Tuesday, July 28, 2009

Di studio....

23 Julai-Hari ini macam biasa ke opis. Petang tu aku terima sms dari Boss..``Allahuakbar....Yasmin Ahmad rebah masa presentation''. Hah! Belum habis terkejut lagi, Linda Onn telefon aku, bertanya pasal Yasmin..ada yang kata Yasmin dah dot..dot..dot, ye ke? Aku pun gelabah masa tu, aku beritahu Linda, nanti aku telefon dan dapatkan penjelasan Boss terlebih dahulu. Bila Boss bagitau keadaan Yasmin, masa tu Boss dah berada di Damansara Specialist Hospital, aku terus telefon Linda Onn bagitau tentang keadaan Yasmin.

Aku juga masuk ke facebook untuk betulkan kenyataan yang mengatakan Yasmin dah dot..dot..dot. Iskhh cepat sangat khabar angin melanda. Huh! Aku pun tak sangka apa yang terjadi. Boss nasib baik tak panik dan berikan bantuan apa yang dia tahu kepada Yasmin saat kejadian. Kemudian ambulans membawa Yasmin ke hospital.

Lepas tamat rakaman semalam, Boss memang ada ajak aku mengikutnya ke TV3, memang ada perbincangan di sana. Aku beritahu Boss kerja di opis banyak, jadinya aku tak dapatlah ikut dia kali ini. Kalaulah aku ada tadi, agaknya aku yang akan terlebih panik.

Aku telefon juga Boss berkali-kali bertanyakan keadaan Yasmin. Lepas tamat waktu opis, aku ajak D.J dan A.Z terus ke studio. Boss kata dia tetap datang juga ke studio malam nanti. Ada lagu lagi yang perlu dirakamkan.

Sambil menunggu Boss, kami bertiga makan dahulu di restoran tomyam berhampiran studio. Boss sampai pun agak lewat, jam 8.40pm. Walaubagaimanapun rakaman diteruskan juga. Malam ini Boss rekod 2 lagu, selawat dan Tahajjud Cinta. Alhamdulillah dah siap 5 lagu, tinggal 1 lagu je lagi dan selebihnya 2 lagu yang dah direkod sebelum ini Ketika Cinta dan Batasku Asaku. Album ini akan mengandungi 8 lagu saja, pertama kali Boss keluarkan 8 lagu dalam album. Senario industri muzik masakini yang membuatkan kami hanya menerbitkan 8 buah lagu. Ini kira banyak kerana ada artis yang rakamkan 3 atau 5 lagu sahaja.

Selepas rakaman, suami Boss datang menjemput Boss dan kami terus pulang.

24 Julai-Macam biasa ke opis. Aku, A.Z dan D.J kemudiannya ke rumah Boss, singgah makan tengahari terlebih dahulu di gerai dekat dengan rumah Boss. Malam nanti Boss ada show, jadinya kami ke hotel untuk buat sound check terlebih dahulu.

Lepas sound check kembali ke bilik hotel. Jam 8.15pm aku terpaksa tinggalkan Boss dengan D.J saja kerana aku akan menemani Saida di studio. Saida terlebih dahulu pergi dengan Papa ke studio dan kemudiannya aku dan Aiman menyusul.

Saida merakamkan lagu solo beliau yang kedua, judulnya Dicuri Malam (jika tidak ada perubahan), ciptaan Aidit. Lama juga proses rakaman, maklumlah Saida belum banyak pengalaman di studio. Aidit juga mahukan yang terbaik daripada Saida, hampir jam 1am, barulah rakaman selesai. Suami dan anak2 Saida datang menjemputnya di studio, aku balik dengan Papa.

25 Julai-Hari Sabtu yang malas. Aku bangun pagi, masak mee hoon/kue teow sup saja. Aku dah bagitau Papa nak makan nasi di luar.

Petang tu aku, Papa, anak2 dan dua orang anak Saida yang kebetulan ada di rumah, Nyssa dan Khalid ikut kami keluar makan. Selepas makan, singgah di kedai beli apa yang anak-anak mahu dan hantar mereka pulang ke rumah.

Lepas tu aku dan Papa keluar semula untuk membeli barangan keperluan rumah untuk sebulan. Heheheheh..seronok shopping ni. Ambil je apa yang nak..hahahahah bila nak bayar huhuhuhu. Tak mengapalah, untuk sebulan kan.

Malam ni aku dah terasa hidung macam nak selsema. Aduhai tak sukanya. Bertambah teruk daripada beberapa hari yang lalu, Telan vitamin C dan ubat selsema. Jam 1.30am, dapat sms daripada teman wartawan mengenai Yasmin Ahmad yang sudah meninggal dunia malam tadi. Al-Fatihah.

26 Julai-Bangun pagi, aku tension, dah agak dah selsema ni jadi teruk. Huhuhuhu. Masak sarapan dan makan tengahari cepat2 sebab aku nak telan ubat, nak tidur kejap dan biar selsema cepat baik.

Huhuhu..tak baik juga. Geramnya. Aku pun ambil keputusan ke gim sorang-sorang, minta Papa hantarkan. Duduk dalam bilik sauna lama2, dengan harapan selsema cepat sembuh. Bila dah siap mandi semua di bilik persalinan di gim, aku pun nak tukar baju. Laaa...tertinggal seluar. Sudahnya pakai semula baju asal tadi. Papa datang ambil aku dan kemudian ambil anak2 di rumah dan ajak makan di luar.

Lepas makan tu, punyalah lama menunggu di klinik untuk cucuk Damia dan juga ambil ubat selsema aku. Nasib baik masa cucuk tu Damia ok je, tak menangis pun. Mmmmm..aku punya alasan sendiri untuk tidak ke situ.

27 Julai- Selsema makin menjadi tapi pagi2 lagi dah kena pergi meeting kat opis Kak Ton, pasal program Boss. Lepas meeting aku minta diri balik ke opis, banyak kerja nak dibuat.

Selsema buatkan aku tension. Iskhhhh. Balik dari opis, ajak Papa singgah pasar malam. Aku memang teringin nak makan langsat lagi, beli 3kg=RM10. Balik tu makan sepuasnya. Takut juga batuk dan selsema melarat tapi tak mengapalah.


Boss, Azman Abu Hassan dan Eddie Marzuki di studio.

Saida, Aidit dan isteri Aidit, Zaza di studio.

20 comments:

putera adlan said...

Salam kak zyee......

Apakata 8 lagu dijadikan 10 lagu,barulah lengkap satu album.....

Saya rasa banyak lagu berunsur ketuhanan yg boleh ct nyanyi seperti lagu Hikmah dan kepadamu kekasih(M.Nasir),perjalanan(al-jawahir )permaidani dan banyak lagi....

Utk pengetahuan kak Zyee, saya yakin album kerohanian ni pasti mendapat sambutan dari peminat kerana inilah fist time ct membuat album berkongsepkan sedemikian.

Saya merasakan tiada masalah sangat SNP menambahkan lagi dua buah lagu...

sekian terima kasih.....

putera adlan said...

sorry kak zyee,

pembetulan:first time

Harap boleh pertimbangkan cadangan saya.....

Fairuz Selamat said...

setuju dengan adlan... kak zyee.. tmbah lla dua lgu... memberi lbh kepuasan kepad kami.. tambah lgi, saya juga merasakan album takde masalah untuk diterima....

dua lgu tu apa kata rakam balik, lagu yang siti nyanyi salam konsert rabbani dua tahun lepas... lupa lgu ape.. tp dia lgu indonesia.. lgu tema drama

Anonymous said...

Salam...yup...setuju...suka gak DCT nyanyi semula lagu masa konsert keislaman...tajuknya kalau tak silap "Junjungan Mulia" hehe...tambah je lagi 2 lagu...jadi 10 lagu...baru puas dengar DCT nyanyi...cadangan je...ahakss...:-) sy pon terkejut gak kat opis masa dpt tahu Yasmin
dah pengsan...tak perasan pula DCT ada masa tu...ermm...zamrie79

Anonymous said...

saye pun setuju kalau DCT tmbh lagi dua lagu..
lagu permaidani pun ok gak coz DCT kan pernah nyanyi lagu tuh..
tp watever pun, saye tetap sokong album nie..
kalau dah 8 lagu yg ditetapkan, saye pun terima je..

Anonymous said...

kak zie..tambahkan la lagu junjungan mulia tu...bes sgt kak ct nyanyi lagu tu..plzz kak zie..lagu junjungan mulia tu bez..

Anonymous said...

kak zie...plzz tambh 2 lagi lagu..antara lagu yg dicadangkan, junjungan mulia, ketika cinta, hikmah, semua ni lagu yg kak ct penah bawa masa malam Maulidur Rasul....bezzz lagu ni sume...:- stefan

pengemis desa said...

kak zyee...lagu junjungan mulia, hikmah dan ketika cinta memag bez..better tambh 2 lagu tu...plzz yer kak zyee..tq

Anonymous said...

Salam kak zie... Saya pn sokong kalu tambah 2 lagi lagu... baru lengkap... letak lagu Suara Sepi pn OK gak... meremang CT nyanyi lagu tu... Permaidani time CT nyanyi kat Islam Hadari kat Terengganu tu pun meremang... huhhh... arap2 la ada 10 lagu...
tp kalu 8 pn... sy tetap beli album ni... hihihihihi...;p

Anonymous said...

tambah lebih dari 2 lagi pun tak apa..ambil dari album sanggar mustika ke.
saya sayang boss awak, dia rajin.

arieda salsabella said...

slm..kz,selsema ag ke..alahai..jangan lupa makan ubat ikut masa,tau..
isk2 kz ni...mcmana leh tertinggal seluar tu..huhu..
apapun,xsabar nak tunggu Tahajjud Cinta..tapi kenapa 8lagu je..huhuuh..xpuas la..

iRa said...

kak zie.. tak sabarnya nak tunggu Tahajjud Cinta boss akak... kita confirm suh adik kita beli dan pos kan utk kita nanti....

iRa said...

satu lagi... tak sabar nak tunggu DVD Konsert Satu....kalaulah kita ada kat Msia masa tu...

idasm said...

kalau dh tetap 8 lagu takpe, tapi klu boleh tambah 2 lagu lagi, best jugak.. suara boss akak tu mmg sedap giler.. tak puas kalau 8 lagu je... hehe.
kak zyee yg 24 jul tu, boss akak ada show kat mana tu.. (sibuk betul budak ni tanya.. kan!!!!.. hehe)

kak zyee, take care, cian kat kak zyee selsema.. sure rimaskan!

Anonymous said...

lagu seroja pon boleh gakkan...best apa lagu ni...

Anonymous said...

btul2...
kalu lebih dari 10 lagu best skit..

Anonymous said...

betul3... huhu.. kak zie tmbh la lg 2 lagu kot ye pown... hehe.. pertimbangkan yer..

Anonymous said...

"AS'KUM KZ...ahhh,LEGA...BARU PAS REHAT KAT WAD...huhu...KZ CMNE..HARAP JAGA KESIHATAN YE...SKANG MCM2 PENYAKIT...TAKUT DENGAR!! n OOOOooo...8LAGU Eeeeee??mmm,STUJU GAK PENDAPAT D'ORG CUKUPKAN 10LAGU...NYANYI LAGU RABBANI KE...SUARA DCT PASTI DAPAT NYANNYI LAGU VOKALIST RABBANI YANG LANTANG TU...SANGAT2 SESUAI..CUBA YE...(KALAU BOLEH.....hihi)...."

SZ@GANU
CTeey_YanT

seroja jingga said...

hai kak zyee...ingat lagi tak lini ni...erm..just drop by to say hello..lama tak jumpa dik ju sume..ape cerita sekarang ye

mic in my earphones said...

kesahnya sy sndiri pnah pilih2 lagu ktuhanan utk ct..cthnya lagu doa dan permaidani..snguh2 kuat emosi ct..mase rncangan khas smpena aidiladha beberapa tahun dulu di rtm, sy terpegun mendengar alunan suara dan emosi ct dlm lgu doa adunan puisi ciptaan chairil anwar itu..

saya pernah design kan jugak muka dpan album tuh..tajuknya Qudsi Siti Nurhaliza..sbb dlm album itu sya ciptakan lirik qudsi..wah jadi pnulis lirik dah sy nih..

tuntasnya, siti sudah sedia keluarkan album kerohanian..alhamdulillah ingin saya jadi knyataan..
lps ni tunggu album english lak--