Wednesday, August 26, 2009

Suriafm dll

17 Ogos-Pagi ini macam biasa ambil Boss di rumahnya dan pergi ke White Studio untuk fotografi majalah Glam. Aku ada temujanji dengan Audi Mok petang nanti dan minta sesiapa tolong ganti aku sementara Boss menghabiskan fotografinya.

Tak lama kemudian Papa datang bersama Saida yang akan temankan Boss. Sempat makan tengahari bersama Papa sebelum menuju ke studio Audi Mok. Ada beberapa penambahan muzik untuk lagu Ku Percaya Ada Cinta. Memang edaran album ini akan sedikit lewat dari perancangan asal tapi bagi aku kualiti harus diutamakan.

Pulang dari studio Audi Mok, aku minta Papa hantar aku ke beauty centre, hari ini aku masih ada temujanji di situ. Sesekali memanjakan diri apa salahnyakan..untuk kesihatan/kecantikan diri juga.

18 Ogos- Ke opis macam biasa. Tak ada apa sangat nak buat hari ini sebab semua kerja dalam proses di tangan orang lain. Tunggu sajalah.

19 Ogos-Haaaa...pagi ni memang ad-hoc. Bangun jam 520am dan sebelum jam 6am aku dan A.Z bertolak ke rumah Boss. Hari ni Boss akan berada di konti Suriafm untuk `Lagu Berduit'. Sampai di sana jam 710am. Pagi2 lagi Boss dah kena menyanyi secara live lagu Biarlah Rahsia.

Lama juga kami di Suriafm, dari jam 7 lebih hingga jam 10am. Jam 1030am, aku dan Aiman ke RTM. Hari ini ada pembentangan kertas kerja/projek untuk Muzik Aktif yang diterbitkan oleh SNP. Perbincangan diadakan lebih kurang sejam lebih dan hanya ada sedikit penambahan yang diminta oleh pihak RTM. Lepas tu balik ke opis.

Jam 830pm-Aku, Aiman dan Saida bertolak ke opis Pak Ngah sebab malam ni ada latihan muzik dengan Swakarya. Sema artis berkumpul di studio Pak Ngah kecuali Aizat yang ada hal. Latihan berlangsung hampir 2 jam. Lepas latihan aku, Saida dan seorang teman sempat makan malam sebelum balik.

Jelajah Era di Melaka

15 Ogos-Pagi ni aku siapkan keperluan anak2, makan minum segala kerana tengahari nanti aku dan Papa akan ke Melaka. A.Z join kami satu kereta. Hari ni Boss dan Coda ada di Dataran Pahlawan, Melaka untuk persembahan Jelajah Era.

Jam 1pm, aku, Papa dan A.Z bertolak ke Melaka. Boss dan suami dah berlepas setengah jam awal. Sampai di hotel, kami minum petang terlebih dahulu. Entah macamana, waktu Boss dan AZ berjalan kat tepi lobi hotel, Papa terjelerus dalam longkang kecil yang penuh dengan air. Hahahha..habis basah sebelah kasut dan seluar.

Nasib baiklah ada kedai berdekatan, Papa beli seluar dan kasut sekali untuk ganti dengan yang telah basah tadi.

Jam 9pm, kami bertolak ke hotel penginapan Boss, depan hotel kami sahaja. Jemput Boss dan menuju ke Dataran Pahlawan. Coda sejak semalam dah tiba di Melaka untuk temubual radio dan juga sound check, Achik yang bawa mereka.

Malam ini juga Saida dan Sairah ada show di Laman Santai, Istana Budaya. D.J dan Aiman yang bawa mereka.

Boss membuat persembahan selepas Coda tapi sebelum muncul solo Boss berduet dengan Fahimie, vokalis Coda terlebih dahulu.

Selepas habis latihan, hantar Boss ke hotel, suami Boss dah menunggu untuk pulang ke KL besar. Aku, Papa dan AZ ke hotel kami, berkemas dan kemudian menyusul ke KL besar juga.

16 Ogos-Bangun pagi hari ni macam tak percaya saja yang aku tak perlu bergegas untuk apa2 pagi ni. Pertama kerana anak2 tak sekolah dan kedua hari ni Boss/artis SNP tak ada apa2 program.

Lega sangat pagi ni, aku bermalas-malasan. Lepas memasak, aku hanya berbaring sepanjang hari, menikmati apa yang aku idamkan iaitu waktu rehat. Petangnya pula ajak Papa membeli barang2 dapur dengan anak-anak. Dan..sempat lagi ke beauty centre setelah sekian lama tak pergi.

Shooting Video Klip

14 Ogos-Macam biasa, pagi2 lagi dah kena pergi ke rumah Boss. Hari ni Boss ada shooting video klip raya untuk Muzik Aktif yang diterbitkan oleh SNP dan sekaligus shooting untuk video klip lagu Ku Percaya Ada Cinta yang dimuatkan dalam album Tahajjud Cinta.

Kami menuju ke Cyberview Lodge di Cyberjaya (tempat yang jadi favourite kami) sekitar jam 11am. Sampai saja di sana, penggambaran video klip lagu Sesuci Lebaran dijalankan. Berhenti masa sembahyang Jumaat dan kemudian bersambung lagi.

Selepas selesai video klip Sesuci Lebaran, Boss bersiap-siap pula untuk penggambaran video klip Ku Percaya Ada Cinta. Jam 4.30pm kami mulakan di beberapa tempat di sekitar hotel. Berlanjutan hampir waktu Maghrib. Berehat untuk makan malam dan teman D.J berbuka puasa.

Selepas makan kami balik ke bilik hotel, berehat sebelum memulakan menyambung penggambaran. Jam 10pm, sambung lagi dan hampir jam 12.15pm, barulah tamat.

Hari ini memang hari letih aku, tak bermaya dari segi mental dan fizikal. Bila sampai detik2 akhir Boss nak habiskan shooting, aku dah tak bermaya.


Boss sewaktu menjalani penggambaran video klip Sesuci Lebaran untuk Muzik Aktif.


Pose jap kat tempat kegemaran aku ni.




Aksi Boss sebelum dan selepas penggambaran video klip Ku Percaya Ada Cinta.

Tuesday, August 25, 2009

Rakaman Lentera Aidilfitri

13 Ogos-Memulakan hari macam biasa. Siapkan apa yang patut di rumah sebelum ke rumah Boss. Jam 1.15pm aku, D.J, A.Z dan Boss menuju ke Astro. Hari ini ada rakaman program raya Lentera Aidilfitri Dato' Siti Nurhaliza di Astro. Tidak seperti program2 raya yang lain, kali ini menampilkan konsep yang lebih eksklusif dan hanya 1 saja lagu raya yang dinyanyikan.

Sampai di Astro, aku dan Boss makan dahulu. D.J berpuasa hari ini. Tepat jam 3pm, latihan dimulakan dengan Boss membuat `sound check'. Kemudian Apek dan Faizal Tahir menyusul dan berlatih bersama. Selepas `sound check', latihan dengan kamera dimulakan. Hampir jam 5.30pm, latihan selesai.

Aku join makan-makan dahulu di bawah khemah yang disediakan sementara Boss sedang berehat untuk disolek oleh Nurul Shukor.

Jam 8.30pm, rakaman dimulakan dengan segmen Boss terlebih dahulu. Kemudian barulah ke segmen kedua hingga seterusnya. Sebuah persembahan yang hebat bagi pendapat aku kerana ketiga2 artis ini amat profesional. Walaupun banyak perkara dilakukan spontan tapi aku kira itu menjadikan show meriah walaupun aku amat pentingkan kesempurnaan. Melihatkan Boss selesa dengan cara begitu, aku ikutkan sahaja.

Gandingan yang best! dan aku secara jujurnya mengakui bahawa amat berpuas hati dengan paduan suara Boss dan Faizal Tahir. Walaupun mereka adalah gandingan baru dan hari inilah kali pertama menyanyi secara duet bersama tapi aku yakin sesiapa yang menonton akan berpuas hati.

Selesai rakaman diadakan pula sidang media. Selepas selesai, Astro Awani pula menemubual aku mengenai konsert Satu. Memang dah tahu dan tak rancang pun perlu ditemubual, terkejut juga tetapi kerana SM adalah teman, aku turutkan juga.

Sesuatu telah diekspresikan......kerja gila!!!! Harus ingat sesuatu tentangnya......



Semua gambar2 ini adalah sekitar rakaman Lentera Aidilfitri Dato' Siti Nurhaliza.

Sibuk sepanjang minggu....

3 Ogos-Hari ni Boss ada rakaman lagu terakhir untuk album Tahajjud Cinta berjudul Ku Percaya Ada Cinta. Susunan muzik dan demo Audi dah beri awal kepada Boss tetapi lirik sahaja yang masih dinantikan. Pada mulanya Boss nak buat lirik sendiri tapi memandangkan kesibukannya, di saat-saat akhir Kak Chah diminta membuat lirik. Jadinya jam 12.30pm tadi baru dapat lirik dari Kak Chah.

Boss pula menghantar suaminya menunaikan umrah ke KLIA. Aku dan Aiman bergerak dahulu ke studio Audi Mok dan Boss akan terus ke sana. Sampai di studio jam 3.45pm dan barulah Boss melihat lirik Kak Chah dan mula berlatih.

Alhamdulillah Boss cepat memasukkan `roh' lirik tu ke dalam melodi lagu....hahhahah..dan sekitar 2 jam rakaman selesai. Wartawan Farihad turut datang ke studio dan sempat menemubual Boss.

Selepas selesai rakaman, aku, Boss dan Aiman ke studio Azman Abu Hassan sekali lagi kerana ada sedikit pembetulan pada beberapa lagu terutama dari segi sebutan Arab atau tajwid. Rakaman dibuat hingga jam 1.30pagi. Tak mengapalah, yang penting semuanya selesai dengan baik.

4 Ogos-Rakaman Citarasa Bersama Siti Nurhaliza disambung lagi hari ini, suasana menjadi seperti hari raya pula. Semua masakan amat sinonim dengan hari raya. Sambil mengendalikan program memasak, Boss bertungkus lumus siapkan lirik Satu Malaysia. Aubrey menawarkan Boss berganding dengannya untuk penciptaan lagu Satu Malaysia dan Boss menerima dengan hati yang gembira.

Namun macam biasalah, Boss agak sibuk kebelakangan ini dan tidak menang tangan untuk fokus satu2 perkara. Jadinya selang waktu rehat, Boss akan menyudahkan lirik lagu Satu Malaysia sambil mendengar melodi yang diciptakan oleh Aubrey.

Bila lirik siap, aku terus emel kepada Aubrey kerana malam nanti Aubrey sudah mula merakamkan demo untuk pertandingan.

Rakaman Citarasa Bersama Siti Nurhaliza berakhir hari ini. Lega sangat2 rasanya. Balik ke rumah dengan dada lapang kerana esok tidak perlu pagi-pagi lagi terkejar ke rumah Boss.

5 Ogos-Alhamdulillah, akhirnya aku dapat ke opis juga. Sebagaimana yang dijangka, banyak sangat kerja yang harus dilunaskan. Soal album tentunya. Aku bekerja sampai tak angkat muka hari ini.

Sebelum Maghrib, aku, Papa dan anak-anak ke rumah Boss. Malam ini Boss adakan solat berjemaah, ceramah dan jamuan doa selamat sempena Nisfu Syaaban.

6 Ogos-Oleh kerana banyaj kerja yang harus diselesaikan di opis, aku tak dapat temankan Boss untuk rakaman lagu Satu Malaysia di studio Aubrey pagi ini. Selepas rakaman Boss terus ke hotel di mana malam nanti Jusco mengadakan makan malam atau Gala Dinner untuk tujuan amal juga.

Selesai kerja,aku dan Aiman terus ke hotel berkenaan. Selepas Boss `sound check', kami ke bilik hotel. Jam 9malam, Boss memulakan persembahannya, malam ini juga ada beberapa artis lain antaranya Reshmonu dan Noryn. Tak silap aku Vince pun ada juga.

7 Ogos- Hari ini aku, A.Z dan Boss ke Astro jam 11am kerana ada sedikit urusan. Urusan apa tunggulah sedikit masa lagi tapi aku gerenti akan membuatkan ramai peminatnya gembira.

Selesai di Astro jam 4pm dan kami terus pulang ke rumah. Hajatnya malam ini aku dan Papa akan bertolak ke KL kecil kerana esok semua artis SNP akan mengadakan persembahan di sana. Tapi Papa pula berubah fikiran dan aku juga macam tak boleh buka mata....apalagi..tidur.

8 Ogos- Bangun pagi, siapkan sarapan dan keperluan anak-anak untuk pulang ke kampung. Kami bertolak sekitar jam 11 pagi dan sampai di KL kecil jam 1230pm. Mak mertua aku adakan sedikit kenduri dan doa selamat di surau berdekatan rumah. Kami terus ke surau.

Lama jugalah menunggu yang lain sampai, mula-mula Boss dan suami tiba, kemudian Saida dan keluarga seterusnya barulah Coda dan team SNP.

Sebelah petangnya ada `sound check' di Padang Majlis Daerah Lipis, walaupun menunggu lama dan ada yang tak smepat sound check tapi show malam ini tetap diteruskan.

Show bermula jam 9 malam dimulai oleh Saida dan Sairah, kemudian Boss pula menyanyi dan diakhiri oleh Coda. Selesai persembahan, semua berkumpul di rumah, mak menjamu sate untuk kami semua.

9 Ogos-Boss dan suami pulang paling awal. Kemudian aku menyusul kerana hendak singgah di rumah keluarga aku. Sempatlah menjenguk emak, abang dan kakak aku. Anak2 saudara juga ada. Lepas berehat dan makan-makan, kami pun bergerak pulang ke KL besar.

10 Ogos-Ke opis macam biasa, menyiapkan kerja2 album. Malam ini malam sejarah apabila rakaman 5 beradik diadakan di studio untuk sebuah lagu yang didedikasikan buat arwah abah. Pada mulanya Boss, Saida, Sairah dan Papa saja terlibat dan akhirnya Ali juga turut menyumbangkan suara.

Lagu ciptaan Aidit dan lirik Ad Samad itu dirakamakan seorang demi seorang untuk mencari kesesuaian. Malam ini hanya Boss sahaja yang menjalani rakaman sebenar, selebihnya yang lain akan diberikan masa lagi untuk menjiwai lagu itu.

Rakaman habis agak lewat hingga jam hampir 1.30am, terus pulang ke rumah.

11 Ogos- Macam biasa aku ke opis, siapkan apa yang patut. Jam 2pm aku ada temujanji dengan pengarah program raya Astro dan juga wakil2 artis yang akan terlibat sama dengan Boss nanti. Saiful Apek dan pengurusnya datang, Faizal Tahir diwakili 2 pengurusnya dari Monkey Bone. Aku menerangkan tentang show Lentera Aidilfitri Dato' Siti Nurhaliza kepada mereka dan memberikan skrip masing-masing.

12 Ogos-Pagi2 lagi aku ke rumah Boss dengan A.Z, TV3 adakan rakaman temubual raya di rumah Boss. Selepas habis temubual aku terus pulang ke opis kerana kerja melambai2.


Boss dan Audi Mok.

Damia sewaktu hadir di majlis doa selamat sempena Nisfu Syaaban di rumah Boss.



Sekitar hari terakhir rakaman Citarasa Bersama Siti Nurhaliza.



Suasana di studio rakaman.


Di belakang pentas sempena Malam Gala Dinner Jusco.

Boss di Astro??????


Ni gerai SNP yang dibuka di Padang Majlis Daerah Lipis.

Fotografi Kulit Album Tahajjud Cinta

1 Ogos-Penat malam tadi memang tak habis lagi tapi pagi-pagi ini aku harus ke rumah Boss kerana jam 11am fotografi kulit album terbarunya akan dijalankan. Memang cuma ada hari ini sahaja kerana selepas ini jadual Boss agak penuh dan tentunya orang yang bertanggungjawab membuat kulit album/inlay ini nanti tidak sempat menyiapkannya. Bila fotografi sudah dijalankan barulah rasa lega kerana soal konsep dan lain-lain akan disiapkan kemudian.

Beberapa hari lalu, seperti biasa aku menghubungi pasangan suami isteri Kak Fidah dan Abang Nuar yang bertanggungjawab membuat rekaan kulit album. Sudah beberapa album kami bekerjasama dan aku sentiasa percayakan sentuhan mereka. Dan yang paling penting kerjasama yang baik telah lama terjalin dan ini akan memudahkan lagi komunikasi kami.

Aku memang cerewet, mereka sudah amat2 mengenaliku. Bila ada saja yang aku tak berkenan, mereka menerima dengan dada terbuka dan akan menambah baikkan lagi apa yang kurang. Walaupun mereka profesional tetapi mereka juga mahu mendengar kata, aku rasa itulah yang membuatkan aku senang bekerja dengan mereka.

Boss sejak awal pagi dah siap disolek Nurul Shukor, bila aku dan A.Z sampai di rumah Boss, kami siapkan apa yang perlu dibawa dan terus menuju ke lokasi.

Mmmmm..mana lagi kalau bukan ke ladang ternak di Universiti Putra Malaysia (UPM). Tempat yang telah lama menjadi idaman aku untuk menjejakkan kaki, aku selalu melihat tempat ini di iklan2 tv/iklan cetak dan juga ada artis yang menjalani penggambaran video klip di sini.

Sebagaimana yang disangka, memang tempat ini amat menerujakan aku. Rasa hati bergelodak nak bergambar dan tentunya aku tak lepaskan peluang bergambar di tempat ini. Gembira sangat kerana aku menyukai pemandangannya seperti berada di luar negara dan juga sebatang pokok yang amat cantik itu begitu memberi impak menarik pada pemandangan sekitarnya.

Aku hanya berikan masa 2 jam sahaja untuk fotografi dijalankan. Abang Ikram sebagai fotografer menjalankan tugasnya. Boss tidak boleh habis lewat kerana kami harus bergegas ke Jusco AU2 pula untuk promosi patung beruang bertujuan amal.

Jam 1.30pm baru selesai fotografi, Boss bergegas menukar pakaian untuk ke Jusco di surau di dalam UPM. Kemudian kami terus ke Jusco AU2, Nurul Shukor ikut sama. Memang letih sangat hari ini tapi Boss masih mampu tersenyum di pentas, menyanyi 3 buah lagu dan menghiburkan pengunjung di sana.

Lepas habis acara, kami join makan-makan yang disediakan pihak Jusco kemudian aku dan A.Z menghantar Boss balik ke rumahnya.

Rumah begitu memanggil2, katil juga meneriakkan namaku, bantal sudah sedia menadahkan jasanya untuk aku lelap. Seperti biasa, aku keletihan tetapi sukar untuk tidur kerana aku tak biasa tidur di siang hari. Terkulat2lah atas katil dan Damia setia menemani.

Satu lagi hari yang amat2 meletihkan tapi aku rasa seronok kerana beberapa tugasan sudah selesai.


Di tengah2 padang rumput yang amat menyejukkan mata.

Konon-kononnya membacalah tu......

Best..best aku suka situasi ni walaupun gambar agak gelap....


Haaa..macam kat New Zealand tak....????


Ini `shot' gambar idaman aku...nampak pokok kat belakang tu....
Dua gambar yang berbeza..gambar kat atas tu aku membuka payung hingga terbuka semua....gelak sakan dorang. Yang kedua pulak, setelah payung dibetulkan.....


Memayungi Boss untuk ke atas bukit....


Menyemak konsep artwok yang diilhamkan Abang Nuar.

Seronoklah tu.

Citarasa Bersama Siti Nurhaliza

29, 30, 31 Julai- Tiga hari yang amat-amat memenatkan. Mana tidaknya, Boss dah mulakan sekali lagi penggambaran program Citarasa Bersama Siti Nurhaliza yang akan ditayangkan bulan puasa nanti.

Tiap-tiap hari aku harus bangun lebih awal dari biasa, siapkan keperluan anak-anak ke sekolah, makan minum dari pagi sampailah ke malam nanti, supaya bila aku keluar dari rumah walaupun terpaksa balik lewat tapi semuanya sudah tersedia.

Aku dan A.Z akan ke rumah Boss seawal 8pagi dan pulang ke rumah balik lewat tiba jam 1030malam. Huh! Memang penat. Setiap hari Boss perlu siapkan 2 atau 3 episod, dalam satu episod Boss akan memasak 2 resipi dan satu lagi resipi tetamu undangan. Bukan mudah nak mengadakan program sebegini kerana aku bukan saja-saja datang menjenguk Boss memasak tapi kena membantu banyak hal belakang tabir.

Memang amat2 meletihkan, aku tahu Boss pun rasa macam tu tapi tanggungjawab perlu dilangsaikan segera. Aku risau kerana banyak hari tak masuk opis dan ini bermakna banyak kerja-kerja akan tertangguh.

Selepas 3 hari ini, rakaman program ini akan bersambung lagi minggu hadapan kerana Boss perlu selesaikan kerja-kerja lain yang telah dipersetujui.

Bagi aku memasak ni bukanlah kerana hanya kita berbakat memasak tetapi yang penting air tangan. Ada orang yang tak ada kelulusan pun dalam memasak tetapi rasa makanan mereka mengalahkan chef-chef terkenal. Jadi kepada yang masih malas ke dapur, kenalah rajin2kan diri. Aku dan dapur dah jadi sahabat hanya kerana sewal usia 6 tahun, aku dah dikerah oleh kakak-kakak aku ke dapur. Nak kata pandai sangat tu tak adalah tapi insyaAllah lepaslah rezeki mengalas perut keluarga.

Boss bersama Noniswara

Boss bersama Abie, Editor Metro Ahad (Hiburan)

Boss dan Rosyam Noor.

Boss dan Shaharudin, Editor Utusan Malaysia (Hiburan).
Di atas ini adalah antara selebriti2 yang terlibat dalam rancangan Boss ini tapi sebenarnya ramai lagi.