Friday, March 13, 2009

Nak sihat....

13 Mac-Pagi ni memang rasa tekak lain macam sikit, rasa loya dan rasa tak sedap badan. Iskhhh..mengapalah sejak dua menjak ni aku memang rasa badan aku lemah semacam. Adakala bila berdiri aku terasa macam dunia berpusing. Simpton2 apakah ini? Tekanan darah rendah? Pitam? Dah check dengan doktor minggu lepas, tekanan darah aku ok je.

Bahayakan??? Nak kata stress, tak adalah apa sangat yang aku fikir, semua kerja setakat ini tak begitu membebankan. Lagipun boss bercuti, kerja2 lain boleh `settled'. InsyaAllah kalau sempat bulan depan aku nak buat ``full medical check up''. Dah lama tak buat ni, entah apalah kondisi kesihatan aku sekarang ni.

Bila umur semakin meningkat memang keinginan untuk hidup sihat semakin menebal. Bila tengok anak2 masih kecil dan sedang membesar, aku nak pastikan aku sihat dan dapat bersama2 mereka lebih lama lagi. Lebihkan berdoa agar Allah berikan aku kesihatan yang baik, rezeki yang murah agar aku dapat mendidik dan melihat anak2 membesar depan mata.

Memang setiap orang nak hidup dia panjang, nak sihat selalu, nak lihat anak2 membesar dan berjaya, itu memang impian setiap orang. Aku berharap aku mengecapi semua yang aku impikan itu...

Jadinya...jauhkan diri daripada orang yang merokok, selalu buat check up, kurangkan garam dan gula dalam makanan dan minuman, kurangkan makanan berminyak, masak makanan yang sihat dan baik untuk keluarga, makan telur 2 kali seminggu je (payah ni!!!)...hehehehheh..banyak lagi sebenarnya. TEKAD AKU MESTI SIHAT!!!!

Hari ni hajatnya nak balik kampung lepas Maghrib tapi Papa pula ubah plan nak balik pagi esok. Iskhhh aku dah rancang awal2, Papa pula ubah fikiran.

Put'a dan Nabil cuti sekolah seminggu bermula esok. Aku cadang nak hantar mereka balik kampung, hujung minggu depan bolehlah jemput mereka semula. Mula2 hantar ke rumah keluarga aku, lepas tu gilir2lah ke rumah keluarga mertua aku pula.

Rindu nak pergi pasar malam Benta, kalau masa aku kecil/remaja dulu...tiap kali malam minggu mesti pergi ke sini. Banyak kenangan yang manis untuk dikenang. Adakala kami adik beradik makan sate beramai2 kat gerai sate di sini, lepas tu beli kuih muih dan lauk pauk. Hari Ahad pula pekan sehari.

Moga adalah rezeki aku ke sini....manalah tahu terjumpa kawan2 lama zaman sekolah. Benta ni terlalu terkesan di hati aku.

7 comments:

Anonymous said...

sian nyer kak zie x bape sehat eh... jgn2 ade ehem2 kot heheh ape2sy doakan kak zie diberi segala kesehatan supaya dpt segala yg kak zie harap2 kan insya allah amin.. kak zie nak bercuti dia kampong eh ok kak zie take care ye.. have a safe journey.. TAJLENA

Ctea Fairuz said...

Salam Kak Zyee..jage kesihatan akk yea..skang memng musim sakit la kak..Ctea pun baru pas kene Inject dgn Doktor hari tuh cz kene gatal2..adeh3

Ape2 pun...kak Zyee kalau boleh rest,restlah kejap..jgn asyik nak bekerje je k?

:)

zaffirazaini said...

Assalamualaikum kak zyee...
saya dah pesan byk kali... tido akk tu biar betul waktunya... ni tak..
tido yg berkualiti sekurang-kurangnya 6jam amat diperlukan oleh tubuh badan manusia....ini untuk membaiki sistem badan terutama fungsi hati...

Fitrah Allah menjadikan manusia untuk berehat dimalam hari... (ni petikan syarahan IBU zaff..)

Allah dan tentukan Jalan yang terbaik buat hamba2-Nya yang bertakwa... Insya'Allah. Amalkan selawat fatih... Insya'allah dapat rasa perubahannya....

Lagi satu... Taurian memang seorang yang sangat kuat tekadnya... saya memahami ini...

take care and smile always sis... =)

Azwan Hashim said...

Salam Kak Zyee..

Sekarang ni memang musim org sakit kot..Azwan ni pun tgh sakit tekak ngn selsema..mak pn sama..tekak perit jer.. cuaca pun skrg x tentu kan..

Hope kak zyee cepat sembuh ek..
sama2 la kita menjaga kesihatan dan jalani gaya hidup yg sihat..huhu..kak zyee tak yah diet lagi..Azwan tgk berat akak dah ok jer..maintain jer..hehe.. :)

Lily Haslina Nasir said...

Zyee,
Budak-budak cuti sekolah, mak abahnya pening kepala kan nak atur jadual anak... nak pulang ni musim hujan panas.. demam pun tak menentu.

Akak letih nengok hubby masa cuti dah siap-siap merancang memancing di kelong di laut dgn anak bujang dan geng kawasan perumahan ni... uhhuuu... hubby akak pun pemancing yg tegar.. letih nengokkan!

emm.. betul cakap zyee di n3 bawah tu.. antara facebook dgn blog.. rasa mcm lagi puas merapu di blog..

tuanpunya hati said...

kak zyee... jaga diri, jaga kesihatan....
betul kata zaff n ibu zaff , tidur mesti cukup... hehe... (zaff, mcm doc pun ada ...kihkih)

selamat balik kampung, jgn lupa pergi pasar malam... bestnyer pg pasar malam kat kampung ni kan... ida pun suka pasar malam dungun... hehe...

sitijune said...

salam kak zyee...

kami doakan kesejahteraan kak zyee ngan family.

take care n salam buat boss yer..