Tuesday, March 17, 2009

Cuti sekolah....

14 Mac- Cuti sekolah!!!! Pagi-pagi lagi aku dah siapkan sarapan pagi dan kemudian kemaskan pakaian/keperluan anak-anak untuk balik kampung. Kemudian minta Nor siapkan anak2 aku, Damia awal2 pagi dah mandi. Nabil dan Put'a bangun lewat sebab semalaman tengok tv. Bila semua dah beres, barulah aku join Papa sarapan dan bersiap-siap untuk tinggalkan rumah.

Lebih kurang jam 12pm, kami anak beranak bergerak ke kampung aku. Singgah makan tengah hari di tepi highway untuk alas perut dan sampai di rumah keluarga aku lebih kurang jam 3pm.

Papa dan Put'a balik ke KL kecil kejap, menjenguk emak di sana. Jarak rumah keluarga aku dengan keluarga Papa tak jauh jugak, lebih kurang 20 minit menaiki kereta.

Di rumah, aku habiskan masa berborak-borak dengan emak, kakak dan abang aku yang ada. Put'a dan Nabil biasalah kalau berjumpa sepupu2 mereka (anak kakak aku) mestilah terus menerkam games kat laptop. Damia puaslah pusing keliling rumah, berjalan tak henti dia ni. Macam ADUN melawat kampung pulak.

Lepas Maghrib aku dan Papa ke pekan Benta, tempat tinggal aku sekeluarga dahulu. Belikan keperluan anak2 sebab esok dah kena tinggal. Hasrat awal memang nak pergi pasar malam tapi hujan pula. Belikan ubat untuk anak2, semuanya dah terkena selsema/batuk. Walaupun masih peringkat awal tapi kalau dah duduk beramai2, biasanya lambat nak sembuh.

Sebelum konsert AF minggu pertama bermula jam 9pm, aku dah duduk depan tv. Biasanya aku jarang ketinggalan untuk menonton konsert AF. Tengah syok menonton, sepupu aku yang tinggal di Kelantan singgah di rumah dengan suami dan anak2nya. Borak2 sambil mata tetap tak berkalih daripada tv.

Aku pun dapat rasakan bahawa tak terasa tekanan sangat menonton konsert pertama AF 7 ni. Memang rata2 boleh menyanyi dan ada kelebihan tersendiri tapi bab salah pilih lagu dan tak sesuai dengan suara macam sukar nak dimaafkan. AF dah beri kelebihan untuk mereka senaraikan lagu yang mereka harap dapat persembahkan, patutnya gunakan peluang ini untuk cari lagu yang memang mampu dinyanyikan dengan baik.

Kalau orang yang rajin pergi karaoke tapi tak berapa pandai menyanyi pun, mereka tahu lagu apakah yang mampu mereka nyanyi dengan baik. Sebab tu hanya lagu itulah saja yang akan sering mereka bawakan.

Keseluruhan konsert wajar dipuji. Memang AF7 menitikberatkan kebolehan yang ada di peringkat ujibakat. Cuma ada 1, 2 peserta yang aku rasa bakat mereka masih biasa-biasa..mungkin belum tunjuk hebat dan salah pilih lagu mungkin.

Selepas konsert AF 7, seperti biasa orang lain dalam rumah ni semua dah tidur. Aku dah Papa masih terkebil2 depan tv. Kami memang spesis tidur lambat, sudahnya menonton tv sampai ke pagi...hahahahhaah.

15 Mac-Jam 7am, aku dah bersiap sedia untuk join kakak aku ke pekan sehari. Punyalah berkurun aku tak ke pekan sehari ni, memang rindu sangat rasanya. Seperti dijangka, memanglah ramai yang menegur kepulanganku dan ada makcik2 dan pakcik2 yang memang dah lama sangat aku tak berjumpa.

Selebihnya terserempak dengan sedara mara yang turut menjual di situ. Ada juga terjumpa mak/ayah kawan2 aku masa bersekolah dulu.

Kalau bab membeli pula, lenguh dah tangan aku membimbit beg plastik yang penuh dengan kuih-muih dan lauk pauk. Ada yang aku beli sebab nak bawa balik ke KL besar. Bukan semua benda yang ada di sini boleh didapati di KL besar.

Jam 12.30pm, aku dan Papa nak berangkat pulang ke KL besar. Sedihnya nak tinggalkan anak2. Nor tu bukan boleh nak diharap sangat, nasib baik kakak aku dah faham sangat karenah anak2 aku.

Dari kampung aku, kami konvoi dengan adik iparku yang membawa emak. Sampai di KL, kami singgah makan dahulu sebelum balik ke rumah.

Sampai di rumah, abang sulung Papa dan wan dah tiba sejak semalam. Borak2 dengan mereka kemudian aku balik ke rumah (sebelah rumah je...). Hajat nak lelap mata sekejap tapi tak sempat sebab Papa dah ajak aku bersiap2 ke rumah boss. Malam ni boss adakan majlis ringkas sambutan Maulidurrasul dan juga tahlil untuk arwah abah dan sekaligus arwah bapa mertuanya.
Kami solat Maghrib berjemaah di rumah boss, diimamkan ustaz yang datang khas dari Indonesia dan menetap di Mekah. Ada anak2 muridnya sekali yang datang menyertai. Selepas solat Maghrib, diteruskan dengan bacaan Yaasiin, berdoa, selawat dan juga ceramah mengenai Nabi Muhammad s.a.w. Selepas solat Isyak', makan-makan dan kemudian semua berangkat pulang.


Solat Maghrib dan Isya' berjemaah..moga majlis ni diberkati kerana menanamkan rasa cinta pada Rasulullah s.a.w.


Sesi makan-makan, bergambar dari tepi supaya jelas terlihat tudung yang dipakai...hahahahhaah


Bergambar kenangan dengan Kak Isma, Saida, D.J, Adam dan wan......


Kumpulan nasyid terbaru ni.....


Sebelum balik...Kak Chik, aku, mak, Papa, makngah dan Saida.....


Tak sah kalau tak bergambar dua orang ni......


Akhirnya..dapat jugak bergambar dengan boss yang amatlah sibuk melayan tetamu..semua ni adik beradik n sedara mara....


Balik tu, Papa ajak abang Lizan join memancing, tinggallah aku seorang diri di rumah. Anak2 semua kat kampung. Rasanya sebelum jam 1am, aku dah tertidur. Amat lena dan terasa panjang......patutlah, bila aku bangun jam 6.30am, Papa belum balik memancing lagi. Takde gangguan.....

16 Mac-Jam 10am, aku bergerak ke rumah boss dengan D.J dan A.Z. Hari ni boss ada Wanita Hari Ini di TV3 untuk mempromosikan Sirah Junjungan. Ini plan last minute dari Kak Erma, nasib baiklah boss tak ada apa-apa hari ini.

Jam 12.15pm, boss ke udara di WHI dengan Amy Search dan wakil Kak Erma. Selesai di TV3, Aiman dah tunggu aku, kami ke TTDI, Sairah ada rakaman suara untuk projek terbarunya hari ini. Sementara menunggu Sairah sampai, aku temankan Aiman makan tengah hari dulu.

Jam 2.30pm, Sairah mulakan rakaman lagu duet dengan Imran Ajmain, lagu ini projek Imran untuk single. Lagu asalnya nyanyian Imran dalam drama bersiri Yusuf di TV3. Untuk mencari kelainan, Imran cadangkan agar lagu ini dibuat secara duet dengan Sairah dalam bentuk akustik.

Sairah dan Imran sedang berlatih sebelum memulakan rakaman...

Selesai rakaman, Aiman hantar aku ke rumah. Papa masih tidur. Kesian, tadi dia minta aku belikan makanan..lapar katanya. Bila Papa bangun, kami makan nasi bungkus dari restoran aku. Hari ni berdua-duaan dengan Papa, menghabiskan malam yang panjang dengan mendengar lagu, menonton tv dan melayan perasaan.

Bila aku tunjuk semua gambar2 kenangan arwah abah, Papa tak dapat menahan perasaan. Papa menangis semahunya. Aku pun jadi sebak. Sesekali Papa menelefon emak yang ada di rumah boss...aku terdengar Papa bagitau emak `` ...... sedih, abah takde, rasa kosong sangat''. Aduhai...aku pun sedih jadinya.

Pujuk hati Papa, kenangkan arwah abah kita buat kebaikan untuk arwah. InsyaAllah..abah tenang di sana.

6 comments:

sitijune said...

bestnya anak2 kak zyee dapat balik kg...yang keja tetap keja..huhuhu..

zaffirazaini said...

akhirnyeer.. hehe.. lepas rindu nak baca entry baru...=)

Khai Karim said...

ha... update jugak kan kak zie nih.. heheeh

hmmm best plak suasana kampung nih.... kat singapura nih semuanya batu.. suasananya lain.. hmmph..

ah ah.. pasal dato siti kat whi pun tak tahu.. sampailah jam 4 petang.. masok zone..hish!... sedih, frust. geram pun ada gak coz tak tahu.. hehe

apapun.. khairee ucapkan takziah dan semoga roh arwah pakcik taruddin di semadikan dengan orang orang yang beriman hendaknya.. insya allah... amin!

Azwan Hashim said...

Salam..

Kak Zyee, bila album baru group nasyid tu nk kluar..hehe.. :)

arieda salsabella said...

wah..panjang betul report kali ni...best baca..heheh..

Anonymous said...

hi kak zie... entry baru ni ade suka n ade duka... pape pon entry ni best di bace... TAJLENA