Aku juga masuk ke facebook untuk betulkan kenyataan yang mengatakan Yasmin dah dot..dot..dot. Iskhh cepat sangat khabar angin melanda. Huh! Aku pun tak sangka apa yang terjadi. Boss nasib baik tak panik dan berikan bantuan apa yang dia tahu kepada Yasmin saat kejadian. Kemudian ambulans membawa Yasmin ke hospital.
Lepas tamat rakaman semalam, Boss memang ada ajak aku mengikutnya ke TV3, memang ada perbincangan di sana. Aku beritahu Boss kerja di opis banyak, jadinya aku tak dapatlah ikut dia kali ini. Kalaulah aku ada tadi, agaknya aku yang akan terlebih panik.
Aku telefon juga Boss berkali-kali bertanyakan keadaan Yasmin. Lepas tamat waktu opis, aku ajak D.J dan A.Z terus ke studio. Boss kata dia tetap datang juga ke studio malam nanti. Ada lagu lagi yang perlu dirakamkan.
Sambil menunggu Boss, kami bertiga makan dahulu di restoran tomyam berhampiran studio. Boss sampai pun agak lewat, jam 8.40pm. Walaubagaimanapun rakaman diteruskan juga. Malam ini Boss rekod 2 lagu, selawat dan Tahajjud Cinta. Alhamdulillah dah siap 5 lagu, tinggal 1 lagu je lagi dan selebihnya 2 lagu yang dah direkod sebelum ini Ketika Cinta dan Batasku Asaku. Album ini akan mengandungi 8 lagu saja, pertama kali Boss keluarkan 8 lagu dalam album. Senario industri muzik masakini yang membuatkan kami hanya menerbitkan 8 buah lagu. Ini kira banyak kerana ada artis yang rakamkan 3 atau 5 lagu sahaja.
Selepas rakaman, suami Boss datang menjemput Boss dan kami terus pulang.
24 Julai-Macam biasa ke opis. Aku, A.Z dan D.J kemudiannya ke rumah Boss, singgah makan tengahari terlebih dahulu di gerai dekat dengan rumah Boss. Malam nanti Boss ada show, jadinya kami ke hotel untuk buat sound check terlebih dahulu.
Lepas sound check kembali ke bilik hotel. Jam 8.15pm aku terpaksa tinggalkan Boss dengan D.J saja kerana aku akan menemani Saida di studio. Saida terlebih dahulu pergi dengan Papa ke studio dan kemudiannya aku dan Aiman menyusul.
Saida merakamkan lagu solo beliau yang kedua, judulnya Dicuri Malam (jika tidak ada perubahan), ciptaan Aidit. Lama juga proses rakaman, maklumlah Saida belum banyak pengalaman di studio. Aidit juga mahukan yang terbaik daripada Saida, hampir jam 1am, barulah rakaman selesai. Suami dan anak2 Saida datang menjemputnya di studio, aku balik dengan Papa.
25 Julai-Hari Sabtu yang malas. Aku bangun pagi, masak mee hoon/kue teow sup saja. Aku dah bagitau Papa nak makan nasi di luar.
Petang tu aku, Papa, anak2 dan dua orang anak Saida yang kebetulan ada di rumah, Nyssa dan Khalid ikut kami keluar makan. Selepas makan, singgah di kedai beli apa yang anak-anak mahu dan hantar mereka pulang ke rumah.
Lepas tu aku dan Papa keluar semula untuk membeli barangan keperluan rumah untuk sebulan. Heheheheh..seronok shopping ni. Ambil je apa yang nak..hahahahah bila nak bayar huhuhuhu. Tak mengapalah, untuk sebulan kan.
Malam ni aku dah terasa hidung macam nak selsema. Aduhai tak sukanya. Bertambah teruk daripada beberapa hari yang lalu, Telan vitamin C dan ubat selsema. Jam 1.30am, dapat sms daripada teman wartawan mengenai Yasmin Ahmad yang sudah meninggal dunia malam tadi. Al-Fatihah.
26 Julai-Bangun pagi, aku tension, dah agak dah selsema ni jadi teruk. Huhuhuhu. Masak sarapan dan makan tengahari cepat2 sebab aku nak telan ubat, nak tidur kejap dan biar selsema cepat baik.
Huhuhu..tak baik juga. Geramnya. Aku pun ambil keputusan ke gim sorang-sorang, minta Papa hantarkan. Duduk dalam bilik sauna lama2, dengan harapan selsema cepat sembuh. Bila dah siap mandi semua di bilik persalinan di gim, aku pun nak tukar baju. Laaa...tertinggal seluar. Sudahnya pakai semula baju asal tadi. Papa datang ambil aku dan kemudian ambil anak2 di rumah dan ajak makan di luar.
Lepas makan tu, punyalah lama menunggu di klinik untuk cucuk Damia dan juga ambil ubat selsema aku. Nasib baik masa cucuk tu Damia ok je, tak menangis pun. Mmmmm..aku punya alasan sendiri untuk tidak ke situ.
27 Julai- Selsema makin menjadi tapi pagi2 lagi dah kena pergi meeting kat opis Kak Ton, pasal program Boss. Lepas meeting aku minta diri balik ke opis, banyak kerja nak dibuat.
Selsema buatkan aku tension. Iskhhhh. Balik dari opis, ajak Papa singgah pasar malam. Aku memang teringin nak makan langsat lagi, beli 3kg=RM10. Balik tu makan sepuasnya. Takut juga batuk dan selsema melarat tapi tak mengapalah.



Boss di konti Sinar FM bersama Linda Onn.
Boss sewaktu chat di @15.