Friday, May 29, 2009

Latihan konsert

Boss dan designer sedang berbincang waktu di Jakel.

Boss dengan koleksi kain Jakel yang sudah dipilih bersama designers.

Boss bergaya dengan kain-kainnya.


Hahahah..gambar ni saja nak enterframe.


Langkah kaki Boss sewaktu latihan menari. Nak full? Tunggulah...


25 Mei-Pagi ni aku ke opis macam biasa. Keluarga Boss ada meeting dan aku siapkan apa yang patut di opis. Bila meeting selesai, Boss ajak semua makan kat sebuah restoran Yong Tau Foo di Ampang.

Pada mulanya aku tak nak join sebab memang aku tak makan Yong Tau Foo tapi Papa ajak juga sebab bukan senang nak berkumpul semua adik beradik. Kali ni ketujuh-tujuh adik beradik Boss ada, dan aku pun join sekali. Tapi aku tak order makanan di restoran sebelah, alamak nasi lemaknya macam nak basi je. Aku tak lalu nak teruskan makan. Kemudian aku order nasi goreng pula kat restoran Thai yang bersebelahan.
Lepas makan, mak mertua dan keluarga Abang Lizan terus pulang ke Kuala Lipis. Aku, Papa, Boss dan Saida singgah sekejap di tempat latihan menari kerana itu hari pertama semua penari yang terlibat dengan konsert SATU berkumpul.

Boss bagi ucapan sikit, dan berkenal-kenalan kemudian kami hantar Boss balik ke rumah.

26 Mei-Hari ni macam biasa bertungkus lumus di dapur dulu kemudian barulah ke opis. Kemudian ambil Boss di rumah dan terus ke tempat latihan menari kerana ada perjumpaan dengan 3 orang pereka fesyen yang akan terlibat membuat persalinan Boss dalam konsert nanti. Yang hadir Amir Luqman dan Riezman tapi Michael Ong ada hal lain.

Perjalanan show diterangkan kepada mereka satu persatu, setiap segmen ada rekaan baju tersendiri dan dibahagi-bahagikan kepada 3 pereka ini.

Bila penerangan kepada designer selesai, Boss mulakan latihan tarian bersama Pat sampailah jam 8 malam.

27 Mei-Pagi-pagi lagi aku dan A.Z ke rumah Boss. Hari ni Boss akan ke Jakel untuk memilih kain bagi persalinan untuk konsert SATU. Jakel bermurah hati menaja persalinan Boss dalam konsert kali ini.

Lazimnya antara kos yang paling tinggi dalam sesebuah konsert adalah kostum dan juga bayaran kepada pereka. Sejak konsert pertama Boss di Stadium Bukit Jalil pada tahun 1999, memang terlalu banyak kos dihabiskan untuk kostum sehingga mencecah puluhan ribu.

Efek material/kain dan warna serta design untuk sesebuah konsert tidak sama dengan show biasa. Penataan cahaya, set, warna segalanya mempengaruhi design dan juga pemilihan material.

Alhamdulillah kali ini Jakel bermurah hati dengan tajaan kain dan juga 3 pereka yang sanggup menyiapkan baju Boss tanpa sebarang bayaran. Bagi aku ini sesuatu yang amat murni kerana konsert SATU juga bertujuan amal dan setiap seorang daripada mereka yang bermurah hati pasti ada ganjaran daripadaNya.

Jam 12.30pm, Boss sampai di Jakel, agak lambat juga kerana banyak jalan ditutup. Amir dan Riezman Ruzaini membantu Boss memilih material. Pihak media juga datang untuk tujuan promosi.

Lama juga kami di Jakel, memilih material konsert dan Boss juga takm lepaskan peluang membeli kain untuk keperluannya.

Selesai di Jakel, kami terus pulang ke rumah Boss dan kemudian bersiap2 pula ke tempat latihan. Hari ni Boss meneruskan latihan tarian dengan Pat dan juga para penari.

D.J datang ke tempat latihan dengan Saida, bila selesai latihan aku balik dengan Saida. Minta Saida tinggalkan aku di Econsave sebab nak beli barang2 rumah. Tak lama kemudian Papa datang pula untuk join aku beli barang.

Hari ni beli banyak sangat barang, untuk stok sebulan. Senang sebab lepas ni aku dah sibuk.

28 Mei-Macam biasa pagi ke opis, kemudian ke rumah Boss, seterusnya ke tempat latihan. Hari ini Boss berlatih lagi dengan Pat dan penari hingga jam 8 malam.

Aku yang sedari pagi amatlah mengantuk membawa ke petang. Waktu Boss berlatih, aku sempat nak lelap atas sofa tempat latihan. Tapi sebab bunyi muzik kuat, kiranya lelap-lelap ayam jelah (bukan tidur-tidur ayam).

Kemudian Nurul Shukor datang menjenguk Boss buat latihan. Aku pun ambil kesempatan untuk menerangkan kepada Nurul bagaimana solekan dan pakaian Boss masa konsert nanti. Biasanya kalau di belakang pentas, aku dan Nurul memang kelam kabut menyiapkan dan menukar baju Boss pada setiap segmen. Dan kali ini banyak segmen yang agak mencabar.

Perjalanan show dan apa baju2 yang Boss pakai dalam otak aku dan Nurul mesti dah kena tau supaya show dapat berjalan dengan baik nanti.

Lepas Boss habis latihan dan hantar dia balik, aku, D.J dan A.Z makan di gerai tomyam biasa. Ummmphhhh.

13 comments:

idasm said...

wah.. boss akak dtg ke Jakel... dekat sgt ngan tempat ida.. tp waktu tu ida tgh on d way dr dungun ke KL...
nampaknya boss akak setiap hari ada latihan yea... akak pun turut busy jugaklah yea...

Khai Karim said...

hahaah,, kak ida kak ida!

Anonymous said...

wah..Kak Zye, boss dh mula buat latihan menari yek....x sabar nk tgk konsert SATU...mesti byk kejutan kan..Kak Zye mesti busy skg kan...apa2 pun harap2 semuanya berjalan dgn lancar. - LIA

wénkt said...

kirim salam kat boss

jumpa di konsert nanti

http://www.wenkt.com/blog

Anonymous said...

Hi kak zyee...waah nampaknya Boss semakin busy..kak zyee dan warga SNP pun tentu sibuk jugakkan....nanti kak zyee jgn lupa ye bg info Boss ade kat mane2...apa lagi...CTrace laaa... =)
~ aisHa_HumaiRa

syaida ilmuna said...

hi kak zyee..
wah semakin sibuk ye kak zyee n boss..
jgn lupe nak berehat ya..
kalau ada apa2 info mengenai konsert satu tulis tau..
x sabar nak tau...
hehehe...

Ctea Fairuz said...

Salam Kak Zyee..busynye kak zyee kiter ni..ape2 pun ctea doakan semoga perjalanan konsert SATU ini akn berjlan dgn lancar..InsyaAllah..mesti gempaknye dengan kostum2 tu..Jakel plak tu

Ruginye tk dpt pergi..hhmmmm..ape2 pun Kak Zye..Take Care & Kirim salam warge Lipis..rindu nk ke sane.. ;)

Azwan Hashim said...

Salam KZ,

Semoga segala perancangan & persediaan yg dijalankan utk konsert SATU akn berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Dari persediaan yang mantap dan latihan yang penuh komited dr Boss & semua team terlibat pasti akan memberikan hasil persembahan yg memukau dan hebat di pentas IB buat kami semua.

All the best KZ!! =)

arieda salsabella said...

wah..bz ek..banyak benda nak kena settle kan..kalu penat2 tu..rehatkan minda seketika..layan blog ke..FB ke..hehe..

Anonymous said...

suspen je nampak kaki boss hehehe jadilah... kaki pon kaki la janji dpt tengok full nanti hehehe

good idea kz beli barang2 untok stok sebulan coz mesti kz nanti bz sgt3

good luck kz n boss for honsert satu ni... semoga berjalan dgn lancar segalanye... insya allah jumpe dikonsert nanti 28hb TAJLENA

Su3y said...

A'skum kak rozi...

Wah,kain-kain yang dipilih semuanya lawa-lawa lah!
Mesti lebih lawa pabila siap dipakai dato' siti ketika konsert sedang berlangsung tu nanti :)

Anonymous said...

Hai kak zyee...
ya ampun cibuk nya next time kalu nak tido sumbat je 2 telinga kz hehe jadi suara kuat pun x dgr kan..
Apepun gud luck ya buat konsert nya, salam ya wat bozz..
(kami menunggu nya)
salam dari kejauhan
OKI-Jakarta

ms.teo said...

hi, kak zyee

APA KHABAR ??

boleh tak, saya beli album DATO SITI NURHALIZA dgn SYARIKAT SITI??

TERIMA KASIH...