Friday, May 1, 2009

Dugaan Hebat

24 April-Oleh kerana dah lama tak update blog ni, aku macam tak berapa nak ingat apa yang berlaku pada tarikh ini. Yang aku ingat hanya, aku masih tak sihat, demam, sakit badan, batuk teruk dan selsema yang tak henti2.

Rasanya pagi tu, aku memang tak larat nak bangun tapi memikirkan ada kerja yang hendak dibuat, aku bercadang ke pejabat selepas waktu sembahyang Jumaat. Ada meeting tentang konsert di SNP, Boss join sama. Ini kira meeting permulaan untuk mengetahui semua kedudukan dan apa rancangan seterusnya.

Habis saja meeting, aku ajak Papa ke klinik, jumpa doktor lagi. Ambil ubat lagi.

25 April-Papa pula tidak sihat pagi ini. Walaupun aku juga masih tidak sihat tapi aku berusaha juga siapkan nasi bubur buat semua. Biarlah makan nasi bubur saja hari ini memandangkan aku, Papa dan anak2 masih tak sihat.

Bangunkan Papa, minta dia jamah nasi bubur, berikan ubat. Kesian pula aku tengok Papa. Memang aku tak tahu nak buat macam mana lagi, apa yang boleh aku sediakan apa yang Papa hendak walapun aku pun macam tak berdaya juga hari ini.

Sampai ke malam, kami hanya di rumah. Papa masih belum kebah, puas aku pujuk dia mandi supaya badan segar. Aku pula risaukan hari esok, pagi2 lagi dah kena bertolak ke Lumut, Perak untuk acara Jom Heboh. Cepatlah sembuh. A.Z juga katanya masih belum bekerja dan tak sihat dah masuk 2 hari. Esok juga dia tak dapat ke Lumut.

26 April-Malas aku hiraukan larat atau tidak, aku bangun pagi, mandi dan terus bersiap2. Aku, D.J dan Saida dihantar oleh suami Saida ke rumah Boss. Kami bergerak satu kereta, F, driver DK, aku, Boss, Saida, Sairah dan D.J. Paul dan 2 orang lagi kereta lain.

Demam, sejuk panas badan aku, batuk dan selsema, sendi2 semua sakit, siksanya perjalanan ke Lumut. Aku rasa lama sangat nak sampai ke sana. Jam 10.30am bertolak dari rumah Boss dan jam 2.30pm sampai di Swiss Garden Hotel, Damai Laut, Lumut. Jauhnya. Tempat yang aku dapat tahu cantik sangat selama ni dan aku memang teringin nak pergi, tapi jauhnya.

Sampai saja di lobi hotel, ramai artis an pemuzik dah menunggu. Semua perlu naik bas untuk ke jeti. Aku hanya sempat hantar Boss dan D.J ke bilik hotel dan kemudian temankan Saida dan Sairah yang harus ke tapak Jom Heboh untuk sound check dan bersiap di sana.

Baru sampai je dah kena naik bas. Sampai di jeti, kami perlu menunggu untuk naik bot laju ke tapak Jom Heboh. Huh! Itulah kali pertama aku naik bot laju TLDM yang digunakan untuk mengejar lanun dan lain2. Memang laju, siap buat demonstrasi lagi, menyenget sana sini dan aku yang tak sihat tentulah rasa bosan. Bilalah nak sampai ni.

Lepas tiba di jeti, memang terhoyong hayang sikitlah, kemudian naik bas lagi ke belakang pentas acara Konsert Jom Heboh. Huhuhu..aku rasa siksanya perjalanan kali ni. Agaknya aku memang tak sihat ditambah dengan perjalanan seumpama ini, aku macam rasa nak menangis je. Aku telefon Papa mengadu hal......

Badan bertambah meragam, tak sihat. Sendi2 makin sakit. Sound check belum mula. Aku ajak Saida dan Sairah makan dulu di tempat yang disediakan. Lepas makan barulah sound check bermula. Waktu Saida dan Sairah bersiap di belakang pentas, aku yang memang tak larat selamba saja baring atas lantai dan cuba tidur. Makan ubat dari klinik yang disediakan tepi pentas dan cuba baring, masih sakit. Sakit..sakit dan sakit. Batuk dan selsema jangan cakaplah.

Jam 730pm, Boss sampai. Dia pun dibawa menaiki bot juga. Jalan jam di mana-mana, tak ada cara lain. Jam 9pm, show bermula. Lepas show, kami terus balik ke KL. Sepanjang dalam perjalanan balik memang tak tahu nak cakap macam mana, badan sejuk sampai ke tulang rasanya, batuk dan selsema. Aku cuba lelapkan mata dan tak bercakap sepanjang perjalanan. Tapi memang tak boleh nak tidurlah.

Jam 3am sampai di rumah Boss. Nasib baik F, baik hati hantar kami ber3 balik ke rumah selepas tu. Sampai di rumah, letihnya..letihnya. Tak tahu nak cakap macam mana. Bila tak sihat, semua benda yang kita buat jadi tak tentu....huhuhuhuhu

27 April-Kena bangun pagi juga hari ni. Hari ni Boss kena siapkan juga fotografi untuk poster konsert. Aku dan A.Z jemput Boss di rumah, Nurul mekapkan Boss hari ni. Jam 1130am kami ke studio untuk fotografi. Jam 330pm barulah selesai.

Hantar Boss balik ke rumah macam biasa. Kemudian aku ajak Papa ke pasar malam, beli barang2 mentah.

28 April-Ada temujanji makan tengah hari di Hotel Mandarin dengan salah seorang insan budiman yang sudi nak taja sebahagian daripada kos konsert. Aku, Papa dan Boss pergi bertiga. Lepas lunch, borak2 dulu dan kemudian kami hantar Boss balik ke rumah.

Aku dan Papa terus ke opis, Papa ada meeting, aku tak dapat join sebab banyak kerja perlu disiapkan. Bila opis dah tutup, Papa sambung meeting di restoran dekat dengan opis, aku join sama. Lepas tu ajak Papa beli barang2 rumah yang tak ada.

Balik tu masa biasa rehat dan layan sakit. Huh!!

29 April-Bangun tidur suara aku masih belum ada. Huhu tak daptlah aku ditemubual dalam rancangan Malaysia Book Of Records MBOR) bersama Datuk Dr. Sheikh Muszafar dan Boss hari ni.

Jam 1230pm, krew dan Dr.Sheikh sampai di SNP. Ada temubual dengan Boss, Papa dan Saida. Semuanya mengenai Boss. Lagipun nama Boss tercatat dua kali dalam MBOR. Aku tidak dapat ditemubual kerana tiada suara, jadinya sebelum Angkasawan Negara balik, aku sempat bergambar dengannya.

Sewaktu Dr.Sheikh berehat, dia sempat berbual tentang industri seni dengannya, tak lama sekitar 5 minit. Aku rancak bercerita tentang indusri, jatuh bangun dan bagaimana jadi nazak sekarang ini. Perbualan yang berkualiti walaupun sekejap.

30 April- Oleh kerana aku banyak kerja hari ini, aku minta tolong A.Z dan D.J temankan Saida dan Sairah ke Wanita Hari Ini di TV3. Pagi tu, aku ajak Papa membeli beberapa keperluan ke umrah yang belum ada. Memang aku tak siap satu apa pun lagi, bimbang juga dengan kesihatan aku yang masih belum pulih.

Selepas membeli barangan tersebut, aku tekad nak ke klinik lagi untuk ambil suntikan bagi meredakan batuk dan selsema. Demam dan sakit badan dah ok tapi dua penyakit ni je belum baik.

Doktor bagi aku suntikan dan katanya nanti aku akan mengantuk. Tak mengapalah, aku terus ke opis sebab kerja begitu banyak menunggu. Aku siapkan apa saja kerja yang perlu dibuat sebelum ke umrah iaitu pencalonan artis2 SNP untuk Anugerah Planet Muzik dan juga pencalonan Boss untuk MTV Asia Award.

Memang banyak benda kena buat, isi form, siapkan dokumen dan material yang diminta, D.J turut membantu.

Ada 3 orang Szoners datang ke opis beli t-shirt. Lepas tu kami semua keluar kerana Boss ada show malam ni.

Lepas amik Boss, kami terus ke hotel dan buat sound check, lepas tu terus kepak di bilik hotel. Aku makan ubat dan cuba tidur. Bolehlah tidur2 ayam saja. Jam 9pm, Boss harus bersiap sedia kerana kejap lagi persembahan akan bermula. Turun ke dewan tempat persembahan, selepas 30 minit, Boss pun mulakan persembahan.

Lepas habis show, hantar Boss balik ke rumah, aku , A.Z dan D.J singgah makan di NN sebelum pulang ke rumah.

1 Mei-Mei dah tiba. Bulan yang aku suka. Selalunyalah. Pagi ni aku cuba merehatkan diri dulu atas katil, malas nak mengejar2 apa kerana hari ni cuti. Selepas siapkan makan tengah hari, aku telan ubat dan cuba tidur sebelum keluar membeli barang2 yang masih belum ada.

Jam 2pm, aku keluar dengan seorang teman, pusing2 area Cheras saja sampailah jam 5pm. Dapatlah juga apa yang dikehendaki dan tak kurang yang masih tertangguh pencariannya.

Sampai di rumah, aku terus kemaskan barang2 untuk ke umrah. Aku bagitau Papa tak sempat ke rumah Boss untuk kenduri doa selamat malam ni sebab banyak sangat benda yang aku belum siapkan.

Sambil mengemas, aku mencongak apa lagi yang belum selesai. Ya..isi borang sebagai penjamin JPA anak saudara aku yang dapat peluang belajar di UM dan kemudian ke Jepun. Lepas Maghrib aku sudahkan dan terus bagi kat kakak aku yang datang ke rumah untuk ucapkan selamat jalan sebab aku akan berangkat ke umrah nanti.

Lepas tu aku sambung mengemas lagi. Huh! Kena siapkan proposal program Boss untuk Astro, aku perlu bagi kepada kakak ipar Boss sebagai penerbit. Aku terus capai laptop, siapkan proposal, buat kos dan kemudian e-mel kepada Paul supaya dia dapat siapkan yang lain2.

Huh! Gilakan..masa terus mengejar. Kemudian aku sms Aiman bertanyakan perkembangan pra anugerah AIM di PWTC malam ini. Dengarnya ada 16 anugerah disampaikan malam ini dan semalam aku dah sms kepada produser, penulis lagi, lirik dan penggubah lagu yang tercalon dalam top 5 agar datang malam ini.

Tak lama kemudian, Aiman balas sms aku. Lagu Pop Etnik Terbaik, 2 lagu dendangan Boss gagal menang tetapi Susunan Muzik Terbaik lagu Pada Cinta nyanyian Boss, Audi Mok menang. Hanya itulah sahaja kategori AIM untuk pra anugerah yang melibatkan Boss.

Aku sms Boss pasal keputusan ini. Lepas majlis di rumahnya, Boss telefon, biasalah tak ada rezeki kan. Tahniah untuk Audi Mok, berbaloi aku menelefonnya kerana mahu mencalonkan lagu tersebut sewaktu mengisi borang AIM yang lalu.

Sekarang aku habiskan menulis blog. Mungkin lepas aku balik umrah nanti aku akan sambung menulis dan bercerita pengalaman di Madinah dan Mekah. Doakan agar perjalanan aku, Papa, Boss, ibu mentua, adik iparku Ali dan birasku, Isma dalam keadaan baik2, dipermudahkan segala urusan dan pergi-pulang dengan selamat ya!

Aku tidak membawa laptop bersama kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah lagipun pemergian kami tidak lama. Jumpa lagi nanti!

14 comments:

arieda salsabella said...

waduh2..bznyer..ida yang baca ni pun dpt rasakan betapa bznyer kz ni..
kelam kabut kan..banyak benda nak kena settle..
apapun..alhamdulillah..akhirnya dapat juga luangkan masa utk p umrah..semoga dapat menunaikan segala ibadah dengan tenang..
semoga segala urusan akan dpermudahkan olehNya..
semoga selamat pergi dan balik..
amin...

Azwan Hashim said...

Salam KZ,

Kesian tgk KZ, tak sihat2 lagi.. Azwan doakan akak cepat sembuh dan sihat walafiat kembali.

Semoga KZ, Boss dan semua yg pergi umrah akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan dipermudahkan segala urusan pergi dan pulang dengan selamat. Semoga doa2 yg dipohon juga akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

KZ jgn lupa kongsikan pengalaman di Madinah dan Mekah nanti yer..
Take Care.. =)

Ctea Fairuz said...

Salam kak Zyee...uikss..tak sangkakan last month dan bulan ni kak zyee sangat2 bz. buat proposal la..isi borng laa..fuh..tk pe2...Kejayaan akan muncul kelak.

Hope konsert yg kan datang ni akan gempak. InsyaAllah.

Di kesemptan ini Ctea nk ucapkan selamat menunaikan ibadah umrah ye Kak Zyee..Semoga selamat pergi dan pulang.

Tak Care..

sharifah afizan syed azizan said...

salam...
selamat jalan...dan selamat pulang. InsyaAllah. moga-moga segala urusan di sana berjalan lancar...amin.

idasm said...

salam kak zyee...
aduh.. byk sekali kerja2 yg perlu dibereskan. Kesihatan pula kurang memuaskan... Kak Zyee, take care yea. Selamat menunaikan umrah buat kak zyee dan famili, semoga semuanya berjalan lancar

Anonymous said...

Selamat Berangkat..InsyaAllah mendapat ketenangan dan kesihatan terus pulih.
--unomi--

Anonymous said...

kesian sungguh dgn kz ni... mmg dugaan hebat bagi kz... sy dpt tahu dari one of sz yg kz sakit terok mase dia pegi kat snp untok beli tshirt tu... sy doakan agar semuanya selamat pergi n kembali dan selamat segalanya... amin3 sy tunggu new entry setelah kz balik dari umrah nanti yer... thanks kz... take care... TAJLENA

Kak Lon said...

Salam Zie...selamat pergi dan selamat kembali dari mengerjakan umrah. Semoga kesihatan Zie sihat semasa di sana.

Anonymous said...

salam kesian kz...asyik bz je..insyaalah allah akan mnolng hambanye yg igtkan Dia & ikhlas ble wat sst keje..Amin..

Sye harap kz & famili sntiasa d'berkatinye..Slamat pergi & pulang-azie ptss-

My Second World said...

Semoga selamat dalam perjalan n pulang dalam keadaan selamat,,,,semoga ibadahnya di terima ALLAH,,,
Salam buat kak Siti Nurhaliza n semuanya yang umrah....

Lily Haslina Nasir said...

Zyee,
Jaga diri baik-baik
Jaga kesihatan elok-elok
Kesian akak baca kisah Zyee yang tak sihat tapi gagah lagi ke sana ke mari!

Mudah-mudahan perjalanan Zyee ke tanah suci dipermudahakan dan diberkati ya!

Balik nanti tulis cerita fasal pengalaman di sana ya!

mic in my earphones said...

Berdirinya Boss kerana kak Zie yang teguh ni..

Go for it!!

Anonymous said...

Kak Zie hope sihat dan tenang buat umrah..~mamas~

Fairuz Selamat said...

happy besday kak zie..!!!! kite org2 bulan mei memang hebat,,!!!