Friday, April 24, 2009

Demam

21 April-Bangun tidur pagi ni, selsema dan batuk makin menjadi-jadi. Malam tadi memang sukar hendak melelapkan mata kerana gangguan batuk. Tekak jadi gatal, dan aku dah kata selsema ni amat menyiksakan. Bila hidung tak selesa, satu badan jadi tak selesa.

Hidung aku dah merah. Huh!! Sabar jela. Walaupun badan dah rasa lesu tapi aku ke opis juga. Tak larat sebenarnya tapi aku kena kerja hari ni. Esok nak buka gerai di Matrade, jadinya hari ni kenalah menyusung semua barang-barang yang akan dibawa nanti. Ada stok t-shirt baru Boss yang dicetak, cd-cd dan juga bandana.

Jam 2pm, aku, D.J dan A.Z ke rumah Boss. Hari ni ada latihan untuk persembahan Minggu Setiausaha esok. Jam 4pm kami sampai di Matrade. Sepanjang bersama Boss, aku tak boleh duduk dekat sangat dengan dia malah aku asyik tutup hidung dengan tisu supaya tak berjangkit.
Bimbang juga sebab esok Boss nak buat persembahan. Aku memang rasa tak selesa sangat dah dengan penyakit yang datang ni tapi gagahkan diri juga. Badan pun dah rasa lain macam.

Lepas latihan kami terus ke StarHill, dan ke restoran tempat temujanji Boss dan diva KD malam nanti. Kami buat tempahan makanan terlebih dahulu. Tepat masa yang dijanjikan KD dan rombongan tiba. Saida join kami sekejap saja sebab suaminya dah datang menjemput.

Lepas makan dan sembang-sembang, Boss ajak KD ke butik LV. Sejak di meja makan lagi, KD asyik bercerita dan memperkatakan satu beg yang dihajatinya dan Boss kata dia juga sudah dihadiahkan beg tersebut oleh suaminya. Tak sangka pula citarasa mereka berdua ni sama.

Bila sampai di butik LV, Boss bertanyakan mana satukah beg yang KD hajati itu?? Bila beg tersebut ditemui, kata Boss benarlah itulah beg yang dihadiahkan suaminya. Lantas, tanpa KD sangka, Boss membelikan dan menghadiahkan beg tersebut kepada KD.

Tergamam KD kerana tidak menyangka, dan dia nampak amat gembira sekali. Kd ni kira kelakar juga orangnya kerana sewaktu Boss di kaunter pembayaran, KD maish sempat minta diambil gambar kerana Boss sedang membayar beg yang dihadiahkan itu, dan kemudian dia membuka kotak hadiah dan bergambar dengan beg tersebut.

Sebenarnya KD juga orangnya amat bermurah hati kerana dia juga sering memberi buah tangah dan hadiah kepada Boss, dan aku juga sering mendapat hadiah dari KD. Pertemuan kami sebelum ini, KD menghadiahkan telekung yang amat selesa dan cantik kepadaku. Alhamdulillah, aku selesa memakainya dan tentulah pahala atas setiap ibadatku juga diperolehi KD.

Hari itu, aku dan Boss menerima kek yang ditempah khas oleh KD dari Surabaya. Terima kasih KD. Di bawah ini adalah aksi-aksi pertemuan Boss dan KD. Gambar sewaktu makan tidak dapat disiarkan kerana tidak begitu memuaskan.

Selepas membeli belah di LV, kami lepak2 lagi di lounge. Panjang bercerita, banyak perancangan.

Balik ke rumah malam itu, aku makan segala ubat supaya esok aku sihat dan boleh bekerja.


Boss dan KD dalam perjalanan `menyerang' Butik LV. Hehehehe.

Aksi candid sewaktu di Butik LV


Aku sempat bergambar dengan KD, rupanya tinggi juga aku kan walaupun KD pakai kasut tinggi tu. Kesian aku..memang hari tu tak larat..rupa orang sakit je.

Kat kaunter pun nak bergaya


Inilah beg idaman


Selby (PA KD), KD, Boss dan aku


22 April- Bangun pagi ni aku malas nak fikirkan soal aku sihat ke tak sebab memang ada tugasan. Jam 9.30am, aku, D.J, abang aku, Bob dan kawannya bertolak ke Matrade dengan barang2 yang hendak dijual.

Sampai di Matrade, punggah barang ke tingkat 3 dan kemudian mula menyusun barang2 tersebut. Jam 1030am, aku dan A.Z ke rumah Boss. Bila Boss dah siap, kami terus ke Matrade. Dalam kereta, sempat lagi berbincang pasal show hari ini, untuk pastikan semuanya berjalan dengan baik.

Hampir jam 1pm lebih juga, barulah show Boss bermula. Boss sampaikan 10 buah lagu dan diselangselikan dengan segmen bersama boss dan setiausaha. Boss juga turun dari pentas untuk mendekati peminat. Selesai show, macam biasa Boss bertemu dengan wartawan.




Gaya Boss untuk Minggu Setiausaha. Gambar2 yang lain nanti aku letak di entry lain.


Aku dan A.Z hantar Boss balik ke rumah, dan A.Z ada kecemasan lain pula kali ini. Anaknya pula berada di Hospital Temerloh, kemalangan tapi maklumat lanjut belum diketahui.

A.Z hantar aku balik ke rumah dulu sebelum dia ke Temerloh. Badan aku makin lemah, rasa lemah sangat2. Tak bermaya dah. Macam biasa telan ubat dan cuba tidur. Esok Boss ada kerja pagi, aku dah pesan kat D.J, apa2 hal bersedia sajalah takut aku tak larat esok.

23 April-Bangun pagi, pening, demam, selsema, batuk semua ada. Tak larat. Nak bangun pun tak larat. Bagitau D.J supaya dia temankan Boss, aku tak larat. Boss ada di MHI TV3 untuk promosi AIM pagi ni, aku tak dapat join.

Sepanjang hari atas katil, aku memang tak larat. Aku tak pergi opis hari ni. Semua panggilan telefon aku tak jawap. Dari pagi sampai malam atas katil je. Aku cuma turun ke bawah ambil makanan je. Nak harapkan maid aku, tak payah..apa pun tak reti.

Sengsaranya hari ni.

8 comments:

Azwan Hashim said...

Ala ciannyer KZ..demam rindukan insan tersayang yer..hehe.. =)
hope cepat sembuh yer..

Bertuah KD kan, boss belanja dia.. maklumlah dh jd best friend kan..
Azwan doakan perancangan album duet Kak Siti & KD akan berjalan lancar dan berjaya.. =)

Take care yer KZ.. =)

Anonymous said...

adoi sian nyer kz sakit yer... tp kz kuat jugak masih bole ke opis jugak walaupon da x larat...

wah untungnye KD dpt beg LV hadiah dari DCT kan3 hehehe rezeki tu.. nampak gaya da sepasang la beg KD n DCT

kz semoga cepat semboh ek... take care yer kz... TAJLENA

Anonymous said...

samalah KZ, i pun demam ni tp kerja ttp kna teruskan. Sentiasa tertunggu2 updates drp blog KZ. God Bless us moga2 cpt sembuh. IZNINA RAFA

Anonymous said...

ni mesti kes demam blik dari penang kn KZ...he3....kena redah2 ujan g...he3...boss bli kn KD LV...best nyeeee....to KZ semoga cept semboh....

arieda salsabella said...

alahai..kz demam ye..kesiannya..xsihat pun kena keje jugak kan..jangan lupa makan ubat tau..moga cepat sembuh..
bertuahnya KD dapat bag LV dari Boss..heheh..biasala..bestfriend kan..tq KZ sudi share pic2 n story ngan kami...

arieda salsabella said...

alahai..kz demam ye..kesiannya..xsihat pun kena keje jugak kan..jangan lupa makan ubat tau..moga cepat sembuh..
bertuahnya KD dapat bag LV dari Boss..heheh..biasala..bestfriend kan..tq KZ sudi share pic2 n story ngan kami...

Kak Lon said...

Ciannnya Zie...semenya demam ek..Ida pun demam gak..anak2 dah sihat ke? Ni kira jangkit berjangkitlah ni ek... Apa2 pun jgn lupa mkn ubat ek..Take care..

Bestnya dpt hadiah beg LV..Mmmm...

Anonymous said...

kak zie moga cepat sihat ye~mamas