Monday, March 30, 2009

AIM

28 Mac-Jam 6am aku dah bangun dan bersiap-siap untuk ke TV9 di Seri Pentas, Bandar Utama. Aku perasan yang kepala aku masih pening lagi tapi kuatkan semangat untuk mandi dahulu sebelum makan ubat.

Lepas mandi aku makan sekeping roti dan telan ubat, tapi pening masih tak juga reda. Aku mula menelefon Aiman dan semua anggota Coda, mengejutkan mereka dari tidur supaya mereka tak terlewat ke TV9.

Hati aku pula dah mula berbelah bahagi, nak pergi ke tak bawa Coda ke program Nasi Lemak Kopi O, kalau pening melarat nanti susah juga.

Aku sms Aiman dan bagitau yang aku memang tak larat nak ikut, jadinya Aiman saja yang akan ke TV9 untuk bawa Coda.

Aku hanya menonton penampilan mereka di tv, Coda menyanyi satu lagu `Inferioriti Kompleksmu' dan juga diwawancara. Kemunculan Coda di TV9 tadi mengundang beberapa sms dari pelbagai pihak. Alhamdulillah ada yang sukakan lagu Coda, tak kurang juga yang minta album Coda.

Aku memang tak sabar menantikan album Coda dipasarkan, bagi aku mereka ini adalah anak2 muda yang ada wawasan dan kaliber tersendiri. Masing2 ada ilmu dan kemahiran dalam bidang masing2 terutama muzik.

Boss juga menelefon aku sewaktu Coda sedang membuat persembahan di tv tadi, ada idea yang Boss sarankan, mungkin terkesima melihat artis pertamanya itu beraksi.

Aku harap album Coda yang dijangka dipasarkan pada 6 April nanti akan memberi cetusan baru dalam industri muzik masa kini. SNP dah usahakan yang terbaik dengan menerbitkan sebuah album penuh (10 lagu), harap usaha ini diperakui. Jangan hanya berteriak industri muzik akan mati dan sedang nazak, sesekali lihat masih ada kesungguhan daripada sebuah syarikat kecil seperti SNP yang masih mahu berusaha menerbitkan lagu dan album penuh. Tanpa sokongan, usaha ini tidak akan dipandang. Lebih2 lagi Coda adalah artis baru, belum punya nama.

Aku sambung tidur untuk meredakan pening kepala (migrain). Aku pun dah janji dengan Papa petang nanti nak bawa anak2 keluar rumah, jalan-jalan.




Inilah aksi anak-anakku yang tak sabar2 lagi nak keluar. Ada gambar Nabil tu, ramai yang tanya mengapa kurang diletakkan gambar Nabil di sini. Haaaa...tengahlah tu, macam2 aksi dia buat waktu bergambar. Bukan senang nak dapatkan gambar dia ni.


Sempat pose dulu sebelum keluar rumah.

Jam 330pm, kami anak beranak ke Jusco berdekatan, kebetulan memang banyak barang anak2 yang aku hendak beli..ada jualan murah lagi, ini pun ada ihsan bernama ZZ ang sudi khabarkan ada jualan murah di Jusco.


Damia waktu nak balik dari Jusco, buas dia ni..payah nak jaga. Naik pening kepala Papa nya.


Setelah memborong barang anak2, kami pergi makan di KFC. Perut aku memang lapar sebab pagi tadi hanya makan sekeping roti sahaja.

Sampai di rumah, aku dan Papa bergegas bersiap2 nak ke Janda Baik. Sejak semalam Boss tak henti2 mengajak kami ke sana. Ada majlis tahlil untuk arwah abah yang dibuat di rumah keluarga kenalan Boss dan suami. Kebetulan mereka juga mengadakan Hari Keluarga dan sebelah malamnya diadakan tahlil untuk ahli keluarga mereka dan juga arwah abah. Serba salah juga kalau tak menghadirinya.

Oleh kerana aku masih belum sihat sepenuhnya, memang rasa agak letih nak ke sana tapi gagahkan juga. Hanya aku dan Papa yang pergi, anak2 tinggal di rumah.

Sekitar jam 750pm barulah aku dan Papa sampai di sana, terlepas sembahyang Maghrib berjemaah. Selepas Maghrib, adakan bacaan Yaasin, tahlil dan juga tazkirah oleh ustaz yang dijemput khas.

Seperti biasa lepas tu acara makan2, borak2 dan jam 12pm Papa dah bagi `signal' nak balik. Tuan rumah sempat minta Papa menyanyi sebuah lagu, acara karaoke pun ada, maklumlah keluarga ini mengadakan Hari Keluarga, macam2lah acara yang dibuat sejak siang tadi hingga esok.

Papa yang mula2nya segan tidak menghampakan tuan rumah, ada permintaan untuk sampaikan lagu Sejati, nyanyian Wings. Selepas menyampaikan lagu tersebut, kami pun pulang ke KL besar.

Sampai di rumah dah hampir jam 1.15am, aduhai penatnya. Apalagi terus terbaringlah aku, esok nak kena bangun pagi lagi..arghhhhhhhhhh.

29 Mac-Jam 7am, aku dah siap nak ke TV9, hari ni giliran Saida pula di program Nasi Lemak Kopi O. Aku ke TV9 dengan Aiman, Saida pergi dengan suaminya. Sampai di Seri Pentas, awal 1 jam, kami ke cafe dulu untuk alas perut.

Hari ni Saida dijemput untuk mempromosikan ABPBH dengan pereka fesyen pakaiannya nanti iaitu Nazreen Idris. Waktu Saida di set sedang diwawancara, aku sempat menjamah nasi lemak dan kopi o yang dihidangkan buat para tetamu.

Selepas program tu, aku, Saida dan Nazreen berbincang tentang pakaian Saida untuk jadi penyampai anugerah di ABP nanti. Memang Nazreen dah ada lakaran tapi kami berbincang untuk dapatkan rekaan yang terbaik.


Nazreen mengambil ukuran badan Saida untuk menyiapkan baju untuk ABPBH pada 12 April nanti. Ada pula yang enter frame kat belakang tu.

Balik dari Seri Pentas, aku singgah di restoran berdekatan rumah untuk belikan sarapan pagi anak-anak. Put'a dah telefon tadi, katanya lapar. Aku pun tak sempat nak memasak pagi tadi, jadinya memanglah anak2 aku akan lapar. Bukannya tak ada roti, biskut, cereal di rumah tapi mereka ni memang nak makanan berat.

Lepas hidangkan makanan untuk anak2, aku mula memasak untuk makan tengah hari pula. Hari tu masa balik ke KL kecil, emak mertua aku ada beli ikan patin sungai. Hari ni aku pun masak ikan patin tu, aku masak ikan patin kukus (stim). Anak2 memang suka, berulangkali Put'a menambah nasi dan Damia pun suka. Nabil dia makan je apa yang ada, semua dia suka. Papa pula dia memang menikmati kepala ikan patin stim, memang aku simpankan bahagian kepala untuk Papa.

30 Mac-Selepas siapkan keperluan keluarga, aku minta Aiman bawa aku ke rumah Boss. Hari ni ada temujanji dan perbincangan dengan Pat Ibrahim, kareografer terkenal tu. Kami berbincang untuk persembahan Boss di ABPBH. Bertukar2 idea untuk dapatkan satu persembahan yang mampu memberi kesan kepada penonton.

Selepas perbincangan tu, aku minta diri balik ke opis. Aku tak dapat temankan Boss ke Bukit Aman untuk `fitting' uniform polis kerana Saida ada fotgrafi di opis. Kalau nak tau uniform polis tu untuk apa, tunggulah ya, nanti akan diketahui juga.

Di opis, Saida ada fotografi untuk majalah Media Hiburan. Alang2 dah sampai di opis, banyaklah kolum yang Saida buat untuk majalah ni, ada untuk fesyen, koleksi dan juga lifestyle. Hampir jam 6pm barulah semuanya selesai.

Oh!Ya, dalam entry sebelum ini, aku lupa nak bercerita tentang Anugerah Industri Muzik. Pencalonan top 5 telah diumumkan pada 26 Mac lalu, waktu aku dan yang lain2 balik ke KL kecil. Aiman yang jadi wakil SNP ke majlis sidang akhbar dan aku dah pesan supaya Aiman telefon aku bila dah tau keputusan top 5.

Banyak juga pencalonan yang SNP hantar ke pihak AIM, bukan sahaja Boss tapi Saida, Sairah dan Coda yang mempertaruhkan single masing2.

Bila keputusan dah diumumkan, Aiman telefon aku dan bagitau satu persatu. Alhamdulillah ada beberapa kategori juga Boss tercalon tapi artis2 SNP yang lain tida ada. Belum rezeki, tak mengapa.

Mmmmm...kulit album terbaik tak tersenarai top 5, tak perlu rasa terkilan sebab semua ini ditangan juri. Aku tahu bagaimana abang Nuar telah berikan yang terbaik untuk kulit album Lentera Timur malah ramai yang memberi respons baik terhadap hasil kerjanya itu. Mungkin belum rezekinya juga.

Vokal Terbaik Dalam Lagu (bukan dalam album seperti selalunya), Boss tercalon dua lagu iaitu Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman. Album Pop Etnik Terbaik-Lentera Timur antara 4 calon bertanding, Lagu Pop Etnik Terbaik-Di Kayangan KIta dan Di Taman Teman dan Susunan Lagu Terbaik-dua lagu, Pada Cintanya dan Di Taman Teman (kategori ini untuk penggubah lagu).

Mendoakan yang terbaik untuk semua yang telah bekerja keras dan tercalon dalam AIM. Menang atau tewas adalah sebuah pemberian yang melambangkan anugerah tetapi di hati setiap seorang daripada kami yang telah bekerja keras untuk sesebuah album, anugerah yang paling gemilang sudah terpahat. Kepuasan: itulah hadiah yang sebenarnya.

Saturday, March 28, 2009

Minggu Setiausaha & Tahlil

24 Mac-Jam 10am, aku, D.J dan A.Z dah bertolak ke rumah Boss. Ada tugasan dari pagi hari ni. Memula kami ke Butik Citra di Ampang Point, fitting baju untuk ABPBH dan juga ambil baju untuk penggambaran video klip.

Kemudian terus ke salon Nurul Shukor yang dah pun berpindah dari tempat lama ke kawasan berdekatan Ampang Point (berdekatan restoran nasi ayam Linda Onn). Inilah kali pertama kami berkunjung ke salon Nurul sejak mula beroperasi di sini sebulan yang lalu.

Ada perubahan dan peningkatan, bila melihat kawan berjaya tentulah hati kita pun rasa bersyukur. Lagipun Nurul kira dah macam keluarga, sejak mula bertugas menyolekkan Boss seawal tahun 1997, Nurul boleh dikatakan kawan Boss dan aku. Bukan saja kami boleh bercakap soal kerja ataupun bergaduh pasal kerja (heheheh...) tapi juga soal2 peribadi. Nurul penyimpan rahsia dan amat memahami.

Sampai saja di salon, Boss bersiap2 untuk disolekkan oleh Nurul untuk majlis sidang media petang nanti. Aku duduk menghadap komputer sebab Nurul minta tolong aku buatkan blog untuknya. Huhuhu..macam profesionalkan???

Sambil Boss disolekkan, kami makan tengah hari juga di situ. Boss minta A.Z belikan nasi ayam. Tak lama selepas tu, Saida dan Papa join kami di sana. Papa sempat cuci rambut dan Saida juga disolekkan oleh Nurul.

Jam 230pm, kami semua bergerak pula ke Quality Hotel. Aku naik dengan Papa sebab nak singgah di pejabat KWSP berdekatan hotel. Malang sekali tersalah masuk simpang dan kena mengadap `jam' yang agak teruk. Nasib baik sidang media bermula jam 33opm, aku dan Papa sempatlah sampai sebelum acara bermula.

Sidang media berjalan dengan baik, Boss akan membuat persembahan Minggu Setiausaha bersama Quality Hotel di Matrade. Exhibition & Convention Centre, di Jalan Duta pada 22 April nanti iaitu sehari selepas persembahan Kris Dayanti.

Selepas acara rasmi, semua dijemput menjamu selera. Kemudian barulah Boss bergambar dan juga bertemu media untuk sesi temubual berkumpulan pula. Papa dan Saida yang datang menghadiri majlis ini juga diminta bergambar dengan Boss sewaktu sesi fotografi di tepi kolam renang.


Segala macam aksi sewaktu sidang media di Quality Hotel.

Agak lama juga Boss menghabiskan masa bersama media petang itu dan jam 630pm barulah kami berangkat pulang. Aku tak balik dengan Papa sebab ada urusan di rumah Boss.

Sampai di rumah Boss, Casper (pengarah video klip) dah menanti untuk meninjau kawasan rumah Boss yang dicadangkan oleh Boss untuk penggambaran video klip esok. Hampir 2 jam di situ, kami berbincang dan bertukar2 pendapat dan barulah aku pulang ke rumah. Dalam perjalanan aku telefon Papa dan katanya bersama kawan di kolam memancing udang. Apalagi aku pun diam2 ke sana, lagipun dah dekat sangat dengan rumah.

Papa yang tengah syok memancing terkejut bila aku dah ada di sebelahnya. Join Papa memancing kejap, dapatlah 5-6 ekor udang. Balik tu Papa minta masakkan mee segera dan masukkan udang yang dapat tadi.



Sambil memancing udang, tokey tempat ni hidangkan Papa sate udang. Aku tak makan udang, jadinya Papa yang habiskan 4 cucuk sate tu.

25 Mac-Jam 9am, aku ajak Aiman ke bank berdekatan opis terlebih dahulu untuk betulkan kad ATM aku yang sudah 10 kali ditukar. Entah apa masalahnya kerana bila nak keluar duit saja mesti kad aku tak diterima.

Kemudian ke restoran aku untuk ambil makanan yang ditempah untuk sarapan pagi. Hari ni Resipi Sangdewi buat katering untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang penggambaran video klip Ada Masa Mata dan Di Taman Teman di rumah Boss. Aiman bertanggungjawab untuk ulang alik dari rumah Boss ke restoran aku hari ini. Dia dapat jawatan Ketua Biro Makanan. Hehehehe.

Jam 930am, Nurul dah mula mekapkan Boss. Penggambaran pertama dimulakan untuk lagu Ada Masa Mata, ciptaan M.Nasir. Boss mahukan sebuah video klip yang `simple but fun'. Kemudian penggambaran disambung untuk babak2 drama bagi lagu Di Taman Teman pula. Hampir jam 7pm, barulah selesai scene sebelah siang.

Siapalah yang pipi tembam tengah bacakan lirik tu? Ini untuk lagu Ada Masa Mata.

Rehat kejap sementara krew tengah tukar set dan lampu. Baju Sirah Junjungan??? Tak perlu dipertikaikan, buat apa nak membazir...itukan amalan syaitan. Artis juga manusia biasa lagipun sayang kalau tak guna pakai baju ni..cantikkkkk.

Jam 830pm disambung lagi babak drama untuk scene sebelah malam. Penggambaran seterusnya untuk Di Taman Teman tergendala kerana hujan dah mula turun, mula2 renyai2 tapi lama kelamaan bertambah lebat. Hampir 2 jam juga menunggu tapi hujan masih tak reda. Boss ambil keputusan untuk tangguhkan penggambaran...huhuhu..kena cari tarikh lain pula.

26 Mac-Pagi2 aku siapkan sarapan dan makan tengah hari anak2 sebab hari ni aku akan balik ke KL kecil sebab ada kenduri tahlil arwah abah (40 hari pemergian). Aku ke Econsave dahulu beli barang2 keperluan rumah sebelum berangkat pulang. Bukan senang nak tinggal anak2 dengan maid aku tu, jadinya semua benda kena beli siap2. Bimbang pula anak2 aku kelaparan nanti.

Nasib baiklah kakak aku ada, malam nanti aku dah pesan supaya kakak aku tidur di rumah aku dan pagi2 esok sebelum dia ke restoran, aku minta dia masakkan untuk anak2 aku. Kalau nak harap maid aku, kebulurlah agaknya anak2 aku.

Aku dan Papa keluar dari rumah sekitar jam 2pm. Saida, Boss dan Sairah balik bersama2 kami. Jadinya kami berlima, Papa lah yang jadi pemandu. Sampai di KL kecil, kami ke rumah wan terlebih dahulu sebab emak dan wan ada di sana. Duduk2, makan2 kemudian sebelum ke rumah emak, kami singgah di pusara abah.

Jam 715pm, kami semua ke masjid besar KL kecil kerana majlis tahlil untuk arwah abah diadakan di sini. Selepas selesai solat Maghrib, baca Yaasiin, tahlil dan solat Isyak, kami adakan sedkit jamuan untuk para jemaah yang datang.

Balik dari masjid, Boss nak singgah di pasaraya, aku dan Saida temankan. Hahahha..dah lama Boss tak ke sini, haru sikitlah keadaan jadinya. Maklumlah walaupun duduk di KL kecil, ada juga yang baru pertama kali melihat Boss secara berdepan. Cashier2 di situ berebut2 minta Boss bayar di tempat mereka.

Yang bestnya, bila Boss minta aku belikan waffle yang dijual di pintu masuk, Uncle yang masak waffle boleh tak sedar waffle tu hangus. Aku siap pesan dengan uncle tu supaya yang aku beli tak hangus rentung macam yang sebelumnya.

Itulah penangan Boss, dan Saida pun sejak jadi artis mestilah turut jadi tumpuan. Jadinya dua beradik ni tak boleh pergi pasaraya seorang diri, kena ada teman sebab ramai yang nak bersama dan bergambar. Hehehhehe.

27 Mac-Hari ni bercadang pulang awal ke KL besar tapi emak minta makan tengah hari dulu. Selepas memasak dan makan2, kami minta diri pulang. Sebelum balik tu, singgah dulu di pusara abah kemudian ke rumah wan pula untuk ucap selamat tinggal. Anak saudara sepupu Boss tumpang kami balik ke KL besar sebab dia hendak pulang ke Melaka.

Jam 4pm sampai di rumah Boss, kemudian aku, Papa dan Saida balik ke rumah masing2. Sairah tinggalkan kereta di rumah Boss semalam dan dia balik sendiri.

Sampai di rumah, selepas minum petang, Papa hantar anak saudara sepupunya ke Puduraya. Lepas tu terus lesap ke kolam memancing.

Aku pula diserang migrain pula. Tadi kena hujan waktu turun dari kereta di rumah Boss. Sensitif betullah aku dengan hujan. Biasanya migrain aku hanya akan hilang kalau aku ada teman bercakap2, sebab tak fikirkan soal sakit kepala. Hehehehe...keluar minum dengan teman, borak2, dan migrain pun kurang.

Menziarah pusara arwah abah sebelum berlepas pulang ke KL besar, aku, Papa, Saida, Boss dan anak saudara sepupu. Sairah tiada dalam gambar kerana dia jadi jurugambar.

Monday, March 23, 2009

Pagi di MHI

23 Mac-Seawal jam 530am aku dah bangun. Bersiap-siap untuk ke rumah Boss. Jam 6am A.Z dah sampai depan rumah, D.J ikut sekali. Jam 6.40am dah tiba di rumah Boss, nasib baik tak jam sangat pagi ni.

Kemudian kami terus menuju ke Seri Pentas, TV3, Boss ada temujanji di MHI pagi ni. Sepanjang dalam kereta tadi Boss mula bersolek, sampai di Sri Pentas sambung lagi. Bila dah siap kami masih ada waktu sekitar sejam sebelum giliran Boss dipanggil.

Ruang waktu yang ada kami ke cafe, ambil sarapan pagi terlebih dahulu. Isi perut, makan nasi goreng dan kuih muih. Jam 830am, Boss muncul di MHI bersama Wardina dan Ally Iskandar. Temubual ceria, promosi Lentera Timur dan juga menjawab panggilan penonton. Siap ada kuiz menyanyi lagu dari album Lentera Timur lagi.

Usai di MHI, kami berpindah ke Hotfm pula. Boss ditemubual sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Sempat lagi dia tolong mekapkan Fara Fauzana yang nak di`shoot' untuk `playback' calon2 ABPBH.

Lepas hantar Boss balik ke rumah, kami terus ke opis. Aku sempat balik ke rumah hantar makanan tengahari untuk orang di rumah. Pagi tadi tak sempat masak sebab aku dah keluar awal2 lagi.

Kemudian aku ke opis semula. Jam 330pm, Papa datang ambil aku di opis bersama Damia dan Nabil. Kedua-dua mereka ni tak sihat, jadinya sempatlah bawa ke klinik. Balik dari klinik singgah kedai kejap belikan barang2 yang tak ada di rumah.

Papa hantar aku ke opis semula. Sampai jam 530pm di opis. Balik tu aku, Papa, D.J, A.Z dan Aiman kemudiannya ke NN, tempat biasa tu.



Boss sewaktu di konti Hotfm


Bersama-sama dj2 Hotfm, Aleya, Fara dan Suraya

Boss sempat mekapkan Fara. Bertuah badan.


Kenangan selepas MHI, bersama Wardina dan Ally

Inilah penerbit MHI hari ni, Fedtri Yahya dan pengacaranya Ally.

Nota Kaki: Terpaksa letak gambar di bawah, atas sebab teknikal....

Sirah Junjungan Hari Ke 3


Aku yang terkena ulser telahpun membeli bonjela untuk menahan sakit.....

20 Mac-Huh! Ad hoc betul aku pagi ni. Banyak betul benda nak buat sebelum keluar rumah. Sediakan sarapan Papa, heheheh dah minta Aiman tolong bawakan dari restoran aku. Basuh kain, jemur kain. Kemas rumah sikit2. Siapkan semua baju2 dan keperluan nak bawa balik kampung.

Ok. Beres. Barang2 nak bawa ke KL kecil aku dah letak kat satu tempat supaya Papa senang nak ambil nanti. Sempatlah Aiman menunggu aku sidai kain dulu sebelum ke opis.

Kat opis macam biasa buatlah kerja, layan fb dan blog kejap. Update apa yang patut. Jam 4pm, aku, D.J dan A.Z berangkat ke rumah boss. Sekitar jam 5pm barulah bertolak ke Istana Budaya untuk pementasan terakhir Sirah Junjungan bersama Boss.

Sampai kat IB, makan2 dulu. Kemudian bersiap2. Bila hari terakhir ni memang lain sikitlah rasanya. Bila hari2 kita buat benda yang sama, lepas tu mesti ada rasa sayang nak tinggalkan. Hari ni pun Boss nampak rileks sikit sebab bersiap pun cepat.




Oleh kerana hari ni siap mekap cepat...Boss pun layan kamera kat laptop aku ni...inilah gambar yang Boss hasilkan sendiri.


Alhamdulillah malam penutup bagi Boss yang hebat dan aku rasa antara hari yang ramai penontonnya. Bila habis persembahan memang rasa hiba sangat, sedih sebab teringatkan babak Rasulullah wafat dan babak doa umat Baginda yang rindukan Baginda. Aku sempat mengucapkan terima kasih kepada Eirma Fatima di belakang pentas.

Bila tamat pementasan, seperti biasa Boss bertemu peminat dan menandatangani buku cenderahati. Memang ramai sangat malam ni bagai tak terlayan kesemuanya.


Boss standby untuk lagu pembukaan, wajah Boss tak nampak hanya suaranya saja yang melagukan dari bawah pentas berdekatan orkestra.


Gaya Boss pada hari ke 3 pementasan...berjubah coklat cair




Berselawat sebelum tamat pementasan


Sesi bertemu peminat



Kenangan hari terakhir Boss bersama Eirma Fatima, Vanida dan Rebecca.


Aku dan Boss mengambil peluang bergambar dengan pemegang watak Bilal.



Papa datang jemput aku di IB dan kami terus bertolak ke KL kecil. Singgah makan di Bentong sebab aku dah tak tahan lapar. Sekitar jam 2am lebih barulah sampai di KL kecil. Semua orang dah tidur.

21 Mac-Pagi2 lagi aku rasa macam ada suara je kat telinga aku. Lepas tu macam ada tapak tangan je menampar2 bantal atas muka aku. Bila aku celikkan mata, rupa2nya Damia. Alalalalala..agaknya rindu sangat dengan ibu dan Papanya. Lepas tu dia selamba je bergolek2 kat aku dan baring sebelah Papa.

Tak ada apa sangat buat di KL kecil, bangun pagi, tolong masak dan ada resipi istimewa kerana emak mertua aku belikan daun gelugor. Aku memang dah lama cari daun ni. Aku masak ikan masak lemak daun gelugor hari ni...fuh berselera!

Lepas memasak, Papa dan emak mertuaku pergi kenduri kahwin. Aku lepak je kat rumah...hehehhe...bila dah balik kampung ni memang ada rasa malas sikit.

Anak2 aku demam, batuk dan selsema. Ni kira parah kalau semua dah sakit. Belikan ubat masa keluar ke bandar KL kecil, tapi klinik tutup hanya beli di kedai biasa je.

Penangan konsert AF7 membuatkan aku dan Saida sanggup balik lambat ke KL besar. Sempat lagi menonton beramai2 kat rumah sebelum balik. Nasib baiklah Papa tak mengantuk masa memandu ke KL besar. Lagipun dia tengah bersemangat nak pergi memancing bila sampai ke KL besar nanti. Hampir jam 2am juga kami sampai di rumah.

Komen konsert, harap Astro lebih peka dalam pemberian lagu2 kepada pelajar. Walaupun transformasi dilakukan kerana pelajar menyampaikan lagu medley, bagi aku ada di antara lagu2 tersebut tidak sesuai kepada sesetengah pelajar.

Sudah tiba masanya pihak yang terlibat dalam proses pemilihan lagu kepada setiap pelajar memikirkan kesesuaian lagu dengan kebolehan setiap pelajar kerana sebagai penyanyi apabila mereka keluar dari AF dan mahu merakamkan album atau lagu, pemilihan konsep album/lagu juga harus kena dengan suara mereka.

Mengapa tidak dipraktikkan di dalam AF sebegini. Versatiliti juga boleh didapati dan dicungkil daripada mereka kerana kesesuaian lagu dan suara boleh diperolehi apabila Astro rajin mencari lagu2 yang berlambak2 sejak industri wujud zaman 50-an hingga sekarang. Banyakkan?.

Jika tidak kasihan pelajar2 yang tidak nampak bakat mereka hanya kerana diberikan lagu2 yang salah. Dan satu lagi teguran membina, kesemua pelajar wanita make up kurang menyerlahkan kecantikan mereka. Minta sangat agar penelitian cara mekap dan kesesuaian gaya rambut diambilkira. Pengetua tolong ambil perhatian kerana anda juga hebat bergaya. Barangkali ilmu itu juga harus diturunkan kepada jurusolek yang bertugas.

Pastikan pakaian bersesuaian dengan lagu yang dibawa dan juga fungsi mekap adalah untuk mencantikkan lagi setiap peserta jangan dilupakan kerana silap gaya akan lebih buruk jadinya. Jangan marah ya kerana di tv kelihatan tidak kena dan kasihan melihat rupa mereka.

Perhatikan mekap Isma dan Claudia, rambut Aishah....contohnya!

Siang tadi Boss ada rakaman program baru kelolaan Afdlin Shauki iaitu Ek Eleh....aku tak temankan Boss sebab masih di kampung. Gambar2 di bawah ini D.J yang tolong ambilkan.







22 Mac-Ahaiii Papa..jam 1230pm barulah dia sampai ke rumah dari memancing. Terus aku ajak ke kedai untuk membeli lauk pauk. Pagi tadi aku hanya sempat masak sarapan pagi je sebab barang2 lain semua dah habis. Maklumlah seminggu bujang, jarang sekali dapur berasap.

Hari ni entah apa yang tak kena, aku memang naik angin sikit. Banyak sangat benda yang tak kena di mata aku. Maid aku memang awal2 lagi dah kena marah, ada ke patut dia bawa nasi sup Damia dalam bilik tidur aku dan jatuh semuanya atas karpet. Huh!!! Mahu tak menyirap darah aku.

Lepas tu aku rasa memang lain macamlah hari ni. Papa pun tengok aku lain macam, dia pun keluar awal2 lagi. Heheheheh..sudahnya aku duduk di rumah melayan emosi aku.

Senja tu maid aku kena marah lagi. Nak tau sebab apa???

Masa: 7.30pm
Tempat: Dapur
Watak: Aku dan maid aku

Aku: Dah bagi anak2 makan
Maid: Dah ibu
Aku: (macam heran sikit..bila masa dia bagi..) Bila????
Maid: Jam 1.30 pm tadi

Memang nak kenalah kan.....dah hampir waktu makan malam, maid aku cakap dia bagi anak aku makan 1.20pm tadi. Apalagi, membebellah aku sambil ceduk nasi dan bagi anak2 aku makan. Ternyata semuanya lapar dan makan dengan banyaknya.

Malam tu aku tengok Nabil macam tak sihat. Dia asyik datang dekat aku minta picitkan kepala dan belakang badannya. Lepas tu aku tengok dia berpeluh2. Kesian Nabil, esok bawa dia ke kliniklah.