Monday, March 30, 2009

AIM

28 Mac-Jam 6am aku dah bangun dan bersiap-siap untuk ke TV9 di Seri Pentas, Bandar Utama. Aku perasan yang kepala aku masih pening lagi tapi kuatkan semangat untuk mandi dahulu sebelum makan ubat.

Lepas mandi aku makan sekeping roti dan telan ubat, tapi pening masih tak juga reda. Aku mula menelefon Aiman dan semua anggota Coda, mengejutkan mereka dari tidur supaya mereka tak terlewat ke TV9.

Hati aku pula dah mula berbelah bahagi, nak pergi ke tak bawa Coda ke program Nasi Lemak Kopi O, kalau pening melarat nanti susah juga.

Aku sms Aiman dan bagitau yang aku memang tak larat nak ikut, jadinya Aiman saja yang akan ke TV9 untuk bawa Coda.

Aku hanya menonton penampilan mereka di tv, Coda menyanyi satu lagu `Inferioriti Kompleksmu' dan juga diwawancara. Kemunculan Coda di TV9 tadi mengundang beberapa sms dari pelbagai pihak. Alhamdulillah ada yang sukakan lagu Coda, tak kurang juga yang minta album Coda.

Aku memang tak sabar menantikan album Coda dipasarkan, bagi aku mereka ini adalah anak2 muda yang ada wawasan dan kaliber tersendiri. Masing2 ada ilmu dan kemahiran dalam bidang masing2 terutama muzik.

Boss juga menelefon aku sewaktu Coda sedang membuat persembahan di tv tadi, ada idea yang Boss sarankan, mungkin terkesima melihat artis pertamanya itu beraksi.

Aku harap album Coda yang dijangka dipasarkan pada 6 April nanti akan memberi cetusan baru dalam industri muzik masa kini. SNP dah usahakan yang terbaik dengan menerbitkan sebuah album penuh (10 lagu), harap usaha ini diperakui. Jangan hanya berteriak industri muzik akan mati dan sedang nazak, sesekali lihat masih ada kesungguhan daripada sebuah syarikat kecil seperti SNP yang masih mahu berusaha menerbitkan lagu dan album penuh. Tanpa sokongan, usaha ini tidak akan dipandang. Lebih2 lagi Coda adalah artis baru, belum punya nama.

Aku sambung tidur untuk meredakan pening kepala (migrain). Aku pun dah janji dengan Papa petang nanti nak bawa anak2 keluar rumah, jalan-jalan.




Inilah aksi anak-anakku yang tak sabar2 lagi nak keluar. Ada gambar Nabil tu, ramai yang tanya mengapa kurang diletakkan gambar Nabil di sini. Haaaa...tengahlah tu, macam2 aksi dia buat waktu bergambar. Bukan senang nak dapatkan gambar dia ni.


Sempat pose dulu sebelum keluar rumah.

Jam 330pm, kami anak beranak ke Jusco berdekatan, kebetulan memang banyak barang anak2 yang aku hendak beli..ada jualan murah lagi, ini pun ada ihsan bernama ZZ ang sudi khabarkan ada jualan murah di Jusco.


Damia waktu nak balik dari Jusco, buas dia ni..payah nak jaga. Naik pening kepala Papa nya.


Setelah memborong barang anak2, kami pergi makan di KFC. Perut aku memang lapar sebab pagi tadi hanya makan sekeping roti sahaja.

Sampai di rumah, aku dan Papa bergegas bersiap2 nak ke Janda Baik. Sejak semalam Boss tak henti2 mengajak kami ke sana. Ada majlis tahlil untuk arwah abah yang dibuat di rumah keluarga kenalan Boss dan suami. Kebetulan mereka juga mengadakan Hari Keluarga dan sebelah malamnya diadakan tahlil untuk ahli keluarga mereka dan juga arwah abah. Serba salah juga kalau tak menghadirinya.

Oleh kerana aku masih belum sihat sepenuhnya, memang rasa agak letih nak ke sana tapi gagahkan juga. Hanya aku dan Papa yang pergi, anak2 tinggal di rumah.

Sekitar jam 750pm barulah aku dan Papa sampai di sana, terlepas sembahyang Maghrib berjemaah. Selepas Maghrib, adakan bacaan Yaasin, tahlil dan juga tazkirah oleh ustaz yang dijemput khas.

Seperti biasa lepas tu acara makan2, borak2 dan jam 12pm Papa dah bagi `signal' nak balik. Tuan rumah sempat minta Papa menyanyi sebuah lagu, acara karaoke pun ada, maklumlah keluarga ini mengadakan Hari Keluarga, macam2lah acara yang dibuat sejak siang tadi hingga esok.

Papa yang mula2nya segan tidak menghampakan tuan rumah, ada permintaan untuk sampaikan lagu Sejati, nyanyian Wings. Selepas menyampaikan lagu tersebut, kami pun pulang ke KL besar.

Sampai di rumah dah hampir jam 1.15am, aduhai penatnya. Apalagi terus terbaringlah aku, esok nak kena bangun pagi lagi..arghhhhhhhhhh.

29 Mac-Jam 7am, aku dah siap nak ke TV9, hari ni giliran Saida pula di program Nasi Lemak Kopi O. Aku ke TV9 dengan Aiman, Saida pergi dengan suaminya. Sampai di Seri Pentas, awal 1 jam, kami ke cafe dulu untuk alas perut.

Hari ni Saida dijemput untuk mempromosikan ABPBH dengan pereka fesyen pakaiannya nanti iaitu Nazreen Idris. Waktu Saida di set sedang diwawancara, aku sempat menjamah nasi lemak dan kopi o yang dihidangkan buat para tetamu.

Selepas program tu, aku, Saida dan Nazreen berbincang tentang pakaian Saida untuk jadi penyampai anugerah di ABP nanti. Memang Nazreen dah ada lakaran tapi kami berbincang untuk dapatkan rekaan yang terbaik.


Nazreen mengambil ukuran badan Saida untuk menyiapkan baju untuk ABPBH pada 12 April nanti. Ada pula yang enter frame kat belakang tu.

Balik dari Seri Pentas, aku singgah di restoran berdekatan rumah untuk belikan sarapan pagi anak-anak. Put'a dah telefon tadi, katanya lapar. Aku pun tak sempat nak memasak pagi tadi, jadinya memanglah anak2 aku akan lapar. Bukannya tak ada roti, biskut, cereal di rumah tapi mereka ni memang nak makanan berat.

Lepas hidangkan makanan untuk anak2, aku mula memasak untuk makan tengah hari pula. Hari tu masa balik ke KL kecil, emak mertua aku ada beli ikan patin sungai. Hari ni aku pun masak ikan patin tu, aku masak ikan patin kukus (stim). Anak2 memang suka, berulangkali Put'a menambah nasi dan Damia pun suka. Nabil dia makan je apa yang ada, semua dia suka. Papa pula dia memang menikmati kepala ikan patin stim, memang aku simpankan bahagian kepala untuk Papa.

30 Mac-Selepas siapkan keperluan keluarga, aku minta Aiman bawa aku ke rumah Boss. Hari ni ada temujanji dan perbincangan dengan Pat Ibrahim, kareografer terkenal tu. Kami berbincang untuk persembahan Boss di ABPBH. Bertukar2 idea untuk dapatkan satu persembahan yang mampu memberi kesan kepada penonton.

Selepas perbincangan tu, aku minta diri balik ke opis. Aku tak dapat temankan Boss ke Bukit Aman untuk `fitting' uniform polis kerana Saida ada fotgrafi di opis. Kalau nak tau uniform polis tu untuk apa, tunggulah ya, nanti akan diketahui juga.

Di opis, Saida ada fotografi untuk majalah Media Hiburan. Alang2 dah sampai di opis, banyaklah kolum yang Saida buat untuk majalah ni, ada untuk fesyen, koleksi dan juga lifestyle. Hampir jam 6pm barulah semuanya selesai.

Oh!Ya, dalam entry sebelum ini, aku lupa nak bercerita tentang Anugerah Industri Muzik. Pencalonan top 5 telah diumumkan pada 26 Mac lalu, waktu aku dan yang lain2 balik ke KL kecil. Aiman yang jadi wakil SNP ke majlis sidang akhbar dan aku dah pesan supaya Aiman telefon aku bila dah tau keputusan top 5.

Banyak juga pencalonan yang SNP hantar ke pihak AIM, bukan sahaja Boss tapi Saida, Sairah dan Coda yang mempertaruhkan single masing2.

Bila keputusan dah diumumkan, Aiman telefon aku dan bagitau satu persatu. Alhamdulillah ada beberapa kategori juga Boss tercalon tapi artis2 SNP yang lain tida ada. Belum rezeki, tak mengapa.

Mmmmm...kulit album terbaik tak tersenarai top 5, tak perlu rasa terkilan sebab semua ini ditangan juri. Aku tahu bagaimana abang Nuar telah berikan yang terbaik untuk kulit album Lentera Timur malah ramai yang memberi respons baik terhadap hasil kerjanya itu. Mungkin belum rezekinya juga.

Vokal Terbaik Dalam Lagu (bukan dalam album seperti selalunya), Boss tercalon dua lagu iaitu Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman. Album Pop Etnik Terbaik-Lentera Timur antara 4 calon bertanding, Lagu Pop Etnik Terbaik-Di Kayangan KIta dan Di Taman Teman dan Susunan Lagu Terbaik-dua lagu, Pada Cintanya dan Di Taman Teman (kategori ini untuk penggubah lagu).

Mendoakan yang terbaik untuk semua yang telah bekerja keras dan tercalon dalam AIM. Menang atau tewas adalah sebuah pemberian yang melambangkan anugerah tetapi di hati setiap seorang daripada kami yang telah bekerja keras untuk sesebuah album, anugerah yang paling gemilang sudah terpahat. Kepuasan: itulah hadiah yang sebenarnya.

14 comments:

zaffirazaini said...

akk ni handle ramai sngt artis laa.. jgn nanti yg dikejar tak dapat.. yg dikendong keciciran... hehehe... Meh sini saya tolong....kahkahkah....

Available from May till Julai... =)

"bersedia berkhidmat"... sekali ibuku piat telinga... hahaha...

Fairuz Selamat said...

mcm ne kulit album terbaik tak tercalon.. omg..!!! the best in our industry so far... how come...

waaa... saya target katagori tu selain vokal... kuciwaaaaa

Azwan Hashim said...

uniform polis? KZ tinggalkan persoalan ni..hehe..x sabar menanti, adakah tekaan Azwan tepat atau sebaliknya..hehehe...

menjelang ABP, pastinya KZ akan sama busy gak kn...KZ nanti pakai baju apa?colour pink ker?hehe..

cograts buat KZ dan semua yg terlibat utk album LT.InsyaAllah, boss KZ akak menang besar di malam AIM. ;)

All the best!!

ed said...

Salam Kak Zye, tertarik untuk mendengar muzik yg cuba dipamerkan CODA, dan sejujurnya CODA masih jauh dari aras yg perlu mereka gapai. Konsep muziknya kurang ampuh. Selayaknya mereka perlu menampilkan muzik MALAYSIA bernafas segar, bukan terikut kumpulan muzik gah yg lain. Sebenarnya mereka perlukan pembelajaran secara menyeluruh sebelum mampu menggapai bintang untuk turut bersinar. Perlahan2 menapak dan terus belajar, insyaAllah.

Jika mereka memilih untuk berada di gelanggang perdana, maka mereka harus penuh lagak serius dr segala segi yg cuba dipamerkan. KELAINAN yg cuba disampaikan tidak jelas, jika tiada KELAINAN usah timbul sebentar kerana akan tenggelam jua kelak. Bukan niat ingin memberi kritik semata, sebagai tanda prihatin atas produk terbaru SNP. Identiti yg ampuh perlu dicari dan ditonjol. Sebagai penanda aras yg perlu kita tuju ialah kelainan identiti muzik itu. Sekadar contoh pemuzik indie seangkatan yg begitu kuat pengaruh muzik kerana identitinya begitu mampan sekali. Bermula dengan HUJAN, sehinggalah pada gadis cilik cik YUNA yg dalam diam mampu melebar sayap walau tiada angkatan yg menyokong mereka. Kerana apa? Muzik mereka mendahului personaliti peribadi mereka. Halwa telinga pendengar berjaya dikuasai dek keunikan tersendiri.

Mendengar susunan muzik yg simple dan ringkas yg mereka bawa (yakni CODA) cukup menyenangkan, tetapi nyanyian yg disampaikan seolah2 tidak harmoni dengan muzik yg cuba di tampilkan, seolah2 kompang yg berbunyi, tapi pelantunnya membawa genre jazz pula. Ibaratnya begitulah. Saya berpendapat, suara vokalisnya perlu diteliti lagi, strech a bit the vocal range, and should blend with the music very well. Syok sendiri pun ada juga (ampunnn)

Imej berhadapan khalayak juga adakalanya memainkan peranan.

Mungkin agak kasar jika ada yang menyatakan mereka 'menumpang' status Boss. Tetapi kebergantungan sebegitu tidak perlu wujud, dan mereka perlu merangkak dan terus memberikan KELAINAN dalam dunia yg serba kompetitif ini. Boss miliki empayarnya sendiri, tetapi empayarnya itu belum tentu mampu tertarik dengan muzik CODA, maka mereka perlu menerjah empayar lain yang mereka miliki sendiri.

Berusahalah dan semoga maju jata

Anonymous said...

wah kz begitu busy sekali... harap2 kz jage kesihatan dgn baik k... kz ni kan org kuat dct hehehe kang ape2 hal susah plak nanti... UNIFORM POLIS?! ape eh? takpe nanti kz bagi tahu ye... thks kz take care tau... TAJLENA

Khai Karim said...

hmm kak zyee... khai pun terkilan... kenapa kulit album tak dapat eh.. tapi tak perlah.... kulit album LT tetap nombor satu di hati kami.. ada kelainan... hish

baju polis eh... hmm.. takkan pakai untuk abp kot... temannya kan kain songket... tak pun dato pkai untuk secretaries week..

apa pun.. kak zyee... jaga diri baik baik... tengok tuh dah pening... mesti penat layan banyak artis yang sebumbung dengan akkak... :)

Sangdewi said...

Salam...

Zaff....sedia berkhidmat konon, baru ni nak kasi tugasan pun dah awal2 surrender..apola. Iskhh takbleh tlg akak, sanggup kena marah n dgr akak berleter???? hehehhe....

Fairuz...tak mengapalahkan, lagipun kita tak tau apa kriteria yg juri utamakan. mesti ada alasan tersendiri. apa yg ptg kita dah buat yg terbaik untuk kepuasan semua bukan utk bertanding saja di AIM.

Ed..terima kasih atas komen n saran. Rasanya terlalu awal utk Ed berikan analisis ttg Coda, album belum lg dipasarkan. Mostly lagu2 yg Coda nyanyi di tv hanya dalam bentuk akustik kerana pihak tv tak sediakan full band equipment. jadinya apa yang mereka bawa..hanya dalam bentuk akustik. Album Coda ada 10 lagu, ciptaan Coda 6 dan ada ciptaan2 komposer lain. Mereka adalah indie band yg telah punya syarikat rakaman...mesti byk strategi pasaran yang dirancang supaya mereka bakal keluar dgn identiti tersendiri. Bila sudah ada Hujan atau Meet Uncle Hussein dalam industri, Coda tak perlu menjadi mereka. InsyaAllah apa juga yg Ed cadangkan n berikan nasihat kami semua ambil positif. Sebagai artis baru beri mereka peluang, kerana permulaan adalah pencarian dan menilai diri..tak boleh kita memberi persepsi bahawa mereka telah jumpa jalan terang. Apa yg ptg..kita teroka, cari, suluh dan insyaAllah.....setiap sehari dalam hidup adalah pengalaman dan pengajaran.Mmmm...bagaimana nak buang nama Boss untuk tiap seorang daripada artisnya tak dikata menumpang??? Positifkan diri dan nyata seboleh mungkin mereka takkan pernah mahu menumpang...seperti kita jika ada tempias sesiapa, bagaimana kita nak buang nama org yg dikaitkan itu.Tq.

Azwan & Tajlena & Khai ..sabarlah, jgn risau..jawapannya tak lama lagi..tentang uniform polis tu la....sabar...

Thanks a lot.

idasm said...

salam KZ, wah a.ayie nyanyi lagu sejati.. mesti best. teringat kat lagu Retak, dh lama tak berkumandang kan...

seronoknya tengok aksi buah hati2 kz. rasanya Put'a dan Damia byk ikut papanya kan. Nabil aje yg ikut mamanya.. tp org kata kalau puteri ikut papa.. sejuk..begitu juga kalau putera ikut mamanya..
(akak.. ida teringin jumpa damia..live.. boleh ke..)

Ed, mungkin betul kata kz, masih terlalu awal utk buat penilaian menyeluruh... hehe.

eh.. kz tak ikut boss akak pergi k'tan ke...(ada fan yg tunggu boss akak kt sana tau...kihkihkih)

all the best for all SNP's artist!!!

Ctea Fairuz said...

Yeah..betul kate Kak Zyee..nilai dulu muzik Coda.. pernah juga dengar diorg prform kat Open House..not bad suara & muzik mereka (CODA). Selamat Maju Jaya lah buat Coda

ed said...

eh saya rs bukan laa komen menyeluruh sgt tuh, komen atas dasar lagu2 preview yg diperoleh saja, sedikit dengkel komen tersebut mungkin atas dasar keterujaan juga. InsyaAllah kita nantikan, i personally commment on them even they havent released the album yet, maybe because i heart the music. Dont get me wrong, and i personally will get their album when i get back to Malaysia and maybe watch their show perhaps. InsyaAllah, and best of luck!

Azwan Hashim said...

Kz..azwan sabar menanti..hehe..
bln april ni confirm kz busy kn..tapi jgn lupa update selalu ek blog ni..

salam april kz!!jumpa nanti!huhu ;)

arieda salsabella said...

wah..abg ae nyanyi lagu sejati ek..
sesekali ida ada dengar lagu retak kat youtube..best..ingat dulu2..mmg suka sgt ngan lagu tu..
UNIFORM POLIS..opps..suspens tu..hehe..xpe..kite tunggu je,kan..
today DCT kat kelate kan..rindunya..bila kz nak datang ganu lagi..hehe..

Anonymous said...

1 April 2009 - Hapy Anniversary untuk seorang PA sempena Anniversary Datuk Siti Nurhaliza di bidang seni.
--unomi--

Lily Haslina Nasir said...

comel-comelnya anak zyee!
besok bebudak tu dah besar, zyee ngan anak-anak mesti mcm adik ngan kakak!

akak baca n3 kat bawah tu.. hem, pemancing tegar selalu mcm tu kan... dah lewat mlm pun, kalau bawak balik udang mesti mintak dimasakkan.. samalah kita.. tak dimasuk dlm mi maggi tu, digoreng pun jadilah!