Tuesday, August 25, 2009

Rakaman Lentera Aidilfitri

13 Ogos-Memulakan hari macam biasa. Siapkan apa yang patut di rumah sebelum ke rumah Boss. Jam 1.15pm aku, D.J, A.Z dan Boss menuju ke Astro. Hari ini ada rakaman program raya Lentera Aidilfitri Dato' Siti Nurhaliza di Astro. Tidak seperti program2 raya yang lain, kali ini menampilkan konsep yang lebih eksklusif dan hanya 1 saja lagu raya yang dinyanyikan.

Sampai di Astro, aku dan Boss makan dahulu. D.J berpuasa hari ini. Tepat jam 3pm, latihan dimulakan dengan Boss membuat `sound check'. Kemudian Apek dan Faizal Tahir menyusul dan berlatih bersama. Selepas `sound check', latihan dengan kamera dimulakan. Hampir jam 5.30pm, latihan selesai.

Aku join makan-makan dahulu di bawah khemah yang disediakan sementara Boss sedang berehat untuk disolek oleh Nurul Shukor.

Jam 8.30pm, rakaman dimulakan dengan segmen Boss terlebih dahulu. Kemudian barulah ke segmen kedua hingga seterusnya. Sebuah persembahan yang hebat bagi pendapat aku kerana ketiga2 artis ini amat profesional. Walaupun banyak perkara dilakukan spontan tapi aku kira itu menjadikan show meriah walaupun aku amat pentingkan kesempurnaan. Melihatkan Boss selesa dengan cara begitu, aku ikutkan sahaja.

Gandingan yang best! dan aku secara jujurnya mengakui bahawa amat berpuas hati dengan paduan suara Boss dan Faizal Tahir. Walaupun mereka adalah gandingan baru dan hari inilah kali pertama menyanyi secara duet bersama tapi aku yakin sesiapa yang menonton akan berpuas hati.

Selesai rakaman diadakan pula sidang media. Selepas selesai, Astro Awani pula menemubual aku mengenai konsert Satu. Memang dah tahu dan tak rancang pun perlu ditemubual, terkejut juga tetapi kerana SM adalah teman, aku turutkan juga.

Sesuatu telah diekspresikan......kerja gila!!!! Harus ingat sesuatu tentangnya......



Semua gambar2 ini adalah sekitar rakaman Lentera Aidilfitri Dato' Siti Nurhaliza.

9 comments:

edan coba said...

eehhh x sabar lah nk tengok Kak Siti nanti... lebey2 lg ader apek!!!!
Gamat tu...!!!!!
:D


Salam Ramadhan Kak!!!!!

seroja jingga said...

kak zyee..kurus siti nampak..

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

yeaahhh!! memang meriah sgt2... suka sgt gandingan DCT & FT... superb!! apek plak mmg sempoi... best3... =)

Ctea Fairuz said...

sure gempak Faizal tahir & Kak Siti berduet!! tak sabar nk tgk =)

Anonymous said...

raye ke bape ek??? huhu...

I J O Y.. said...

KAK ROZIE.........

jangan lupa juda amik masa untuk rehat ok!!!!

berderet2 keje kak rozie ni....

timbul rasa kasihan juga bila baca entri akak ini........

takper......
kami sentiasa akan menyokong akak dan juga team SNP dari belakang..!!

jia you!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Ermm...best2 bnyk rancangan boss KZ kat tv masa raya ni...takkan lepaskan peluang utk tgk...hehe...jaga kesihatan ye KZ...zamrie79

arieda salsabella said...

setuju2..satu gandingan yang hebat..

Anonymous said...

Pilihan lagu2 duet yg sesuai..dan "suratan atau kebetulan" memang best. Lentera Aidil fitri ni sesuatu yg sangat genuine/ori konsepnya. tahniah snp, boss dan PA boss.