Monday, May 25, 2009

Gathering di RS.

23 Mei-Sebelum melelapkan mata semalam, aku dah berkali2 cuba ingat dalam kepala ni, biar tersemat terus dalam otak supaya esok aku akan bangun lebih awal kerana banyak perkara yang harus dilaksanakan walaupun hari ni biasanya hari cuti.

Memula macam biasa siapkan sarapan pagi/makan tengahari keluarga. Kemudian dengan pantasnya aku bersiap pula untuk ke restoran aku bagi membantu apa yang patut. Hari ini keluarga Sitizone mengadakan mini gathering kat restoran aku yang tak seberapanya ni. Semalam aku dah tempah khemah khas supaya Szoners dapat duduk dengan selesa di satu ruang yang terpisah dengan restoran aku.


Biarlah majlis ini secara tertutup, tidak diganggu dengan benda2 lain dan dapat dilaksanakan dengan suasana yang lebih santai. Sampai saja di restoran, khemah baru hendak dipasang. Aku selenggarakan apa yang patut, kat mana khemah nak diletak, kata mana meja dan kerusi hendak diatur. Szoners yang awal sekali dah tiba ialah Ejay dan Ana. Dah siap sarapan pun. Dorang ni pun tolong aku apa yang patut. Ali pun sudi taja PA System dan CD player hari ni dan dia pun datang pasang barang2. Terima kasih Ali!

Bila urusan di luar dah selesai, aku mula masuk ke dapur, tolong menyiapkan lauk-pauk untuk dijual terlebih dahulu. Kemudian barulah siapkan pula makanan/lauk pauk untuk gathering Szone. Bersilat jugaklah sekejap aku di dapur, maklumlah pada waktu macam ni memang orang dah nak makan tengah hari.

Mana nak siapkan lauk/pauk dijual dan dalam masa yang sama lauk/pauk untuk gathering, tapi Alhamdulillah, dengan kuasa bionic yang aku ada ni, semuanya selesai. Kakak aku dan pekerja2 pun bertungkus lumus berikan yang terbaik untuk majlis ini.

Bila makanan dah hampir siap, aku tengok ada beberapa lagi Szoners yang tak sampai. Bila semuanya dah tiba, barulah makan tengah hari dihidang ala buffet. Hidangan kali ini ialah nais putih, ayam masak lemak cili api, sambal hitam, acar dan kentang bercili dengan tempe. Ada 2 jenis minuman, ada kek dari Szoners dan juga bubur kepit hidung (hehehhe...siap ada yang sudi terangkan sejarah nama bubur ni).

Sebelum semua makan, aku berikan kata pembuka dahulu dan macam biasa mak nenek ni ada bagitau itu, ini, itu ini. Ini adalah perkara biasa kalau Boss nak hadiri majlis seumpama ini. Sebagai tuan rumah, aku nak pastikan semuanya berjalan baik dan lancar dan juga aku minta kerjasama Szoners dalam hal ni. Alhamdulillah semuanya baik2 dan mendengar kata...heheheh walaupun bila Boss nak balik serbu tetap serbu......

Bila dah selesai beri kata pembuka, makan tengah hari bermula. Tak lama kemudian Saida sampai untuk join majlis, dan diikuti oleh Boss. A.Z dan D.J yang ambil Boss, bila Boss sampai dan turun dari kereta Kelisa, semua macam tak percaya. Heheheh.Itu kereta A.Z, Boss nanti akan diambil oleh suaminya, jadi apa salahnya naik Kelisa dulu kan! Hehehehhe.

Selepas beberapa ketika, DSK, suami Boss pula sampai. Mereka utama barulah menikmati hidangan tengah hari. Sambil makan, Szoners adakan pertandingan kuiz mengenai Boss dan hamming lagu2 Boss. Yang bestnya mana yang hamming ke laut tu, hahahahha...Boss pula tolong hamming, supaya dapat kenalpasti lagu apa yang dinyanyikan.

Selepas acara hamming, Boss berikan ucapan panjang lebarnya. Boss juga turut menjawab pertanyaan2 daripada Szoners. Dalam pada masa yang sama, si ZZ ni minta pula Boss bacakan puisi yang aku tulis dalam blog ni sempana hari jadi aku. Tapi bukan Boss seorang je baca, tapi AJK pun baca juga. Ni kira keterperanjatan untuk akulah. Huhuhu..terharunya.

Seterusnya acara potong kek sempena 14 tahun Boss dalam industri, juga Szoners yang sambut hari jadi bulan 5 juga diberi penghormatan untuk potong kek bersama2. Aku pun termasuk sekalilah tu. Lepas potong kek, macam biasa Boss pun kenalah pulang. Semua pun tak lepaskan peluang bersalam dan bergambar.

Bila Boss dah balik, kami teruskan dengan penyampaian hadiah dan juga cabutan nombor bertuah. Kemudian diteruskan dengan bergambar, berborak-borak, bungkus kek dan lauk pauk yang sama. Agih2kan pada sesiapa yang masih belum balik.

Tak lama kemudian Papa datang ambil aku, kena balik ke rumah dulu sebab nak bersiap2 untuk malam ini pula. Boss ada show untuk konsert Jelajah Era di Shah Alam. Tak sampai 1 jam di rumah, A.Z dah datang jemput aku dan D.J. Kami terus ke rumah Boss, ambil Boss dan bertolak ke Shah Alam.

Boss sampaikan 3 buah lagu, masa lagu Di Taman Teman, Boss ajqak Kumpulan Sepah dan Din Beramoi naik ke atas stage untuk menjadi penari latar. Mereka ni memang buat kelakar habislah masa atas pentas tu. Selesai persembahan, Boss terus balik.

Lepas hantar Boss, aku, D.J dan A.Z singgah makan dulu di gerai tomyam kesukaan aku tu sebelum balik ke rumah.



Ni gambar ZZ tengah baca puisi..ada ke perkataan catatan disebut cacatan...aikkk cacat ke aku?

Ni pula giliran Boss baca puisi tu..hehehhehe......aku sengih je. Semua orang tau, aku ni tak suka `surprise' ahaksss.

Boss terima cenderahati daripada Sitizoners atas kejayaan beliau.

Ni masa aku buat cabutan bertuah, asyiklah nombor 8 je yang keluar, pastu no 3. Pada yang dapat hadiah, tahniah!

Kenangan bergambar beramai2 depan Resipi Sangdewi..heheheh dengan banner Szoners yang baru.


Gambar2 kat atas ni ihsan kiriman emel ZZ dan dengarnya tu pun gambar dari Szoners lain juga. Thanks buat yang empunya gambar ya.

24 Mei- Seronoknya hari Ahad, hari ni takde kerja. Bangun pagi, aku masak sarapan pagi dulu, lepas tu aku sambung tidur. Bangun semula masak lauk tengah hari pula...kemudian layan melodi dan cerita2 kat Astro.

Sampai petang jugalah tak buat apa di rumah. Lepas Maghrib Papa ajak aku dan anak2 join mak mertua aku, Abang Lizan, Kak Isma dan anak2 makan kat western cafe biasa tu, makan chicken chop. Lepas makan, singgah di kedai runcit, beli barang2 sikit.


Balik ke rumah, terus melekat kat rumah sebelah..berborak dengan Kak Isma, D.J, mak mertua...lepas tu Saida datang join sama. Lepas tu tinggal aku, mak mertua dan Kak Isma, lepas tu tinggal aku dan mak mertua aku je. Hahahahhah...nak tau sampai pukul berapa..dekat pukul 1.30am tau.

13 comments:

Fairuz Selamat said...

bencinya tak dpt join..!!!

zaffirazaini said...

alalalala... tu salah sebut... nervous punyer kes la kz...Akak ok... tak 'cacat' sentiasa... kadang-kadang jek.... huahuahua... (pergh.. sib baik tak tulis perihal speaker kat sini...hehe)

Terharu ya?? syukur... hehehe...

Thanks kz untuk semuanya...Memang kz event planner terhebat lah...Cayalah!!

p/s: Fairuz... ada hikmahnyer naper awak tak join. nanti sure majlis tak dapat dikawal... hahaha..=p

Azwan Hashim said...

Salam Kak Zyee,

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Jutaan terima kasih buat KZ atas kerjasama yg diberikan & tajaan yg disumbangkan.

Semestinya, kenangan & pengalaman manis di Sitizoners Mini Gathering 2009 menjadi kenangan terindah dlm hidup Azwan dan semua yg hadir.

Semoga KZ suka dgn kejutan yg Azwan plan tu bersama Ajk yg lain. Jangan saman Azwan yer ambik puisi kt blog KZ ni..hehe =)

Thanks juga buat kuasa bionik KZ yer..huhu..yg penting bubur kepit hidung tu memang best & sedap!! =)

maria said...

ayak...sambal hitam tu yg terliur tu...arrhh...tunggu...akan ku jenggah ke sana!!!

Su3y said...

A'skum kak...

1st of all tidak dinafikan memang sye kecewa sangat-sangat kerna tak dapat nak join the gathering...
Kalaulah dekat,dah lama suzy join kak...
Suzy pun sitizoner jugak,cume yang payahnya sebab suzy dari negara jiran (s'pura)...
Gathering tu diadakan di restoran akak yer?
Bestlah!
Harap-harap jikalau ada ape-ape event & berkesempatan nanti insyallah suzy akan join juga sitizoners yang lain-lain...
Akak,tolong sampaikan salam suzy yer kepada dato' siti :)
Thankz kak...

Anonymous said...

hehe...ucapan tahniah buat semua yg menjayakan gath ni...tahniah gak buat KZ yg sambut besday...juga buat DCT sempena ulangtahun ke 14...tak sabaq nak gi nengok konsert ni...ehehe...sori tak dpt join gath hari tu...busy dgn keje...hihih...salam ceria2 selalu...zamrie79 :-)

Ctea Fairuz said...

Salam Kak Zyee, Thanks banyak2 di atas pengorbanan Kak Zyee menjayakan Mini Gathering ni. Amat terharu la cz samapi2 sane je ade Kanopi & PA Sistem. Thanks sgt2 kak. Terharu lagi tgk Kak Zyee sndiri masak di dapur demi Gathering ni. Thanks buat Staff SNP yg sudi bertandang di sini.

Hope next time nak buat lagi Gathering di sini. Kak Zyee Memang the best!! thanks sekali lg merealisasikan impian kami untuk bertemu dgn Tuan Puteri =)

Buat AJK, Thanks jugA bertungkus lumus demi gathering ni...Cayalah!!! InsyaAllah akan hantar cerita Gathering ni kat MH & murai.com.my =)

Akhir kata kak zyee, JASAMU DIKENANG....Take Care Kak !!

Kak Lon said...

Salam Zyee...terima kasih di atas kerjasama di dalam menjayakan gath aritu terutama dari segi sponsor, memasak dan seme yg Zyee lakukan utk menjayakan gath tu.

Zyee mmg best..mmg betul2 bionik..hehe..Harap di masa akan dtg, kerjasama begini akan berterusan demi merapatkan lagi hubungan di antara Sitizoners dan juga dgn Siti sendiri.

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama AJK...

arieda salsabella said...

uwaaa..siapa yang hamming ke laut tu kz ek..huhuu..
apapun..berbaloi kite org drive jauh2 semata2 nak join mini gathering ni..tq d atas kerjasama yang kz berikan..sure lepas ni singgah lagi kat rsd..suka ngan sambal itam tu.

idasm said...

uwa... tak dpt join.. mmg terkilan dan sedih giler... tp nak buat mcmn.. ada tugas..
kak zyee... bestnyer diorang dpt makan masakan air tangan kak zyee sendiri.... kak zyee mmg superb lah..
best jugak diorang dpt jumpa dct!!!

Khai Karim said...

kak zyeee... nak tanyer nih.. bila VC Ditaman Teman Nak keluar??

Anonymous said...

UWAAAUWAAHAA.... sy pon x dpt join tau padahal sy kat kl mase tu tp ade tugas yg amat penting sekali menjaga baby huhuhu

lagi sekali ucapan khas buat kz, hapi bevday to u kz allah selamatkan kamu!

senyum memanjang jer sy ni bace entry kali ni... seronok betol la... happening abis gathering ni dari mula smpi la abis majlis...

alhamdulilah sy tumpang genbira sgt gahtering ni lancar segalanya berkat kerjasama kz dan semua yg terlibat

wah berborak panjang nampak nye smpi kul 1.30am tu TAJLENA

zue_zf said...

salam k.zyee.......zue baru sertai dunia kecil k.zyee,baru sebahagian cerita k.zyee zue baca zue dah geleng kepala....sibuk btl yer k.zyee nie......bersyukur juga k.zyee ader kuasa bionik @ biozyee. klu zue msti x terkejar.......& zue yakin teramat sangat kejayaan Boss k.Zyee adalah dr penat lelah k.zyee sndiri.sy salute k.zyee........& yg paling zue suka & x sangka k.zyee mmg baikkkkkkkkkkkkkkk sgt.....love u k.zyee,lps nie nak fanatik kat k.zyee lak lah..blh ker ???? tp no 1 ttp BOSS k.zyee lah..he..he..he.. zue gembira dpt berkenalan ngan k.zyee....