Thursday, May 21, 2009

Mei yang sibuk

16 Mei-Selamat Hari Guru. Tarikh ni merupakan tarikh yang aku selalu dan pasti akan ingat. Sejak sekolah lagi, aku tidak akan pernah lupa untuk menghargai setiap guru2 aku pada hari sambutan istimewa buat golongan pendidik ini.

Sekarang ini aku menerapkan nilai-nilai sebegitu kepada Put'a dan tahun ini buat pertama kalinya buat Nabil. Biarlah sampai bila-bila pun mereka tahu betapa besarnya peranan guru selain didikan ibu bapa.

Kalau hendak diceritakan memang ramailah guru2 yang berjasa kepada aku sejak keluarga rendah, menengah sehinggalah sewaktu aku di ASK dahulu. Setiap seorang daripada mereka telah menjadikan aku seperti mana sekarang ini.

Terima kasih buat semua bekas guru dan pensyarahku. Setiap seorang daripada anda adalah pelita ilmu yang cahayanya tak pernah terpadam sampai bila2.

Hari ini banyak masa dihabiskan di rumah sahaja. Menjelang senja, aku mengajak Papa dan anak2 ke pasar malam untuk membeli barangan dapur.

Aku sengaja selesaikan semua perkara lebih awal supaya aku dapat menghadap tv menonton Konsert Akhir AF7 dengan tenang dan bersenang-senang. Sepanjang menonton konsert ini, sebagai penonton sejujurnya aku tidak mendapat kepuasan dan amat terkilan dengan cara persembahan setiap pelajar.

Apakah sejak dari awal, sejak dari presentation dan ketika `full dress rehearsal' atau latihan penuh di stadium, kelemahan2 dan kekurangan2 ini tidak disedari oleh sesiapa saja yang terlibat dalam produksi atau fakulti sendiri. Amat sayang...teramat2 sayang.

Usah pertikai jika ada kelemahan suara/vokal di sana sini, itu perkara biasa, tetapi setiap pelajar harus tampil dengan persembahan yang mempunyai konsep atau sekurang2nya berbuatlah sesuatu untuk mewarnai sesuatu persembahan. Mana bantuan tenaga pengajar???

Aku akan cuba bagi tips tapi tak tahulah jika ini akan diberikan perhatian kerana inilah apa yang selalu aku praktikkan dalam kerja2 aku.

Kejayaan seseorang peserta dalam sesuatu pertandingan turut terletak kepada pemilihan lagu. Apa yang Boss aku buat di setiap pertandingan adalah pemilihan lagu, tidak semua lagu sesuai untuk pertandingan. Ada lagu yang sedap tapi bukan untuk pertandingan, ada lagu yang susah dibawa tetapi ia mungkin lebih menyerlah untuk pertandingan dan ada juga lagu yang dianggap picisan dalam sesebuah album tetapi ia menjadi karya besar jika dipersembahkan dalam sesebuah pertandingan.

Pemilihan lagu AF7 untuk pertandingan akhir bagi aku boleh dilihat semula, alangkah bagusnya bila di peringkat akhir ini pihak Astro lebih teliti mencari dan menilai lagu. Aduhai..aku dari mula lagi geram sangat nak jadi sebahagian daripada orang yang boleh menyarankan apakah lagu yang sesuai untuk si polan dan si polan.

Bukan hendak tunjuk pandai tetapi sekurang2nya untuk melihat potensi seseorang kita harus tahu apa kelebihan dan kebolehan yang mereka miliki. Sesiapa sahaja boleh menjadi versatile, bagilah apa saja genre lagu kepada mereka kerana ia tidak menyekat versatiliti tapi haruslah memilih lagu2 dari setiap genre yang mampu dibawa oleh seseorang itu.

Contohnya: dangdut, mungkin buat si A, lagu Selamat Jalan Romeo tidak sesuai dengan dirinya dan lagu Kopi Dangdut lebih memperlihatkan kehebatan dan dia mampu memukau apabila menyampaikan lagu itu. Tetapi genre muzik tetap sama iaitu dangdut, yang berbeza cuma lagunya sahaja.

Contoh lagi: balada, mungkin buat si B, lagu Bukan Cinta Biasa tidak boleh dibawa dengan penghayatan sepenuhnya tetapi lagu Purnama Merindu mampu memberi impak yang besar dalam persembahan dan kemampuan suaranya.

Inilah yang aku maksudkan. Tak mudah bukan tetapi ia memang tidak mudah jika kita malas dan tidak mahu menjana maksud pada setiap perkara yang cuba kita capai. Ayuh orang2 dalam industri, kena lebih rajin berfikir!!!

Kemudian dalam apa jua pertandingan atau show2 besar, artis/peserta jangan malas. Mesti ada konsep, koreografi dan juga memaksudkan apa yang dinyanyikan dalam bentuk bahasa tubuh yang boleh menarik perhatian penonton atau juri.

Inilah yang sering ditegaskan oleh Adlin dan aku rasa Boss aku tak pernah tertinggal hal ini dalam setiap persembahan besar yang dijayakannya. Ini penting.

Justeru jangan lagi ada pertikaian, bagaimana untuk menjadi yang terbaik kerana bagi aku, berusaha saja tidak cukup tetapi untuk menjadi yang terbaik kita harus mendaki, kerana masih ramai yang sedang mengejar, tak cukup hanya kita berlari. Semakin tinggi kita daki, semakin ke depanlah kita..dan orang yang sedang lari mengejar takkan dapat menggapai apa yang sedang kita daki.

Walaupun aku hanyalah orang kecil dalam industri ini tetapi aku rasa apa sahaja boleh menjadikan seseorang itu `besar' jika kita tahu bagaimana mengemudikannya.

Hafiz jadi juara AF7 tapi sayang...rasanya jika lagu ditukar, kecuali lagu kedua itu dan Hafiz diberikan ruang untuk satu sentuhan persembahan yang mampu diingati, rasanya kejayaan Hafiz malam itu akan lebih manis untuk dikenang.

17 Mei- Hari minggu, hari bersenang-senang. Malangnya migrain pula menyerang. Mula-mula pening biasa saja, kemudian jadi lebih teruk sampai tak boleh bangun.

Aduh siksanya rasa. Huhuhuhu. Berat sangat kepala aku, tak larat. Senja tu, aku ajak Papa keluar juga nak beli ubat di klinik. Tapi sebelum tu aku singgah makan kat Old Town dulu sebab nak alas perut.

Lepas tu teringat hadiah untuk Put'a nak bagi kat cikgu2 dia belum beli lagi. Alahai malam2 ni nak beli kat mana. Nasib baik Watson buka lagi, belilah apa yang ada, aku rasa hadiah tu ok dan berbaloi.

Balik je ke rumah, aku terus makan ubat yang Papa beli kat klinik tadi. Huhuhu..cepatlah baik. Esok ada kerja lagi.

18 Mei- Selepas siapkan keperluan di rumah, aku ke opis macam biasa. Hari ni sibuk yang amat sibuk. Macam2 kena buat, tak kalih kiri dan kanan dah. Esok ada sidang media, banyak benda nak disiapkan.

Tengah hari ini nanti ada meeting pula dengan semua team konsert SATU. Sibuk-sibuk.

Huwaaaaa..rasa macam nak menangis aku, hp aku yang Aiman hantar baiki tu dah diterima dan keypadnya dah elok. Mula2 aku suka bukan main, tiba2 bila aku check semua contact dalam memori hp aku hilang. Aduhai...macam mana ni. Semua nombor penting ada di situ. Macam mana ni. Huwaaaaa. Geram...geram..geram sangat ni.

Jadi takde mood aku hari ni. Mengapalah tak tanya dulu nak format kembali ke hp tu, nak buat apa pun Cina tu kenalah tanya empunya hp kan? Eeiiiiii..bukan sikit2 no hp orang dalam tu, beratus2.

Meeting diteruskan juga. Semua ada, Boss pun datang. Perjalanan konsert dibentangkan, semua department akan buat kerja masing-masing. Moga berjayalah ya!

19 Mei-Pagi ni aku sampai opis awal dari biasa. Banyak kerja perlu disiapkan kerana petang nanti ada sidang media konsert eksklusif SATU Boss aku.

Jam 1.30pm aku dan Papa bergerak ke Istana Budaya, aku sampai lebih awal sebab nak tengok persediaan di tempat sidang media dan juga nak menyambut kedatangan tetamu dan media.

Inilah gambar2 Boss, aku sewaktu majlis sidang media di Istana Budaya.

Alhamdulillah ramai yang hadir dan majlis pun berlangsung dengan baik. Aku balik pun dengan Papa dan Saida. D.J temankan Boss balik dengan A.Z.

Sampai di rumah, dapat rehat kejap. Sambil2 tu aku buka hadiah yang diberikan oleh PSK siang tadi sewaktu dia hadr ke sidang media Boss. Huh! Terharunya aku, satu lagi hadiah amat bermakna. Aku jadi malu pula dengan PSK, maklumlah menghadiahkan aku sesuatu yang aku kira amat berharga. Terima kasih. Seperti katanya, hadiah itu sebagai motivasi untuk aku lebih bekerja keras dalam kerjaya aku.

Jam 7.30pm, aku dan Aiman ambil Saida di rumahnya untuk ke Banting. Sairah juga konvoi bersama. Boss bertolak dari rumahnya dengan A.Z dan D.J.

Malam ini di Banting diadakan Anugerah Lentera Timur anjuran MAYC Kuala Langat,dan sudah 3 kali SNP bekerjasama menjayakan pertandingan nyanyian lagu-lagu tradisional. Ada di antara peserta dan pemenangnya sebelum ini yang telah menjadi artis.

Melihatkan kesungguhan dan kebolehan para peserta pada malam itu, percayalah aku lebih teruja dan dapat menonton satu persembahan di sebuah pertandingan yang jauh lebih kecil dari skala AF tapi mutu suara dan kebolehan serta corak persembahan peserta amatlah boleh dipuji.

Mereka memilih lagu tradisional dari album Lentera Timur dan juga lagu2 yang sesuai dengan vokal mereka, setiap persembaan ada konsepnya tersendiri dan nampak begitu berusaha untuk menonjolkan sesuatu yang terbaik. Barangkali juri malam itupun sukar untuk membuat pilihan.

Hahahahha..walaupun kali ini aku sedikit mengkritik tetapi ia bukan bermakna aku tidak suka kerana aku adalah penonton tegar AF ejak AF 1 lagi. Hehehhehe. Bukan apa, aku mahu berkongsi agar tujuan mencari bakat itu harus diperkembangkan lagi cara atau skill nya.

Acara di Banting habis sekitar jam 12pm. Terus balik ke rumah.


Saida menjadi artis undangan dan menyampaikan 2 buah lagu, Cinta Ini dan single beliau, Sedalamnya Cinta.

Sairah juga diundang sama, beliau sedang menyampaikan single keduanya berjudul Akhir Cinta.

Sairah mengajak Saida menyertainya sewaktu menyampaikan lagu Joget Pahang.


Saida & Sairah sewaktu duduk menyaksikan persembahan peserta.


Boss dan barisan VIP yang hadir.


Aku yang sedang menerima sijil itu bagi mewakili Boss/SNP.


Boss sewaktu di pentas menyampaikan sijil kepada semua pihak yang menjayakan Anugerah Lentera Timur dan juga hadiah kepada peserta.

3 comments:

Saidah Irham said...

Hua!!!! Buzy.. buzy.. ^^
Rindu.. activity Kak Zyee dan Kak Siti di Indonesia.. ^^ di tunggu.. :D

Success for u! ^^

Anonymous said...

tak sabar nak tgk SATU....!!!


P/S: kak zyee, PSK 2 saper?

Anonymous said...

hai..sye pn nk tau jgk PSK tu sape