap, aku makan epal hijau yang diambil dari peti sejuk rumahnya. Aku memang nak makan benda2 masam je. Tak faham betullah.

Masa perjalanan dalam kereta nak ke majlis penyampaian hadiah buat pemenang ABPBH yang diadakan di POGH, lagilah rasa tak sedap badan. Aku sms Papa bagitau keadaan diri aku dan kemudiannya minta tolong Papa dan D.J datang ke POGH. Lepas majlis aku bercadang terus balik kerana tak larat nak ikut menghantar Boss ke rumahnya. Sebab itulah aku minta D.J datang juga ke POGH.

Sampai di POGH majlis bermula agak lewat, jadi Boss ada masa untuk fotografi dan ditemubual. Kemudian Boss juga nyanyikan sebuah lagu pada majlis tersebut, lagu apa lagi kalau bukan Di Taman Teman.

Lepas majlis penyampaian hadiah, masih ada temubual lagi. Kemudian barulah dapat pulang dan aku ikut Papa.

Aku tekad berjumpa doktor juga petang tu kerana hendak pastikan kesihatan aku dalam keadaan baik. Kalau masih berterusan macam ni, nanti satu kerja pun tak jalan.

Doktor gelak saja bila tengok aku risau, yelah aku ni boleh fikir macam2. Maklumlah bila dah pening2 dan loya2 mestilah aku risau walhal aku tahu apa yang aku fikirkan tak mungkin terjadi. Memang benarlah sangkaan aku, tak mungkin pening2 ni dan loya2 kerana sebab yang satu tu....hehehehh memang aku ada makan pil sewaktu nak ke umrah dulu. Jadinya itulah kesannya pada aku sekarang, nasib baiklah tak jadi masa kat Madinah/Mekah dulu.

Ok aku pun borong ubat migrain dari doktor...hehehhehe....dan balik dengan rasa senang hati sebab pertanyaan dah terjawab!

14 Mei- Hari ni macam biasa aku ke opis. Jam 12.30pm, ada meeting lagi untuk konsert tapi dengan pengarahnya. Boss pun join untuk meeting ni. Banyak perkara yang dikenalpasti dan dikongsi untuk konsert nanti.

Pengkhuhusan kerja sudahpun dibuat, setiap orang ada peranan masing2. Pat Ibrahim dipilih menjadi Pengarah Konsert, sewaktu berbual dengannya beberapa bulan dulu, kami sudah bercerita tentang konsep show ini kepadanya dan ternyata dia amat berminat dan menawarkan diri untuk memberikan yang terbaik dalam konsert ini nanti.

Walaupun sudah ada beberapa nama pengarah konsert yang bekerja dengan kami sebelum ini tetapi konsep persembahan untuk konsert kali ini amat sesuai dengan memilih Pat. Begitu juga Aubrey Suwito yang menjadi Pengarah Muzik. Bagi aku Aubrey adalah seorang pengarah muzik yang rajin, yang mampu memberikan kelainan dalam muzik lagu2 Boss dan boleh bekerjasama dengan baik dengan kami. Aubrey juga tahu kehendak dan hala tuju yang dimahukan oleh Boss dan kerana itulah banyak keserasian di antara Aubrey dan Boss.

Sejak 3 bulan lalu, Aubrey sudah sibuk dengan komitmennya yang sudah terikat, banyak show Boss yang Aubrey tolak. Kami menggunakan pembantu Aubrey dan juga pemuzik lagi juga. Kemudian bila kami tawarkan konsert ini kepada Aubrey, dia masih terikat dengan pelbagai komitmen. Aku maish berusaha memujuk Aubrey tapi dia tetap tidak boleh. Huh!!

Waktu itu kami betul2 bingung dan rasa sukar mencari pengarah muzik. Memang ramai pemuzik di Malaysia tetapi tidak semua berupaya menjadi pengarah muzik kerana tanggungjawabnya amat besar. Pengarah muzik memberi impak muzik yang besar dalam sesebuah lagu, gubahan lagu bukan hanya mengikut apa yanga da dalam album.

Kami mula memikirkan beberapa nama pengarah muzik lain, kebanyakannya juga sudah mempunyai komitmen dan seterusnya beralih pula ke negara seberang. Sedang dalam perbincangan dengan seseorang di negara seberang, pada satu hari ketika kami di Mekah, iaitu selepas umrah, Paul menghantar sms mengatakan kemungkinan Aubrey dapat pula join konserteksklusif SATU.

Masa tu Tuhan saja yang tahu perasaan lega aku dan Boss. Hilang rasanya semua benda berat dalam kepala. Esoknya Paul sms lagi dan memberitahu bahawa memang Aubrey sudah setuju menjadi pengarah muzik untuk konsert SATU di Istana Budaya, 26-28 Jun.

Selepas meeting di opis, lama juga kami menghabiskan masa lagi di sini kerana ada beberapa hal lagi yang belum siap. Aduhai poster konsert...poster konsert, artwork demi artwork masih belum membuatkan kami berpuas hati. Tunggu lagi..tunggu lagi....huh!!!!

Alamak, keypad hp aku rosak lagi. Aduhai geramnya. Hari tu sebelum pergi umrah dah baiki, sekarang jadi balik. Iskhhhh.

15 Mei- Sampai saja kat opis pagi ni, aku minta Aiman tolong hantar hp aku baiki kat tempat yang dia hantar hari tu. Katanya tak sempat siap hari ni, takpelah...janji boleh elokkan hp aku.

Di opis aku siapkan beberapa dokumen. Petang ini aku akan menghadiri meeting di Istana Budaya pula. Sebelah tengah hari, sebelum ke Istana Budaya, aku dan D.J menyiapkan undangan2 untuk penaja, pihak media dan tetamu ke majlis sidang media konsert Boss di Istana Budaya Selasa nanti. Masa ni pulaklah hp aku rosak, semua nombor 2penting ada dalam tu, akju tak dapat nak sms jemputan ke sidang media.

Biasanya bila aku dah faks undangan, aku akan hantar juga undangan secara sms, sekarang hp pulak. Tak boleh nak buat apalah.

Aku pastikan semua undangan sudah dihantar, dan kemudian barulah ke Istana Budaya. Meeting bermula jam 3 petang dan jam 5 petang selesai. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Oh! Ya, hari ini hari jadi Sairah..aku hanya sempat menghantar sms. Moga Sairah terus berjaya dalam cita-citanya dan sentiasa menjadi insan yang matang dalam semua hal.

Monday, May 18, 2009

Harijadi! Yeay!!!

9 Mei-Alahai bila waktu bertukar, aku memang rasa mengantuk sangat sepanjang hari siang ni. Pantang letak kepala kat bantal, memang aku akan tidur. Tapi aku bangun juga nak siapkan sarapan dan makan tengahari. Lepas memasak aku tidur semula.

Boss dah ada undangan show di Melaka malam ni tapi Boss kata aku tak perlu pergi. Heheheh..boleh rehat sikitsebab D.J dan A.Z yang kena pergi, 2 team SNP lagi pun turut ke sana. Oklah tu!

Kerja aku hari ni, tidur bangun, tidur bangun hinggalah menjelang petang. Mata rasa pedih sangat nak buka. Aku rasa tidur ni tolong `cover' semula tidur2 aku yang berbelas2 tahun tak cukup dan tak lena tu agaknya. Heheheheh.

Lepas Maghrib aku ajak Papa dan anak2 beli ke pasar malam, beli barangan dapur.
Biasalah pasar malam ni memang ramai orang, tak sesuai nak bawa budak2 sebenarnya. Hahahah..Papa macam biasa, tak boleh tahan lama, maklumlah bukan senang nak kawal 3 orang tu. Aku pulak sibuk membeli sana sini, tak bolehlah nak kawal anak2 tu. Bila Papa dah tak tahan, dia dan anak2 tunggu dalam kereta saja. Heheheheh. Orang perempuan gak yang sama kan!

Lepas aku membeli apa yang patut, kami terus balik. Lepas tu aku bawa makanan yang dibeli tadi dan bawa ke rumah sebelah, ajak mak mertua dan Papa makan sama.

Malam ni tengok konsert AF, dan dah dapat agak mesti takde penyingkiran punya dan MESTI ada AFMASUK punya. Heheheheh. Boleh agakkan semua ni? Alahai gimik2 kat akhir konsert tu.....rakyat Malaysia dah mampu membacanya.

Kemudian aku sambung tidur lagi. Hahahahha......tak pernah aku tidur selama ni dalam masa sehari. Walaupun bukan berterusan kerana bangun-tidur-bangun-tidur tapi waktu aku tidur ni lebih banyak/lama daripada hari2 biasa selama ini.

10 Mei-Macam biasa, lepas je siap memasak, aku sambung tidur. Mata ni macam pedih dan payahnya nak terbuka. Hahahaha. Tidur je aku ni. Kemudian jam 430pm, Papa ajak aku dan anak2 keluar, jalan2. Tak tau nak pergi mana, sengaja nak bawa mereka keluar je. Aku cadang ke Leisure Mall saja sebab aku nak pergi berurut leher aku yang salah urat/terseliuh/sakit dah hampir 4, 5 hari.

Sampai di Leisure Mall, makan2 dulu dan kemudian aku pergi urut leher dan Papa bawa anak2 pergi main kat tempat games. Masa makan tadi, Papa bawa Damia pergi kedai jual hadiah, Papa belikan aku kad sempena hari Ibu dan hari jadi aku esok. So sweet sebab kat meja makan tu jugak dia minta anak2 tulis kad tu untuk aku.
Lepas sejam, aku siap berurut dan kemudian Papa ajak balik..heheheh tak tahanlah tu karenah anak2. Ahakss.

Malam melayan cerita2 di Astro. Menanti detik 12 tengah malam...hehhehe...hari jadi akulah! Macam biasa, mesti dapat sms bertalu2, Papa jadi orang ketiga sms aku. Iskhhh bukan orang pertama ke? Hehehehehe.

Mana Papa? Mana lagi, mancinglah. Tapi dia balik awal dari biasalah malam ni...hahahhahaha.


11 Mei- ULANGTAHUN KE 35...masih melonjak yeayyyy lagi? Ala....kalau rasa diri tua, tualah jadinya. Kena sentiasa positifkan diri, pada usia macam ni macam2 lagi benda boleh buat, masih pjg perjalanan, msh kuat akal dan kudrat, masih mampu menjadi muda pada semua fungsi tubuh, diri, akal yang ada. Kan? Kan? Kan?


Bangun pagi dengan harapan baru. Hari ini hari jadi aku. Tapi leher dan belakang aku sakitnya akibat urutan semalam. Mulalah apapun takde mood sebab bila leher sakit, rasa sakitnya macam sampai ke otak/kepala. Sudahlah hari ni banyak kerja, banyak kena fikir, ada meeting kat opis nanti. Iskhhh.

Sejak malam tadi aku dapat mesej ucapan hari jadi dan pagi ini juga bertalu2 mesej masuk. Hari ini aku ke opis dengan Papa. Kemudian mak mertua dan Boss datang ke opis. Malam tadi mak tidur kat rumah Boss.

Kami ada meeting khas untuk konsert hari ini. Makan tengah hari aku belanja sempena hari jadi, tempah dari restoran aku. Lepas makan tengah hari macam biasa, ada `surprise' kek hari jadi untuk aku. Heheheheh.

Tak lama lepas tu, ada pulak beberapa teman yang datang bawa kek dan hadiah. Hahahah...siap dengan hidangan mata vcd klip video aku dan ucapan org2 terdekat dan rakan2 lagi. Hahahah..semua jadi penonton sekejap kat opis ni. Terima kasih kepada orang yang buat tu ya dan yang datang bawa hadiah juga.

Tak semena2 pula tiba sebakul bunga yang cantik dan juga hadiah, dari PSK. Thanks a lot. Huh mahal hadiah tu, kalau beli sendiri tak mungkinlah.Aku di opis saja sampai petang, Papa ada meeting di luar. Malam tu, bila Papa sampai di rumah, ada hadiah untuk aku. Hahahah.Tak perlulah cakap apa hadiahnya. Terima kasih Papa, terima kasih Boss, terima kasih semua!

Seperti biasa 11 Mei tetap bererti dan sentiasa ada yang memberikan erti. Terima kasih atas semua pengisian atas makna bererti itu!

MASIH DIPINJAMKAN USIA
(sempena ulangtahun kelahiranku yang ke 35, 11 Mei 2009)

Pada satu catatan hari
Meskipun bukan hanya hari ini
Atau pada hari-hari yang pernah kita lalui
Atau pada detik-detik yang pernah kita isi
Sehela nafas itu harganya begitu tinggi

Yang sedang kuhirup
Dan membuatkan ku hidup
Pada saat kembang dan kudup
Udara dan nafas bagai bayu berpuput
Membasahi ruang yang masih berdegup
Segalanya pernah dan masih di sini bertaut

Saat masih dipinjamkan usia
Sejarahnya biarlah terus terbuka
Pada semua indah dan manisnya
Menjadi satu-satunya peristiwa
Yang telah kita cipta bersama

Mensyukuri apa pemberianNya
Menginsafi atas apa nikmatNya
Saat masih dipinjamkan usia
Pada setiap nafas yang ku hela
Biarkan bahagia menjalin setia
Selama mana pun mahunya

Mensyukuri apa jua
Kerna angka tiga puluh lima
Yang telah kususuri sebahagiannya
Adalah pengalaman penuh makna
Menjadikan aku insan punya sejuta cerita

SANGDEWI. 11 MEI 2009.


Inilah sebahagian kad dan hadiah yang aku terima pada hari ulangtahun kali ini.
Cupcake yang cute dan warna pink yang cantik dengan kasut kecil kat atas kek, mmmmm..comel sangat. Thanks ZZ atas pemberian kek ini.

Aksi yang dipaksa oleh ZZ n the geng. Heheheh..rasa muda pulak bila ada yang sudi suap kek ke mulut..hhahahahahha

Aku dan Papa dengan kek yang dihadiahkan SNP...hehhehehe.


Bersama warga SNP selepas habis meeting, aku menjamu makan tengah hari dari restoran aku.


Tiup lilin dulu......suara siapa paling best nyanyi lagu Happy Birthday????


Hahahah..inilah saat meniup lilin waktu di `surprise' oleh D.J. Opocottt!!!

Heheheh..jadi tak gambar lakonan semula keterperanjatan aku ni! Hehehhe.




































Wednesday, May 13, 2009

Kunjungan ke Madinah/Mekah

Ni gambar dengan Damia, dia tau ibu dia nak pergi jauh sebab tulah taknak turun dari berdukung.
Ni gambar dengan anak2 sebelum berangkat ke KLIA.

Ni gambar sewaktu di masjid Quba, di Madinah.


Kenangan beramai2 di perkarangan Masjid Quba, nampak ada pokok kurma kat belakang tu.


Sekali lagi melepaskan peluang bergambar di masjid bersejarah di Madinah, masjid Quba.


Dua gambar di atas, aku dan Boss sempat membeli kurma di para kurma terkenal di Madinah.


Abadikan kenangan di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah pada waktu malam.

Aku di hadapan hotel penginapan di Madinah sebelum berangkat ke Jeddah.

Aku dan Papa di lobi hotel di Madinah sebelum berangkat ke airport Jeddah, sudah berpakaian ihram.


Aku dan Papa dalam flight sewaktu penerbangan Madinah-Jeddah. Pakai spek sebab cuaca amat panas.

Bergambar beramai-ramai dalam bilik apartment di Mekah selepas balik dari mengerjakan umrah yang pertama.


Ini juga gambar aku dan Papa selepas balik dari mengerjakan umrah.


Aku dan Boss berlatarbelakangkan hotel di mana kami menginap di Mekah.


Berlatarbelakangkan Masjidil Haram selepas balik bersolat.

Bergambar di tempat Rasulullah wukuf di Arafah.


Abadikan kenangan dengan ustaz dan pemandu yang membawa kami. Gambar ini di kaki bukit Jabal Rahmah (Arafah).


Bergambar di tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa, Boss khusyuk berdoa.

Kenangan di peninggalan telaga Siti Zubaidah.


Selepas umrah kali ke 2 di depan Masjidil Haram. Boss jadi jurufoto sebab tu takde dlm gambar.

Gambar aku berlatarbelakangkan Kaabah. Boss juga yang tolong ambilkan gambar ni.


Aku dan Papa di dalam Masjidil Haram selepas umrah ke 2.

Gambar ni pagi hari sebelum mengerjakan tawaf Wida', Boss jadi jurufoto lagi.


Aku ambil gambar ni curi2 dari belakang, Papa dan Ali khusyuk berdoa depan Kaabah.


Aku dan Papa di depan Kaabah, aku suka gambar ini kerana kedudukan kami benar2 di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah iaitu Multazam. Berdoa dan bersolat di sini.


Kak Isma pula jadi jurufoto, gambar kenangan beramai2 dengan ustaz selepas tawaf Wida'.


Gambar di lobi hotel di Mekah sebelum kami pulang.


2 Mei-Pagi2 lagi aku sudah bangun menyiapkan segala keperluan keluarga dan juga mengemas lagi keperluan yang harus dibawa ke perjalanan umrah kami nanti.

Aku mahu pastikan anak-anak dalam keadaan baik waktu ditinggalkan, semuanya sudah tersedia rapi untuk mereka. Wang sekolah Put'a aku dah siapkan atas meja belajar Put'a, setiap hari wangnya iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat nanti. Wang belanja jika ada kecemasan juga aku tinggalkan termasuk wang bayaran van sekolah Put'a dan juga wang yuran sekolah Nabil.

Damia adalah insan yang paling sukar aku nak tinggalkan, dia sedang membesar dengan bijak, manja, sentiasa mahukan belaian dan semakin petah berkata-kata. Meskipun aku maklum bahawa anak2 aku memang sudah terbiasa ditinggalkan tapi hati seorang ibu memang selalu mempunyai rasa itu dalam diri.

Sarapan pagi dan hidangan tengah hari aku sediakan sekaligus. Mesej2 pesanan untuk adik beradik dan juga teman sekerja sudahpun aku kirimkan. Memang banyak pesanan, banyak juga pesanan kerja kerana kalau memikirkan soal kerja, waktu ini aku sudah sibuk menyediakan itu dan ini terutama untuk konsert Boss Jun nanti.

Jam 11am, aku dan Papa sudah bersedia untuk ke airport. Mak mertua, Kak Isma dan Ali juga sudah siap. Anak2 tidak turut serta ke airport jadinya sisa2 masa yang ada dihabiskan dengan bersalaman, berciuman dan berpesanan. Aku pun sempat minta maaf dengan maid aku tu (hehehhe.....) supaya dia juga doakan agar pemergian aku berjalan lancar. Berbuih2 mulut berpesan macam2. Damia juga erat dalam dukungan aku, kesian dia.

3 kereta ke KLIA, suami dan anak2 Kak Isma turut menghantar kerana mereka akan terus balik ke Kuantan nanti. A.Z juga memandu membawa emak mertuaku dan Ali. Abang Ady, kawan Papa memandu kami.

Sampai di KLIA, Boss belum sampai lagi. Bila Boss sampai barulah kami berenam `check in' beg dan kemudian ke lounge untuk makan tengah hari, solat jamak dan menunggu waktu keberangkatan.

Sebelum masuk lounge, ada beberapa szoners datang, mengucap selamat jalan dan selamat buat Boss di AIM malam nanti. Aku juga sempat menitip pesan buat Saida yang mewakili Boss di AIM.

Jam 320pm, penerbangan menaiki MAS berlepas ke Jeddah. Aku macam biasa masih batuk2 dalam flight, kesian Kak Isma yang duduk di sebelah. Cuba untuk tidur tapi memang batuk amat mengganggu.

Makanan yang dihidangkan kali ni dalam penerbangan boleh dikatakan memenuhi selera aku, berapa kali pun dihidangkan makanan, aku tak menolak. Lupakan untuk lelap dengan lena kerana krew penerbangan akan selalu mengejutkan aku dan penumpang lain untuk memilih makanan.

Lebih kurang jam 7 malam waktu Arab Saudi, kami tiba di Jeddah. Urusan imigresen amatlah lembab. Percayalah, kita harus berbangga mempunyai KLIA yang begitu canggih, kalau pergi ke negara luar, tak kisahlah London ke, New York sekalipun, jauh sekali bagusnya KLIA.

Masa inilah aku dan Boss, telefon aku dan Boss menerima sms bertalu2. Boss senyum, aku pun senyum. Dalam debar juga sms dibuka sebab aku dah pesan kat D.J, Saida dan Aiman supaya memberi khabar berita tentang AIM.

Alhamdulillah, Boss merangkul 3 anugerah menerusi Lentera Timur (Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu-Di Taman Teman, Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik) dan 1 menerusi lagu Pada Cintanya-Audi Mok. Bagi aku kejayaan Lentera Timur adalah kejayaan SNP dan semua tenaga produksi. Nanti aku ceritakan dalam entry lain tentang kejayaan ini.

Bila dah melepasi imigresen, ketibaan kami dah disambut oleh Ustaz M.A di balai ketibaan. Kami terus dibawa menaiki van dan menuju ke lapangan terbang domestik pula untuk penerbangan ke Madinah.

Lama juga menunggu kerana penerbangan ke Madinah pada jam 1.30am (3 Mei). Sambil menunggu kami makan ayam goreng (Al-Baik) yang katanya jadi kesukaan Boss, ustaz dah belikan siap2.

3 Mei-Jam 130am, kami berlepas ke Madinah menaiki flight, tak lama penerbangan, lebih kurang 1 jam kami dah tiba di airport Madinah. Tak dapat bayangkan perasaanku kerana aku memang merindui Madinah. Lain benar rasanya bila berada di bumi kecintaan Rasulullah s.a.w ini.

Selepas melepasi imigresen dan mengambil bagasi, kami terus menaiki teksi dan menuju ke hotel penginapan. Tak jauh dari Masjid Nabawi, tak berpeluhpun kalau berjalan kaki. Sampai di hotel, kami buat solat jamak dan bersyukur sangat kerana sudah tiba di bumi Madinah.

Di Madinah, kami menginap di 3 bilik. Boss dengan mak, aku dengan Kak Isma dan Papa dengan Ali. Dalam bilik macam biasa aku masih selsema dan batuk2, Kak Isma pun jadi tak lena tidur. Sementara menunggu subuh, aku cuba juga untuk tidur.

Solat Subuh di masjid Nabawi, rindu sangat, lain benar rasanya. Minum air zam-zam yang memang terdapat dalam banyak tong yang disediakan di dalam masjid. Berdoa agar aku diberikan kesihatan yang baik, tidak lagi selsema dan batuk2.

Selepas solat, kami tidak bercadang untuk pulang ke hotel sebaliknya menunggu di masjid untuk memasuki Raudah. Walaupun terpaksa menunggu lama, berasak-asak tetapi tempat ini adalah tempat yang paling aku rindui.

Raudah: Taman syurga, terletaknya makam Rasulullah, dan dijanjikan oleh Allah sebagai tempat yang mustajab untuk berdoa.

Kami menunggu giliran dengan sabar, apabila berpeluang masuk ke Raudah, aku tidak membuang masa, bersolat dan berdoa dalam susah dan payah. Semua orang bertolak2 dan bersesak tetapi aku mencari ruang2 yang memungkinkan aku masih mampu juga bersolat walaupun berkali-kali bertukar tempat. Berdoa sepuasnya di sini. Alhamdulillah segalanya lancar.

Bila keluar saja dari masjid, aku, mak, Kak Isma dan Boss meninjau restoran2 kecil yang menjual sarapan. Beli buat alas perut saja kerana selepas jam 7am, barulah sarapan disediakan di hotel.

Selepas sarapan, balik berehat di hotel kerana penat perjalanan semalaman. Sementara nak menunggu waktu Zuhur masuk, aku sempat lelapkan mata. Zuhur macam biasa ke masjid lagi, kemudian barulah makan tengahari dan kemudian bersiap2 untuk ziarah.

Oleh kerana semua berpengalaman ke umrah dan membuat ziarah sebelum ini, hanya Kak Isma saja yang baru pertama kali, kami hanya mengambil peluang membuat ziarah di tempat2 bersejarah yang penting dan mendengar penerangan ustaz dari dalam van sahaja kerana waktu amat terhad.

Tempat tujuan utama yang kami singgah adalah di masjid Quba'. Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah di Madinah dan jika sesiapa yang mengambil wuduk dan kemudian pergi ke masjid ini dan bersolat, Allah memberikannya ganjaran satu kali umrah. Alhamdulillah, kami sempat solat di sini.

Selepas keluar dari masjid Quba', kami singgah di pasar kurma, tak susah nak dapatkannya apatah lagi peniaganya adalah orang Indonesia, kenalan ustaz/mutawif yang membawa kami. Ada yang mengirim pesan membeli kurma Nabi/Ajwa, aku turut membelinya.

Selepas selesai di pasar kurma, kami segera pulang kerana waktu Maghrib sudah hampir.

Selepas solat di masjid, aku sempat mengajak Kak Isma meninjau kedai2 berdekatan hotel. Membeli apa yang patut dan ke masjid Nabawi untuk bergambar kenangan.

4 Mei-Selepas subuh, kami tawaf masjid Nabawi untuk mencari bangunan asal yang berkubah hijau iaitu terletaknya makam Rasulullah dan juga kawasan Raudah yang aku ceritakan tadi. Oleh kerana hari ini kami akan meninggalkan Madinah, kami harus mengucapkan salam selamat tinggal kepada Rasulullah.


Apabila tiba di bangunan asal Masjid Nabawi, hati terasa amat sayu. Hanya dinding yang memisahkan kami dan makam Rasulullah. Kami berdoa di situ dan berdoa agar kami akan diberikan peluang untuk menziarah Rasulullah lagi. Juga berdoa agar kita semua akan mendapat syafaat Nabi di akhirat nanti. Amin.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah, kami ke gerai berdekatan dan membeli sarapan pagi. Kami berhasrat makan di dalam bilik sahaja kerana harus mengemas2 barang dan bersiap2 untuk berihram.

Kami mandi solat ihram da berssolat sunat ihram di bilik hotel, kemudian bersiap2 menuju ke airport Madinah. Kami bertolak ke Jeddah pada pukul 11.55am waktu Madinah.

Penerbangan kami dari Madinah tiba di Jeddah sekitar jam 12.50pm. Selepas keluar dari airport, kami ke restoran Thai terlebih dahulu untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan menaiki van ke Mekah.

Perjalanan lebih kurang 1 jam, aku memang suka melihat pemandangan dari Jeddah ke Mekah. Walaupun cuaca agak panas, tapi aku selalu membayangkan tempat2 yang aku lihat pada zaman2 Rasulullah dahulu.

Apabila sampai ke sempadan Tanah Haram, aku berdoa agar semuanya akan baik dan lancar segala ibadah kami di sini.

Tiba di Mekah, kami terus ke bilik hotel. Kami diberikan 2 bilik walaupun tempahan asal adalah apartment 2 bilik supaya semuanya boleh tinggal bersama. Sementara pihak yang berkenaan menguruskan apartment, kami bercadang untuk terus mengerjakan umrah kerana tidak mahu terlalu lama berada di dalam ihram.

Kami solat Asar dahulu di bilik hotel sementara dan kemudian terus ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Seperti biasa, perasaan berdebar, sayu da beryukur akan silih berganti apabila memasuki Masjidil haram dan berpeluang melihat Kaabah depan mata.

Kami tawaf keliling Kaabah, solat sunat tawaf dan kemudian bersaie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Masuk pusingan ke-6, masuk waktu solat Maghrib dan kami berhenti untuk bersolat jemaah. Selepas solat kami teruskan saie dan kemudian bertahallul. Alhamdulillah, umrah kami selesai hari ini.

Kami pulang ke hotel untuk bertukar ke bilik apartment. Akhirnya dapat juga bilik yang dikehendaki dan kami berpindah dari bilik sementara tadi. Lebih mudah kerana kami berenam dapat tinggal bersama.

Boss mengajakku turun ke bawah untuk membeli barang2 keperluan, hotel kami di tingkat atas dan bahagian bawahnya adalah shopping mall. 2 troli jugalah aku dan Boss shopping makanan/minuman untuk beberapa hari di Mekah.

5 Mei-Selepas solat dan sarapan pagi, aku, Papa dan mak bercadang untuk ke Masjidil Haram lagi pada jam 10am nanti. Kami tidur sekejap sebelum bangun kembali untuk ke masjid.

Di masjid, mak khusyuk membaca Al-Quran, aku juga membaca pelbagai surah dan bersolat sunat. Masa 2 jam sebelum masuk waktu Zuhur itu aku manfaatkan sebaiknya. Tidak mudah mendapat peluang beribadah dalam masjid di mana setiap saat kita boleh memandang Kaabah. Selepas solat Zuhur, kami makan tengah hari bersama-sama.

Solat Asar juga di masjid, aku, Boss dan Kak Isma melakukan tawaf sunat selepas Asar. Selepas tamat 7 keliling tawaf sunat, kami terus menghampiri multazam dan Alhamdulillah dapat berdoa benar2 di hadapannya.

Aku teringat waktu kali pertama aku mengerjakan umrah dahulu, aku dan Boss juga berpeluang berdoa di multazam selepas solat Asar juga. Alhamdulillah, segalanya juga dipermudahkan kali ini dan kami kemudiannya berpeluang solat dan berdoa di Hijr Ismail. Selepas itu berdoa di makam Nabi Ibrahim sebelum melakukan solat sunat.

Multazam: Kedudukannya di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah, tempat mustajab untuk berdoa. Alhamdulillah.
Selepas solat Maghrib dan Isyak, aku mengajak Kak Isma meninjau2 deretan kedai2 yang banyak menjual cenderamata dan barangan yang menjadi buah tangan jika kembali dari Mekah.

Banyak juga kami membeli untuk ahli keluarga. Sampai tak cukup tangan aku nak pegang banyaknya beg plastik dan Kak Isma membantu. Maklumlah adik beradikku dan ahli keluargaku memang ramai.

Tiba di hotel, aku bersiap2 pula untuk ke masjid lagi. Kami sudah berjanji dengan ustaz S untuk melakukan tawaf dan solat malam ini. Suasana tengah malam di dalam Masjidil Haram sukar hendak digambarkan. Pelbagai perasaan timbul dan tentunya amat berharga peluang yang kami ada untuk sujud kepadaNya.

Selepas tawaf sunat, kami dibawa oleh ustaz S untuk bersembahyang di tempat yang doa2 kita diaminkan oleh para malaikat. Lama juga kami di situ, jam 2.30am baru kami tiba di bilik hotel.

6 Mei-Hari ini kami berihram sekali lagi. Kali ini menuju ke Arafah terlebih dahulu. Sepanjang perjalanan ke Arafah, ustaz S memberi penerangan tentang tempat2 bersejarah yang kami lalui dan kami hanya berhenti di Arafah.

Di Arafah, kami ke Jabal Rahmah, bertuah rasanya kerana dapat berdoa dan ditunjukkan oleh ustaz S tempat sebenar pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Ali orang yang paling lama berdoa kerana dia sahaja yang masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kami juga dibawa ke tempat pertama kali Rasulullah wukuf, juga berdoa di sini seterusnya melihat peninggalan telaga Siti Zubaidah. Siti Zubaidah merupakan orang kaya yang budiman iaitu beliau sangup menggunakan hasil kekayaannya dan membina telaga/paip bagi membolehkan penduduk mendapatkan air.

Setelah itu, kami berniat ihram di Arafah dan kemudian terus menuju ke Mekah bagi mengerjakan umrah. Ustaz M.A turut serta kali ini. Tawaf, saie dan tahallul, Alhamdulillah ibadah umrah yang kedua selesai.

Selepas menunaikan solat Asar di masjid, kami kemudianya dipelawa ke rumah Ustaz S. Di rumah ustaz S diadakan majlis keagamaan dan kami juga dihidangkan dengan makanan kegemaran Boss iaitu nasi kuning.

Sebelum Maghrib, kami mohon diri untuk pulang ke hotel. Selepas solat, malam ini kami bercadang untuk ke masjid lagi, mengulangi tawaf sunat seperti malam tadi.

Jam 11.30pm, kami ke masjid lagi, tawaf, bersolat dan berdoa. Esok kami akan meninggalkan kota Mekah dan malam ini aku mahu memanfaatkan masa yang ada sebaiknya. Jam 1.30am, barulah kami tiba di bilik hotel. Aku mula mengemas2 kerana esok akan bertolak balik. Beg jadi bertambah2.

7 Mei-Pagi yang amat sayu kerana beberapa jam lagi kami akan meninggalkan Tanah Haram ini dan melakukan tawaf Wida'. Selesai mengemas2, kami ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf Wida' iaitu tawaf selamat tinggal.

Kali ini ustaz S datang mengetuai. Memang sayu sangat sewaktu mengelilingi Kaabah. Entah bila aku berpeluang lagi datang dan menjadi tetamu Allah. Semoga aku akan terus dimurahkan rezeki dan dapat datang ke sini lagi.

Selepas tawaf Wida dan solat sunat, kami duduk menghadap Kaabah dan berdoa. Sempat lagi bergambar kenangan depan Kaabah walaupun takut2 kalau2 pengawal di dalam masjid nampak kami bawa masuk kamera.

Aku amat bersyukur kerana berpeluang ke Madinah/Mekah. Tempat yang terlalu istimewa dan kita takkan dapat temui di lain2 tempat yang kita pergi. Bukan sahaja ibadah kita berganda2 ganjarannya bila dilakukan di kedua2 tempat ini tetapi di sinilah kita akan melihat kembali ke dalam diri kita, menginsafi siapa kita dan di situlah nanti akan bertambah rasa sayang dan cinta kita pada Allah dan juga Rasulullah.

Allah Maha Besar, aku amat mensyukuri kerana Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang. Pada satu ketika dahulu, aku terlalu ingin ke RumahMu, terlalu ingin rasa dekat denganMu dan aku terlalu rindu untuk mengadu denganMu, tapi aku tidak berkesempatan, terlalu banyak halangan, terlalu banyak duganya.

Alhamdulillah, hari ini aku menerima hikmahnya, kerana Kau Maha Penyayang, jika dahulu aku mahu ke RumahMu seorang diri, dalam keadaan duka yang teramat dalam, tetapi hari ini aku bersyukur kerana dapat menjadi tetamuMu berdua bersama2 suamiku dan diriku dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah. Mensyukuri segala apa yang telah kau tuliskan untukku.

Kami meninggalkan Mekah dan ke airport Jeddah. Penerbangan pulang ke KL dari Jedah jam 9malam waktu Arab Saudi. Dalam penerbangan aku asyik tidur sahaja, memang kepenatan.

8 Mei- Jam 10.45am waktu Malaysia kami tiba di KLIA. Syukur Alhamdulillah, selamat pergi dan pulang. Aku memang rindukan anak2 dan tak sabar nak pulang.

Dalam perjalanan balik, perut aku rasa lain macam, loya dan mual. Aku minta Abang Ady berhenti tepi jalan, memang rasa macam nak muntah.

Sampai saja di rumah, tahap loya makin tinggi, Damia sambut kepulangan aku dengan ketawanya dan juga memelukku erat. Nabil juga nampak macam rindu sangat dengan aku dan Papa. Put'a saja belum balik dari sekolah agama lagi.

Kemudian aku terus berlari ke bilik air, muntah. Huh! Perut dan tekak memang tak sedap sangat, perubahan cuaca. Jangan fikir yang bukan2.......hahahahahahahaha.