Tuesday, March 10, 2009

xtvt Sirah Junjungan

8 Mac-Bangun awal....siapkan memasak cepat2 sebab nak bersiap ke rumah boss. Hari ni ada latihan di IB. Jam 9.30am, aku dah siap, tunggu A.Z je. Nasib baik aku telefon dia, rupanya mamat ni terlajak tidur. Haii...mimpi apalah tu, jam 9.30am pun belum bangun lagi. Dah janji dengan boss jam 10am sampai kat rumah dia. Sementara tunggu A.Z sampai, aku pun makan nasi dulu. (paginya makan nasi????....hehehheh...nanti aku ceritakan).

Kesian A.Z..kelam kabut dia pagi ni, jam 9.45am dia sampai kat rumah aku dan terus pecut ke rumah boss pula. Dalam perjalanan, aku telefon Kak Erma tanyakan situasi di IB dan pukul berapa boss boleh bergerak dari rumah. Selalunya kalau acara macam ni, janji pukul 10am, terlajak jam 11am latihannya.

Kak Erma minta boss bergerak jam 1030am ke IB. Aku sempat temankan A.Z makan dulu di restoran mamak biasa tu. Kemudian baru ke rumah boss. Sempat lepak temankan boss dan suami makan dulu, ada last minute plan pula....ke HAP terlebih dahulu.

Selepas keluar dari HAP, barulah ke IB. Lepas buat latihan, kami dijemput makan tengah hari pula. Sambil makan, sempat juga berbincang dengan ustaz (panggilan untuk ex-kumpulan Brothers yang banyak ajar sebutan Arab yang betul dalam lagu2 untuk Sirah Junjungan) dan juga Kak Erma.



Dua aksi boss sewaktu latihan Sirah Junjungan di Istana Budaya.

Rupa2nya lepas makan, pemuzik berhenti latihan dengan penyanyi. Bersambung pada jam 6.30pm pula. Boss terus plan join suami dan anak2 tengok wayang di Pavillion. Aku, D.J dan A.Z memang tak nak tengok wayang, jadinya boss minta kami tolong belikan persalinan untuk `full dress' malam nanti.

Kat Pavillion memang tak ada butik nak beli baju ala jubah, nak balik ambil kat rumah boss takut pula `jam' bila nak ke area Bukit Bintang semula...sudahnya kami ke Sg.Wang/Bukit Bintang. Ada masa 2 jam sebelum boss habis tengok wayang.

Aduhai..bukan senang nak cari baju ala jubah yang sesuai kat sini....akhirnya ke Seleksi Akma lagi, nasib baiklah ada sehelai yang bersesuaian. Aku belikan juga tudung dan kasut untuk boss. Kat Seleksi Akma ni aku borong lagi 6 helai tudung Ekin yang aku beli semalam..kali ni ada warna pink `awning' nya...hehehhehe..ada harapan boleh pakai ni.

Ke Pavillion ambil boss..........dia, suami dan anak2 keluar awal dari panggung, katanya cerita amatlah membosankan.

Sampai di IB, sambung latihan lagi dan kemudian bersiap2 pula untuk acara `full dress' pada sebelah malamnya. Kata Kak Erma, walaupun full dress tapi ada penonton dan kebanyakannya terdiri daripada anak2 yatim dan juga dari rumah kebajikan termasuk rumah orang2 tua.

Boss bersiap biasa2 saja, tak adalah nak make up macam malam show, lagipun untuk acara ni, boss hanya muncul 2 kali sahaja. Kalau pada pementasan boss sendiri pada 18-20 Mac nanti, barulah banyak kali boss muncul menyanyi dan berselawat.

Balik tu semua orang memang dah penat, takde singgah makan macam selalu. Lagipun sebelum habis show, boss sempat kirim beli makanan pada Aiman dan kami pun makan sama.

Kat rumah, aku tidur awal..lagipun sunyi Papa tak ada...Papa balik ke KL kecil siang tadi dan Put'a pula tidur kat rumah Saida.

9 Mac-Kalau fikirkan aku duduk seorang je kat rumah ni, memang rasa malas sangat nak bangun awal2 pagi. Tapi tak bolehlah kan..nak ambil juga berkat Maulidurrasul. Subuh yang dingin hadiahkan Al-Fatihah, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kemudian siapkan sarapan dan makan tengah hari anak2. Aku sambung tidur lepas tu. Papa telefon barulah aku tersedar. Kata Papa, dia dan emak kat kubur arwah abah, ada tahlil di situ dan kemudian ke majlis sambutan Maulidurrasul di rumah anak angkat arwah abah.

Sepanjang hari aku duduk dalam bilik saja, tengok tv, baring2, makan2 dan jam 6pm barulah ke rumah boss dengan A.Z dan D.J. Haaaa....nak tau mengapa aku makan nasi pagi kan??? Tertulis kat entry di atas.....

Nilah rahsianya.....Sambal Ikan Bilis Serai. Sambal ni memang membuatkan aku teruja dan berselera malah boleh makan nasi berkali2. Kalau ramai yang semakin teruja dengan Sambal Hitam yang ada kat restoran aku tu tapi sambal serai ni pun kalau jual kat sana rasanya boleh laku juga.

Heheheh..kena simpan dululah resipi ni ya.Nanti kalau ada rezeki buka branch baru bolehlah perkenalkan sambal ni pulak.

Aku bawa bekal sambal ni masa nak ke rumah boss. Singgah makan kat restoran mamak biasa tu dan aku order roti canai. Aku makan roti canai cicah sambal ikan bilis serai yang aku bawa tu la. Macam biasa, habis 2 keping roti canai..berselera sekali....hehehehehh....



Aku dan sambal ikan bilis serai. Inilah rupa sambalnya....menyelerakan. Cara masaknya simple saja tapi yang penting banyakkan cili api dan juga serai...bagi garing2 sikit ikan bilis tu...Fuh!!!! Tengok aku sanggup bawa bekal sambal tu untuk makan kat restoran mamak.

Ni gelagat dua orang yang tengah berebut makanan. Hehehehhe...ni masa A.Z dan D.J makan kat restoran mamak dengan aku...tengoklah tu...berebut2 nak makan. Mesra membawa bahagia....hehehhehe


Oleh kerana dorang ni berebut2 kat atas tu...aku pun ambil ketiga2 set roti bakar dan pelahap sorang2......ada percaya???? Gila ke nak makan 3 set tu..aku kan makan 2 keping roti canai dengan sambal ikan bilis serai tu......

Ke rumah boss, tolong pilih baju untuk show malam ni. Bila boss dah siap, kami bergerak ke IB. Aku dah pesan siap2 kat Aiman belikan makanan dan letak dalam bilik boss di IB. Acara bermula sekitar 930pm. Malam ni penyanyinya boss dan Jamal Abdillah.

Boss sempat pose kat tangga rumah sebelum keluar ke IB untuk acara Sirah Junjungan.....

Gambar ni boss ambil sendiri..kat dalam bilik belakang pentas sementara menunggu giliran....

Pose lagi....biasanya kalau ambil gambar ni, boss nak tengok make up dia macam mana...menerusi gambar boleh betulkan jika terlebih ke terkurang ke....tak elok ke apa ke....


Ini sewaktu selawat akhir...boss bersama Jamal Abdillah dan ustaz dari kumpulan Brothers....Tiba2 aku terdengar macam suara boss tenggelam timbul........


Patutlah....rupa2nya boss sebak dan tak dapat nak menahan tangisan.......


Masa ni boss dah banyak kali menunduk..sukar nak teruskan selawat/nyanyian...sebak......


Pose dengan Vanida Imran selepas habis show...tengok mata boss merah lagi sebab menahan sebak di pentas tadi.....

Sekitar jam 1130pm, show malam pertama selesai. Terus hantar boss balik ke rumah. Aku tak sabar nak balik rumah aku, Papa dah balik dari kampung. Aku pun dah minta tolong Papa bawa Put'a dan Nabil gunting rambut malam tadi. Sampai kat rumah dah jam 1230pm, Papa dah lelap......hehhehe....jam 1pm dia terjaga.

Papa nikan...tiap kali nampak je muka aku, terus lapar. Hahahaha...jam 1am, sediakan makanan untuk Papa........

12 comments:

tuanpunya hati said...

kak zyee... tima kasih byk2 atas layanan tempohari. ida terharu sangat. thanks kak.

wah borong tudung ekin lagi... hehe.. tak sabar nak tengok akak pakai tudung tu...

tuanpunya hati said...

akak sambal ikan bilis serai akak tu memang mengancam nampaknya.. bolehlah cuba jaya lepas ni.. hehe..

zaffirazaini said...

Akan gi tgk sirah junjungan.. c u there!!.. hehe..

Sangdewi said...

Salam....

Ida....tudung tu pakai utk majlis2 tertentu aja..silap2 haribulan mmg bagi hadih kat orang jugak nanti.

Tentang sambal tu...heheheh...nanti kalau ada masa blehlah rasa..heheheh

Zaff..beli tiket cepat n promosi ramai2 datang ya....

Thanks....

Ctea Fairuz said...

Walllaaaahh...Sambal Ikan Bilis Serai!!! Adehhhhhh....mcm Sedap je ni kak Zyee...Nak2 Ctea ni penggemar Sambal (org Melaka lah katekan) pergh...Bile agaknye dapat merase Sambal Ikan Bilis Serai akk yeah..

InsyaAllah akan saksikan sirah junjungan nih...Kesian Dato Ct, sebak ye time selawat tuh, perasaan sedih beliau masih ade lagi..Ctea faham..Hope die lebih tabah seleps nih.

Kak Zyee...Take Care.. =)

Khai Karim said...

ahh... macam nampak best aja sambal tuih kak ziee...

and dato siti.. hmm.. dapat rasa sebaknya..!

arieda salsabella said...

kak zyee..telan air liur tgk sambal ikan bilis tu..heheh..
pos kat org ganu,boleh..huhu..

tuanpunya hati said...

oh utk majlis tertentu aje ke.. kempunanlah nak tengok klu cam ni. tpkan kak.. muka akak kecil n cute, kalau akak pakai rasa ida.. ok.
takpe... nanti kak zyee ambik gambar n letak kat dunia kecil ni yea.. boleh lah tumpang tengok dua kaki.. hehe...

tuanpunya hati said...

"Papa nikan...tiap kali nampak je muka aku, terus lapar. Hahahaha...jam 1am, sediakan makanan untuk Papa........" .. ida tahu kenapa.. sebab kak zyee masak sedap...sebab tulah...heheh

zaffirazaini said...

dah beli tiket dah... stall 1, P37 20mac 8.30mlm... hehehe...

Anonymous said...

menyelerakan je tgk sambal serai tu hehe da la peyot tgah lapar ni hehe mintak resepi bole kak zie huhuhu mcm la aku ni pandai masak hehe TAJLENA

my name is KARL said...

salaam

kak rozi

karl & 3 of my frens akan g tgk teater ni mlm ni 19 mac

arap sgt dpt jumpe dato' ct

we all bli tiket rm100 lg
since last week

yeah!!! dato ct!!