Thursday, March 12, 2009

New world..facebook

11 Mac- KL selalu hujan, kalau tak renyai-renyai pasti selebat-lebatnya. Ada kilat petir segala. Cuaca jadi tak menentu...dahlah pagi tadi aku membasuh segala cadar dan selimut tebal kat rumah. Alahai...minta2lah sempat kering petang nanti.

Bila cuaca tak menentu, tentulah emosi diri pun jadi tunggang langgang sikit. Kena betulkan frekuensi diri. Kelembapan minda juga sedikit mempengaruhi dan juga kemalasan bergerak juga semakin menebal.Heheheh..haru jadinya kalau tiap kali macam ni.

Apa aku buat hari ni??? Di opis, siapkan kerja sikit2. D.J on the way dari KL kecil, dia takde kat opis ni, otak aku jadi `jammed' kejap. Pc aku kat opis buat hal, harini pulak tak bawa laptop. Hai..serba tak kena je. Aku tumpang duduk buat kerja kat pc D.J. Keyboard dia tak best...aku ni kalau nak pastikan bersemangat buat kerja mestilah keyboardnya bagus, mudah ditekan dan serasi denganku. Hehheheeh..kalau D.J baca ni mesti dia bengang!!!! Semua ni alasan je sebenarnya....

Bukan tak banyak kerja tapi buat sikit-sikit. Cuit sana sikit, cuit sini sikit. Jam 515pm sepatutnya 15 minit lagi nak balik kerja, ada orang datang jumpa aku dan Saida. Meeting pasal nak promo album boss kat tv. Berlarutan hampir jam 630pm.

Papa hari ni hari susah hati dia. Ada benda yang menghantui perasaannya. Terkilan dan frust! (samakan????). Kolam adalah kedamaian bagi dia, so aku tak halang kalau dia nak ke sana. Biarlah dia redakan perasaannya di kolam.

Balik je ke rumah, aku memang tak ada aktiviti. Gorengkan nugget untuk anak2 dan temankan mereka makan. Duduk2 dengan Put'a, minta dia buat teori dan praktikal solat depan aku. Dah bagitau Put'a, sebelum Ramadhan tahun ni, dia mesti dah pandai semua bacaan dalam solat. Sekarang ni dah ok tapi kena selalu ingatkan beberapa bahagian je.


Saja letak gambar Damia dan Put'a...dua beradik yang kamceng. Ni la aktiviti aku kalau balik rumah....

Petang tadi aku dah janji nak makan dengan Papa malam ni. Memandangkan perut aku dah menyanyi-nyanyi...aku pun makan dulu. Tunggu punya tunggu Papa tak balik pun. Hujan kat kolam jadinya beberapa kali tertangguh memancing. Aku layan movie Gigli kat 8TV. Akhirnya dapat juga tengok filem ni, dulu nak tengok kat panggung tapi takde kesempatan.

Sekitar jam 12.30am....Papa telefon aku. Katanya lapar sangat. Huh!!! Tengah2 malam aku kena menggoreng ikan kembung, Papa tiba2 mengidam nak makan ikan kembung goreng cicah cili api kicap. Berselera sungguh nampaknya...aku tak join Papa makan tengah malam, takut gemuk!!

12 Mac-Segalanya berjalan seperti biasa. Selepas semua urusan di rumah selesai, aku ke opis. Banyak kerja juga yang harus disiapkan hari ini. Walaupun boss bercuti, perancangan untuk artis2 lain termasuk boss perlu diatur. Penyelarasan jadual amat penting supaya semua kerja dapat diatur dengan baik.

Bila kerja dah siap, tiba-tiba aku mulakan sesuatu untuk mengisi hari-hariku. Sebenarnya dah lama teman2 sarankan aku mempunyai `facebook' sendiri tapi aku sentiasa menjaga `privacy' diri aku.

Dulu pun waktu mula menulis blog, tatapannya hanya sekadar untuk teman-teman rapat. Bila aku mulakan kembali penulisan blog, aku lebih terbuka sekarang ini. Mungkin kerjaya yang semakin luas membuatkan aku mahu berkongsi sesuatu dengan orang luar.

Gara-gara kebosanan beberapa hari ini, akhirnya aku mempunyai `facebook'. Sebenarnya sejak semalam lagi tapi hari ini aku mula aktif, masukkan gambar dan balas/menulis komen.

Aku nak tengok selama mana bertahan, perkara baru macam ni perlu diuji. Aku bukan bimbang tentang apa..cuma `privacy' aku sahaja. Ironi kan???? Dahlah buka facebook dan juga blog, lagi nak takutkan kehilangan `privacy'.

Maksud aku bukanlah takut hilang `privacy' macam aku ni artis ke selebriti ke...bukan...tak terfikir pun ke arah tu ataupun nak `perasan' aku macam mereka. Hanya tentang diri aku...setiap orangkan ada benda2 ni......nak tulis pun payah, faham2 sendirilah ya.



Selepas balik opis, singgah lepak di NN, minum teh o suam dan bihun goreng...sambil2 tu update Facebook.



Facebook....tak tahulah selama mana bertahan ni...tapi bagi aku...penulisan blog lebih enjoy!

Ok..positifkan diri. Harap semua ini lebih membawa kebaikan daripada kebimbangan aku. 2009..segalanya perlu baru, azam2 aku yang berkurun dulu jangan dibiarkan beku kerana waktu takkan pernah menunggu.

Oh!Ya..perkhabaran gembira hari ini, anak saudara aku, Luqman (anak kakakku) mendapat keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 9A. Tahniah!!! Dalam adik beradik, 5 orang, dialah satu2nya anak lelaki kakak aku, Siti Hawa.

Moga jadi anak berguna, berjasa dan tak lupa berbakti pada ibu bapa. Alahai Put'a, Nabil dan Damia..mampukah jejaki langkah sepupumu itu.....doa ibu takkan pernah putus selalu.






14 comments:

Anonymous said...

Hi kak zye...best la baca nukilan akak ni...mcm kite ni dekat jer... kim salam sayang rindu dengan bos kak zye erk...from me : ct june@ctzone...

tuanpunya hati said...

kak zyee...
mmg betul kak, kl hari2 hujan.. asal petang je hujan. ni pukul 5 ni.. hari mcm nak gelap aje tu.. kejap lg hujanlah tu....
"frekuensi diri" - canggih ni..hehehe

kak zyee - nama penuh anak2 akak apa yea.. kalau x keberatan boleh bgtahu...tima kasih kak.

Sangdewi said...

Salam..Hi Ct june..selamat datang...kalau gembira di sini, alhamdulillah....

Ida..ni nama2 anak akak...

1) Putera Saiful Naim Nazhim
2) Putera Saiful Nabil Nabhan
3) Puteri Siti Nurinsyirah Damia

Khai Karim said...

kak zyeee... bestlah.. hehe...

sian diaaa

kak zie.. nak tanyer sikit...

video clip dato siti dari LT dah kuar lom? so far VC mana yang dah rakam.. and betulker pas nih ad VCD LT plak??

Sangdewi said...

Hai Khai...video klip dah siap...next week start hantar ke tv2 station....

VCD karaoke insyaAllah....mmg kalau bleh nak siapkan jugak. Sabar ya.

Khai Karim said...

hehe... terima kasih kak zieee....:)

sabar sabar nih... hehe...

zaffirazaini said...

Facebook... hehe.. nak gelak jap... hehehe =P

Wah.. cayalah Luqman. Ni adik Annur ke kak? (pemandu setia Myvi hitam tu ke?) Suka nama Luqman.. Pernah berangan letak nama anak nanti.. wakaka...

Untuk Put'a, nabil and damia insya'allah bleh... dgn syarat saya jadi TUTOR dorang... bleh? keh..keh..keh..=P

arieda salsabella said...

aik..tul ke video klip dah siap..tak sabar nak tunggu minggu depan ni..
kak zie..just nak dapatkan kepastian ni..mengenai borang ABP..tul ke kena kumpul borang 1minggu..contohnya kalu kite beli yang date 28hb 2, 10 set newspaper..lepas tu selama seminggu tu kite kena beli jumlah yang sama..kumpul 7 helai setiap set...so,akan dapat 10 set?
macam tu ke..?

tuanpunya hati said...

thank kak zyee. indahnya nama putera & puteri akak yea. bilalah turn ida nak bg nama ni.... setakat ni berpeluang bg nama kat adik2 n anak sedara aje... insyaallah kan kak... ada rezeki ida 1 hari nanti...

wah... dh ada fb... bolehlah kita ber fb pulak lepas ni... hehe...

tahniah buat anak sedara akak. pandainya dia.. insyaallah anak2 akak pasti ikut jejak dia jugak... amin...

Fairuz Selamat said...

sicuk je zaff ni... dah la td test poyo semacam.. ahahahahaahah

Anonymous said...

hi kak zie yg tatot gemok ye.. meh la kasi sy lemak2 akak tu bole la sy tambah berat badan sy ni hehehe.. lain mcm je asben akk ngidam mkn ikan kembong? gurau je mane tahu akk kot2 ade isi x kalo betol alhamdulilah hehe jgn la mara ye kak zie sy bergurau ni.. TAHNIAH anak sedara akk dpt 9A bravo2 insya allah ANAK2 kak zie ikot jejak dia coz kak zie pon ape kurangnye mendidik anak2 kan3 TAJLENA SZ

Sangdewi said...

Salam...

Zaff..mmg Luqman adik di Annur tula. Nt dah ada anak letaklah nama Luqman tu....
Nak jd tutor..takut mak dia plak yang kena tutor nanti...

Ida...insyaAllah banyakkan berdoa n bersabar..Allah tu Maha Adil..kita je tak tau apa rahsianya....

Arieda..ttg ABP tuh dah tanyakan fans nama Ejay, dia kata buat macam biasa je. Sistem set tu masa nak pilih top 5 dulu.

Fairuz..hahahah..tak habis2 perang ngan Zaff ek. Jangan camgini, nanti korang terkawhwin baru tau...usi2 mengusik membawa bahagia.

Tajlena...hai, mmg takut kalau berat badan naik lagi..ni pun rasa cam tak berapa nak ideal dah...heheheh
Anak2 kz tu tak taulah..harap2 oklah nanti....

Azwan Hashim said...

Salam Kak Zyee..

Lastly akak ada gak facebook ek..good news ni..huhu..
lepas ni mesti akak hari2 layan fb ni ..hehe..nanti suruh lah boss akak wat sekali fb ni ek..;)
dah lah ramai menyamar jd boss akak kt myspace ngn friendster.. kesian plak bg fans yg x tau..
jadi "tipah tertipu" plak..

sitijune said...

salam kak zyee...

june dah biasa tgok pic damia ngan put'a...nabil mane??? nak juga tgok... anak kak zyee erk yg dalam VC 'janji kasih' tu...comey jerr..tp skg dah besar da smua...

smoga kak zyee n family sentiasa sehat erk..