Wednesday, August 26, 2009

Suriafm dll

17 Ogos-Pagi ini macam biasa ambil Boss di rumahnya dan pergi ke White Studio untuk fotografi majalah Glam. Aku ada temujanji dengan Audi Mok petang nanti dan minta sesiapa tolong ganti aku sementara Boss menghabiskan fotografinya.

Tak lama kemudian Papa datang bersama Saida yang akan temankan Boss. Sempat makan tengahari bersama Papa sebelum menuju ke studio Audi Mok. Ada beberapa penambahan muzik untuk lagu Ku Percaya Ada Cinta. Memang edaran album ini akan sedikit lewat dari perancangan asal tapi bagi aku kualiti harus diutamakan.

Pulang dari studio Audi Mok, aku minta Papa hantar aku ke beauty centre, hari ini aku masih ada temujanji di situ. Sesekali memanjakan diri apa salahnyakan..untuk kesihatan/kecantikan diri juga.

18 Ogos- Ke opis macam biasa. Tak ada apa sangat nak buat hari ini sebab semua kerja dalam proses di tangan orang lain. Tunggu sajalah.

19 Ogos-Haaaa...pagi ni memang ad-hoc. Bangun jam 520am dan sebelum jam 6am aku dan A.Z bertolak ke rumah Boss. Hari ni Boss akan berada di konti Suriafm untuk `Lagu Berduit'. Sampai di sana jam 710am. Pagi2 lagi Boss dah kena menyanyi secara live lagu Biarlah Rahsia.

Lama juga kami di Suriafm, dari jam 7 lebih hingga jam 10am. Jam 1030am, aku dan Aiman ke RTM. Hari ini ada pembentangan kertas kerja/projek untuk Muzik Aktif yang diterbitkan oleh SNP. Perbincangan diadakan lebih kurang sejam lebih dan hanya ada sedikit penambahan yang diminta oleh pihak RTM. Lepas tu balik ke opis.

Jam 830pm-Aku, Aiman dan Saida bertolak ke opis Pak Ngah sebab malam ni ada latihan muzik dengan Swakarya. Sema artis berkumpul di studio Pak Ngah kecuali Aizat yang ada hal. Latihan berlangsung hampir 2 jam. Lepas latihan aku, Saida dan seorang teman sempat makan malam sebelum balik.

4 comments:

Anonymous said...

hehe...sabor KZ ek...nak buat camne kalo dah koje...lepas suria fm...ke rtm pulak ye...bila nak ke hot fm & tv3 nih...promo album baru DCT nanti ek...hihi...jgn lupa jumpa sy ek...haha :-) zamrie79

Anonymous said...

hi kak rozi...

manis je kak rozi ni ek.. sronok tgk kalu jumpa mgkn tempias dari boss yg manis dan beraura kot kan...

sronok bace blog kak rozi ni atleast kita tahu update psl pujaan kita.. wlpun 1 malaya tau diva sorang ni memang tak pernah takde keje tp setidak2nya bila bace blog kak rozi ni org kita tahu la susah payah diva kita ni bekerja kan. tp org dok ckp asyik2 ct asyik2 ct padahal masing ade kerja buat je la. ct buat keje tanpa henti org komplen. bkn kate anti ct aje yg komplen, ade few artist pun mcm "panas" dgn keaktifan ct. pelik tol la persepsi mcm ni kan.

1 thing i salute diva kt ni yg dia tak pernah komplen negatif trhadap rakan seni yg lain malah memuji dan dia buat keje dia sndiri.

sy bangga betul astro cipta khas saluran siti... thanks to astro!

bye kak rozi
~zanea~

ps: tak sangka impian sy nak tgk ct berduet dgn FT tercapai..! thumbs up. kalu ade lagu bagus ape kate buat duet betul2.?? pls..!!!

Lynda said...

26/8 makan tengahari?tak pose ke?

Anonymous said...

lynda: bukan la... 26/8 tu tarikh KZ publish post tu... tarikh dia citer kan ada tulis situ 17 ogos... 17 ogos tu peristiwa tu berlaku.... kamu tersilap faham