Friday, July 3, 2009

Akhirnya....SATU

26 Jun-Bangun awal, siapkan semuanya lebih awal, kemudian aku dan abangku serta temannya menuju ke IB seawal jam 9am. Sampai di IB, kami memunggah barang2, membuat persediaan untuk memulakan perniagaan di gerai SNP yang ditempatkan di lobi IB.

Walaupun terpaksa memunggah barang berkali2 kerana kedudukan bilik produksi (bilik menyimpan barang) dan lobi agak jauh tetapi kami amat bersemangat. Sedang aku menyusun2 baju, mug, cd, buku cenderamata, buku nota dan banyak lagi, sudah ada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan barangan koleksi Boss dan juga Coda, Saida dan Sairah.

Sewaktu makan tengah hari, aku minta diri ke bilik persalinan Boss, siapkan tiket-tiket untuk media dan tetamu, namakan dan letakkan ke dalam sampul. Bila Boss tiba, aku masih belum menghabiskan kerja-kerja aku mengenai tiket tersebut.

Bilik Boss di belakang pentas telah kami siapkan macam rumah sendiri. Boss sendiri bawa pinggan mangkuk, bekas masak air, toto, tilam , selimut, pemanas badan, biskut dan macam2 lagi. Kami juga pasangkan karpet dan beli pewangi bilik.

Pendek kata, siapa masuk ke bilik Boss akan kata...eh ni nak berumah di IB ke? Hahahaha. Boss sementara menunggu Nurul Shukor datang untuk mekap, sempat makan dahulu. Isi perut supaya tak masuk angin nanti.

Bila Nurul Shukor sampai, Boss pun sedia untuk dimekap. Pertama sekali perkara yang paling penting, suaipadankan apa yang Boss harus pakai di kepala nanti. Bila dah dapat keputusan, Nurul pun memulakan solekannya. Sambil tu, Boss juga dihidangkan makan malam. Oh ! Ya, sejak Isnin lalu sampai Ahad nanti, restoran aku dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan, sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Alhamdulillah ramai yang menggemari masakan dari restoran aku dan makan dengan selera.

Aku juga sesekali ke lobi, melihat gerai jualan dan juga menyediakan tiket2 untuk para tetamu. Malam ini adalah konsert untuk pengguna Maxis atau kami gelarkan Malam Maxis. Ramai VI[p, korporat dan pengguna Maxis yang akan hadir..seperti biasa malam pertama ini juga kehadiran memberangsangkan dan penuh.

Tiket yang aku ada hanya beberapa tiket untuk media atas tiket tetamu dan juga tetamu2 dari ahli keluarga, kenalan rapat, client dan juga penaja.

Selesai urusan tiket, aku kembali ke bilik Boss, menyediakan semua baju2 dan keperluan kostum Boss untuk dibawa ke belakang pentas.

Jam 8.15 malam, semua berkumpul di belakang pentas, kami berdoa dan berharap agar konsert malam pertama ini akan berjaya. Aku juga amat berdebar. Sewaktu ke lobi tadi, aku hampir2 mengalirkan airmata dan amat sebak melihat kedatangan peminat2 Boss termasuk makcik2 dan pakcik2. Amat ketara kehadiran peminat seusia mereka amat ramai.

Aku sampaikan berita ini kepada Boss, dan kata Boss ``Jangan cakap macam tu, nanti S.....pulak yang menangis''. Ya..aku amat terharu melihatkan sokongan peminat2 Boss.

Jam 8.30pm, Aizat sebagai artis yang membuka tirai konsert menyampaikan beberapa buah lagu, istimewa untuk pelanggan Maxis. Aku dan Boss sudah turun ke bahagian bawah pentas, Boss akan naik menerus lif 3 untuk pembuka acara nanti.

Bila Boss sudah di atas lif, aku terus berlari naik semula ke belakang pentas. Sepanjang konsert berlangsung hampir 2 jam setengah itu, aku puas. Boss nampak amat bersungguh2 menghiburkan penonton.

Sepanjang konsert berlangsung aku mundar mandir di belakang pentas, bila tiba waktu Boss keluar untuk salin pakaian, kami bergegas masuk ke bilik persalinan. Hanya sekitar 2 minit waktu yang ada..sepantasnya kami melakukan semuanya. Setiap kali berehat, Boss juga akan minum air dan kembali ke tepi pentas untuk meneruskan konsertnya.

Perjalanan konsert lancar dan berakhir dengan baik. Malam ini ramai penonton warga emas dan pelanggan Maxis yang mungkin malu untuk bersorak tetapi kepuasan dapat dilihat di wajah mereka.

Selepas tamat konsert, Boss singgah di bilik sebentar kemudian kami dibawa ke majlis Maxis. Ada majlis penyerahan cek kutipan tiket malam pertama Maxis untuk Yayasan Nurjiwa. Selepas majlis Boss bertemu pihak media yang hadir.

Alhamdulillah, ramai yang memuji, post mortem juga harus dibuat. Selesai bertemu media, kami kembali ke bilik. Duduk berbincang. Apa yang perlu ditukar, perlu diubah...semua diselesaikan malam ini juga.

Aku meninggalkan IB pada jam 1.30am....dengan kepala masih berfikir........berfikir kerana ada yang harus dilaksanakan lagi.

27 Jun- Hari ini aku memang tak mahu pergi awal ke IB, abang aku dan temannya sudah ke IB pada jam 8.30am untuk berniaga di gerai.

Aku dan A.Z ambil Boss di rumahnya kemudian ke IB. Hari ini Boss nak datang awal kerana ada beberapa perkara hendak dibincangkan dengan pengarah konsert Pat dan Aubrey. Aubrey tak dapat hadir. Ada beberapa pertukaran kecil yang Boss buat dan apa yang dipaparkan malam nanti berbeza sedikit dengan konsert malam tadi.

Macam biasa bila Nurul Shukor sampai, Boss mulakan mekap. Aku juga siapkan tiket2 media dan tetamu. Nasib baik ada PR dari IB yang sudi membantu. Semua tiket2 aku serahkan kepada mereka.

Di belakang pentas macam biasa, semua baju2 Boss sudah digantung, aksesori, kasut, minuman dan lain2 sudah disiapkan. Malam ini konsert dimulakan awal, jam 830pm kerana Aizat tidak membuat persembahan. Seperti biasa panggung juga penuh dengan penonton. Malam ini sambutan daripada penonton amat baik, ramai yang sporting.

Macam biasa, keadaan kami di belakang pentas tak perlulah diceritakan. Bila Boss masuk nak salin baju saja, keadaan jadi gegak gempita. Masa yang ada harus ditepati, jika tidak perjalanan konsert akan terganggu. Bila Boss masuk semula kem pentas, barulah kami kemas semula segala benda yang dah tunggang langgang dalam bilik tu.

Tamat konsert, Boss bertemu peminat. Malam ni Boss muncul dalam sesi tandatangan walaupun masa yang diberikan tak panjang kerana ada sidang media dan jamuan makan di bilik media. Rata-rata peminat agak terkilan kerana Boss hanya luangkan masa sekitar 30minit.

Nak buat macam mana kan.....di sini menanti, di sana menunggu..cewah!

Boss masuk ke bilik media, makan2 kejap dan kemudian bertemu media, ada sesi soal jawab. Kembali ke bilik, berbincang lagi, post mortem lagi. Huhuhu. Ada kerja lagi dalam kepala otak aku ni......

Balik ke rumah jam 2am dengan hati yang tak senang...ada benda tak selesai lagi..huhuhuhu.

28 Jun-Pagi2 lagi aku dah telefon Rizman, hari ni masuk kali yang kedua Rizman tolong buatkan baju dalam masa sehari. Malam tadi Rizman balik kampung, hari ni dia masih di kampung, petang nanti barulah sampai ke KL besar.

Ada 1 segmen baju pada malam konsert pertama harus ditukar, kemudian Rizman dipertanggungjawabkan untuk buat baju gamti dalam masa sehari, bila dah siap dan dah dibawa ke pentas, warna pula tak sesuai.....kena tukar lagi untuk konsert malam ini. Nasib baik Rizman sudi membantu.

Hari ini aku di rumah sabar menanti Rizman pulang. Sebelum tu ajak Papa beli barang2 dapur terlebih dahulu. Bila Rizman dah sampai ke KL, aku dan Papa ke rumah Rizman dan tengok baju yang dicadangkan. Pat mahu warna hitam..ya, ada baju yang boleh di alter. Rizman tambah sana sini.

Aku dan Papa terus ke IB, sampai saja di sana aku siapkan tiket2 media dahulu. Berikan kepada rakan PR dari IB yang masih membantu malam ini.

Hari ini Kris Dayanti dan Rossa akan datang menonton konsert Boss. Aku dan pihak pengurusan sudah aturkan kemudahan kedatangan mereka. KD sampai awal, jumpa Boss di bilik terlebih dahulu dan kemudian aku bawa KD ke bilik media, ada makan-makan disediakan. Berborak2 dengannya, tak kurang juga tentang projek album duet beliau bersama Boss nanti.

Tetamu VVIP malam ini, YABhg Tun Dr.Mahathir dan isteri juga hadir memberi sokongan pada Boss, kemudian Rossa pula tiba.

Bila urusan kedatangan tetamu selesai aku kembali ke bilik Boss. Kemudian siapkan keperluan Boss di belakang pentas. Malam ini malam terakhir konsert, memang ada semacam perasaan yang sukar digambarkan. Memang tak sanggup nak lepaskan malam terakhir, rasa amat sekejap konsert berlangsung walaupun sudah 3 hari.

Malam yang gamat, penonton pun best, Boss pun bagi 1001%, semuanya ok. Kesudahan konsert yang aku amat berasa puas. Boss sempat ke bilik media dahulu, bertemu Tun dan isteri, rakan2 artis, pihak media dan kenalan yang menunggu sambil menjamu selera. Ucapan tahniah bertalu2.

Lepas menjamu selera, Boss minta diri untuk ke sesi bertemu peminat. Malam ini Boss cuba puaskan hati peminat walaupun ramai yang beratur mendapatkan tandatangan. Bila selesai, Boss kembali ke bilik media untuk temubual. Rakan2 media yang datang juga mengucapkan tahniah dan memuji persembahan Boss. Boss memang nampak amat gembira.

Selepas temubual, kami diam2 buat sambutan hari lahir Paul, D.J dah sediakan kek. Senyap2 Boss bawakan kek ke arah Paul dan yang lain2nya menyanyikan lagu `Happy Birthday'. Sesi bergambar beramai2 pula diadakan sebelum Boss pulang ke rumah.

Puas! Aku dapat lihat di wajah setiap seorang yang terlibat dalam konsert Satu. Bila Boss dah pulang, aku dan yang lain2nya mengems bilik Boss, kosongkan barang2 semua dan punggah ke dalam kereta,

Seperti biasa, jam 2am baru sampai ke rumah. Penat...mmmmm..mungkin tapi kerja dah habis dan rasa seronok sangat!





























Banyak yang telah diterjemahkan perjalanan karier seorang Boss dalam konsert Satu. Setiap satu segmen menceritakan semuanya, lirik, lagu, muzik, cahaya, visual, tarian..semuanya berpadu menceritakan kisah.
Apa yang terlintas di kepala aku sekarang apakah akan ada Boss...The Musical. Penaja......jangan malu2 memberi tajaan ya, kalau ada penaja insyaAllah bolehlah buat. Dah ada penulis skrip yang seakan sudi.....harap2 jadilah ya.
15 tahun Boss nanti.....fotobiografi, the musical...apa lagi, komik......mmmm..macam2 ada!

21 comments:

Khai Karim said...

NIce... Satu Was Nice... I LIKE IT!, kak zyee harap harap ada dvd ler... nak sangat tengok lagikk!!!

Ctea Fairuz said...

Salam..Kak Zyee...CTea bersyukur sgt di saat2 akhir dapt menonton konsert SATU ni..Memang berbaloi dan rase nk tgk ajer lg..........tAK PUAS!!

Hope Dato' Siti Nurhaliza The Musical dapat direalisasikan tahun depan..plzz..Ctea amat berharap sgt..Dato Siti & SNP is the best...rehatlah yg secukupnya ye Kak Zyee

Take Care..

=)

Syahmi said...

yup.. knsert best sgt!! superb!!
wpun persediaan sebulan, tp hasilnya amat memukau!!
tahniah pd smua...
sya g knsert pd 27hb..sila la lawat blog sya ye..ade sedikit bingkisan..

calmille said...

sedih sbb x dpt menonton, nampak mcm sgt happening! pls buat DVD kz

ps: terima kasih kz n siti kerana sudi sign buku!! i ♥ u all!!

Anonymous said...

Yeah ..akhrnya pecah telur jugak ya kz (kate org tua dulu hehe) krn dah lega dah konsert dah selesai.
sedey juga ga dpt tgk langsung ,takpe kite jumpa di APM aja ya..
Rehat dulu lah kz, x cukup tido kan.

Oki-jakarta

arieda salsabella said...

fuhhh,akhirnya semua menarik nafas lega..termasuk sz..heheh..
memang best sesangat SATU..32 lagu berlalu dengan begitu cepat..xsedar masa berlalu..tahniah buat CT n team SNP..u all memang power..
merengggzzz...

twistal said...

Salam Kak Zee, amar mahu tanya, macam mana saya ingin menghubungi pihak SNP atau kak zee utk tujuan menjemput Dato Siti ke majlis di UM??

saya bagi email saya
twis_tal@yahoo.com.sg

thanks

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

tahniah tuk konsert satu... superb! brilliant! marvellous! puas hati sgt2... ;)

BisiKaN nUrAni :-) said...

salam kak zyee...tahniah for konser satu. kak zyee...barang2 cenderamata dato' nak dapatkan macam mn ye? kena g SNP ke?

I J O Y.. said...

masa last day konsert tu ijoy tengah nak tukar tiket original SATU daripada yang ijoy beli kat sri amera kat putrajaya tu... so kat kaunter IB petang 28 hb tu, kak Rozie muncul sebelah ijoy. Berdebar nak cakap ngan kak rozie.

Ijoy sempat say "hi"..kak rozie pun balas "hi", ijoy nak cakap " good luck for the last day", tapi tak terkeluar....

apapun..
ijoy kagum dengan komitmen team SATU , Team SNP dan DSN!!!!

SANGAT KAGUM!!

LATIHAN SEBULAN setengah macam latihan 2 3 bulan...

apapun harap sgt SNP buat DVD DAN VCD...mesti laku, tapi kena wat promosi kat tv jugak...

nak wat koleksi konsert dsn ni..

btw lawatlah blog ijoy, ijoy ada tulis review pasal konsert SATU ni..

AGAIN TAHNIAH PADA TEAM SATU, SNP, KAK ROZIE DAN DSN SENDIRI

Anonymous said...

Salam..Kz..Tahniah to k.ct, kz & team SNP - konsert SATU very superB....best sesangat..tak puas tgk..harapan smoga ade DVD yer...:-)

idasm said...

SALAM KAK ZYEE,
tahniah dan syabas dari setulus hati. rasa kagum, rasa bangga dan segala mcm rasa bersatu tatkala membaca coretan akak kat blog ini.
dapat dibayangkan usaha, komitmen dan penah lelah akak dan boss akak sepanjang proses dan berlangsungnya konsert satu ini.

walau ida x berkesempatan menonton krn berada di luar negara (percutian yg telah dirancang sejak tahun lepas), tp membaca komen dan pujian media serta teman2.. memang nyata konsert ini memberikan kepuasan kpd semua.

tahniah buat boss akak, kak zyee, snp dan team produksi.

THE ONLY SITI! & SHE'S THE BEST!

Kak Lon said...

Tahniah di atas kejayaan Konsert SATU..kerja keras dari team SNP,penerbit, semua yang terlibat dalam menjayakan Konsert SATU amatlah membanggakan. Memang puashati..biasalah kan, bila terlalu best tak puas nak tengok lagi..lagi..dan lagi.. ;-)

ms.teo said...

hi, kak zyee

bolehkah, saya beli (album siti NURHALIZA) dgn SNP...???

TQ

Azwan Hashim said...

Salam Kak Zyee.

Jutaan tahniah buat KZ,Kak Siti & semua tenaga kerja yg terlibat dlm menjayakan SATU. Cayalah!! Kalian memang hebat & terbaik..

Semoga segala perancangan di masa akan dtg akan berjalan lancar juga. Azwan berharap sangat agar apa yg terlintas di fikiran KZ yg penuh dgn idea menarik tu akan dpt direalisasikan.

InsyaAllah berkat kejayaan dan kecemerlangan konsert SATU ini akan membuka mata pihak-pihak lain untuk memberi tajaan bg projek yg akn dtg.Pastinya, bukan satu kerugian bagi mereka utk melabur dalam menjayakan sesuatu projek yg pastinya akn mendapat perhatian dan sambutan dari pelbagai pihak.

Akhir kata, SATU sememangnya penuh dgn penceritaan dan perjalanan hidup Kak Siti yg diterjemahkan dengan penuh simbolik. =)

Syabas buat semua. =)

Anonymous said...

Salam...tahniah buat semua team konsert SATU...memang best sgt...tak dpt dilupakan kenangan tuh...hehe...cuma tak berkesempatan jumpa KZ & DCT je sbb masa autograph 27 Jun tu kejap sgt...apa pon ku mmg berpuas hati sgt2..hehe...hope CD/VCD/DVD muncul lepas ni ek...wah perancangan musical DCT ek...bagus2...hope berjaya jugak...dan ada penaja jugak nanti...Insyaallah...:-) zamrie79

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Kak Zye..

Pertama skali nak ucap JUTAAN TAHNIAH pada
Kak Zye, DSN, team SNP yg bertukus lumus menjayakan Konsert SATU..yang hasilnya best sgt!! superb!!
walaupunpun persediaan sebulan, tp hasilnya amat memukau..nak lagi tgk konsert cam SATU....&
tahniah pd semua yang terlibat dlm konsert SATU.. hanyalah SATU DSN - LIA

Anonymous said...

Tahniah, rata rata rakan taulan yg jarang2 menonton Siti mengatakan best sangat sangat. Tahniah PA Boss dan org2 keliling Boss.
Nanti dah 15 tahun, mesti special kan.

Anonymous said...

TAHNIAH K'ZYEE...TEAM SNP/PRODUKSI..JUGA PENGARAHNYA..
DATO CT BEST TERAMAT BEST DISAMPING SEMUA YG SPORTING n BEKERJA KERAS..TAHNIAH n TAHNIAH...MOGA ADA LG YANG LEBIH MENYUSUL....

CTeeY_YanT
SZ@GANU

Anonymous said...

TAHNIAH K'ZYEE...TEAM SNP/PRODUKSI..JUGA PENGARAHNYA..
DATO CT BEST TERAMAT BEST DISAMPING SEMUA YG SPORTING n BEKERJA KERAS..TAHNIAH n TAHNIAH...MOGA ADA LG YANG LEBIH BEST AKAN MENYUSUL....KU TUNGGU...

CTeeY_YanT
SZ@GANU

Anonymous said...

TAHNIAH KZ....

thks a milion to dct, kz n all team yg terlibat...

serius puas ati la beb konsert SATU mmg POWER IN THE WORLD!!!

HANYA MENANTI DCT THE MUSICAL!!1 NAK PLS!!! hehehe

sayang dct n kz n semuanye!!! TAJLENA