Tuesday, March 17, 2009

Ke POGH...

17 Mac-Apa nak buat pagi2 ni? Heheheh..selain menggeliat, gosok tahi mata..apa lagi? Pagi ni aku goreng bihun kat Papa, kira ni boleh kenyanglah kalau makan pagi dan makan tengah hari. Sambil memasak aku basuh kain (guna washing mesin laa...). Jemur kain, asingkan kain baju kering yang nak dilipat dan digosok, cuci dapur, kutip kain baju kotor...hehehheheh buat kerja macam maid aku!

Lepas selesai semua ni, Papa hantar aku ke opis. Kemudian Papa ke rumah boss sebab emak nak balik ke KL kecil hari ni. Papa bawa ikan2 yang dia pancing untuk emak dan boss. Aku tak ikut sama sebab pukul 2pm nanti, aku, Aiman, Saida dan Sairah ada urusan di Palace Of The Golden Horses (POGH).

Sampai di POGH, tak ramai tetamu yang hadir lagi. Hari ni ada sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Saida dan Sairah terpilih sebagai penyampai anugerah pada ABPBH yang diadakan di Genting Highlands pada 12 April nanti.

Aku tak ikut boss hari ni walaupun dia ada latihan di Istana Budaya. D.J dan A.Z temankan boss, Paul juga ada di sana. Kebetulan sidang media ABBH dan latihan boss di Istana Budaya pada waktu yang sama.

Sampai saja di lokasi, Saida dan Sairah dibawa ke bilik khas untuk dipakaikan barang kemas dari Rafflesia. Wow...beratus ribu tu di badan mereka. Pinjam saja, lepas habis acara nanti perlu dipulangkan semula.

Hampir jam 4pm barulah acara bermula, ada sesi memperkenalkan pereka fesyen, penyampai anugerah, host dan artis yang akan membuat persembahan di ABPBH nanti. Boss merupakan salah seorang artis yang akan menyanyi sewaktu ABPBH tapi tak dapatlah hadir untuk sidang media hari ini. Pihak Berita Harian pun faham kerana boss ada latihan untuk Sirah Junjungan.

Selepas acara rasmi, kami join makan-makan terlebih dahulu. Sambil tu ada media yang menemubual dan mengambil gambar Saida dan Sairah.


Sairah bergaya dengan barangan perhiasan diri daripada Rafflesia....
Gaya Saida pula......
Dua beradik bergambar selepas sidang media...
Sairah sewaktu ditemuramah oleh TV3.....
Giliran Saida pula ditemuramah....
Bergambar sebelum balik...aikkk yang pakai baju ungu kat tengah2 tu tercalon gak ke...????
Barisan penyampai anugerah yang hadir.......
Bila selesai di POGH, perancangan asalnya nak terus ke I.B tapi boss dah habis latihan. Apa lagi aku pun bersoraklah dalam hati sebab aku memang nak balik rumah...ada hal yang tak sempat diselesaikan lagi. (kalau tak boss ada latihan sampai malam)

Aduhai dah 2 hari aku berjanji dengan anak saudara aku yang sedang belajar di FIM untuk pinjamkan kain alas meja untuknya. Semalam dia datang aku tak sempat nak jumpa, hari ni terlupa pula.

Bila sampai di rumah, aku terus ambil kain alas meja dan juga sehelai tudung Ekin sebagai hadiah, aku minta tolong Aiman hantarkan ke FIM. Rumah Aiman pun kiranya tak jauh dari situ....terima kasih ya Aiman.
Nasib baiklah boss tak jadi latihan, dapat juga aku titipkan kain alas meja tu..kalau tak kecil hati Anniah (anak saudaraku). Esok dia ada acara apa entah kat tempat dia belajar....mungkin aku tak dapat hadir, Tengoklah macamana esok.....ikutkan hati memanglah nak pergi bagi sokongan kat dia. Tapi esok ada kerja......

Rumah aku macam biasa sunyi. Aktiviti petang ni hanya angkat kain dan sepahkan kain. Hahahah..aku malas nak lipat kain. Tunggu Nor balik nanti dia lipatkan. Aku hubungi Papa, katanya dia balik lewat..ala aktiviti biasa tula.

Sudahnya aku menghadap laptop, layan facebook. Layan..layan..layan...sampailah malam dan sampai hampir tengah malam. Haahahha.....sibukkan aku?

15 comments:

Azwan Hashim said...

Salam..

Kak Zyee memang busy upload gmbr2 kan kt fb hehe.. teruskan usaha tu ek..

Good news ni, Kak Siti perform time ABP nanti..x sabar nk tgk.. huhu..

zaffirazaini said...

kain...kain..kain!!!

selonggok 3 hinggit... hahaha...

=P

Anonymous said...

hari demi hari makin bnyk info kite dpt tahu dari blog ni.. rase seronok dapat tahu psl blog ni.. tks bnyk2 kat zie.. rajin2 la update ye bnyk betol sy dpt tahu dari sini hehehe TAJLENA

Ctea Fairuz said...

Salam Kak Zyee..patotlah Kak Zyee tk de time reherseal td..Rase pelik jgak tdi...tercari2 mane lah P.A Dato Ct yg comel loteh nih??huhuhuh.

Ape2 pun mmg puas hatilah td. Best gak chat dgn Kak Zyee kf FB..Cian Kak Zyee...hari nih Kak Zyee mmg lah sgt sebok..huhuhuhuhu

Khai Karim said...

wooohooooo... dato siti perform...

harap harap dia perform lagu dari album LT lah kak zie.. please,.. jangan amik lagu dari OST/album lama... atau cover lagu orang lain....

GAH kan lagik promosi LT!.. sian plak album LT nih... dah dilahirkan tapi promo tak kuat sangat.... ok kak zie... cayunkk diaaa

Sangdewi said...

Azwan..heheh kalau boring je layan fb..kalau byk keje agaknya berkulatlah nanti...

Zaff..laaa...tak sangka Zaff teringin nak ikut benggali jual kain/carpet..ada bakat ni....

Tajlena...hahaha..time ada idea..kalau takde idea nanti..entah apalah yg akak tulis kat sini....

Ctea...hahhha..tula akak kena kerat badan arini g abpbh tu bawa saida /sairah.....
hehehe..nasib baik tak jumpa kalau tak sure kena minta sambal serai ni..heheh..larikkkkk

Khai...insyaAllah mmg lagu dari album LT..lagu apa...Biarlah Rahsia..ahaksss

Khai Karim said...

ah.. tak kesah lah asalkan lagu dari LT.. tapi kalau leh... di antaranya kita nak.. DI TAMAN TEMAN, atau, DI KAYANGAN KITA, atau, ADA MASA MATA, atau BINTANG MALAM.. hehe

Sangdewi said...

Amboii banyaknya permintaan..ni segmen berkaraoke bersama ke..hehhe

Khai Karim said...

haha.. adeh.. kan khairee ada tulis di antara tuh.. pilih lah satu aja.. hehe....

harap dapat buat PEMBUKAAN lah yerk..

hish.. banyaknya permintaan peminat dato siti sorang nih!

payung sejahtera said...

Salam Kak Zyee...

Saya harap ct perform dgn lagu dan persembahan bercorak tradisional....(ini kelebihannya) kerana ada beberapa sebab....

1)Anita Serawak & Stacy akan membuat perform dgn lagu rancak tapi bukan tradisional....

2)Tak silap tema pada malam tersebut songket (ada kaitan ni dan diwajibkan ct berpakaian trdisional sepenuhnya songket...mesti panaskan...???)

3)Saya cadangkan lagu bintang malam,senyum minang manis dan Jelmakanlah Ayumu...
Kesemua lagu muziknya sangat rancak dan kepelbagaian....

4)Rasional saya pada kesuluruhan:

ct x boleh menyanyi lagu slow dlm album LT sebab kebanyakan lagunya x mencabar vokal...

Lagu rancak pula (yg bukan tradisional) pastinya difokuskan pada kak Anita & Stacy

Bagi saya kelebihan performance ct adalah dia membawa lagu tradisional dgn berbaju songket yg menawan sesuai dgn tema dgn tarian tradisinya yg sopan serta suara merdu bak puluh perindu....pasti menarik......

Saya harap kak Zyee x marah apabila saya memberi sedikit sumbangsaran (yg x kena bayaran)demi kerjaya ct......

Sangdewi said...

Alahai payung sejahtera...begitu terperinci nampaknya.

Sebenarnya lagu dah pun dipilih oleh organiser..dan seperti selalunya ct takkan menghampakan penonton/penggemar khususnya kerana persembahan seumpama ini adalah platform untuk berkongsi bakat yang ada.

Tkblehlah nak cincai saja..insyaAllah.....

payung sejahtera said...

Oklah...kak Zyee,terlupa pula yg ABPBH ni lagu dan persembahan dah di tetapkan...harapan segalanya berjalan lancar dan terbaik...

Kak Zyee kat Istana Budaya sekarang ni apamacam...? Nanti bolehlah kongsi cerita....

Khai Karim said...

adeh.. kalau dah ditetapkan.. mesti lagu di taman teman nih yang bakal dipersembahkan.. tak pun lagu Bintang malam... maklumlah.. anugerah bintang popular kan.. hehe

apapun... kita tunggu saja...

btw,, kak zyee.. bila siti nak tulis mesej kat zone?

tuanpunya hati said...

hi kak zyee... wah beberapa hari x jenguk dunia ni.. dh ketinggalan 2 entry....
tp nak buat mcmn, kebtulan, tak sihat + bz ... tu yg x sempat tu... hehe..

kak zyee, tercapai gak hasrat nak tgk akak pakai tudung Ekin... ok apa kz, still cute!!!.. hehehe..

hahaha.. ingatkan sindrome malas lipat kain ni .. ida aje yg ada... rupanya kz pun sama ek...

see u!

ed said...

haisy, siann tuan punya blog, terpaksa menjawab ceritera si Boss, huhuhu.... nice blog neway....