Saturday, March 28, 2009

Minggu Setiausaha & Tahlil

24 Mac-Jam 10am, aku, D.J dan A.Z dah bertolak ke rumah Boss. Ada tugasan dari pagi hari ni. Memula kami ke Butik Citra di Ampang Point, fitting baju untuk ABPBH dan juga ambil baju untuk penggambaran video klip.

Kemudian terus ke salon Nurul Shukor yang dah pun berpindah dari tempat lama ke kawasan berdekatan Ampang Point (berdekatan restoran nasi ayam Linda Onn). Inilah kali pertama kami berkunjung ke salon Nurul sejak mula beroperasi di sini sebulan yang lalu.

Ada perubahan dan peningkatan, bila melihat kawan berjaya tentulah hati kita pun rasa bersyukur. Lagipun Nurul kira dah macam keluarga, sejak mula bertugas menyolekkan Boss seawal tahun 1997, Nurul boleh dikatakan kawan Boss dan aku. Bukan saja kami boleh bercakap soal kerja ataupun bergaduh pasal kerja (heheheh...) tapi juga soal2 peribadi. Nurul penyimpan rahsia dan amat memahami.

Sampai saja di salon, Boss bersiap2 untuk disolekkan oleh Nurul untuk majlis sidang media petang nanti. Aku duduk menghadap komputer sebab Nurul minta tolong aku buatkan blog untuknya. Huhuhu..macam profesionalkan???

Sambil Boss disolekkan, kami makan tengah hari juga di situ. Boss minta A.Z belikan nasi ayam. Tak lama selepas tu, Saida dan Papa join kami di sana. Papa sempat cuci rambut dan Saida juga disolekkan oleh Nurul.

Jam 230pm, kami semua bergerak pula ke Quality Hotel. Aku naik dengan Papa sebab nak singgah di pejabat KWSP berdekatan hotel. Malang sekali tersalah masuk simpang dan kena mengadap `jam' yang agak teruk. Nasib baik sidang media bermula jam 33opm, aku dan Papa sempatlah sampai sebelum acara bermula.

Sidang media berjalan dengan baik, Boss akan membuat persembahan Minggu Setiausaha bersama Quality Hotel di Matrade. Exhibition & Convention Centre, di Jalan Duta pada 22 April nanti iaitu sehari selepas persembahan Kris Dayanti.

Selepas acara rasmi, semua dijemput menjamu selera. Kemudian barulah Boss bergambar dan juga bertemu media untuk sesi temubual berkumpulan pula. Papa dan Saida yang datang menghadiri majlis ini juga diminta bergambar dengan Boss sewaktu sesi fotografi di tepi kolam renang.


Segala macam aksi sewaktu sidang media di Quality Hotel.

Agak lama juga Boss menghabiskan masa bersama media petang itu dan jam 630pm barulah kami berangkat pulang. Aku tak balik dengan Papa sebab ada urusan di rumah Boss.

Sampai di rumah Boss, Casper (pengarah video klip) dah menanti untuk meninjau kawasan rumah Boss yang dicadangkan oleh Boss untuk penggambaran video klip esok. Hampir 2 jam di situ, kami berbincang dan bertukar2 pendapat dan barulah aku pulang ke rumah. Dalam perjalanan aku telefon Papa dan katanya bersama kawan di kolam memancing udang. Apalagi aku pun diam2 ke sana, lagipun dah dekat sangat dengan rumah.

Papa yang tengah syok memancing terkejut bila aku dah ada di sebelahnya. Join Papa memancing kejap, dapatlah 5-6 ekor udang. Balik tu Papa minta masakkan mee segera dan masukkan udang yang dapat tadi.



Sambil memancing udang, tokey tempat ni hidangkan Papa sate udang. Aku tak makan udang, jadinya Papa yang habiskan 4 cucuk sate tu.

25 Mac-Jam 9am, aku ajak Aiman ke bank berdekatan opis terlebih dahulu untuk betulkan kad ATM aku yang sudah 10 kali ditukar. Entah apa masalahnya kerana bila nak keluar duit saja mesti kad aku tak diterima.

Kemudian ke restoran aku untuk ambil makanan yang ditempah untuk sarapan pagi. Hari ni Resipi Sangdewi buat katering untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang penggambaran video klip Ada Masa Mata dan Di Taman Teman di rumah Boss. Aiman bertanggungjawab untuk ulang alik dari rumah Boss ke restoran aku hari ini. Dia dapat jawatan Ketua Biro Makanan. Hehehehe.

Jam 930am, Nurul dah mula mekapkan Boss. Penggambaran pertama dimulakan untuk lagu Ada Masa Mata, ciptaan M.Nasir. Boss mahukan sebuah video klip yang `simple but fun'. Kemudian penggambaran disambung untuk babak2 drama bagi lagu Di Taman Teman pula. Hampir jam 7pm, barulah selesai scene sebelah siang.

Siapalah yang pipi tembam tengah bacakan lirik tu? Ini untuk lagu Ada Masa Mata.

Rehat kejap sementara krew tengah tukar set dan lampu. Baju Sirah Junjungan??? Tak perlu dipertikaikan, buat apa nak membazir...itukan amalan syaitan. Artis juga manusia biasa lagipun sayang kalau tak guna pakai baju ni..cantikkkkk.

Jam 830pm disambung lagi babak drama untuk scene sebelah malam. Penggambaran seterusnya untuk Di Taman Teman tergendala kerana hujan dah mula turun, mula2 renyai2 tapi lama kelamaan bertambah lebat. Hampir 2 jam juga menunggu tapi hujan masih tak reda. Boss ambil keputusan untuk tangguhkan penggambaran...huhuhu..kena cari tarikh lain pula.

26 Mac-Pagi2 aku siapkan sarapan dan makan tengah hari anak2 sebab hari ni aku akan balik ke KL kecil sebab ada kenduri tahlil arwah abah (40 hari pemergian). Aku ke Econsave dahulu beli barang2 keperluan rumah sebelum berangkat pulang. Bukan senang nak tinggal anak2 dengan maid aku tu, jadinya semua benda kena beli siap2. Bimbang pula anak2 aku kelaparan nanti.

Nasib baiklah kakak aku ada, malam nanti aku dah pesan supaya kakak aku tidur di rumah aku dan pagi2 esok sebelum dia ke restoran, aku minta dia masakkan untuk anak2 aku. Kalau nak harap maid aku, kebulurlah agaknya anak2 aku.

Aku dan Papa keluar dari rumah sekitar jam 2pm. Saida, Boss dan Sairah balik bersama2 kami. Jadinya kami berlima, Papa lah yang jadi pemandu. Sampai di KL kecil, kami ke rumah wan terlebih dahulu sebab emak dan wan ada di sana. Duduk2, makan2 kemudian sebelum ke rumah emak, kami singgah di pusara abah.

Jam 715pm, kami semua ke masjid besar KL kecil kerana majlis tahlil untuk arwah abah diadakan di sini. Selepas selesai solat Maghrib, baca Yaasiin, tahlil dan solat Isyak, kami adakan sedkit jamuan untuk para jemaah yang datang.

Balik dari masjid, Boss nak singgah di pasaraya, aku dan Saida temankan. Hahahha..dah lama Boss tak ke sini, haru sikitlah keadaan jadinya. Maklumlah walaupun duduk di KL kecil, ada juga yang baru pertama kali melihat Boss secara berdepan. Cashier2 di situ berebut2 minta Boss bayar di tempat mereka.

Yang bestnya, bila Boss minta aku belikan waffle yang dijual di pintu masuk, Uncle yang masak waffle boleh tak sedar waffle tu hangus. Aku siap pesan dengan uncle tu supaya yang aku beli tak hangus rentung macam yang sebelumnya.

Itulah penangan Boss, dan Saida pun sejak jadi artis mestilah turut jadi tumpuan. Jadinya dua beradik ni tak boleh pergi pasaraya seorang diri, kena ada teman sebab ramai yang nak bersama dan bergambar. Hehehhehe.

27 Mac-Hari ni bercadang pulang awal ke KL besar tapi emak minta makan tengah hari dulu. Selepas memasak dan makan2, kami minta diri pulang. Sebelum balik tu, singgah dulu di pusara abah kemudian ke rumah wan pula untuk ucap selamat tinggal. Anak saudara sepupu Boss tumpang kami balik ke KL besar sebab dia hendak pulang ke Melaka.

Jam 4pm sampai di rumah Boss, kemudian aku, Papa dan Saida balik ke rumah masing2. Sairah tinggalkan kereta di rumah Boss semalam dan dia balik sendiri.

Sampai di rumah, selepas minum petang, Papa hantar anak saudara sepupunya ke Puduraya. Lepas tu terus lesap ke kolam memancing.

Aku pula diserang migrain pula. Tadi kena hujan waktu turun dari kereta di rumah Boss. Sensitif betullah aku dengan hujan. Biasanya migrain aku hanya akan hilang kalau aku ada teman bercakap2, sebab tak fikirkan soal sakit kepala. Hehehehe...keluar minum dengan teman, borak2, dan migrain pun kurang.

Menziarah pusara arwah abah sebelum berlepas pulang ke KL besar, aku, Papa, Saida, Boss dan anak saudara sepupu. Sairah tiada dalam gambar kerana dia jadi jurugambar.

9 comments:

Azwan Hashim said...

Kak Zyee nampaknya lepas ni bertambah busy yer..Jgn lupa jaga kesihatan gak! Nanti klu sakit, ramai yg susah hati..

Azwan tak sabar menanti video klip terbaru tu..nampaknya lagu Ada Masa Mata pn ada v.klipnya..best nyer..
lagu tu pn Azwan suka! Baguslah, bnyk dr album LT yg ada v.klip..
mesti ramai yg happy.

Azwan suka ayat KZ yg ni : "Baju Sirah Junjungan??? Tak perlu pertikaian, buat apa nak membazirkan...itukan amalan syaitan. Artis juga manusia biasa lagipun sayang kalau tak guna pakai baju ni..cantikkkkk."

Azwan setuju!!huhu..mesti area rumah boss cantik kan..dpt gak tgk dlm v.klip nanti..

Lastly, tahniah gak buat KZ & team SNP coz album LT berjaya dpt bnyk pencalonan AIM! ;)

Khai Karim said...

macam macam program dan rancangan yerk...


ADA masa MATA bukan DENGAN mata, NAK menilai RUPA, mana CANTIK molek DAN manis!... hehe

lagu paberet khai number 3 tuh...

dalam LT, selalu bukak BINTANG MALAM, CINTA ini, ADA MASA MATA, SELOKA BUDI and DI TAMAN TEMAN dahulu.. baru on yang lain.....!!!

betul tuh... pakai je baju yang dahulu... asalkan cantik...

bak kata lagu ADA MASA MATA!.."CEREWET MENCARI SEMPURNA... TERLUPA APA BEHARGA"..

betul tk kak zyeee


btw, kak zyee.. harap harap dato siti join AJL 24!.. please.. kita harap harap sangat..!

Ctea Fairuz said...

Salam Kak zyee..wah tersenyum ajer Ctea bile bace coretan Kak zyee ni. Memg ctea suke bace lah blog Kak zyee.

Tak sabar rasenye menunggu VC Di taman teman & Ada Masa mata.Mesti gempak. Ala,betul kate Kak zye..AMALAN SYAITAN org yg mmbazir nih. Lagipun mmg cantik sgt2 baju sirah junjungan tuh..tak payahlah nak membazir..

Kak Zyee mesti bestkan Satay Udang tu,,tk pernah plak Ctea makan Satay Udang..ade ker kat mane2 restoran?? nk try la

Anyway..thanks erk update blog Kak zyee..Senang2 jengahlah blig ctea jgak..hehehe

take care =)

tuanpunya hati said...

salam kak zyee... fuh genap seminggu akak tak update blog yea... terasa rindu pada dunia kecik akak ni..
sibuknya akak minggu lepas yea.. byk betul aktiviti boss akak. dgr citer april ni pun byk xtvt kan...
ida doakan selamat semuanya yea... semoga segalanya berjalan lancar dgn jayanya...
kz.. seronok bc akak buat suprise utk a.ayie tu... hehe sesekali dpt company memancing dr isteri tercinta terasa bahagianya.... hehe

alfatihah jua buat arwah bapa mertua akak. insyaallah nurjannah tempatnya...

akak.. take care yea..

arieda salsabella said...

WAH..PADATNYA JADUAL KAN..
NANTI APRIL LAGI BZ..HUUHUH..
XSABAR NAK TGK VC ADA MASA MATA N DI TAMAN TEMAN...BAK KATA AZWAN HASHIM.. IDA PUN SUKA PART MEMBAZIR TU..BAJU TU MMG CANTIK...SO APA SALAHNYA..KAN

Anonymous said...

kira kak zee ni PRO la jugak ye smpi NURUL pon mintak tlg psl blognye hehehe idea mintak tlg KAKAK kak zee tido dirumah tu mmg berguna coz paham benar dgn maid kak zee tu kan.. sian plak nanti anak2 kak zie mcm mane kan... bagos nye tentang blog kz ni bnyk maklumat sy dpt tahu tentang pengambaran VC dct terima kaseh bnyk2 la kz kerana menubuhkan blog ni untok tatapan pembaca seperti sy dan lain2 pengunjung... TAJLENA

sangdewi said...

Salam...

Azwan..terima kasih ya, atas ucapan sokongan untuk AIM. Tentang video klip sebab ada penangguhan shooting kenalah tunggu dulu ya. pertengahan April ni baru sambung semula. Nak tgk area rumah Boss?? Heheheh..adalah sikit dalam vc Di Taman Teman n Ada Masa Mata.

Khai...terima kasih coz suka lagu2 dalam LT. Lain org lain citarasanya kan? Ttg AJL, rasanya kita hormatilah keputusan CT..mungkin dia ada alasan tersendiri. Selama ni pun kita tau, CT akan buat sesuatu dgn berfikir panjang..dan begitu jugalah ttg AJL ni...tak mengapa, kita sokong artis2 lain juga ya!

Ctea..aikk teringin makan sate udg ke? Ada jual kat memana ke? tak tahulah pula tp kat tmpt mancing ni adalah...hari tu pun dia bg rasa free je. mungkin ada gak la kalau sape nak makan, dia akan jual. Ttg 2 vc terbaru, apa yg termampu kita buat, jgn fikir yg gah2 je tau..tp insyaAllah akan cuba beri apa yg terbaik n termampu.

Ida....hai tulah, kalau tak buat surprise, abg ayie tak bawaklah akak g mancing.Lagipun dia tau, akak mesti bosan punya. Tkasih atas doa untuk arwah abah..moga semuanya akan baik2 saja.April mmg bz..nt tgklah jadual2 april kat blog ni..huhu!

Arieda..tulah kalau artis pakai baju yg sama 2, 3 kali mulalah ramai yang mengata. kekadang heran gakkan, apakah ada standard tertentu atau garis panduan yg tak mbolehkan artis ulangpakai baju yg sama. Kalau sampai 20 kali pakai tu kira harulah kan..tapi 3, 4 kali kira oklah lagi.

Tajlena..hahahha nak mengaku pro, gila la..mana pandai sgt pun tapi dah org minta tlg..kira blehlah buatkan. blum siap lgpun..nantilah. blum ada masa ni. ala..kalau blog ni terlalu terbuka sgt nanti akak jd malu gak tp so far kira oklahkan..mana2 yg tak perlu papar tu..akak jdkan secret jela ya. heheheh.

ok semua..thanks a lot. salam april.

Azwan Hashim said...

welcome kz.. ;) salam april gak buat akak! huhu..

Anonymous said...

Anda sangat rajin nampaknya. BUkan saja blog sendiri agak terini updatenya..malah siap tolong org lain buat blog. Blog blog ni memang berhantu/jadi ketagihan. Tapi is satu stress relief juga. Tahniah. Oh ye, moga album Lentera Timur menyapu bersih anugerah2 tu.
--unomi-