Thursday, March 19, 2009

Sirah Junjungan Hari ke 2


Senyum ceria di pagi hari.....sebenarnya sekarang ni tengah kemaruk bergambar guna kamera kat laptop aku ni..hehehhe.....Di opis dengan D.J, A.Z dan Sheila.

Pagi ni dimulakan dengan mengemas keperluan Papa yang hendak pergi berjuang. Dia main golf dengan client hari ni sebab tu pagi2 lagi dah terjaga. Aikkk..boleh pula bangun pagi??? Hehhehehehe....

Sediakan sarapan dan makan bersama. Kemudian aku pun mem`bye-bye' Papa yang lagaknya macam perwira yang sedang menuju ke medan tempur. Beg golf yang digalasnya macam bawa beg askar......hehehehhe. Sempat ucap `good luck' padanya, senyum je Papa eh sengih sebenarnya.

Oleh kerana hari masih pagi lagi, aku lepak depan tv, bosan. Masuk dapur membasuh apa yang patut dan macam biasa cuci kain. Sambil menunggu kain di cuci, aku ber `sms' pasal kerja dengan semua rakan sekerja. Cewah!!

Sedang aku bersiap2 nak ke opis yang agak awal dari biasa, tiba-tiba D.J call.

D.J : KZ ada apa hari ni?
Aku: (macam dah dapat teka) Ngapa?
D.J: Boss ajak gi.....
Aku: Hehehhe..tak bolehlah, ada keje kat opis (ngelat). Mmm..ajaklah......

Tak lama selepas itu....D.J sms

D.J: Boss ajak KZ gi sekali....
Aku: Ada janji meeting kat opislah kul 2pm (ni betul..tak tipu)

Gambar kat atas tu bila aku dah sampai di opis. Aku tak join D.J dan A.Z keluar dengan Boss. Bukan tak mahu tapi kalau aku keluar nanti, alamatnya banyaklah kerja tertangguh.

Dan tiba-tiba lagi......(selepas 1 jam...D.J sms)

D.J: Nanti KZ terus ke IB ya. Boss boleh lupa dia ada show malam ni. Dia ingat free.
Aku: (Gelak..)

Patutlah seawal pagi lagi dah hendak bersenang2 boss aku ni, ada ke patut dia lupa malam ni dengan malam esok masih ada show Sirah kat I.B. Iskhhh..Iskhhhh....

Dan aku di opis saja. Ngelat dan buat keje.

Nota Kaki: KZ adalah tulisan ganti nama aku dalam sms, perbualan siber dan bahasa isyarat yang membawa maksud Kak Zyee.

Makan tengah hari aku tak keluar sebab sibuk sangat makan kerepek ubi pedas. Fuh! Kemudian Papa telefon, dia dah pun dalam perjalanan balik dari medan bakti. Heheheh...balik dari main golf lah.

Walaupun dah 2 tahun lebih dia tak melayan golf, dan baru semalam pergi semula driving range dan hari ni ke padang golf, katanya `skill' masih tak hilang. Dia pun bercerita tentang kekaguman rakan2 sepermainan golf tadi yang memuji2 dan tak kurang yang merasakan dia layak digelar Tiger Wood. (Ye ke? Aku tambah2 je tu....hehehhe).

Tunggu Papa ni. Katanya nak jumpa aku. Nak date jap ngan dia. 3pm.

Sambung.......

Lepas keluar makan dengan Papa, aku kembali ke opis. Jam 5pm, aku dan Aiman menuju ke IB. Tak lama selepas aku sampai di IB, boss pun tiba. Khabarnya penuh bonet keretanya kerana ber`shopping' sakan tadi. Bak kata D.J, lepas ni dua bulan boss tak perlu pergi shopping dan diiyakan oleh Boss.

Seperti biasa, Nurul Shukor menyolekkan Boss hari ni. Aku yang dilanda `ulser' agak kurang bermaya, kurang bercakap, kurang ada mood hari ni. Memang aku ni anti `ulser'. Begitu mempengaruhi minda dan kehidupan aku bila terkena ulser ni.

Jam 830pm, Boss dah bersiap sedia untuk pementasan Sirah Junjungan. Hari ini lif di tepi pentas buat hal pulak..rosak. Jadinya bila aku kira, adalah 6-7 kali Boss turun naik tangga untuk ke pentas bahagian bawah. Hahahaha...mengeluh Boss sakit kaki.


Gaya Boss pada hari ke2 pementasan Sirah Junjungan



Posing jap sebelum ke pentas...Boss, Sairah, aku dan Riezman....

Lepas Boss menyampaikan nyanyian kedua, ada pihak TV datang temubual. Ingatkan tanya soalan tentang Sirah saja, tapi dah melampau2 jadinya. Aku tak pernah tengok Boss setegas itu..dan dia nampaknya betul2 kesal dengan soalan2 yang ditanyakan oleh pihak TV terbabit.


Boss sedang ditemuramah Awani Astro...tapi bukan TV ini yang dimaksudkan dengan hal di atas

Selesai temuramah tu, mood Boss terus merundum. Geram, katanya. Aku yang dengarkan soalan tu pun rasa tak patutlah ditanya bertubi2 soalan yang Boss rasa tak selesa nak jawap lagipun takkan kita sesama manusia mesti faham yang setiap orang ada hati dan perasaan. Janganlah sebab tuntutan tugas, kerja, arahan boss atau nak dapatkan isu sensasi kita tak peduli perasaan orang.

Nasib baik Boss dapat teruskan juga pementasan hingga selesai. Ada juga sesi fotografi untuk ABPBH antara Boss, Sairah dan Riezman selaku pereka fesyen.


Sewaktu sesi tandatangan dan bertemu peminat.....

Lepas pementasan, ada sesi tandatangan dan bertemu peminat. Kemudian Boss ke cafe untuk join suami dan rakan2nya makan-makan. Aku pun habiskan 2 bungkus nasi lemak yang sedap. Nasi lagi?????

Balik tu aku terus tak sedarkan diri...tidurrrrrrr.

9 comments:

zaffirazaini said...

main golf??? hehehe... teringat gmbr2 main golf untuk 'projek' 3 tahun lepas... Hmm.. dah 3 tahun rupenyer...

Laaa... baru nak main dgn kamera laptop?? hehehe... naper tak refer penasihat IT akk yang sorang ni?? hahaha....

Anonymous said...

bergaya dgn kamera laptop sey... hehehe skill baik tu main golf... bravo2... selamat berdating ye kak zie... romantik gitu loh hehe... TAJLENA

Azwan Hashim said...

Nampaknyer lepas ni KZ punya blog ni meriah la yer dgn pic2!!
apa2 jela KZ..janji KZ happy & enjoy!! huhu..
dapat gak tgk muka Kak Shila, slalu dpt dgr suara jer..hehe.. :)

Khai Karim said...

kak ziee.. nak tanyer.. VC Cinta ini ada kasi kat TV Singapura tak???

sultanmuzaffar said...

gambar interview saya tuh boleh jadi misleading sgt. tapi tak per...janji saya dah tau citer di sebalik tabir. hahahaha :)

sangewi said...

Zaff...oklah tu dia main golf semula,at least ada 2 hobi. kz pun bleh duduk2, minum2, chatting2 kat golf club sambil menunggu dia main. hehheheh....

Tajlena...hahahha dating org dah kawin 11 tahun.....

Azwan..haa tulah rupa Sheila, ibu baru lepas bersalin...hehehhe

Khai..vklip Cinta Ini akan diberi juga ke tv2 di sana. kz akan postkan next week.

Muz...hahahaha...cite lain letak gambar tv lain ek. takpe...jalankan tugas ngan baik, insyaAllah artis2 sayang.

Khai Karim said...

hee... thank u kak zyeee!

kasi kat mediacorp suria tau.. jangan kasi vasantham plak.. itu saluran tv india.. heheh

tuanpunya hati said...

oh itulah riezman... ada terserempak ngan dia petang masa buat delivery tu.. hehe

kak zyee... makan nasi lemak 2 bungkus?... agak2 nasi yg lagi satu tu akak dh makan ke sebelum tu... hehe...

cian kat kak zyee sebab kena ulser. cian kat boss akak sebab kna turun naik tangga sampai 7 kali...dan agaknye stesen tv manalah yg telah mmbuat boss akak hilang mood... sungguh kurang asam!!!

Ctea Fairuz said...

Salam Kak Zyee..ce wah...berselera sungguh mkn nasi lemak yea...lepas ni makin chumel la kak zyee kiter ni.he3. Bestnye sempat posing kt kamere lap top erk..cun2 plak tuh gmbarnye

Hai..ni yg tak puas hati nih kak zyee...kalo stesen tv tuh nk tnyekan soalan pun, biarlah ade batasnye..hormatlah sket perasaan prgkan?eeeee...mmg kurang Asam jawelah stesen tv tu...cian Dato Siti ku nih...