Monday, June 1, 2009

Cuti sekolah

Boss sedang menjalani latihan bersama kapten penari Konsert Satu.

Boss bersungguh-sungguh melakukan gerak tari.


29 Mei- Hari ni merupakan hari terakhir persekolahan penggal ni. Huh lega! Ahakss..aku pulak yang lega. Bukan apa, bila anak2 bercuti sekolah, adalah masa rehat sikit.

Pagi ni macam biasa ke opis dulu, lepas Jumaat ambil Boss di rumahnya dan terus ke tempat latihan. Boss adakan latihan lebih awal malam ini sebab ada hal pada sebelah malam nanti.

Aku berbincang lagi dengan Pat dalam beberapa hal konsert ni, bagi semuanya lancar. Adakala benda remeh temeh ni orang tak nampak tapi kalau tak diselesaikan akan beri impak yang tak berapa baik untuk perjalanan konsert. Bukan senang tau nak buat persembahan besar macam ini.

Sebagai manusia memang kita akan cuba merancang agar segalanya dapat berjalan dengan baik, selebihnya Allah yang tentukan. Tetapi kenalah berusahakan untuk tetap memberikan apa jua yang terbaik. Semua sudut tak boleh ambil sambil lewa kerana setiap orang ada bahagian kerja masing2 dan harus bekerja dalam satu pasukan dan saling berhubungan/bergantungan antara satu sama lain.

Lepas habis latihan, hantar Boss balik ke rumah. Malam ni tak singgah di mana-mana, aku, D.J dan A.Z terus balik rumah juga.

30 Mei-Pagi 2 lagi dah bangun siapkan sarapan anak-anak. Bila semua dah sarapan, aku kemaskan pakaian mereka untuk bercuti seminggu di kampung. Lepas Papa bangun tidur, makan, barulah kami bergerak pulang ke kampung.
Memang rindu sangat nak balik rumah keluarga aku, dah lama tak jumpa dengan emak aku. Rindu juga dengan pasar malam Benta, dan rindu juga nak makan lemang. Hahahahha..dalam perjalanan balik tu, asyiklah teringatkan nak makan lemang dan juga buah langsat.

Gerai buah2an tepi jalan tak nampak pulak jual langsat, aku pun ajak Papa singgah saja di pasar malam Benta bila sampai nanti, nak beli kuih-kuih dan buah langsat. Oleh kerana agak sesak depan pasar malam tu, dan Papa tak boleh nak parking kereta, jadinya aku dan anak2 saja yang keluar beli kuih2.

Hajat memang nak beli langsat, alahai..mengenangkan sukar nak kawal 3 anak aku ni, jadinya hasrat makan langsat dibatalkan. Hahahahah.

Sampai di rumah, macam biasa jumpa dengan emak, kakak, abang dan anak2 saudaraku yang duduk di situ. Makan, sembang, budak2 sukalah sebab ramai kawan. Jam 9pm, kami anak beranak ke KL kecil, ke rumah emak mertuaku. Dah alang-alang balik, memang kena pergi jenguklah.
Singgah di gerai beli mee goreng api, nilah nama mee goreng yang dikatakan paling sedap di Kl kecil ni. Di rumah ibu mertuaku, sambil tengok tv, semua makan mee yang dibeli tadi. Jam 12 tengah malam, kami berangkat pulang ke rumah keluarga aku semula.
31 Mei-Pagi tu memang aku nak pergi ke pekan sehari Benta tapi kakak aku dah pergi awal2 lagi. Malas pula rasanya.
Kakak aku balik beli makanan, hahahahah...apalagi serbulah makan. Lepak2, tidur...bahagia sungguh balik kampung ni. Secelik mata je, makanan tengah hari dah siap, heheheh makan dengan Papa.

Aku kan dah kata, balik sekali sekala ni memang nak bermanjalah. Rehat2, buat macam anak bongsu. Hahahaha. Lepas makan, Papa pergi ke KL kecil lagi. Sementara tunggu Papa, aku ajak anak saudaraku ke Benta lagi, ke salon untuk gunting rambut Damia. Bahagian depan rambut Damia dah panjang.
Lepas tu beli2 barang dulu dan kebetulan berjumpa pula dengan 2 orang kawan sekolah aku dulu. Sembang2 lagi. Sampai di rumah, Papa dah menunggu. Sempat minum petang, kemudian kami balik ke KL besar.
Sedih sungguh nak tinggalkan anak2 terutama Damia yang memang amat rapat dengan Papa dia. Tadi masa nak tinggalkan pun, meronta2 dia nak ikut. Bila dipujuk, barulah Damia ok dan sempat melambai2 tangan lagi.
Aduhai jam sana, jam sini. Biasalah dah cuti sekolah. Hampir jam 11 malam juga baru sampai ke rumah. Sebelum tu singgah makan kat gerai tomyam biasa.
1 Jun- Mata aku terbuka awal hari ni. Macam2 boleh buat, basuh kain, jemur kain dan siapkan sarapan untuk Papa. Hari ni aku cipta sejarah pergi awal pagi ke opis dengan D.J dan A.Z. Siapkan sarapan Papa dulu dan kemudian ke opis. Pergi pagi2 ni bukan apa, ada kerja penting nak buat. Kalau tak, tentu tak datang lagi ni.

Lepas siapkan kerja, aku bergegas pula dengan A.Z ke Mid Valley. Ada urusan mengenai produk Boss yang bakal keluar nanti. Aku sebenarnya tak terlibat secara langsung tetapi menolong apa yang patut di belakang tabir sahaja.

Jam 3pm, aku, A.Z dan Boss terus ke tempat latihan menari. Hari ni ada meeting penting buat setiap jabatan yang ditugaskan untuk konsert. Semua hadir mewakili badan kerja masing-masing. Jam 5pm, selesai dan Boss sambung pula dengan latihan menari.


Tekun mendengar penerangan setiap jabatan tugasan konsert SATU.

Selepas tamat latihan, hantar Boss balik ke rumah, aku, Papa dan A.Z singgah makan dulu di gerai tomyam.
Tiap2 malam makan nasi ni..alahai gemuk lagilah.......
2 Jun-Hari ni macam biasa, basuh kain, jemur kain dan buatkan sarapan Papa. Kemudian barulah ke opis. Tak banyak kerja sangat sebab otak aku betul2 tak berjalan hari ni. Memang selalu terjadi hal2 macam ni.....

Hari ni Boss ada latihan lagi, ke tempat latihan dan seterusnya suami Boss datang ambil Boss masa pulang. Kami 3 serangkai teruslah balik, singgah makan kat gerai tomyam...lagi???

Hahahahah.....gemuk...gemuk....tekad pergi gim lepas ni, masuk sauna lama2 juga, pergi slimming centre, minum teh buang toksin....hahahahahha......macam2 dalam kepala ni.

3 Jun- Bangun pagi badan rasa lain macam, pening2 juga. Iskhhhh. Aku sms D.J bagitau aku lambat ke opis hari ni. Sambil tu buat juga kerja rumah, masuk dapur, basuh kain segala.
Kemudian ajak aku ajak Papa temankan urusan aku, bagitau pula kat D.J aku tak dapat ikut pergi latihan dengan Boss. Bila urusan aku selesai, aku singgah di opis. Buat kerja-kerja konsert.

Hari ni sebenarnya hari ulangtahun ke 3 Resipi Sangdewi, sesuatu yang telah memberikan 1001 macam situasi dan emosi. Memang tak mudah memulakan perniagaan, membina perniagaan, menguruskannya, mempertahankannya..banyak yang datang dan hilang. Banyak yang dikorbankan, terpaksa dikorbankan. Segalanya punya sebab, segalanya punya cerita, apa jua yang terjadi aku tidak pernah dan tidak akan pernah menyesal. Apa yang telah aku mulakan, apa yang telah ada depan mata, yang di dalamnya penuh rencah dan cerita, biarlah aku tanggung segalanya.

Memang ada manis dan pahitnya tapi macam aku kata, apa jua yang terjadi pasti ada sebab, biarlah...biarlah..biarlah...

Apa yang boleh kupanjatkan sekarang ialah, aku bersyukur kehadrat Allah kerana telah memberikan aku dan kami kekuatan, memberikan aku dan kami rezeki, moga dipermudahkan segalanya dan dimurahkan rezeki kami.

Aku berdoa agar RS akan kekal selama2nya kerana ia adalah sumber rezeki untuk keluarga dan anak2ku.

15 comments:

Azwan Hashim said...

Salam KZ,

Pastinya pengalaman yang lalu sebagai 'sifu' terbaik dalam memastikan kejayaan dan kelancaran konsert.

All the best..jgn tension2..hehe.. nanti sakit kepala.. =)

Tak sabar menanti ke hari konsert. =)

zue_zf said...

ASSALAMUALAIKUM KAK ZYEE.....
DLM KEJE2 TUE JGN LUPA KESIHATAN AKAK YER.....NNTI SAKIT SAPER SUSAH,BOSS AKAK GAK KAN ! KITA JMPA MASA KONSERT NNTI YER....

haziq-amsyar said...

Happy 3rd Anniversary to Resipi Sangdewi..Moga terus berkembang maju.. tak sangka, kebetulan sama pula dgn tarikh ulangtahun perkahwinan mama haziq&amsyar hari ni(3 Jun)bestnya...
nanti boleh celebrate sama2..:-)

Anonymous said...

Tahniah, ulng tahun ke 3 RSD. baru hari Sabtu leps singgah makan...lauk2 RSD tetap sedap ! Tahniah dpt mulakan perniagaan sendiri, penat2 tu biasalah kan...

burpingBurps said...

KZ,
I just can't wait to read more in this blog. Personally this isn't just a note about you and your life but the spirit in you about doing the thing you love most, salute!

I admire you, your humbleness and semualah..

Take care, and a word of advise..
cut out the habit to eat outside more frequently especially when you said about having tomyam so constant.. to much of artificial flavorings, I'm worried that would affect your health in near future. Lagipun KZ kan pro masak, I'm sure you can do better.

Have a nice dan a happy day (while the kids are away hehe!)

putera_adlan said...

Salam sejahtera kak Zyee,

Saya ingin memberi sedikit padangan dan menyatakan beberapa perkara mengenai konsert SATU yg akan berlangsung.

1)Saluran memberi pandangan oleh peminat
Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana mengunakan saluran ini utk memberi pandangan.Saya merasakan setiap kali ct bakal mengadakan konsert ,pandangan peminat soalah2 dikesampingkan dan tiada saluran intraksi utk peminat memberi sedikit sumbangsaran mereka terhadap perjalanan konsert ini nanti.Bagi saya peminat merupakan medium yg paling berkesan kerana mereka jugalah bakal penonton dan mempunyai pengalaman yg luas kerana terdedah dgn berbagai konsert artis2 lain.

2)Pemilihan lagu
Saya dengar ct akan memberi tumpuan kpd album transkpripsi,hadiah drp hati dan Lentera Timur.Secara jujurnya lagu yg mesra telinga kebanyakan dari transkripsi, separuh dari lentera timur dan sedikit dari hdh.Harapan saya kepelbagaian lagu itu lebih baik kerana x semua mendengar album beliau (terutama hdh & lentera timur).
Saya berpendapat ct selitlah sedikit segment nostalgia lagu2 keroncong spt lagu usah ditanya,bisikan hati,kasih dan sewaktu dengannya.Kelebihan beliau terletak kpd lagu2 sebegini dan audien x semuanya dari kalangan remaja.

3)Persembahan
Apabila Pat ibrahim diberi tangungjawab utk konsert kali saya sedikit terganggu….
Didalam sesebuah konsert nyayian, penonton lebih fokus nak tengok seseorang artis itu boleh menyanyi dgn vokal yg baik ketika mengalunkan sesebuah lagu, unsur2 satira,terterikal dan penari2yg ramai hanya akan menganggu tumpuan penonton.Saya hanya sokong jika kesan efek byk dimainkan utk memberi kesan setiap persembahan lagu.

Saya juga tertanya kenapa ct x gunakan khidmat Ramli MS,Roslan Aziz dan Pak Ngah kerana expression mereka ni memang tinggi dari aspek muzik mahupun persembahan lagu.

Saya berharap tak terlalu fokus pada tarian utk lagu2 rancak,kerana ia memerlukan stamina yg byk serta mudah membuat peyanyi semput(cth ketika persembahan di ABPBH)
Saya amat tertarik dgn Roslan Aziz mempersembahkan lagu2 rancak ct dgn baik sekali tanpa perlu gerak tari yg berlebihan serta penari yg ramai kerana Roslan x mahu vokal ct terganggu.
(Rujukan konsert ct di London)

Mohon maaf buat sekian kalinya kerana mengunakan saluran ini utk memberi pandangan ,bukan x nak ke saluran sitizone tapi terus direct ke kak zyee lebih afdal………

ell8019 said...

Seronok betul baca blog zyee nie. penat jugak ek jadi pengurus nie...Nak tergelak bila baca bab makan tu ha ha..macam kzi la pulak. Salute betul dgn zyee yang sentiasa tenang menerima segalanya. Bertuah juga Ayee.
Kak zi yg tak sesibuk mana nie nak update blog sendiri pun tak sempat. Anyway, kzie bersetuju dgn komen putera Adlan..tapi nak buat cam ner..kami hanya sekadar peminat Dato Siti.
Be the best!!

Anonymous said...

As Salam...Tahniah utk ulangthn RSD ye...tak sabar nak nantikan konsert SATU ni...KZ jgn tension OK...kang pening pala susah lak...ku sentiasa memberi sokongan pada KZ, DCT, SNP dan semua lah...hehe...zamrie79

arieda salsabella said...

selamat ulangtahun RSD yea..semoga bertambah maju..yup..bukan senang nak mempertahankan sesebuah perniagaan...semuanya bergantung pada pengurusan..

Anonymous said...

wah seronok nye tgk boss berlatih haiiii x sabar nk ke konsert nanti...

selamat ulang tahun ke 3 RS! sama2 kite doakan yg terbaik buat RS semoga kekal selamanya.. amin2 TAJLENA

Ahmad Zharif Ahmad Zahir said...

kak zye, nak tumpang jwabkan tok putera adlan, hehehe

buat putera adlan, saranan untuk melibatkan para peminat memberi saranan terutamanya tentang pemilihan lagu saya agak setuju dan mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak SNP, namun untuk mengambilkira saranan jutaan peminat juga suatu yang akan menyebabkan konsert itu cacat, kerana terlampau banyak input yg perlu diambil kira, lebih mudah jika ikot sahaja pada konsep yg ingin ditonjolkan.


pemilihan pat sebagai pengarah producksi untuk suatu konsert yg berkonsepkan teatrikal sesuai sekali. Namun begitu pat bukan lah pengarah muzik yg kali ini diterajui oleh aubrey suwito. Sentuhan yg berlainan, namun ditunggu sekali. Pat jugalah yg bertanggungjawab membiimbing gerak tari Boss di London dahulu, maka tiada perlu ade sangsi di situ...heeeee

Anonymous said...

Bestnya tgk Boss menari...x sbr nk tunggu konsert...mesti byk kejutan kan..semoga semuanya berjalan dgn lancar...

Selamat Ulang Tahun RSD yg ke-3semoga RSD terus maju....& bertambah maju - LIA

Su3y said...

A'skum kak rozi...

Hehehe...
Cutelah bile dato' siti menari macam tu...
Mesti happening kan konsert tu...
Haizzz...
Nak buat macam mana,telahpun suzy usahakan untuk join konsert tu di KL but tetap takde kesempatan...
Insyallah,lain kali dato' siti ada buat konsert di s'pura pasti suzy akan join...
Sebelum ni pun blum pernah suzy ketinggalan ke konsert2 dato' siti di s'pura :)

Ctea Fairuz said...

Salam Kak Zyee..Miss you lahh..

Dikesempatan ini Ctea nk ucapkan Selamat Ulangtahun RSD..Semoga rezeki bertambah2 selepas ini dan terima kasih untuk segala2nya kerana dgn adanya RSD..kami telah berjaya membuat Gathering tempoh hari. Thanks byk2 Kak Zyee..Semoga RSD akan berjaya membuka branch satu Malaysia nanti..InsyaAllah...

Smoga berjaya untuk konsert SATU...Konsert ini leh dijadikan Concert of the year 2009!!

=)

Take Care kak Zyee..Muaxx

Fadzul_fadzq said...

kak zyee...cantik r kak siti..hehehe
kenapa kak zyee xjoget sekali??hehehe
teringin nak lihat kak zyee...menari mcm gaya siti..hehehe
kak zyee ckp dkt kak siti konsert satu nnt nak lihat kak siti sama hebat mcm Celine dion...kalau celine dion leh buat yang terbaik xkan kak siti xleh kot..k??hehehe smpaikan tau..ehhehe