Monday, March 23, 2009

Pagi di MHI

23 Mac-Seawal jam 530am aku dah bangun. Bersiap-siap untuk ke rumah Boss. Jam 6am A.Z dah sampai depan rumah, D.J ikut sekali. Jam 6.40am dah tiba di rumah Boss, nasib baik tak jam sangat pagi ni.

Kemudian kami terus menuju ke Seri Pentas, TV3, Boss ada temujanji di MHI pagi ni. Sepanjang dalam kereta tadi Boss mula bersolek, sampai di Sri Pentas sambung lagi. Bila dah siap kami masih ada waktu sekitar sejam sebelum giliran Boss dipanggil.

Ruang waktu yang ada kami ke cafe, ambil sarapan pagi terlebih dahulu. Isi perut, makan nasi goreng dan kuih muih. Jam 830am, Boss muncul di MHI bersama Wardina dan Ally Iskandar. Temubual ceria, promosi Lentera Timur dan juga menjawab panggilan penonton. Siap ada kuiz menyanyi lagu dari album Lentera Timur lagi.

Usai di MHI, kami berpindah ke Hotfm pula. Boss ditemubual sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Sempat lagi dia tolong mekapkan Fara Fauzana yang nak di`shoot' untuk `playback' calon2 ABPBH.

Lepas hantar Boss balik ke rumah, kami terus ke opis. Aku sempat balik ke rumah hantar makanan tengahari untuk orang di rumah. Pagi tadi tak sempat masak sebab aku dah keluar awal2 lagi.

Kemudian aku ke opis semula. Jam 330pm, Papa datang ambil aku di opis bersama Damia dan Nabil. Kedua-dua mereka ni tak sihat, jadinya sempatlah bawa ke klinik. Balik dari klinik singgah kedai kejap belikan barang2 yang tak ada di rumah.

Papa hantar aku ke opis semula. Sampai jam 530pm di opis. Balik tu aku, Papa, D.J, A.Z dan Aiman kemudiannya ke NN, tempat biasa tu.



Boss sewaktu di konti Hotfm


Bersama-sama dj2 Hotfm, Aleya, Fara dan Suraya

Boss sempat mekapkan Fara. Bertuah badan.


Kenangan selepas MHI, bersama Wardina dan Ally

Inilah penerbit MHI hari ni, Fedtri Yahya dan pengacaranya Ally.

Nota Kaki: Terpaksa letak gambar di bawah, atas sebab teknikal....

9 comments:

zaffirazaini said...

alhamdulillah... best tgk boss mcm ni.... Hmm.. harap2 macam ni la selalu hendaknya... Amin...=)

Kzie...Kzie...Kzie.. saje nak laung nama... tgh boring ni... hehe..

arieda salsabella said...

alalala..mesti ari ni xcukup rest kan..awal2 pagi dah kena kuar..
dahlah xsihat,kan..jangan lupa jumpa doktor,tau..setakat panadol..xcukup tu..

Azwan Hashim said...

nasib baik x miss MHI pagi tadi, pastu smbg layan kt 8tv plak tgk Kak Siti & Kak Zyee kat dalam konti Hot FM.. best tgk fafau kena solek oleh boss akak..hehe..
rugi saper x tgk tadi..

Khai Karim said...

hm... harap harap Rizman Ruzaini buat baju yang cantik cantik.. and harap harap siti berpakaian cam sirah junjungan tuh... berkat tuy!

Ctea Fairuz said...

Ciannnnnnnnn Kak Zyee sakit ye..nasib baik dah ok sket sakit tuh kan? huhuhuh

tadi mmg nk g tv3.rugi je tk g......
huhuhuhuhuhuh...

yg bab nyanyi tuh..pergh..naik lebam jari ni dok dail tp tak dapat tembusi gaks..frust...kalo tk mmg dah nnyi dah..kruk3

Anonymous said...

sy pon dpt tahu psl MHI dari azwan sebelum ADMIN bagi tahu lagi tu yg minom kopi untok tahan mata tu nk tgk DCT hehehe hotfm plak dpt tgk half jer lagi half TV tgk sy plak hahahaha TAJLENA

sitijune89 said...

ruginya xdapat tgok kak ct live..tp dapat gak tgok dari youtube..hot fm pun telepas gak...tp thanks kak zie bagi pic yg mantap itu..hehehe

tuanpunya hati said...

sian nabil dan damia... tak sihat ye.. take care yea... utk ibunya sekali... have a good rest... ulser dah ok ke belum... sib baik dh beli bonjela...

Khai Karim said...

KAK Zie... betulke siti tak join AJL 24??? adeh.. pleaselah.... join.... album ngah meletop nihhh