Monday, June 15, 2009

Kesibukan Melampau

12 Jun-Hari ni Boss ada latihan dengan Akir dan Freddy iaitu gitaris kumpulan Coda yang akan mengiringi Boss membaca puisi dan menyanyikan lagu puisi sempena Hari Sastera Utusan di Laman Santai, Istana Budaya.

Sebelum memulakan latihan, aku yang bingung dengan senarai undangan media dan tetamu mula gusar sebab tempat duduk waktu konsert tidak mencukupi. Kerusi yang diberikan kepada media tidak sepadan dengan jumlah media yang sudahpun dan belum mendaftar untuk hadir membuat liputan konsert Boss nanti.

Aduhai..berpeluh jugak ni. Aku ambil masa berbincang dengan Boss tentang jemputan-jemputan ini. Memang semua yang ada dalam senarai wajar diundang tetapi tempat duduk sahaja yang harus diatur nanti.

Aku semakin risau jika tetamu vip juga pihak aku yang akan harus mengundangnya, pihak Istana Budaya minta kami yang mengaturkan undangan. Boleh ke aku buat semua ni serentak? Huhuhu...tak mampu rasanya.

Kalau aku fokus pada satu kerja ni saja mungkin aku akan usahakan sebaiknya tetapi ada beberapa lagi kerja yang harus dilangsaikan. Tengoklah macam mana nanti.....

Bila Freddy dan Akir dah berada dah berada di studio (untuk jamming dan latihan muzik, studio sudah boleh digunakan), aku dan Boss pun turun ke bawah. Inilah pertama kali Freedy dan Akir mengiringi Boss dan nampaknya mereka agak gementar juga.


Boss macam biasa, `steady' sahaja, Boss menyanyikan lagu Penantian (kumpulan Harmoni) beberapa kali dan setelah yakin dengan latihan yang diadakan, Boss pun berhenti dan ambil posisi sebagai pemain dram pula.


Dram ni memang alat muzik kegemaran Boss, selalunya Boss akan mengetuk dram bila pemain dram sebenar tak ada di situ. Kalau dalam sesi latihan untuk sesebuah show, Boss akan tunjuk gaya bermain dram, ketuk sajalah apa yang patut.


Oleh kerana kerja banyak, aku meneruskan kerja-kerja di opis. Telefon sana sini, dapatkan kepastian kehadiran media, sambil itu cuba mengatur lagi tetamu-tetamu jemputan yang lain pula.


Selesai waktu opis, aku terus balik ke rumah. Berehat sebentar, bersiap-siap pula untuk ke rumah Boss. Jam 8 malam, kami bergerak dari rumah Boss ke Laman Santai, Istana Budaya untuk acara malam ini.


Sampai di belakang pentas, Boss sempat lagi berlatih membaca sajak Lelaki Yang Patah Sayap Kirinya. Sekali baca, aku dah dapat agak sajak tersebut ditulis untuk siapa. Aku panggil Dean, pengarang hiburan Utusan Malaysia, bertanyakan apakah benar sajak itu untuk orang itu? Dean pun mengiyakan. Benar sangkaanku.


Orang itu adalah orang yang aku pernah bekerja dengannya dulu. Seorang yang cekal, tabah dan tidak sedikitpun menunjukkan riak duka, sedih mahupun kehidupan sebenarnya di depanku dan rakan2 lain.


Walaupun tidak banyak yang aku tahu tentang kisah hidupnya tetapi aku cukup mengerti dan sentiasa cuba memahami apa yang dilaluinya. Selepas meninggalkan tempat kerja lama, aku jarang sekali bertemu orang itu. Tapi ilmu yang aku dapat kutip sedikit sebanyak sewaktu bersamanya dulu masih aku gunakan sehingga ke hari ini.

Malam ini aku rasa amat berbesar hati apabila Boss sudi menyampaikan sajak tersebut dan orang itu ada di sini..akan mendengarnya. Barangkali sajak itu ditulis oleh seorang teman kepada orang itu....


Di belakang pentas, kami sempat bersembang dengan beberapa rakan2 artis dan juga jemputan yang turut diundang membaca sajak/menyanyi. Bila tiba giliran Boss, aku yang biasa duduk di belakang pentas, mengambil tempat di bahagian depan.


Acara-acara begini memang aku suka, apatah lagi Boss menyampaikan lagu yang begitu sinonim dengan Allahyarham Zubir Ali, Penantian. Bacaan sajak yang bagus dan semakin bagus, nyanyian yang bagi aku begitu memberi jiwa kepada lagui itu. Cukup rencah dan rasanya.


Setelah selesai di pentas, Boss ditemubual pula di belakang pentas. Selepas itu kami menghantar Boss pulang, oleh kerana ada majlis di rumah Boss, kami singgah menjamu selera sebentar.


13 Jun-Seperti biasa bangun pagi siapkan sarapan anak-anak. Kalau hari cuti sekalipun, anak2 aku yang bersekolah tetap bangun awal dan makanan mestilah sudah tersedia di meja. Siap sarapan pagi, aku masak makanan tengah hari pula kerana selepas ini aku akan temankan Boss ke tempat latihan.


Seperti biasa jemput Boss di rumahnya. Jam 2pm, Boss mulakan latihan. Jam 8pm, latihan selesai dan aku hantar Boss ke rumahnya. Hasrat nak makan malam kat luar tak jadi, Papa tak mahu join. Akhirnya aku balik terus ke rumah. Makan apa yang ada.

14 Jun- Hari minggu, aku bangun agak awal kerana mahu menyiapkan keperluan keluarga dengan secepatnya. Bukan apa, aku mahu bersenang-senang hari ini. Hendak tarik nafas lega sikit setelah saban hari tak berehat.

Sebelah petang aku ajak Papa dan anak-anak keluar. Destinasi kami petang itu ialah ke taman reakreasi yang agak jauh sikit dari rumah. Sudah lama tak menjengah ke sini, terakhir waktu aku menemankan Boss untuk satu sesi fotografi lebih kurang 11 tahun yang lalu. Lama kan?

Seronok rupanya di tempat ini, taman permainannya luas dan banyak kemudahan yang disediakan. Gerai-gerai juga banyak menjual minuman, kuih muih dan juga keropok lekor. Aku beli air dan keropok luar kemudian lepak makan-makan kat meja dan tempat duduk yang ada di situ.

Anak-anak nampak seronok tapi kami tak dapat berlama-lamaan di situ kerana cuaca makin mendung. Bila hujan mula turun, kami bergegas pulang.

Aku ajak Papa singgah beli barang dapur terlebih dahulu. Sambil Papa menunggu aku membeli-belah, Papa bawa Put'a dan Nabil gunting rambut. Esok dah mula sekolah kenalah nampak kemas.

Balik tu aku kerah Put'a siapkan keperluannya ke sekolah. Buku disusun elok-elok, kerja rumah pastikan semua dah disiapkan, pensil diasah, pemadam, pembaris semua cukup. Duit sekolah juga dah diberikan. Aku memang cerewet sikit dengan Put'a ni, aku memang `demand' dalam semua hal dengan anak sulung aku ni. Kekadang aku jadi panas....sebabnya, semua ibu hendakkan yang terbaik untuk anak-anak.

Dan..hal yang menakutkan Put'a, aku minta dia baca depan aku semua bacaan dalam sembahyang. Mmm...aku dah bagitau dia, bermula Ramadhan nanti, aku hendak dia belajar sembahyang, ingat semua bacaan. Alhamdulillah, sikit2 saja lagi, tahiyyat akhir saja sangkut dua,tiga ayat. Yang lain dah ok.......

15 Jun-Anak-anak dah kembali ke sekolah. Aku ke opis macam biasa, kerja menimbun, amat banyak. Tak tahu nak siapkan yang mana satu.Huh!

Aku minta D.J dan A.Z saja temankan Boss berlatih hari ini. Kalau aku pergi juga alamatnya semua kerja takkan siap. Nak mulakan apa dulu? Hal jemputan konsert lagi? Huhuhu....aku dah mengalah pagi tadi, aku bagitau Boss untuk jemputan VVIP bukan aku yang buat. Kalau aku tumpukan pada hal ni, aku akan hilang masa yang aku peruntukkan untuk kerja2 aku yang mahu didahulukan.

Jemputan media, agak serabut lagi tapi aku cuba selesaikan....sedang dan masih mencuba. Buku program, kena siapkan sebelum Rabu ini. Bertungkus lumus aku menyediakan semua bahan. Siap 1, ada 10 lagi, siap 10, ada 14 lagi..huhuhu..fokus..fokus.

Skrip lagi...semalam dah bagi skrip Boss, hari ni Pat minta aku tambah beberapa lagi, buatkan juga prolog dan lain-lain. Ok..fokus..fokus...hahahahah.

Walaupun sibuk pasal konsert, kerja2 album juga tak boleh ditinggalkan. Penerbit album Saida & Sairah amat2 sibuk, aku juga sudah mengejarnya berminggu2. Huh!

Untuk album kerohanian Boss, aku sudah bercakap dengan bakal penerbitnya, cuma mencari waktu dan ruang saja untuk memulakan apa yang perlu.

Album duet Boss dan KD juga perlu diberi perhatian. Semuanya datang menyerbu pada satu masa. InsyaAllah. Perancangannya aku cuba aturkan dengan baik.

Album Coda juga masih belum rancak promosinya, tetapi kami sudah berkira-kira untuk mengambil seorang lagi PR yang boleh membantu kerja2ku. Ini juga untuk memudahkan lagi promosi dibuat terutama kepada artis2 baru kami.

Hari ni balik lambat, duduk menghadap pc di opis sampai malam. Kepala dah berat tapi aku tak mahu layan, nanti kerja tak siap. Papa yang baik hati jemput aku di opis...aku ajak makan, Papa ikut saja, dia tahu bini dia penat.

16 Jun- Aku sampai pagi di opis hari ni, kerja menanti untuk disudahkan. Aku atur satu persatu, bimbang ada yang tertinggal. Ya...hari ni siapkan bahan2 buku program konsert. Selepas tengah hari aku perlu ke rumah Boss. Hari ini aku temankan Boss ke latihan.

Malam baru habis. Sampai di rumah, alahai.....Damia nampak macam rindu sangat. Dia peluk aku dan ajak aku terus ke bilik. Bukan main gembiranya Damia bila aku bersamanya, kami berdua bergomol2 atas katil. Damia ni manja, suka cium dan peluk aku. Kami tengok Tom & Jerry bersama2, ketawa bersama2. Letih seharian aku terus hilang.

17 Jun-Jam 5.30am, aku bangun, siapkan mee goreng dan nasi goreng. Mee goreng untuk sarapan pagi dan nasi goreng untuk makan tengahari sampai malam nanti. Maid aku jangan haraplah. Sebab tu aku sanggup bangun seawal ni untuk siapkan makanan anak2.

Jam 6.30am, aku, A.Z dan D.J ke rumah Boss. Bertolak dari rumah Boss ke RTM jam 7.40am. Hari ni Boss mempromosikan Konsert Satu di Selamat Pagi Malaysia. Sampai di RTM, sempatlah Boss sarapan dahulu.

Temubual tak lama, elbih kurang 10 minit dan kemudian Boss menyanyikan lagu Di Taman Teman. Aku minta Aiman datang ambil aku di RTM. Aku perlu ke opis dan hari ni tak dapat nak teman Boss ke tempat latihan.

Di opis, macam biasa menghadap benda2 bertimbun depan aku. Meja aku jangan cakaplah, tak ada ruang dah, berselerak dengan macam2 benda. Aku ni kalau buat kerja mesti meja berselerak, tak tahu kenapa?

Pasal jemputan aku tolak tepi dahulu, Hari ni ada dua fokus aku. Pertama lengkapkan bahan-bahan yang hendak dihantar ke bahagian grafik. Kemudian, siapkan bahan2 untuk buku program pula. Buku program atau buku cenderamata ini akan dijual di Konsert Satu Boss nanti.

Aku tekad menyiapkannya hari ini juga. Walaupun hari dah malam, aku masih lagi berteleku di opis. Lega...95% bahan dah siap dan dah dihantar.

Hari ini Papa juga yang ambil aku di opis, singgah makan di sebuah restoran berdekatan rumah. Balik tu, Damia masih menunggu aku. Macam biasa sebelum tidur kami habiskan masa bergurau-gurau, menyakat2.

18 Jun- Aku datang awal ke opis hari ni, kena siapkan kerja sebab tengah hari nanti aku perlu temankan Boss ke tempat latihan. D.J dan Aiman temankan Saida dan Sairah untuk rakaman program 1,2 Jus di NTV7.

Sebelum ke tempat latihan, Boss singgah makan dahulu di restoran Jepun. Apa yang boleh aku makan? Nasib baik ada tori karaage atau dalam bahasa Melayunya, ayam goreng. Dan enak aku menghirup Japanese Tea. Tak lama kemudian, D.J dan Saida join kami. Mereka baru sampai dan ada hal nak bertemu Boss.

Latihan Boss hari ni macam biasa sampai ke malam. Boss bermurah hati belanja para penari makan pizza Domino's hari ni. Aku sempat gigit sikit pizza sambal ikan bilis yang rangup yang Boss ambilkan sebab masa tu kami dah nak pulang.

Emmm..sedap...sedap sangat. Aku tak tahu kat Domino's ada pizza yang sedap macam tu. Sepanjang jalan nak balik ke rumah, aku berkira2, nak order pizza ke, nak order atau nak beli terus di Domino's? Bila dah nak sampai ke rumah, aku pun telefon pizza dan minta hantarkan pizza sambal ikan bilis yang sedap tu.

Hahahah..aku, Papa, Put'a dan Nabil makan sampai tak cukuplah..Nabil dan Put'a minta2 lagi walaupun dah habis. Alahai sebenarnya aku pun sempat makan 1 slice saja....takpelah..nanti ibu beli lagi ya. Damia tak makan sebab agak pedas pizza yang ini.

Malam yang panjang, menonton tv dengan Papa, jam 1am, Papa teringin nak makan cokodok manis...hahahah jangan malas, aku menggoreng cokodok pagi2 buta tu. Nyum..nyum..nyum....ditambah pula dengan teh o suam. Manalah tak gemuk..iskhhhh.

19 Jun-Semalam aku dah sms panjang lebar kat Boss dan D.J supaya hari ni mereka mulakan aktiviti awal kerana banyak perkara yang mereka harus sediakan. Pertama siapkan bahan-bahan untuk permit untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik di Jakarta bulan depan.

Huh! Banyak betul permintaan dan macam2 pulak, aku juga kena sediakan tapi yang penting Boss kena siapkan dulu. Kemudian Boss kena ambil baju2 yang nak dipamirkan di Istana Budaya bermula minggu depan sempena Konsert Satu.Boss ni banyak rumah, baju kat rumah lama ni ada, kat kondo ada, kat rumah yang dia duduk sekarang ni ada. Merata-rata. Kenalah ambil semuanya kumpul di satu tempat.

Oh! Ya, bermula Rabu depan (mungkin), aku cadangkan Boss mempamerkan beberapa helai baju yang memberikan kenangan di lobi Istana Budaya. Sesiapa yang datang nanti, bolehlah bergambar kenangan dengan baju2 tu. Memang banyak baju Boss tapi aku terpaksa memilih yang elok dan yang sesuai untuk dipamerkan.

Hari ini aku menyiapkan kerja2 akhir untuk skrip/bahan grafik dan juga buku program. Kemudian barulah aku siapkan info tentang baju2 yang hendak dipamirkan. Sebab itulah sampai sekarang aku masih lagi di opis. Waktu menulis catatan terakhir 19 Jun ini..aku belum pulang ke rumah lagi. Lepas ni kena sambung kerja lagi.

Berdebar...tak lama lagi dah nak konsert.......


Boss, Akir dan Freddy sedang berlatih dengan iringan gitar sahaja.


Boss dengan penuh penghayatan melagukan `Penantian'.


Boss lepas geram kejap main dram.


Bersama Hafiz AF7 di belakang pentas di Laman Santai.


Gaya Boss sempena Hari Sastera Utusan.

Boss bergambar kenangan dengan artis beliau, Akir Coda (kiri) dan Freddy Coda (kanan).


Boss sewaktu dipentas membaca sajak Lelaki Yang Patah Sayap Kirinya.

Friday, June 12, 2009

Latihan lagi....

Gaya Boss ketika di Universiti Lim Kok Wing.
Boss sedang menjalani latihan bersama pemuzik.

8 Jun-Hari ni bangun awal, jam 7 pagi, aku, D.J dan A.Z dah pun bergerak ke rumah Boss. Sempat makan di restoran mamak dekat dengan rumah Boss, sebelum jemput Boss untuk ke Universiti Lim Kok Wing di Cyberjaya.

Aku sempat ingatkan maid aku supaya kejutkan Nabil kerana hari ini dia akan ke sekolah. Walaupun sekolah masih bercuti tetapi aku minta cikgu buatkan kelas untuk Nabil sebagai persediaan untuk menduduki sekolah rendah tahun hadapan.

Hari ni Boss diundang sebagai salah seorang tetamu bagi satu majlis bersejarah di mana YBhg.Tun Dr.Mahathir diberi anugerah kehormat oleh pihak universiti. Lama juga berada di sini, sambil menunggu Tun datang kemudian waktu Tun dibawa melawat ke sekitar universiti, kami hantar Boss ke tempat duduknya di dalam dewan. Selepas sejam, barulah Tun dibawa masuk ke dewan. Aku, D.J dan A.Z hanya duduk di luar dewan, melayan kebosanan.

Jam 1230pm, Boss keluar dan kami terus balik ke rumah Boss. Keluar makan tengah hari terlebih dahulu sementara menunggu Boss berehat untuk ke tempat latihan muzik hari ini.

Sambil menunggu jam 3.30pm, aku cuba tidur sekejap kat rumah Boss tapi mata tak mahu lelap. Baring2 saja. Kami bertolak ke tempat latihan muzik jam 3.30pm. Jam 4.30pm Boss mulakan latihan hari pertama dengan pemuzik yang dipimpin oleh Aubrey Suwito.

Jam 7pm, Boss minta berhenti rehat sebab dia hendak pergi berbuka puasa dengan suami. Aku tak ikut kerana ada meeting di tempat latihan.

Lepas Boss kembali semula, latihan bersambung sampai jam 9.30malam. Hantar Boss balik ke rumah dahulu dan kami singgah makan di gerai tomyam biasa.

9 Jun-Macam biasa ke opis dahulu sebelum ke rumah Boss. Hari ini masih ada latihan. Aku dan A.Z saja yang pergi, D.J ada kerja di opis. Macam2 hal kena bincang dan putuskan di tempat latihan muzik terutama mengenai teknikal untuk konsert nanti.

Semua inginkan sesuatu yang terbaik dan mungkin ada keputusan dan pendapat yang berbeza, sesuatu yang positif di sini adalah semua pihak pun mahukan Boss gembira dan dapat menjayakan konsert terbaik.

10 Jun-Hari ni merupakan hari ketiga latihan bersama pemuzik. Aku, D.J dan Saida ambil Boss dan bawa ke tempat latihan. Ada perbincangan juga. Kemudian D.J menyusul.

Waktu berehat, kami semua pergi makan di gerai berdekatan tempat berlatih kemudian sambung kembali sampai jam 9.30malam.

11 Jun-Pagi ni aku ajak Papa membeli belah barang2 dapur. Bawa Damia dan Put'a bersama. Nabil tak ikut sebab hari ni dia ke Putrajaya bersama cikgunya...buat lawatan sambil berhibur saja.

Lepas beli dan hantar barang dan anak2 ke rumah, aku dan Papa ke opis. Jam 3 petang, aku dan A.Z ke rumah Boss. Jam 4pm Boss ada latihan menari. Sambung semula setelah beberapa hari terhenti.

Ada wartawan buat liputan hari ni tentang persediaan Boss sebelum konsert. Latihan berlanjutan sampai jam 8pm. Dalam perjalanan ke rumah Boss, singgah di Giant terlebih dahulu, aku dan Boss beli beberapa barang keperluan rumah.

Wednesday, June 10, 2009

Pulut Rendang

7 Jun-Sejak balik ke KL kecil, aku memang teringin sangat nak makan pulut dan rendang yang terkenal kat KL kecil ni. Pagi ni aku tekad nak keluar beli, selalunya kalau lewat memang akan habis. Rendang dan pulut ni laku sangat. Aku sejak kecil lagi memang dah makan sebab arwah ayah selalu belikan.

Aku ajak Papa keluar pagi beli sarapan. Alangkah kecewanya aku bila sampai saja di gerai yang menjual pulut/rendang tu, semuanya dah habis. Baru pukul 8.30 pagi tapi memang selalunya begitulah. Laku sangat. Sepatutnya jam 7 pagi tadi aku dah datang. Huhuhu.

Hari ni Papa ajak balik awal ke KL besar. Bila urusan di rumah selesai, aku dan semua yang nak balik ke KL besar singgah menziarah pusara abah terlebih dahulu. Lepas tu ke rumah wan untk berjumpa wan dan mak yang tidur di situ.

Kemudian kami konvoi 2 kereta ke KL besar. Sampai di rumah sekitar jam 3 petang. Terus memasak sebab anak2 lapar. Lepas tu aku pun terbungkang.....penat.

Hari Keluarga Aki Bachik

6 Jun-Bangun pagi sebab nak bersiap-siap ke rumah wan, hari ini adalah hari himpunan keluarga `Aki Bachik'. Nabil dan Damia amat bersemangat kerana mereka berdua ni lah yang paling awal siap.

Mak dari awal pagi dah keluar, siapkan macam2 perkara. Mak adalah orang yang paling sibuk, memang aku kesian sangat tengok mak. Sepatutnya Mak berehat dan menikmati setiap detik kegembiraan sambutan hari ini tetapi memang Mak dah terbiasa nak buat semua benda sendiri.

Kami dari rumah mak konvoi ke rumah wan, memang ramai dah berkumpul. Anak2 wan, cucu, cicit berhimpun di situ sejak dua malam lepas. Ada juga yang baru tiba malam tadi dan pagi ini. Wan juga nampak gembira sangat walaupun tak begitu aktif lagi, maklum wan dah menjangkau 80-an umurnya.

Acara pertama pagi itu ialah senamrobik. Lama juga acara ni berlangsung, siap ada poco-poco lagi. Aku berselangseli buat senamrobik dan juga tolong siapkan sarapan pagi.

Bila sarapan dah siap, senamrobik/poco-poco pun selesai. Lepas sarapan ada acara sukan berkumpulan. Ada 4 atau 5 kumpulan. Macam2 acara diadakan sampailah menjelang waktu makan tengah hari.

Dalam pada ke hulu ke hilir siapkan itu dan ini, aku sempat juga masuk 2 acara iaitu `mesej karat' dan rebut kerusi. Saja suka-suka. Sambil tu, aku bersemangat berikan sokongan kepada anak2, bila Nabil dan Put'a masuk dalam acara tiup belon dan rebut gula2. Hahahahha...rebut gula2 kategori dewasa pun ada juga, aku tak ketinggalan menyertainya.

Nabil lagi best, orang lain sibuk rebut gula2, dia ambil sebiji gula2 dan terus makan. Papa pula masuk acara menyumpit, Put'a paling bersemangat, semua nak masuk. Damia rileks je, jadi penyibuk sana sini.

Lepas makan tengah hari, semua orang dah keletihan. Masa nilah pembahagian cenderahati kepada semua yang hadir.

Majlis ini sebenarnya impian mak, beliaulah yang merancang dan tujuannya untuk mengeratkan silratulrahim. Keluarga `Aki Bachik' semakin lama semakin ramai, inilah masanya bertemu, bersuai kenal bagi yang baru dan hubungan kekeluargaan inilah yang mak harapkan kekal sampai bila2.

Jam 4pm, kami balik ke rumah mak. Tak larat. Cuba tidur tak pulak mengantuk. Rehat2 saja.

Malam ke rumah wan lagi, masih belum habis acara. Bagi ahli keluarga yang masih berkumpul, malam ini menyaksikan persembahan band pimpinan ayah Rahim (bapa saudara) dan juga band yang dianggotai anak2 beliau. Semuanya berbakat, menyanyi, bermain muzik, menari......ibarat kata `macam2 ada'.

Lepas persembahan band, Boss dah berjanji dengan budak2 nak adakan pertandingan shuffle. Bukan main seronok lagi tengok budak2 ni shuffle, ada yang kreatif, ligat betul. Put'a dan Nabil masuk juga. Nabil kelakar..macam berlari setempat je. Put'a ni memang bersemangat..maklumlah Mak Iti tawarkan hadiah wang tunai. Budak2 kan..kalau ada ganjaran bukan main bersemangatlah.

Ada poco-poco jugak malam ni, aku jadi penonton je. Karaoke juga diteruskan juga lagi malam ni. Hampir jam 12pm, aku tak larat. Nabil dan Damia dah tertidur. Ajak Papa balik. Letih sangat.


Acara senamrobik. Damia dan Nabil pun join sama, Papa dan Abang Lizan pun semangat bersenam, Put'a yang macho pun tak ketinggalan. Lepas senamrobik, ada poco-poco. Time ni aku dah lari...tak pandai.
Boss jadi sound engineer dan d.j, aku sekeluarga bergambar dengan banner, Boss dan Sairah bagi hadiah kat wan dan mak, Boss, Saida dan Sairah bergambar kenangan dengan wan.
Ini aksi-aksi aku dalam pertandingan rebut kerusi...heheheh dapat naib juara tau. Okla tu...

Put'a dan Nabil bersedia untuk pertandingan merebut gula-gula, Put'a bergambar dengan Khalid (anak Saida) dan Damia keletihan....tertidur.
Gambar depan rumah beramai2 sebelum ke rumah wan dan aksi Boss, mak dan D.J menyaksikan acara sukan.

Put'a dan Nabil bertanding acara tiup belon sampai pecah, aku dan Kak Watie (kakak D.J) sebelum acara `mesej karat'.
Gambar keluarga arwah `Aki Bachik', aku bergambar dengan Boss dan saudara mara ang hadir.
Put'a dalam acara tiup belon, aku dalam acara `mesej karat', Papa pula acara menyumpit. Boss jadi koboi hari tu.

Damia dan Papa sewaktu senamrobik, Put'a (singlet merah) sedang merebut gula-gula.


Acara berpasukan, membina mumia/hantu bungkus....Boss jadi juri.

Sekeluarga di depan rumah sebelum ke rumah wan, aku bergambar dgn D.J yang jadi hantu bungkus, gaya D.J waktu dibungkus.....hehehehehe.


Aksi Papa sebelum menyumpit, bergambar kenangan dengan banner.

Pada sebelah malam, ada pertandingan shuffle kanak-kanak, Put'a (baju oren) dan Nabil (baju kuning) turut serta.

Tuesday, June 9, 2009

Tahlil

4 Jun-Sejak awal pagi, sibuk berkemas2 sebab nak balik ke KL kecil hari ni. Jam 11.30am , berangkat pulang dan singgah di sekitar Ampang untuk ambil karipap yang emak mertua kirim. Sebenarnya malam ini ada majlis tahlil di rumah keluarga mertua, kiranya sempena 100 hari pemergian arwah. Lewat seminggu diadakan kerana hari ini ramai keluarga yang boleh berkumpul, sementelahan cuti sekolah pula.

Aku singgah di rumah keluarga aku dahulu, ambil anak2. Damia nampak paling rindu kat aku dan Papa dia. Alahai kalau balik kampung, Damia mesti terkena gigitan nyamuk. Papa geleng kepala saja, dia memang tak suka kalau anak2 kena gigit dek nyamuk. Duduk rumah kampung, macam tulah. Lagipun Damia bukannya boleh duduk diam, keliling rumah dan laman diterjahnya. Terjah? Hahahahah.

Kemudian bertolak pula ke rumah mertua aku, tolong apa yang patut. Abang Lizan dah sampai, tak lama lepas tu Boss dan sairah sampai kemudian barulah Saida.

Malam Jumaat yang indah, kami mulakan dengan solat Maghrib berjemaah, kemudian diteruskan dengan solat Isyak. Bila lebih ramai tetamu hadir, kami mulakan bacaan Yaasiin dan juga tahlil.

Selesai semuanya, jamuan makan diadakan. Walaupun penat tetapi semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Semoga arwah ayahku, arwah Abah dan arwah abangku, tenang di sana dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amiin.


Gaya ustaz Nabil.


Ustaz Put'a dan Ustaz Nabil.


Gambar 3 beradik sebelum solat Maghrib.


Aku dan anak2ku.

Suasana sebelum majlis tahlil bermula.


Boss sedang membaca surah Yaasiin.

5 Jun-Bangun pagi, sarapan dan tolong apa yang patut di dapur. Hari ini agak sibuk bersiap2 untuk majlis esok, emak mertuaku adakan majlis hari keluarga `Aki Bachik' di rumah wan. Semua adik beradik emak, anak2, cucu2 mereka akan berkumpul.

Sepanjang hari ini kami menyiapkan keperluan untuk hari esok. Ke rumah wan, menyiapkan apa yang patut, membungkus hadiah, mengemas dan lain2. Di rumah mak pula, siapkan pinggan mangkuk dan segala peralatan yang hendak dibawa ke rumah wan.

Sudah ramai yang berkumpul di rumah wan. Lepas Isya'. sambil siapkan bungkusan hadiah, hidangan karaoke disediakan. Oleh kerana semua keluarga arwah Aki berbakat menyanyi, tidak hairanlah jika mikrofon sering bertukar tangan. Majlis sambutan hari jadi anak bongsu wan, ayah Isa dan cicit wan juga diadakan untuk memeriahkan lagi malam itu.

Bila selesai semuanya, aku balik ke rumah mak. Nak tidur awal sikit sebab pagi2 esok kena bangun awal, ada senamrobik.

Suasana keluarga `Aki Bachik' pada malam Sabtu yang penuh `macam-macam ada'.

Monday, June 1, 2009

Cuti sekolah

Boss sedang menjalani latihan bersama kapten penari Konsert Satu.

Boss bersungguh-sungguh melakukan gerak tari.


29 Mei- Hari ni merupakan hari terakhir persekolahan penggal ni. Huh lega! Ahakss..aku pulak yang lega. Bukan apa, bila anak2 bercuti sekolah, adalah masa rehat sikit.

Pagi ni macam biasa ke opis dulu, lepas Jumaat ambil Boss di rumahnya dan terus ke tempat latihan. Boss adakan latihan lebih awal malam ini sebab ada hal pada sebelah malam nanti.

Aku berbincang lagi dengan Pat dalam beberapa hal konsert ni, bagi semuanya lancar. Adakala benda remeh temeh ni orang tak nampak tapi kalau tak diselesaikan akan beri impak yang tak berapa baik untuk perjalanan konsert. Bukan senang tau nak buat persembahan besar macam ini.

Sebagai manusia memang kita akan cuba merancang agar segalanya dapat berjalan dengan baik, selebihnya Allah yang tentukan. Tetapi kenalah berusahakan untuk tetap memberikan apa jua yang terbaik. Semua sudut tak boleh ambil sambil lewa kerana setiap orang ada bahagian kerja masing2 dan harus bekerja dalam satu pasukan dan saling berhubungan/bergantungan antara satu sama lain.

Lepas habis latihan, hantar Boss balik ke rumah. Malam ni tak singgah di mana-mana, aku, D.J dan A.Z terus balik rumah juga.

30 Mei-Pagi 2 lagi dah bangun siapkan sarapan anak-anak. Bila semua dah sarapan, aku kemaskan pakaian mereka untuk bercuti seminggu di kampung. Lepas Papa bangun tidur, makan, barulah kami bergerak pulang ke kampung.
Memang rindu sangat nak balik rumah keluarga aku, dah lama tak jumpa dengan emak aku. Rindu juga dengan pasar malam Benta, dan rindu juga nak makan lemang. Hahahahha..dalam perjalanan balik tu, asyiklah teringatkan nak makan lemang dan juga buah langsat.

Gerai buah2an tepi jalan tak nampak pulak jual langsat, aku pun ajak Papa singgah saja di pasar malam Benta bila sampai nanti, nak beli kuih-kuih dan buah langsat. Oleh kerana agak sesak depan pasar malam tu, dan Papa tak boleh nak parking kereta, jadinya aku dan anak2 saja yang keluar beli kuih2.

Hajat memang nak beli langsat, alahai..mengenangkan sukar nak kawal 3 anak aku ni, jadinya hasrat makan langsat dibatalkan. Hahahahah.

Sampai di rumah, macam biasa jumpa dengan emak, kakak, abang dan anak2 saudaraku yang duduk di situ. Makan, sembang, budak2 sukalah sebab ramai kawan. Jam 9pm, kami anak beranak ke KL kecil, ke rumah emak mertuaku. Dah alang-alang balik, memang kena pergi jenguklah.
Singgah di gerai beli mee goreng api, nilah nama mee goreng yang dikatakan paling sedap di Kl kecil ni. Di rumah ibu mertuaku, sambil tengok tv, semua makan mee yang dibeli tadi. Jam 12 tengah malam, kami berangkat pulang ke rumah keluarga aku semula.
31 Mei-Pagi tu memang aku nak pergi ke pekan sehari Benta tapi kakak aku dah pergi awal2 lagi. Malas pula rasanya.
Kakak aku balik beli makanan, hahahahah...apalagi serbulah makan. Lepak2, tidur...bahagia sungguh balik kampung ni. Secelik mata je, makanan tengah hari dah siap, heheheh makan dengan Papa.

Aku kan dah kata, balik sekali sekala ni memang nak bermanjalah. Rehat2, buat macam anak bongsu. Hahahaha. Lepas makan, Papa pergi ke KL kecil lagi. Sementara tunggu Papa, aku ajak anak saudaraku ke Benta lagi, ke salon untuk gunting rambut Damia. Bahagian depan rambut Damia dah panjang.
Lepas tu beli2 barang dulu dan kebetulan berjumpa pula dengan 2 orang kawan sekolah aku dulu. Sembang2 lagi. Sampai di rumah, Papa dah menunggu. Sempat minum petang, kemudian kami balik ke KL besar.
Sedih sungguh nak tinggalkan anak2 terutama Damia yang memang amat rapat dengan Papa dia. Tadi masa nak tinggalkan pun, meronta2 dia nak ikut. Bila dipujuk, barulah Damia ok dan sempat melambai2 tangan lagi.
Aduhai jam sana, jam sini. Biasalah dah cuti sekolah. Hampir jam 11 malam juga baru sampai ke rumah. Sebelum tu singgah makan kat gerai tomyam biasa.
1 Jun- Mata aku terbuka awal hari ni. Macam2 boleh buat, basuh kain, jemur kain dan siapkan sarapan untuk Papa. Hari ni aku cipta sejarah pergi awal pagi ke opis dengan D.J dan A.Z. Siapkan sarapan Papa dulu dan kemudian ke opis. Pergi pagi2 ni bukan apa, ada kerja penting nak buat. Kalau tak, tentu tak datang lagi ni.

Lepas siapkan kerja, aku bergegas pula dengan A.Z ke Mid Valley. Ada urusan mengenai produk Boss yang bakal keluar nanti. Aku sebenarnya tak terlibat secara langsung tetapi menolong apa yang patut di belakang tabir sahaja.

Jam 3pm, aku, A.Z dan Boss terus ke tempat latihan menari. Hari ni ada meeting penting buat setiap jabatan yang ditugaskan untuk konsert. Semua hadir mewakili badan kerja masing-masing. Jam 5pm, selesai dan Boss sambung pula dengan latihan menari.


Tekun mendengar penerangan setiap jabatan tugasan konsert SATU.

Selepas tamat latihan, hantar Boss balik ke rumah, aku, Papa dan A.Z singgah makan dulu di gerai tomyam.
Tiap2 malam makan nasi ni..alahai gemuk lagilah.......
2 Jun-Hari ni macam biasa, basuh kain, jemur kain dan buatkan sarapan Papa. Kemudian barulah ke opis. Tak banyak kerja sangat sebab otak aku betul2 tak berjalan hari ni. Memang selalu terjadi hal2 macam ni.....

Hari ni Boss ada latihan lagi, ke tempat latihan dan seterusnya suami Boss datang ambil Boss masa pulang. Kami 3 serangkai teruslah balik, singgah makan kat gerai tomyam...lagi???

Hahahahah.....gemuk...gemuk....tekad pergi gim lepas ni, masuk sauna lama2 juga, pergi slimming centre, minum teh buang toksin....hahahahahha......macam2 dalam kepala ni.

3 Jun- Bangun pagi badan rasa lain macam, pening2 juga. Iskhhhh. Aku sms D.J bagitau aku lambat ke opis hari ni. Sambil tu buat juga kerja rumah, masuk dapur, basuh kain segala.
Kemudian ajak aku ajak Papa temankan urusan aku, bagitau pula kat D.J aku tak dapat ikut pergi latihan dengan Boss. Bila urusan aku selesai, aku singgah di opis. Buat kerja-kerja konsert.

Hari ni sebenarnya hari ulangtahun ke 3 Resipi Sangdewi, sesuatu yang telah memberikan 1001 macam situasi dan emosi. Memang tak mudah memulakan perniagaan, membina perniagaan, menguruskannya, mempertahankannya..banyak yang datang dan hilang. Banyak yang dikorbankan, terpaksa dikorbankan. Segalanya punya sebab, segalanya punya cerita, apa jua yang terjadi aku tidak pernah dan tidak akan pernah menyesal. Apa yang telah aku mulakan, apa yang telah ada depan mata, yang di dalamnya penuh rencah dan cerita, biarlah aku tanggung segalanya.

Memang ada manis dan pahitnya tapi macam aku kata, apa jua yang terjadi pasti ada sebab, biarlah...biarlah..biarlah...

Apa yang boleh kupanjatkan sekarang ialah, aku bersyukur kehadrat Allah kerana telah memberikan aku dan kami kekuatan, memberikan aku dan kami rezeki, moga dipermudahkan segalanya dan dimurahkan rezeki kami.

Aku berdoa agar RS akan kekal selama2nya kerana ia adalah sumber rezeki untuk keluarga dan anak2ku.