Friday, June 12, 2009

Latihan lagi....

Gaya Boss ketika di Universiti Lim Kok Wing.
Boss sedang menjalani latihan bersama pemuzik.

8 Jun-Hari ni bangun awal, jam 7 pagi, aku, D.J dan A.Z dah pun bergerak ke rumah Boss. Sempat makan di restoran mamak dekat dengan rumah Boss, sebelum jemput Boss untuk ke Universiti Lim Kok Wing di Cyberjaya.

Aku sempat ingatkan maid aku supaya kejutkan Nabil kerana hari ini dia akan ke sekolah. Walaupun sekolah masih bercuti tetapi aku minta cikgu buatkan kelas untuk Nabil sebagai persediaan untuk menduduki sekolah rendah tahun hadapan.

Hari ni Boss diundang sebagai salah seorang tetamu bagi satu majlis bersejarah di mana YBhg.Tun Dr.Mahathir diberi anugerah kehormat oleh pihak universiti. Lama juga berada di sini, sambil menunggu Tun datang kemudian waktu Tun dibawa melawat ke sekitar universiti, kami hantar Boss ke tempat duduknya di dalam dewan. Selepas sejam, barulah Tun dibawa masuk ke dewan. Aku, D.J dan A.Z hanya duduk di luar dewan, melayan kebosanan.

Jam 1230pm, Boss keluar dan kami terus balik ke rumah Boss. Keluar makan tengah hari terlebih dahulu sementara menunggu Boss berehat untuk ke tempat latihan muzik hari ini.

Sambil menunggu jam 3.30pm, aku cuba tidur sekejap kat rumah Boss tapi mata tak mahu lelap. Baring2 saja. Kami bertolak ke tempat latihan muzik jam 3.30pm. Jam 4.30pm Boss mulakan latihan hari pertama dengan pemuzik yang dipimpin oleh Aubrey Suwito.

Jam 7pm, Boss minta berhenti rehat sebab dia hendak pergi berbuka puasa dengan suami. Aku tak ikut kerana ada meeting di tempat latihan.

Lepas Boss kembali semula, latihan bersambung sampai jam 9.30malam. Hantar Boss balik ke rumah dahulu dan kami singgah makan di gerai tomyam biasa.

9 Jun-Macam biasa ke opis dahulu sebelum ke rumah Boss. Hari ini masih ada latihan. Aku dan A.Z saja yang pergi, D.J ada kerja di opis. Macam2 hal kena bincang dan putuskan di tempat latihan muzik terutama mengenai teknikal untuk konsert nanti.

Semua inginkan sesuatu yang terbaik dan mungkin ada keputusan dan pendapat yang berbeza, sesuatu yang positif di sini adalah semua pihak pun mahukan Boss gembira dan dapat menjayakan konsert terbaik.

10 Jun-Hari ni merupakan hari ketiga latihan bersama pemuzik. Aku, D.J dan Saida ambil Boss dan bawa ke tempat latihan. Ada perbincangan juga. Kemudian D.J menyusul.

Waktu berehat, kami semua pergi makan di gerai berdekatan tempat berlatih kemudian sambung kembali sampai jam 9.30malam.

11 Jun-Pagi ni aku ajak Papa membeli belah barang2 dapur. Bawa Damia dan Put'a bersama. Nabil tak ikut sebab hari ni dia ke Putrajaya bersama cikgunya...buat lawatan sambil berhibur saja.

Lepas beli dan hantar barang dan anak2 ke rumah, aku dan Papa ke opis. Jam 3 petang, aku dan A.Z ke rumah Boss. Jam 4pm Boss ada latihan menari. Sambung semula setelah beberapa hari terhenti.

Ada wartawan buat liputan hari ni tentang persediaan Boss sebelum konsert. Latihan berlanjutan sampai jam 8pm. Dalam perjalanan ke rumah Boss, singgah di Giant terlebih dahulu, aku dan Boss beli beberapa barang keperluan rumah.

9 comments:

Ctea Fairuz said...

Salam Kak Zyee..

Latihan..latihan..latihan..Usaha yang sgt baik...Ini membuktikan bahwa Dato Siti ingin yg terbaik buat peminatnya mahupun sesiapa yang menonton konsert ini.

Best of Luck...

Kak Zyee..tak care

peridot sepi said...

keja..keja jugak, jgn lupe berehat kak zyee..sibuk je kak zyee ni..

zaffirazaini said...

rindu...rindu...rindu...

huhuhu.... =)

take care kak zyee...

Anonymous said...

hai makin x sabar la nak tgk konsert 28hb ni hehe 26hb da turun kl dari spore tp cume bole dtg 28hb je.. bace entry kz yg ni semakin x sabar sy dibuatnye nk tgk konsert dan berjumpe dgn dct n kz hehehe TAJLENA

idasm said...

latihan demi latihan demi kesempurnaan. boss akak tu mmg mementingkan ketelitian.. sikapnya harus dipuji... semoga semuanya berjalan lancar...

idasm said...

latihan demi latihan demi kesempurnaan. boss akak tu mmg mementingkan ketelitian.. sikapnya harus dipuji... semoga semuanya berjalan lancar...

arieda salsabella said...

salam kz..
nampaknya jadual padat ngan latihan ek..xsabar menantikan 27hb..
apapun take care yea..

Fairuz Selamat said...

woooo.. ketidaksabaran ku sudah tidak mampu dibendung lagi.. cepat la.. 28hb..!!!!!

Anonymous said...

Salam...latihan demi latihan...kuatkan diri dari segi mental & emosi...mampu memberikan yg terbaik buat peminat/penonton pada ketiga2 mlm tersebut...tak sabar nak nantikan 27hb nih...hehe...jumpa semua disana...:-) zamrie79