Friday, April 24, 2009

Demam

21 April-Bangun tidur pagi ni, selsema dan batuk makin menjadi-jadi. Malam tadi memang sukar hendak melelapkan mata kerana gangguan batuk. Tekak jadi gatal, dan aku dah kata selsema ni amat menyiksakan. Bila hidung tak selesa, satu badan jadi tak selesa.

Hidung aku dah merah. Huh!! Sabar jela. Walaupun badan dah rasa lesu tapi aku ke opis juga. Tak larat sebenarnya tapi aku kena kerja hari ni. Esok nak buka gerai di Matrade, jadinya hari ni kenalah menyusung semua barang-barang yang akan dibawa nanti. Ada stok t-shirt baru Boss yang dicetak, cd-cd dan juga bandana.

Jam 2pm, aku, D.J dan A.Z ke rumah Boss. Hari ni ada latihan untuk persembahan Minggu Setiausaha esok. Jam 4pm kami sampai di Matrade. Sepanjang bersama Boss, aku tak boleh duduk dekat sangat dengan dia malah aku asyik tutup hidung dengan tisu supaya tak berjangkit.
Bimbang juga sebab esok Boss nak buat persembahan. Aku memang rasa tak selesa sangat dah dengan penyakit yang datang ni tapi gagahkan diri juga. Badan pun dah rasa lain macam.

Lepas latihan kami terus ke StarHill, dan ke restoran tempat temujanji Boss dan diva KD malam nanti. Kami buat tempahan makanan terlebih dahulu. Tepat masa yang dijanjikan KD dan rombongan tiba. Saida join kami sekejap saja sebab suaminya dah datang menjemput.

Lepas makan dan sembang-sembang, Boss ajak KD ke butik LV. Sejak di meja makan lagi, KD asyik bercerita dan memperkatakan satu beg yang dihajatinya dan Boss kata dia juga sudah dihadiahkan beg tersebut oleh suaminya. Tak sangka pula citarasa mereka berdua ni sama.

Bila sampai di butik LV, Boss bertanyakan mana satukah beg yang KD hajati itu?? Bila beg tersebut ditemui, kata Boss benarlah itulah beg yang dihadiahkan suaminya. Lantas, tanpa KD sangka, Boss membelikan dan menghadiahkan beg tersebut kepada KD.

Tergamam KD kerana tidak menyangka, dan dia nampak amat gembira sekali. Kd ni kira kelakar juga orangnya kerana sewaktu Boss di kaunter pembayaran, KD maish sempat minta diambil gambar kerana Boss sedang membayar beg yang dihadiahkan itu, dan kemudian dia membuka kotak hadiah dan bergambar dengan beg tersebut.

Sebenarnya KD juga orangnya amat bermurah hati kerana dia juga sering memberi buah tangah dan hadiah kepada Boss, dan aku juga sering mendapat hadiah dari KD. Pertemuan kami sebelum ini, KD menghadiahkan telekung yang amat selesa dan cantik kepadaku. Alhamdulillah, aku selesa memakainya dan tentulah pahala atas setiap ibadatku juga diperolehi KD.

Hari itu, aku dan Boss menerima kek yang ditempah khas oleh KD dari Surabaya. Terima kasih KD. Di bawah ini adalah aksi-aksi pertemuan Boss dan KD. Gambar sewaktu makan tidak dapat disiarkan kerana tidak begitu memuaskan.

Selepas membeli belah di LV, kami lepak2 lagi di lounge. Panjang bercerita, banyak perancangan.

Balik ke rumah malam itu, aku makan segala ubat supaya esok aku sihat dan boleh bekerja.


Boss dan KD dalam perjalanan `menyerang' Butik LV. Hehehehe.

Aksi candid sewaktu di Butik LV


Aku sempat bergambar dengan KD, rupanya tinggi juga aku kan walaupun KD pakai kasut tinggi tu. Kesian aku..memang hari tu tak larat..rupa orang sakit je.

Kat kaunter pun nak bergaya


Inilah beg idaman


Selby (PA KD), KD, Boss dan aku


22 April- Bangun pagi ni aku malas nak fikirkan soal aku sihat ke tak sebab memang ada tugasan. Jam 9.30am, aku, D.J, abang aku, Bob dan kawannya bertolak ke Matrade dengan barang2 yang hendak dijual.

Sampai di Matrade, punggah barang ke tingkat 3 dan kemudian mula menyusun barang2 tersebut. Jam 1030am, aku dan A.Z ke rumah Boss. Bila Boss dah siap, kami terus ke Matrade. Dalam kereta, sempat lagi berbincang pasal show hari ini, untuk pastikan semuanya berjalan dengan baik.

Hampir jam 1pm lebih juga, barulah show Boss bermula. Boss sampaikan 10 buah lagu dan diselangselikan dengan segmen bersama boss dan setiausaha. Boss juga turun dari pentas untuk mendekati peminat. Selesai show, macam biasa Boss bertemu dengan wartawan.




Gaya Boss untuk Minggu Setiausaha. Gambar2 yang lain nanti aku letak di entry lain.


Aku dan A.Z hantar Boss balik ke rumah, dan A.Z ada kecemasan lain pula kali ini. Anaknya pula berada di Hospital Temerloh, kemalangan tapi maklumat lanjut belum diketahui.

A.Z hantar aku balik ke rumah dulu sebelum dia ke Temerloh. Badan aku makin lemah, rasa lemah sangat2. Tak bermaya dah. Macam biasa telan ubat dan cuba tidur. Esok Boss ada kerja pagi, aku dah pesan kat D.J, apa2 hal bersedia sajalah takut aku tak larat esok.

23 April-Bangun pagi, pening, demam, selsema, batuk semua ada. Tak larat. Nak bangun pun tak larat. Bagitau D.J supaya dia temankan Boss, aku tak larat. Boss ada di MHI TV3 untuk promosi AIM pagi ni, aku tak dapat join.

Sepanjang hari atas katil, aku memang tak larat. Aku tak pergi opis hari ni. Semua panggilan telefon aku tak jawap. Dari pagi sampai malam atas katil je. Aku cuma turun ke bawah ambil makanan je. Nak harapkan maid aku, tak payah..apa pun tak reti.

Sengsaranya hari ni.

Monday, April 20, 2009

Percutian di P.Pinang

17 April-Hari ni bangun awal untuk bersiap-siap ke destinasi percutian. Put'a yang sejak semalam demam, memang tak pergi sekolah. Nabil sempat juga ke sekolah kerana dia akan balik jam 11am nanti. Damia pun macam dah panas jugak badannya tapi tak berapa ketara sangat.

Lepas semua bersiap2, kami bertolak ke Pulau Pinang jam 12.15pm dari rumah. Dua buah kereta, satu Papa bawa dan satu lagi F, driver suami Boss , DK yang bawa. Boss dan suami dah bertolak awal kerana ada urusan di Kedah. Selain aku sekeluarga ke P.Pinang, dua orang anak Saida iaitu Nyssa dan Anas ikut sekali untuk temankan Azief, anak bongsu DK.

Sepanjang perjalanan, suhu badan Damia makin lama makin panas, aku yang memangkunya juga turut rasa berbahang. Singgah makan di R n R kemudian sambung perjalanan. Oleh kerana perjalanan kami melalui lebuhraya, memang payahlah nak mencari klinik.

Makin risau dengan keadaan Damia, aku lapkan badan dan kepalanya dengan air mineral. Dia nampak dah tak bermaya sangat, senyap saja sepanjang perjalanan.

Perjalanan makan masa 5 jam juga untuk sampai ke destinasi. Sampai saja di Hotel Shangrila, Rasa Sayang Resort & Spa di Batu Feringgi, Pulau Pinang, aku terus pergi `check-in' bilik untuk semua yang datang. Bila dah agih2kan kunci bilik, aku dan Papa terus bawa Damia ke klinik.

Suhu badan Damia mencecah 40 darjah C, aduhai panas benar tu. Doktor beri beberapa ubat dan masukkan ubat dalam buntut Damia. Kesian dia, nampak tak ceria langsung.

Balik ke bilik hotel, aku pergi jenguk bilik anak2 dan maid, semuanya dah tak sabar nak pergi mandi kolam. Aku dan Papa tak join sebab Papa nak lelap sekejap...maklumlah penat memandu. Yang lain2 semua ke kolam.

Malam ni, Boss dan suami ajak aku dan Papa makan malam di luar. Jadinya aku dah order siap2 makanan mereka supaya tak berlapar pula malam nanti. Lagipun entah pukul berapa pula kami akan sampai di hotel nanti.

Boss ajak makan makanan laut di Eden, tak jauh dari hotel. Walaupun nampak enak2 dan lazat2 tapi aku cuma makan nasi goreng dan telur dadar saja. Bukannya aku tak berselera tetapi aku memang tak makan makanan laut kecuali beberapa jenis ikan sahaja. Lepas makan, macam biasa ramai yang hendak bergambar dengan Boss terutama pekerja2 di situ.

Bila pulang ke hotel,aku menjenguk ke bilik anak2, Damia saja yang dah tidur. Yang lain macam biasalah bergomol atas katil, dah jumpa geng memang macam tu la.

18 April-Pagi2 lagi aku dah menjenguk ke bilik anak2. Damia masih demam, Put'a macam dah kebah tapi batuk sedikit. Setakat ini Nabil saja yang masih kebal. Semuanya macam biasa ke kolam, hampir 3 jam jugaklah mereka berendam dalam kolam. Jam 10.30am aku ajak kesemuanya pergi makan di luar. Teringin nak makan roti canai di P.Pinang.

Papa bawa kami pusing2 tepi pantai Batu Feringgi. Memang tak dinafikan pantai dan lautnya cantik dan aku memang teruja melihat keindahan di sini. Kami hanya duduk santai dalam kereta, turunkan tingkap dan tengok laut. Nak turun agak panas cuacanya.

Kemudian kami ternampak papan tanda `Air terjun-300km'. Apalagi Papa pun redahlah jalan bertanah untuk ke air terjun. Cari punya cari sampailah kami ke jalan mati yang memang ada anak sungai kecil dan airnya cetek....tiba2 nampaklah air terjun setinggi 60cm....hahahahahha...semuanya tergelak besar.

Tak tahulah kami sesat atau memang itulah yang dimaksudkan air terjun tu.

Lepas makan, balik ke hotel. Boss ajak join makan di luar lagi tapi kebetulan memang dah kenyang. Yang lain2 hanya lepak di hotel, aktiviti biasa ke kolam lagi. Seronok sangat mereka ni kalau dapat main air. Aku dan Papa join sekali. Tak lama lepas tu, Boss dan suami balik dari makan tengah hari, hanya duduk jadi penonton tepi kolam saja.

Bila semua dah balik ke bilik dan bersiap2, kami keluar makan. Perut masing2 dah lapar. Lepas makan pusing2 lagi, kemudian barulah pulang ke hotel.

Ada kenalan Boss dan suami datang ke hotel, bertemu sekejap dengan mereka. Lepas Isya' aku bawa Damia pusing2 ke deretan pelbagai gerai berhampiran hotel. Damia masih belum kebah, sebab itulah Papa bawa dia berjalan2 sebab dah mula meragam.

Sampai di bilik hotel, lepas bagi Damia makan ubat aku hantar dia ke bilik maid. Hari ni memang rasa penat, agaknya lama berenang tadi (berenang ke?).

19 April-Macam biasa, pagi2 lagi aku dah menjenguk anak2 di bilik. Damia masih demam. Aku pesan kat maid aku supaya Damia tak ke kolam. Maklum saja budak demam kalau lama berendam air pun susah juga.

Bila maid aku balik ke bilik hotel, aku tengok Damia dah basah kuyup. Aikkk...dia biarkan Damia berendam juga. Eiiiiiii tak faham bahasa betul. Kan aku dah kata maid aku jenis macam tu....sabar jelah.

Aku orderkan makanan pagi buat mereka dan juga buat aku dan Papa. Sambil2 tu kemaskan barang2 sebab jam 12pm nanti nak kena `check out'. Sedang aku nak menyuap nasi lemak ke mulut, anak2 ketuk pintu bertalu2. Aku memang bengang tahap cipan bila mereka bagitau satu hal ni....aku terus ke bilik maid aku.

Ada perbuatan paling bodoh dan menyakitkan hati aku yang maid aku dah buat, berkenaan Nabil. Taknak bagitau kat sini tapi cukuplah aku kata maid aku memang`bodoh' tahap gila baban. Serius...aku geram sangat2. Haaa.....memang kena leterlah dengan aku. Biar bernanah telinga pun takpe, sebab dia ni memang jenis tak faham apa2 pun.

Papa tau aku tengah marah, dia `cool' je sebabnya...dia pun tau mengapa aku marah, nasib baik bukan dia yang naik angin. Dalam hati aku memang tengah berfikir, rasanya tak boleh lama aku simpan `orang' macam maid aku ni. Bahaya lagi membahayakan.

Sebelum balik kami ambil gambar kenangan dengan semua yang menyertai `rombongan' ke P.Pinang, buat kenang2an.

Kemudian kami singgah di bandar ke rumah teman Boss dan suami. Makan tengahari dan hi-tea di situ. Jam 5pm bergerak pulang. Damia masih demam, dalam kereta asyiklah tak senang duduk.

Jam 8.30pm baru sampai ke rumah. Letih amat sangat. Sempat membasuh kain baju sebab esok Papa nak ke Jakarta. Kemaskan barang2 Papa. Bila ana2 dah tidur, barulah aku lelapkan mata. Badan dah rasa lain macam.......

20 April-Aku dah agak, mesti aku pula yang dilanda demam, batuk dan selsema. Aduhai...banyak kerja minggu ni. Lepas memasak, siapkan mengemas barang2 Papa nak ke Jakarta hari ni.

Anak2 semua demam makin teruk, Damia dan Nabil. Put'a ke sekolah tapi masih batuk2. Bila Nabil balik dari sekolah, badannya bertambah panas. Tiba2 aku pula dah rasa pedih mata, panas dalam badan, sakit tekak dan selsema.

Papa bawa kami semua ke klinik, ambil ubat siap2 supaya nanti takde masalah walaupun Papa tak berada di rumah selama 4 hari. Huhuhu...sedihnya.

Papa hantar aku ke opis, kemudian Papa minta Aiman hantar dia ke airport. Berdoa supaya aku cepat sihat, kalau aku sakit macamana dengan anak2 nanti. Lemah sangat hari ni...lemau..lemau....tak suka batuk, tak suka selsema, demam boleh lawan lagi.

Di opis, aku memang tak berapa larat. Hidung dah mula berair...inilah perkara yang paling melecehkan. Makan ubat tapi belum nampak ada perubahan.

Balik tu aku, D.J dan A.Z singgah di NN, tak selera nak makan pun tapi aku minum 2 gelas air. Maklumlah tekak gatal dan rasa kering. Sempat lagi pergi membeli barang dapur di kedai berdekatan NN.

Tak lama lepas tu, Zul 2 By 2 datang join dengan seorang kawan. Sempatlah bercerita pengalamannya kena tinggal dek isteri gara2 Isma masuk AF7. Aku faham jugalah bagaimana kehidupan Zul sekarang, maklumlah tahun lalu masa Saida masuk AF6, macam tu jugalah suami Saida kena jaga anak dan hal2 rumah.

Balik ke rumah memang rasa sunyi bila Papa takde. Nabil dan Damia masih demam, malam ni susahnya nak beri Damia makan ubat. Biasanya Papa yang berikan sebab dia menurut sikit kalau dengan Papanya.

Huhuhu..badan makin panas, batuk amatlah menjadi2, hingus tak henti2 keluar ni...aduhai..siksanya. Cepatlah sembuh...esok ada banyak kerja lagi......



Bergambar beramai2 sebelum pulang ke KL di lobi hotel



Bergambar sekeluarga berlatarbelakangkan laut dari sudut bilik hotel

Inilah gambar anak2 yang ke Pulau Pinang.

Di lobi hotel, lepak memalam kat sini.
Makan petang di luar.


Di kamar sebelum keluar bersama Damia.



Aksi anak-anak



Sewaktu dinner di Eden.

Sebelum keluar dinner.

Anak2 di kolam.

Thursday, April 16, 2009

Promosi album Coda

14 April- Pagi ni aku dan Aiman ke rumah Boss, ada urusan dengan tetamu yang datang. Sempat makan tengahari dan kemudian sembang2 sampai jam 3.30pm. Aku minta diri dulu sebab nak balik ke opis.

Balik ke rumah macam biasa join anak2 bergomol atas katil. Damia bawa lauk atas katil..alahai bersemutlah.

15 April-Hari ni ke opis macam biasa. Kena siapkan bahan promosi Coda. Agih-agihkan CD untuk semua radio di luar Lembah Klang termasuk Sabah, Sarawak, Brunei. Bila dah siap masuk dalam sampul, D.J pergi pejabat pos bawa semua sampul2 tu. A.Z pula kena tugasan hantar semua CD Coda ke radio2 di RTM termasuk ke Rakam Khanah untuk penilaian lagu-lagu.

Aiman ditugaskan untuk hantar CD Coda ke radio2 swasta seperti Hotfm, Era, X FM, Hitz FM, Fly Fm dan Suria FM. Bila semua tugasan untuk radio dan siap, aku buat untuk diberi kepada media cetak pula.

Buat permulaan ni diberikan kepada akhbar2 utama dulu sebab mereka ada kolum untuk review album dan lepas tu akan menyusul ke semua media. Kena buat kerja berperingkat-peringkat, lagipun semua wartawan ini nanti akan diundang pula ke majlis pelancaran album pula.

Sekarang tengah fikirkan masanya saja, idea dah ada. Nak buat konsep santai dan mengeratkan silratulrahim. InsyaAllah.

Balik dari opis, singgah di NN dulu untuk update blog ni. Dah lama tak menulis dan ada yang dah hantar sms minta supaya segera menulis...hehehehehhe. Memula aku, D.J, A.Z dan Aiman saja, kemudian Papa datang join makan roti bakar kat NN ni.

Lepas tu singgah lagi di kedai runcit beli barang dapur sebelum balik ke rumah. Malam ni macam biasa aku layan The Biggest Loser, siri ni memang dah jadi kegemaran aku. Sejak musim pertama aku tak pernah lepaskan peluang menonton. Nasib baik Astro selalu ada ulangan, bolehlah tengok waktu tengah malam kalau terlepas siaran waktu sebenar.

Dan..aku malam ni merehatkan diri dengan lebih awal atas katil. Dah siap mandi dan kenyangkan perut sebab nak menanti jam 10mlm untuk menonton episod terakhir Mertua Vs Menantu.

Aku memang ikut cerita ni walaupun adakala terlepas tapi tetap ambil tahu apa yang terjadi, cuma untuk episod terakhir ni aku tak mahu lepaskan peluang. Berjuraian airmata bila tengok, aku pun sms D.J bagitau bantal aku dah basah. Nanti mesti ada sambungan punya...agaknya lepas Erra habis berpantang la tu.

16 April- Jam 530am aku terjaga bila dengar bunyi pintu depan dibuka. Lepas tu Papa tak naik2 ke bilik, aku pun turun. Rupa2nya Put'a terjaga dan demam, dia lepak atas sofa kat bawah. Ler..patutlah sejak aku balik semalam Put'a tidur saja. Maid aku pun berat mulut nak bagitau.

Panas betul badan Put'a, aku beri ubat demam dan lap badan dia dengan air sejuk. Lepas dia tertidur, aku bagitau maid aku supaya jangan kejutkan Put'a. Aku sms pengetua sekolah bagitau Put'a tak hadir ke sekolah hari ni.

Macam biasa masuk opis dan tunggu teman wartawan dari Utusan datang, 2 S, Shazryn dan Shaharudin. Jurugambar Fatah join sekali. Aku ajak makan dulu di restoran aku, kemudian Boss menyusul.

Lepas makan barulah kembali ke opis kerana Boss ada sesi fotografi dengan Utusan. Lama jugalah di opis, maklumlah dah bertemu macam2 cerita terkeluar. Seronoklah sesekali kan.

Balik dari opis, aku ke Giant berdekatan, beli apa yang patut. Papa jemput aku di Giant, teringin makan chicken chop tersedap di KL...ala dekat je di Cheras, Papa temankan aku saja. Dia dah kenyang katanya.

Lama juga tak makan Chicken Chop ni, kalau tak boleh dikatakan seminggu tu 2, 3 kali ke sana. Kebetulan tadi Boss untuk pertama kali order Chicken Chop tersebut setelah lama aku rekemen...akhirnya merasa juga Boss makan.

Esok akan menuju ke destinasi, tak sangka2 ni..diundang untuk pergi bersama2. Ajak anak2 sekali. Emmm........


Inilah rupanya 7 orang berhimpit dalam 1 kereta (ada cerita dalam entry sebelum ni). Huh!!!!

Tekun...hehehehhe, entry semalam tu disudahkan di NN.

Gambar ni A.Z yang ambil dari celah-celah gelas teh tarik.

Wednesday, April 15, 2009

ABPBH di Genting

9 April-Pagi ni aku ke opis dulu kemudian balik ke rumah untuk temankan Papa ke klinik. Bukan Papa yang sakit tapi kami bawa maid untuk uruskan hal Fomema. Sebelah klinik tu ada kedai runcit, aku pun ambil kesempatan untuk membeli barangan makanan yang hendak dibawa ke Genting, Sabtu nanti.

Boss datang ke rumah lamanya di Cheras hari ni, emak mertuaku pun ada sama. Singgah kejap sebelum aku dan Saida kembali ke opis.

Selepas waktu opis, aku dan Papa ada urusan, Ali juga ikut serta. Selepas selesai, aku rasa macam sakit2 pula. Iskhhhh.

Malam temankan Boss ke tempat latihan lagi. Balik tu macam biasa aku, D.J dan A.Z singgah makan di NN.

10 April-Pagi ni aku dan A.Z ke rumah Boss. Aku temankan Boss untuk urusannya, bila selesai Boss ajak ke Mid Valley. Aikkk..ni perancangan last minute ni. Diundang makan2 dengan suami Boss dan client.

Lepas makan, Boss ajak shopping apa yang patut. Lama dah aku tak shopping sebenarnya, berkesempatan jugalah capai 2, 3 baju.

Petang ni hujan, tapi aku dan A.Z hantar Boss balik ke rumah dulu dan kami balik ke Cheras. Walaupun hanya ada masa kurang sejam je lagi kami harus berpatah balik ke rumah Boss semula, tapi aku memang nak balik juga, kena selesaikan hal di rumah dulu.

Lepas Maghrib, aku, D.J dan A.Z ke rumah Boss dan kemudian terus ke tempat latihan tarian. Malam ni kira malam terakhir Boss berlatih dengan para penari. Sementara Boss berlatih, aku sempat ke mall berdekatan mencari barang keperluan untuk ke Genting esok.

Balik tu, singgah makan di NN lagi. Sampai di rumah mata amatlah mengantuk tapi aku kena gagahkan juga untuk kemaskan barang2 nak ke Genting esok. Letih lain macam je malam ni....sambil kemas tu berfikir, sempat tak kalau aku kemas esok pagi je? Macam biasa...bungkang tidur.Tak sedar dah!

11 April-Kena bangun awal, banyak benda nak dibuat ni. Pertama sekali masak sarapan pagi, bila dah siap, aku agihkan barang2 dapur/makanan/pinggan mangkuk/kuali segala yang nak dibawa ke Genting.

Tugasan seterusnya, kemaskan baju anak2, letak dalam 1 beg. Mandian, susu dan lampin pula dalam 1 beg lain. Siap! Lepas tu kemaskan pakaian aku dan Papa pula, keperluan2 lain juga pastikan tak tertinggal. Ok jam 1030am, siap!

Arahkan anak2 semua mandi dan pakai pakaian tebal. Aku dan Papa juga bersiap. Singgah di kedai runcit ambil barang2 yang aku order pagi tadi. Bawa masuk kereta dan teruskan perjalanan ke Genting.

Sampai di Genting, bilik tak boleh check in lagi. Ajak anak2 ke Arena Of Stars untuk tengok emak2 sedara mereka berlatih. Mula2 latihan Saida dan Sairah sebagai penyampai anugerah, lepas tu latihan Boss pula untuk persembahan.

Lama juga di sini, anak2 dah lapar, Boss dan Saida pun datang bawa anak2 mereka. Ajak makan tengahari dulu di kawasan Theme Park supaya anak2 tak meragam, kemudian masuk ke Arena Of Stars semula.


Anak2 kena heret ke tempat kerja. Damia macam biasa, pusing2 keliling, tengok orang menyanyi, menari. Untuk pastikan Nabil duduk diam, bagi dia main game hp. Kalau tak susah nak kawal.


Boss pada latihan sesi petang di AOS. Mula2 berlatih di bawah pentas, kemudian atas pentas pula.


Jam 4.30pm, aku minta Papa, Saida dan anak2 check in tempat penginapan kami dahulu. Aku temankan Boss di Arena Of Stars (AOS). Latihan kali pertama, audio tak ok. Latihan kali kedua pun audio tak ok. Rehat kejap kemudian latihan ketiga barulah ok.

Boss tak berapa puas hati dengan latihan tadi dan kami tunggu sampai semua selesai menjalani latihan dan kemudian Boss buat latihan sebanyak 2 kali lagi.

Selesai latihan hantar Boss ke bilik hotel dan aku, D.J dan A.Z kembali ke apartment. Sempat lagi aku masak mee goreng untuk makan malam. A.Z pun memang lapar dari nanti.

Saida bersiap2 sebab malam ni dia dan Sairah harus berada awal di AOS. Jam 7.45pm, kami dah berada di AOS. Saida dan Sairah buat latihan awal sebab mereka adalah penyampai anugerah yang pertama bersama Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah.

Boss sampai bila nak sampai gilirannya untuk buat persembahan, malam ni tak ada masalah, harap2 esok pun ok. Boss hanya risaukan stamina kerana lagu Di Taman Teman tak mudah nak dibawakan kerana muziknya agak laju dan Boss juga pada masa yang sama harus membuat pergerakan dan menari.


Gaya Boss sewaktu latihan pada sebelah malam di AOS. Pakaian kena warna yang sama dengan hari show.

Lepas `full dress rehearsal' hantar Boss balik ke bilik hotel, aku dan D.J balik ke apartment. Semua lepak dalam apartment saja, layan tv. Anak2 punyalah susah nak tidur, berubah tempat agaknya. Tapi mata aku memang tak tahan mengantuk, hampir jam 130am, aku lelap. Sejukkk..sejukkkk.

12 April-Punyalah awal aku terjaga hari ni. Aku ni dahlah alah sikit dengan cuaca sejuk, jadinya tidur tak berapa lena. Bangun tidur, aku terus masuk dapur dan masak sarapan pagi. Goreng mee, buat roti sardin telur, nugget, ayam goreng dll.

Tengah menggoreng, Boss telefon, awal juga dia bangun. Bila Boss tahu aku dah siap masak, dia pun nak makan di apartment katanya. Hahahaha..jenuhlah aku kejutkan semua orang bagitau Boss n family nak datang makan.

Hahahaha..kelam kabut semua tunggu nak masuk bilik air. Bila Boss sampai, jamulah apa yang ada. Bekas makanan dan pinggan mangkuk pun semuanya plastik saja. Gelas pun tak cukup, seadanyalah ya. Lagipun memang bawa barangan plastik je dari rumah supaya tak pecah dalam perjalanan.

Sambil Boss bersarapan, yang lain2 bersiap2 nak keluar lepas ni. Semua berjanji nak ke Theme Park. Boss naik kereta, kami jalan kaki, aduhai ingatkan dekat je..bila dah mendaki bukit rasa jauh sangat. Tak pasal2 buat senaman jalan kaki di pagi hari.

Kami ambil pakej permainan oudoor dan indoor. Put'a geng dengan anak2 Saida dan anak2 Boss, jadinya dia buat hal sendiri. Aku layan Damia dan Nabil. Lepas penat bermain outdoor games, kami ke tempat indoor games pula. Jalan2 je sebab tak larat dah.

Inilah antara aksi-aksi kami anak beranak sewaktu di Genting Theme Park.

Jam 2pm semua janji berjumpa di Hotel Genting dan makan tengahari bersama. Punyalah tak larat berjalan jauh, kaki pun dah lenguh2. Damia pun dah tertidur pun. Bila semua dah selesai makan, kami naik teksi balik ke apartment. Saida perlu bersiap sebab Nurul Shukor dah sampai untuk menyolekkannya.

Sampai di apartment, aku kemaskan barang2 untuk Papa bawa balik. Papa hantar anak2 balik dahulu kerana bimbang malam nanti balik lewat dan anak2 nak sekolah esok.

Jam 5pm, Saida dah siap mekap, Nurul kena mekap Boss pula lepas ni. Jam 715pm, aku, A.Z dan Saida ke Theme Park Hotel. Sairah dah menunggu di sana. Mereka berdua dipakaikan aksesori tajaan Rafflesia.
Kemudian tunggu nama dipanggil untuk red carpet. Sairah dah jalan dulu, kemudian Saida pula. Bila mereka dah masuk ke AOS dan duduk di tempat masing2, aku tunggu Boss pula di luar hotel. Kemudian bawa Boss masuk ke AOS juga.
Kali ni suami Boss ikut sama. Boss duduk dulu mengikuti perjalanan ABPBH, kemudian keluar ke belakang pentas untuk bersiap bagi menjayakan persembahan pula. Mula2 tadi Boss pakai baju Riezman Ruzaini dan untuk show pula, Boss pakai baju Butik Citra.
Kat belakang pentas, sebelum persembahan Boss nampak macam risau sangat. Tekak keringlah, tak pernah tengok Boss `gabra' macam tu.
Selepas persembahan, giliran penyampaian anugerah untuk Penyanyi Wanita Popular. Tahniah!
Boss kekalkan gelaran selama 12 tahun berturut2.
Lepas acara, singgah di post party, aku join kejap saja sebab nak balik KL malam ni juga. Sudahnya dari Hotel Genting ke apartment, kami naik kereta seramai 7 orang. A.Z yang memandu, yang lain2 Sairah, Saida, aku, kawan Sairah, Papa dan suami Saida. Bayangkan semuanya dewasa dan mempunyai bentuk tubuh yang `mantap'.
Derita je aku yang tersepit kat lantai kereta. Tapi memang kelakarlah suasana dalam kereta tu, sakit memang sakit, ada yang dah tak tahan kena himpit pun ada tapi sempat lagi ketawa berdekah2 dalam kereta tu.


Boss, Saida dan Sairah sewaktu di ABPBH di Genting Highlands.
13 April- Hari ni memang mengantuk sangat, aku memang bangun tidur kesiangan. Tak larat sungguh, malam tadi sampai ke rumah pun dah dekat jam 2.30am.
Minta tolong A.Z singgah di restoran aku ambilkan lauk pauk sebab aku dah nak bergerak ke rumah Boss. Hari ni Boss ada latihan dengan pemuzik untuk persembahan Minggu Setiausaha.
Masa nak bertolak ke tempat latihan dari rumah Boss, A.Z menangis teresak2 dalam kereta. Aku pun hairan pada mulanya, rupa2nya ada berita membimbangkan tentang kesihatan ibunya
di kampung.
Kena atur tugas, A.Z hantar kami ke studio, Aiman pula ambil alih tunggu hingga habis latihan dan bawa Boss balik. Agaknya Aiman ni gabra, boleh tersalah jalan kerana pertama kali bawa Boss agaknya. Sudahnya dua kali kami lalui jalan yang sama.

Boss sewaktu menjalani latihan