Thursday, January 29, 2009

Manalah buku ASB aku...????

Tiba-tiba aku rasa hari ni menjadi hari yang sibuk. Seawal pagi, aku jalankan rutin biasa sebelum ke opis. Sampai di opis, aku tak menang tangan menyediakan cd gambar, biodata dan press release Coda untuk di bawa ke pejabat NSTP nanti.

Selain tu, lihat e-mel wartawan yang menghantar soalan untuk boss, ada yang dateline hari ini. Aku telefon boss bertanyakan jawapannya dan membalas e-mel tersebut. Aku ni memang merangkap sekretari boss, kalau ada soalan senang saja, telefon boss, minta dia jawap dan aku taipkan saja. Kalau boss rajin, dia akan jawap dan balas e-mel sendiri....

Tak sedar, sejak jam 10 pagi sampai dah melebihi jam 1 tengah hari, aku masih lagi menyiapkan keperluan Coda untuk dibawa ke NSTP. Coda dah menunggu dalam kereta, aku baru hendak turun tangga. Bergegas juga ke NSTP kerana bimbang lewat.

Sampai di NSTP, aku ajak Coda makan dulu di cafe dan telefon press NST untuk join kami. Alhamdulillah sempat juga makan sebab dari pagi aku tak sempat jamah apa pun. Sambil makan, Coda diwawancara oleh Radin, wartawan NST yang aku kira begitu berpengetahuan tentang muzik, indie band dan juga perkembangan band di Malaysia.

Lepas makan, Coda diajak fotografi di roof top bangunan NSTP. Macam-macam aksi dorang buat, ada memanjat, ada melompat. Aku sempat juga sediakan bahan-bahan Coda untuk akhbar lain di NSTP sepeti Berita Minggu, Berita Harian, Harian Metro dan Metro Ahad. Kebetulan aku bertemu dengan wartawan2 akhbar ini yang kebetulan sedang makan di cafe yang sama.

Selesai fotografi dan wawancara, kami semua pulang ke pejabat. Aku minta Coda tunggu untuk adakan meeting sekejap. Pertama sekali aku serahkan setiap anggota Coda Diari 2009 dan sebatang pen (heheh..siap bagi pen tu....). Kami berbincang tentang jadual mereka dan terus masukkan dalam diari tersebut.

Aku juga bercakap tentang plan album Coda dipasarkan dan apa yang harus dibuat. Kemungkinan besar akhir Februari akan berada di pasaran. Bila dah habis bincang tentang jadual dan plan, barulah aku tunjukkan artwork album Coda minta diteliti jika ada pembetulan dan penambahan.

Selesai perbincangan tu, aku terus e-mel ke abang Nuar yang buat artwork dan bagitau apa pembetulan, penambahan dan sebagainya. Tak banyak, cuma ada sikit-sikit saja yang perlu dibuat oleh abang Nuar.

Tak sedar waktu kerja dah tamat, dah jam 5.30pm tapi ramai lagi di opis. Kebetulan hari hujan, agaknya ramai yang lesu nak balik. Dari opis singgah di gerai kuih dan kedai belikan minuman yang dipesan Put'a.

Sepanjang malam ni aku sibuk mencari buku ASB aku? Dah dua kali hilang, aduhai..manalah perginya. Puas dah cari di segenap pelusuk rumah aku ni, tapi masih tak jumpa. Frust sangat rasanya. Puas aku fikir, manalah aku letak, tapi masih tak temu punca. Iskhhhh......

Bukan tak boleh buat buku baru tapi lecehlah...kena isi borang, jumpa Pesuruhjaya Sumpah, banyaklah prosesnya. Dulu aku dah buat sekali, lama jugaklah menunggu.

Minta-minta dapatlah ilham malam ni di manakah aku letak buku tu, secara logiknya semua tempat yang logik aku simpan benda2 penting dah aku cari. Ni sebab frust tak jumpalah aku buka laptop dan tulis blog ni.

Wednesday, January 28, 2009

Cuti & Kerja

27 Jan-Pagi-pagi lagi aku dah terjaga, memang malas sangat nak bangun tapi tak bolehlah kan....
Mak dan bapa mentua aku keluar pagi, mak kata nak cari sarapan pagi. Sementara menunggu mereka balik, aku dan Put'a bancuh air dan cicah teh o dengan biskut buat alas perut. Lagipun aku dah terbiasa bangun pagi mesti makan sikit, selalunya temankan Put'a yang nak ke sekolah bersarapan.

Mak mentua balik belikan roti canai, aku makan sikit saja dan temankan Papa makan. Selesai sarapan, aku bantu mentua di dapur siapkan makan tengah hari sebelum berehat sebelum mengemas. Hari ni rezeki mak mentua aku dapat beli banyak jenis ikan sungai. Keluarga mentua aku ni memang suka makan ikan sungai.

Ada yang dimasak gulai tempoyak, ada yang digoreng. Oleh kerana aku tak makan ikan sungai, aku pun masak lauk yang aku suka, mudah saja..telur.

Sebelum jam 3 petang memang habiskan masa di rumah mentua saja. Lepas tu terus balik ke KL besar sebab tak mahu menempuh traffic jam kalau lambat keluar rumah. Tiba di Raub memang dah mula jam dan Papa ikut jalan alternatif lain untuk keluar ke Bentong.

Sampai di Bentong jam juga. Bila dah masuk highway dan melepasi tol, jalan semakin ok sampailah ke rumah. Sebelum balik tu aku singgah di gerai nasi ayam, beli bungkus sebab malas nak masak untuk makan malam.

Sampai je ke rumah, selepas hidangkan makanan anak-anak dan Papa, aku mula sibuk membasuh kain baju yang banyak sewaktu balik ke kampung. Bukan aku yang basuh, mesinlah yang basuh. Aku jemur baju anak-anak malam tu juga sebab esok nak jemur baju orang dewasa pula. Nanti tak muat pula ampaian.

D.J bawakkan kek lapis masam manis yang aku tempah daripada mak dia. Habis jugalah 3-4 potong sebelum aku tidur. Aku nak tidur awal sebab esok banyak kerja, biasanya kalau banyak kerja aku nak rehatkan minda dulu.

28 Jan- Aku memang akui berkali-kali membaca surat yang diberi oleh cikgu Nabil bahawa Rabu sampai Jumaat, Nabil kena sekolah. Walaupun aku pelik mengapa kena sekolah sebab sekolah sedang bercuti 10 hari tapi aku tak kisahlah.

Pagi ni Put'a dan Damia hantar Nabil ke sekolah. Kemudian Put'a balik bagitau aku sekolah Nabil berkunci dan tak ada orang. Aku dah agak mesti aku ni tersalah baca ke apa ntah. Walaupun aku dah baca berkali-kali tapi aku tetap heran mengapa aku salah baca? Tak mengapalah..maknanya Nabil masih bercuti, 3 Februari nanti baru bersekolah semula. Put'a saja yang bersekolah petang ni tapi sekolah agama saja.

Aku siapkan makan tengah hari dengan pantasnya hari ini. Ada seekor ikan siakap yang maid aku letak dalam sink, aku tahu itu ikan yang Papa dapat masa memancing semalam. Tanpa berfikir, aku terus potong ikan siakap, dagingnya aku goreng dan bahagian kepalanya aku buat gulai lemak. Masak beberapa lauk lagi tapi semuanya ringkas sebab aku perlu bersiap untuk pergi kerja.

A ambil aku di rumah, dan kemudian ke opis bertemu Coda. Semua anggota dah sampai kecuali Freddy, tunggu dia sampai dan kemudian kami semua berangkat ke pejabat Utusan Melayu, tempat kerja aku dulu.

Hari ni Coda ada fotografi dan wawancara dengan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo. Semuanya berjalan lancar dan aku sempat bersembang dengan rakan wartawan masa aku kerja dan baik sampai sekarang termasuk editor aku dulu, abang Ku Seman. Jumpa dan sapa dia kejap saja, aku ucapkan takziah atas pemergian isterinya beberapa bulan lalu.

A.Z ambil aku di Utusan dan kemudiannya bergerak ke rumah boss. Hari ni boss ada rakaman untuk lagu Palestine berjudul Suara Sepi (Di Bumi Anbia). Lagu oleh Johari Teh dan lirik Habsah Hassan. Studio yang dipilih tak jauh dari rumah boss, sampai saja di studio, boss kena interview dengan wartawan Melodi TV3. Kata mereka, temubual dengan boss masa pelancaran album dahulu audionya tak keluar dan kali ni mereka datang untuk interview sekali lagi. Dalam 10 minit temubual, boss terus memulakan rakaman suara untuk lagu ni.

Tak lama, setengah jam saja dah siap. Lagu ni adalah sumbangan boss untuk kempen menghapus peperangan dan penindasan ke atas Palestine. Pada show 31 Jan di Istana Budaya nanti, boss akan bawakan lagu ini.

Selesai studio, boss ajak singgah di farmasi, tempat yang paling disukainya. Boss ni boleh habiskan masa berjam di farmasi kalau tak ditegur, tapi hari ni dia dah set barang apa yang nak dibeli, jadinya kejap sajalah.

Selepas hantar boss balik rumah, A.Z awal-awal lagi dah bagitau yang dia akan terus hantar aku balik rumah. Hehehhe..aku faham, dia ada date, biasanya kalau nak gi dating macam tulah. Tapi kalau takde apa-apa hal, kami mesti lepak minum2 dulu.

Tuesday, January 27, 2009

Cerita Kampung....

26 Jan-Bercerita tentang balik kampung ni, seperkara yang aku cuba buat adalah mendokumentasikan gambar2 dan tempat2 kenangan sejak aku lahir sampailah sekarang. Walaupun belum sepenuhnya sempurna tapi ada di antaranya aku dah dapat.

Walaupun aku bukan tokoh, artis atau selebriti yang sering menghasilkan biografi atau autobiografi tetapi bagi aku amat penting untuk kita berbuat sesuatu tentang diri dan sejarah kita sendiri. Barangkali lebih mudah kita lakukan sendiri....
Aku nak anak cucu aku nanti mengenal siapa aku, siapa suamiku....sekurang-kurangnya mereka boleh mengenal kita dan bercerita kepada anak-anak, cucu cicit mereka pula. Apatah lagi bila kita sendiri yang mendokumentasikan sejarah kita, bukan perlu buku setebal tokoh-tokoh, hanya sekadar sebuah buku yang lengkap tentang siapa dan sejarah kita. Tulis tangan pun tak mengapa.
Justeru kat sini, aku berkongsi gambar-gambar aku kat beberapa tempat yang aku kira ada sejarahnya sendiri. Gambar-gambar ni adalah gambar sekolah dan juga tempat tinggal aku, sebenarnya banyak lagi gambar tapi belum cukup untuk dikongsi di sini. Nanti bila sempurna aku akan letakkan kat sini.


Ini gambar sekolah rendah aku dari darjah 1 sampailah darjah 6. Aku menjadi antara murid pertama yang bertudung di sekolah ini iaitu pada tahun 1981. Hari pertama ke sekolah juga aku pergi seorang diri, mendaftar dan cari kelas sendiri. Sejarah terbaik, tiap-tiap tahun aku dikira antara pelajar cemerlang dari darjah 1 sampailah darjah 6 yang mendapat no.1 atau no.2 dalam kelas setiap kali peperiksan. Bestnya kat sekolah ni, semua cikgu sayang kat aku.


Ini pula sekolah menengah dari tingkatan 1-tingkatan 5. Aku terpilih untuk belajar dalam kelas rancangan khas (KRK) di sini. Banyak sangat kenangan membanggakan di sekolah ni. Antaranya aku jadi pemantun sekolah, daerah dan pahang dari tingkatan 2 sampailah tingkatan 5. Aku juga terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri untuk pemilihan Puteri Islam Negeri. Di sekolah ini aku dapat kepercayaan dari cikgu untuk menjadi ahli sidang redaksi majalah sekolah sejak tingkatan 2 dan terus menjadi editor masa aku tingkatan 4 dan 5. Yang paling tak boleh lupa, cikgu-cikgu sentiasa akan cari alasan supaya aku tak kena denda atau kena rotan bila hukuman dikenakan kat kelas, asrama atau sekolah aku. Ada-ada saja yang cikgu akan berikan aku kerja supaya aku tak dikenakan denda. Tapi warden asrama memang berbulu sikit dengan aku sebab aku suka bawa alat solek dan majalah hiburan ke asrama, ini memang selalu kena rampas.
Ini bangunan sekolah paling depan, masa aku tingkatan 4, aku di bangunan ni. Kenangan melucukan bila ada seorang cikgu yang ajak aku kahwin. Hahahha...aku ingat bergurau, rupanya dia sanggup tunggu aku habis SPM. Biar betul.....


Ni kawasan depan pagar sekolah, selalu cuci mata kat sini...hehehhe...tak adalah. Sebenarnya kalau balik sekolah ramailah yang berkumpul kat sini sementara tunggu bas. Disebabkan aku tinggal di asrama makanya jarang sekalilah aku lepak kat sini. Tu dok berangan tepi pokok, biasalah penggemar filem hindustan kan....

Ini bus stop depan sekolah, kalau hujung minggu nak keluar, biasanya tunggu bas kat sini. Bila dah nampak bas, barulah melintas seberang jalan.


Depan Asrama Puteri...dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 aku tinggal kat sini. Asrama ni bagi aku yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan. Kebanyakan benda-benda yang berkaitan dengan kehidupan aku belajar kat sinilah. Asrama ni tempat paling best bagi aku sebab selama berada di sini, ramai kawan2 dan yang paling best, pertama kali aku bertemu dengan boss aku, kat asrama ni la. Dia datang untuk latihan bola baling wakil daerah di sekolah aku dan tinggallah di asrama ni dalam seminggu lebih rasanya....



Kat belakang tu yang berpapan tanda `Toshiba' asalnya adalah rumah sewa keluarga aku dulu-dulu. Aku tinggal kat sini sejak aku lahir sampailah penghujung tahun 1986. Rumah ni rumah kedai 3 tingkat, arwah ayah aku dulu berniaga dan di sinilah aku mengenali ramai jiran-jiran Cina. Jadinya kawan-kawan aku masa kecil kebanyakannya orang Cina.


Kedai yang bercat hijau belakang proton merah tu adalah rumah kedai arwah ayah aku. Aku tinggal kat situ dari tahun 1987 sampailah umur aku 21 tahun nak masuk 22 tahun. Banyak kenangan kat rumah ni, suka duka pahit manis kami sekeluarga.

Berbalik pada cerita aku kalau dah berada di kampung, ada sikit sifat mengada...manja. Maklumlah anak bongsu, jadinya aku dah beranak pinak ni pun masih rasa aura jadi anak bongsu. Sudahnya bila bangun tidur je, sarapan pagi memang dah tersedia. Ala..kakak-kakak akulah yang sediakan. Bukannya selalu, balik pun sekali sekala.

Kali ni aku balik kampung bawa laptop, jadinya dapatlah tengok apa yang patut di alam siber ni. Sambil tu aku tak lupa hantar mesej kerja kepada semua artis dan team SNP. Biasanya bil telefon bulanan aku memang banyak sebab hantar standard message kat semua orang, tu belum lagi kalau ada apa-apa acara, semua undangan juga dibuat dengan sms. Fuh! Nasib baiklah aku ni rajin menaip sms....

Sementara ,menunggu tengah hari aku lepak-lepak je, tengok sekeliling rumah dan layan Damia yang memang suka balik kampung. Kat depan rumah aku kawasan atau halaman agak luaslah, bolehlah budak2 ni nak bermain.

Tak lama lepas sarapan, kakak dan abang ipar aku datang. Kakak aku yang ni nanti dalam tulisab blog aku seterusnya aku namakan dia Kak C. Biasanya kalau dia tahu aku ada balik kampung, pasti datang singgah sekejap. Dia ni kira ngam dengan aku, maklumlah tarikh lahir kami sama.
Masa kakak-kakak aku sibuk di dapur untuk masak tengah hari (Kak A dan Kak I), aku pun pergilah jenguk2 jugak. Tolong apa yang patut je. Hari ni masak sup ikan merah yang Papa dapat masa memancing. Rezekilah, semua dapat merasa.

Lepas makan tengah hari dengan Papa, barulah aku mandi dan lelap kejap. Eh lelap ke? Tak perasan pulak aku, rasanya macam pejam je mata tapi tak lelap sebab Damia tidur di sebelah. Kaki dia asyiklah terkena muka aku, agaknya pasal tula aku tak lena.

Bila aku bangun, mak aku minta buatkan cokodok ikan bilis. Kali ni aku volunteer pula nak mengoreng cokodok, maklumlah petang ni dah nak balik ke rumah mentua aku pulak.
Selesai minum petang dengan cokodok tersedap yang aku masak tadi, kami anak beranak berangkat pula ke KL kecil, rumah mentua aku.

Sampai di rumah mentua, lepak-lepak, borak dan makan malam. Lepas makan malam, aku, Papa, mak menta, Put'a dan Nabil ke padang dekat bandar yang ada ekspo. Ingatkan banyaklah gerai jualan tapi bila sampai tak banyak pun barang yang dijual. Mainan kanak-kanak banyaklah. Habiskan masa lebih sejam jugalah meninjau-ninjau di situ, tak beli apa pun, cuma mainan Nabil saja.

Mak mentua ajak pusing-pusing KL kecil sebelum balik. Bandar ni kalau malam memang sunyi sikit. Puas jugaklah kami cari gerai jual sate sebab teringin nak makan tapi semuanya tutup. Cuti raya Cina kan, jadinya banyak gerai tutup. Singgah di kedai mamak, beli majalah sebelum balik.

Balik tu aku heran bila semua orang tak naik ke bilik tingkat atas. Mulanya aku lepak sorang-sorang dalam bilik, tapi tetiba aku rasa seram pula (perasaan sendiri je...). Rupa-rupanya semua nak tidur kat bawah, lepak depan tv. Papa senyum je tengok aku turun bawak bantal dan selimut, rupanya dia memang dah plan nak tidur di bawah.Layan tv sebelum tidur, lepas tu aku terus lena dalam sayup-sayup dengar suara mentua aku.......

Monday, January 26, 2009

Balik kampung..yeay!!!

25 Jan-Pagi ni Papa baru balik dari memancing, terus sarapan dengan anak-anak. Terbantut hajat aku nak lelap lama sikit sebab cuti tapi subuh pagi lagi Papa dah kejutkan. Sempatlah sarapan dengan Put'a dan Damia yang dah bangun, Nabil masih tidur lagi.

Lepas sarapan Papa tidur sebab sepanjang malam berjaga memancing. Aku terus siapkan makan tengah hari sebab lepas ni nak pergi kerja pula. A, D.J dah menunggu di sebelah rumah, Sairah pun naik kereta sekali.

Jam 1.30pm dah sampai di Giant, Kinrara, Puchong. Sairah muncul dalam program Muzikfm 10 anjuran Radio Muzik FM. Lagu Sairah tersenarai dalam carta 10 dan kali ini dia menghiburkan pengunjung Giant, ramai lagilah artis yang hadir. Lagu Hero Wayang menampilkan 3 anggota VE dan Dali Ahli Fiqir. Yang hadir cuma Dali Ahli Fiqir menemani Sairah. Terima kasih Dali.

Balik ke rumah dan siapkan barang-barang nak balik kampung. Biasanya aku yang akan mengemaskan barang2 anak selain barang aku dan Papa. Bila dah selesai, kami bertolak ke kampung. Singgah makan kejap, ada insiden pulak, mulut Nabil tersadung pada bucu meja dan berdarah. Nasib baiklah Nabil tak buat perangai, bad mood ke, dia ok je cuma nampaklah dia risau bibir dia berdarah.

Hampir jam 11 malam, aku sampai ke rumah keluarga aku. Ramai yang tak tidur lagi, lepak tengok tv. Damia macam biasalah, mesti tidur lambat bila dah terjaga. Dalam perjalanan dia dah tidur, susahlah nak tidur pulak. Bila dah melebihi tengah malam, aku hantar Damia tidur dengan maid aku. Lama jugaklah, barulah Damia lelap.

Sunday, January 25, 2009

Sabtu bersama keluarga

24 Jan- Hari ni memang tak ada apa-apa, bercadang balik kampung tapi esok aku ada kerja dengan Sairah. Aku cadang habiskan masa dengan keluarga je hari ni.

Petang kami anak beranak keluar ke The Mines. Papa berhajat ke Janda Baik bawak anak-anak tapi memandangkan akan menempuh traffic jam, aku cadangkan agar kami keluar ke kawasan yang berdekatan saja. Banyak tempat yang nak dituju tapi bila fikirkan The Mines paling dekat dan banyak aktiviti boleh dibuat untuk anak-anak, semua setuju ke sana saja.

Jalan-jalan dan makan-makan kemudian balik ke rumah. Malam yang panjang ni aku hanya menonton televisyen, banyak filem yang menarik di Astro sejak kebelakangan ini. Papa seperti biasa dah berjanji dengan teman-temannya pergi memancing.

Saturday, January 24, 2009

Jumaat yang penat.....

23 Jan- Aku ke pejabat agak lewat kerana ada urusan di sekolah Nabil. Jadual hari ini aku bersama Sairah, ada fotografi dengan majalah URTV. Kata Sairah, dia akan pergi sendiri ke lokasi di QH, KL. Aku janji dengan team SNP, A (ni team kerja baru SNP) untuk ke QH. Sampai di QH, Sairah belum tiba lagi. Sewaktu di lobi QH, kek oren berkrim amatlah menggugat iman. Teringin nak cuba, dan aku minta sepotong kek dan duduk makan di coffee house QH terlebih dahulu. Mmmmm..memang sedap.

Sementara masih menunggu Sairah, aku naik dahulu ke bilik hotel untuk bertemu wartawan S dan jurugambar J.I. Berborak-borak selepas lama tak bertemu mereka. Banyak cerita yang keluar dan selalunya bila sesekali berjumpa memang beginilah....macam-macam cerita yang dikongsi.

Bila Sairah sampai, dia terus `touch up' dan suai padankan baju. Hari ini Sairah bertukar 3 pasang baju. Dalam sesi fotografi hari ini, Stacy turut serta tapi dia hanya bergambar solo, macam Sairah juga.

Habis saja sesi fotografi, aku dan A singgah kat kiosk jual perfume di lobi QH. Memang sejak sampai tadi aku dah usha nak beli perfume, kebetulan perfume Papa dah habis 2 hari lalu. Setelah test 2, 3 jenama, aku berkenan kat satu bau perfume ni dan terus beli.

Balik ke opis dan siapkan beberapa kerja kerana lepas ni opis tutup 4 hari. Sblm balik aku dah pesan dengan Papa nak keluar beli barang keperluan rumah sebelum balik ke rumah. Balik tu singgah di Econsave berdekatan, beli barangan untuk sebulan dan kemudian balik. Dapatlah rehat sekejap sebelum keluar dengan Papa ke Leisure Mall untuk jumpa seseorang ni....

Jam 9 mlm aku dan Papa sampai di Leisure Mall, janji dengan produser dan komposer A bertemu di Delifrance. Aku cadangkan agar komposer A ni yang akan terbitkan album penuh Saida dan Sairah. Sebelum ni memang dah bercakap dengan dia di telefon dan bagitau apa hajat SNP. Dan pertemuan malam ni lebih kepada kerja-kerja beliau seterusnya jika bersetuju untuk bekerjasama.

Lama juga berbincang dengan A, dari delifrance ke kaki lima Leisure Mall. Hampir jam 12 malam baru habis, banyak yang dibincangkan. Sebenarnya bagi aku komposer A ni unik sikit, tak mudah nak approach dia dan cara nak bercakap dengan dia pun lain macam sikit, apatah lagi bila dengar dia bercakap. Heheheh..tapi aku dah biasa handle dengan orang macam ni, bagi aku malam ni membuka sikit demi sikit keterbukaan antara minda aku, Papa dan komposer A.

Perbincangan bukan hanya sekitar penerbitan album Saida dan Sairah malah banyak berkisar tentang industri muzik, dilema, bisnes dan lain2. Tak mudah sebenarnya berada dalam industri ini kerana ia tak sama dengan industri atau pekerjaan mahupun perniagaan lain. Aku kira semua ini membantu antara satu sama lain dalam memberi dan mengeluarkan idea di samping memperjelaskan sebab, musabab, perkara berbangkit dan lain-lain. Apa yang aku dapat daripada pertemuan ini adalah sisi positif komposer A tentang perjuangan dalam seni.

Oleh kerana kepenatan, bila aku melabuhkan saja kepala ke bantal, terus tertidur lena. Tak sedar apa dah...

Friday, January 23, 2009

Chef Kue Teow Kung Fu

22 Jan- Secelik saja mata pagi ni, dah agak Papa mesti tak balik lagi. Selalunya macam ni la, kalau anak dan bapa dah bertemu, memang aku akan jarang-jarang jumpa Papa. Tapi sebenarnya benda ni bukan baru, aku memang dah faham sangat dah hobi dua beranak ni, kalau memancing janganlah nak halang atau nak kacau dorang. Memancing tu terapi agaknya.....

Bila aku telefon Papa, katanya tengah hari nanti baru balik...huh, lama tu kan? Jam 10pm malam semalam sampai tengah hari ni nanti...hehehhehe, amacam? Sebenarnya tu bukanlah lama sgt, ada lagi yang lebih lama sebelum ni, aku dan mak mentuaku memang dah faham sangat dah, kiranya kalau dorang gi memancing, bersedialah dengan aktiviti masing-masing. Kalau hari kerja, macam biasalah aku akan buat kerja, kalau hari cuti, sama ada aku gi spa ke, gi shopping atau duduk je kat rumah melayan anak-anak.

Tadi, boss telefon aku minta datang menghadap ke rumahnya. Hehehe..ingatkan nak buat apa, dengan suara yang amatlah lemah lembut dan gemalai, minta aku datang masakkan kue teow kung fu. Resipi ni memanglah istimewa, masa aku aktif kat RS dulu (RS:Resipi Sangdewi), biasanya budak-budak Sitizone dan teman2 akan suruh aku masakkan kue teow ni. Tapi bila aku dah jarang kat RS, ada pula yang sampai sekarang kempunan nak makan, kesian....

Aku, DJ dan AZ terus ke rumah boss. Bahan-bahan boss dah belikan. Tak sama kalau memasak kat rumah sendiri dan rumah orang ni. Kalau rumah sendiri kita dah tau nak capai apa kat sana, capai itu kat sini....lambat sikitlah kalau kat rumah boss ni. Tapi takpe, bukanlah lama sgt pun nak siapkan..dalam 40 minit je.

Bila dah masak, boss dan DJ pun rasalah kue teow tu. Harap-harap sedaplah ya.....Macam mak mentua boss kata, kalau sedap nanti dorang akan panggil lagi `chef' ni. Aku bagitaulah, kalau tak panggil tu maknanya tak sedaplah kan...hehheheh

Sekarang ni kat opis. Tadi dah siapkan hal Sairah untuk esok dan juga promosi awal Coda dengan press selepas raya Cina nanti. Kena buat jadual dari sekarang sebab tak lama lagi dah cuti 4 hari.

Thursday, January 22, 2009

Ewah-Ewah.....

21 Jan- Jam 5am dah terjaga dari tidur, bunyi alarm jam yang teramatlah bingitnya. Papa kunci jam sebab pukul 6am nak bergerak ke daerah M, ada kerja. Siapkan sarapan Papa dulu sebelum kejutkan Put'a bangun untuk ke sekolah. Jam 6am, Papa dan 2 teman bergerak ke M. Kemudian barulah aku kejutkan Put'a. Sambil tunggu van sekolah Put'a sampai, aku terus siapkan sarapan pagi dan masak untuk makan tengah hari terus. Sengaja aku siapkan semuanya lebih awal kerana nak plan tidur lama sikit lepas ni.

Jam 8.15am seperti biasa aku bangun semula untuk siapkan Nabil ke sekolah, bezanya aku tak perlu bersusah-susah nak masak makanan tengah hari time ni.

Bersiap-siap ke pejabat, tunggu jam 1pm untuk bertolak ke Damansara, Saida dan Sairah ada shooting program baru TV3, Ewah-Ewah. Sampai di sana sekitar jam 2pm, dua beradik ni `touch up' make up dulu dan siap2 dengan t-shirt `rumah kuning' Ewah-Ewah. Program ni adalah games show antara selebriti atau artis. Pasangan adik beradik Pija dan Naufarah pun turut serta, dorang rumah merah. Ada pasangan lelaki, Akhbar (pengacara scoreboard tv3) dan sorang laki pelakon pula dalam pasukan rumah biru.

Segmen pertama kesian tengok pasukan kuning ni, buzzer tak menyala walaupun banyak kali dapat peluang untuk menjawab soalan. Bila dah beberapa kali berlaku, barulah pihak penerbit check buzzer pasukan kuning. Memang ada masalah sebenarnya tapi takkan nak mulakan semula. Takpelah..kira halal lah yang tadi tu.

Game ke 2, pasukan kuning menyerlah, game ke 3 pula so-so je, lastly pasukan merah yang berjaya ke final. Seronok je kan, bukan apa-apa pun. Yang penting program ni kira menghiburkanlah.

Papa yang balik dari daerah M, ada belikan ikan patin masak tempoyak. Put'a memang suka dan tak sabar nak makan dengan Papanya. Nabil langsung taknak sebab asyik main games kat hp Put'a. Akhirnya Damia yang datang terkedek-kedek duduk atas riba Papa dan menghabiskan ikan patin. Tak sangka juga Damia suka ikan patin, tapi biasalah..dah namanya orang Pahang, duduk kat mana pun memang ikan patin ni jadi kegemaran. Aku???? Heehheh..walaupun anak jati Pahang, aku berkecuali..tapi bab masak ikan patin masak tempoyak, kira terrorlah....makan, jauh sekali.

Malam tidur awal, Papa macam biasa pergi memancing dengan bapa mertuaku. Mesti lambat balik punyalah.........

Wednesday, January 21, 2009

Setelah sekian lama.....

Tahun 2006 mencatat banyak kisah dan tahun itu juga menjadi antara sebab mengapa aku terpaksa memberhentikan penulisan dalam blog dan juga melupakan sejarah hari yang dilalui. Tidak mudah menulis sesuatu hanya sekadar mengisi makna hari yang aku sendiri tidak pasti apakah tulisan dan catatanku itu akan memberi erti. Bukan mudah juga mahu meninggalkan sesuatu dengan tiba-tiba tetapi setiap takdir yang datang aku sendiri tidak mampu meneka.

Barangkali jika punya waktu akan aku imbas kembali 2006, 2007 dan 2008 yang aku kira punya pelbagai kisah yang begitu terkesan di jiwa. Suka, duka, bahagia, lara, kecewa semuanya menjadi ceritera yang ada antaranya tak mampu ditulis dengan tinta, diingat dengan minda dan ditajamkan dengan rasa. Segala yang berbekas di hati bukan semua mahu dikongsi namun minda menjadi diari..barangkali diingat sampai mati.

Sejak menulis blog seawal 2003, aku kira segalanya mungkin kan berubah dan tidak menjadi seperti sedia kala. Hari, masa, usia, keadaan dan banyak perkara yang sama mengiringi perjalanan hari memungkinkan semua ini beralih situasi. Mungkin aku akan menulis dengan lebih terbuka, atau juga meletakkan diri menjadi lebih rela berkongsi cerita aku, dia dan siapa-siapa, boleh jadi juga aku masih memilih menulis dalam rahsia. Entah..aku mula mencatat sesuatu hari ini dengan situasi dan posisi diri yang dilabel: senang hati.

Januari 2009: Awal tahun yang sibuk dengan urusan anak-anak. Put'a (dahulunya aku menulis PSNN) akan masuk darjah 3 dan Nabil (dahulu: Junior) akan memulakan tahun pertama bersekolah tadika walaupun sudah berusia 6 tahun. Bagi yang belum tahu, Nabil anak yang hyper active tetapi masih boleh dikawal. Tidak ada masalah besar tentang dirinya cuma sewaktu Nabil berusia 5 tahun aku fikir biarlah Nabil belajar di rumah dahulu.

Segala persiapan sekolah Put'a aku dahulukan kerana dia bakal bergelar pengawas sekolah. Kelengkapan seragam sekolah semua harus ditukar baru. Aku mengajak Put'a sendiri memilih apa yang disukainya. Ahad, 4 Januari, persiapan untuk Put'a lengkap. 1 jam aku memanggil Put'a, memberi nasihat, motivasi dan bercakap soal penampilan, kebersihan dan yang penting tanggungjawab. Aku kira bila sudah bergelar pengawas sekolah, Put'a harus lebih berketrampilan dan mampu menjadi bukan sahaja murid malah anak yang baik dan bertanggungjawab. Adakala airmata Put'a bergenang, aku tidak tahu apa yang Put'a fikirkan tetapi sejak darjah 1 sampailah hendak masuk darjah 3, aku memang bercakap cara orang dewasa dengan Put'a.

Mr.Roland, cikgu Nabil, menyuruhku menghantar Nabil ke sekolah pada hari Rabu. Ada seorang guru khas yang memang khusus aku bayar untuk mengendalikan Nabil. Kelas Nabil juga tidak ramai, hanya 5-6 orang dan selain guru yang biasa mengajar, di sebelah Nabil akan ada guru khas yang memantau Nabil.

Damia (nama ini belum ada dalam blog sebelum ini;dia adik kepada Put'a dan Nabil, baru berusia 1 tahun 6 bulan) ada tugas khas setiap pagi iaitu menghantar Nabil ke sekolah. Hehehhe...pembantu rumahku, Nor, akan mendukung Nabil yang manja (ahaks!) ke sekolah di hujung rumah dan Damia hanya dipimpin. (Nabil ni degil, kalau tidak didukung dia tak mahu ke sekolah).

Musim persekolahan ini, biasalah sebagai ibu tentulah aku tidak cukup tidur. Jam 6am sudah bangun, selepas Subuh siapkan Put'a ke sekolah. Lena sekejap, jam 8am bangun lagi untuk siapkan Nabil pula, dan biasanya selepas Nabil ke sekolah aku terus menyiapkan sarapan pagi dan makanan tengah hari seisi keluarga. Rutin aku sehari-hari beginilah. Selesai semuanya barulah memulakan kerja atau ke pejabat. Jika ada urusan kerja di subuh pagi, aku akan bangun jam 5 pagi menyediakan semuanya. Seronok bukan?

Tentang dia (dia:bossku, dulu aku menggelarkan dia.sekarang aku namakan boss) pula, Alhamdulillah aku masih lagi bersamanya, bekerja dengannya dan mengatur perjalanan kariernya.

Sejak September tahun lalu, aku sibuk menguruskan rakaman album terbarunya.Untuk memulakan sesuatu produksi memang tidak mudah. Terlalu banyak yang harus dilaksanakan dan diperinci. Alhamdulillah, 26 Disember tahun lalu, album tersebut sudah diedarkan. Kesibukan sebelum album keluar dan selepasnya boleh dikatakan sama. Banyak yang harus diaturkan pula termasuk promosi dll. Setakat ini lingkup kerja masih berkitar tentang album. Team kerja sudah bertambah berbanding 3 tahun lalu, jadinya kerja boleh dibahagi-bahagi.

Oh!Ya, aku bukan saja menguruskan soal bossku saja sekarang ini, sudah ada 3 keluarga baru di SNP iaitu Saida, Sairah dan Coda. Coda sedang menanti album dikeluarkan, sekarang aku sedang berurusan dengan pengedar album. Saida dan Sairah akan merakamkan album duo, paling lewat di pasaran Jun nanti. Namun di permulaan karier mereka, Saida sudahpun mempunyai 1 single dan Sairah 2 single. Mereka bertiga ini adalah revolusi baru dalam kerjayaku setelah 11 tahun menguruskan boss bersendirian. Mungkin kerja bertambah tetapi aku kira formulanya tidak jauh berbeza cuma tuah manusia sahaja yang tidak bisa dijangka.

1 Jan- Malam menjelang 1hb, kami sekeluarga menyambut ulangtahun ibu mertua dan adik iparku, A di sebuah restoran Arab. Itulah pertama kali aku makan di restoran Arab, tak banyak pilihan, aku memilih nasi beriyani ayam sahaja. Mungkin memang payah nak masuk selera, aku minta cili padi. Malangnya tak disediakan cili padi, kata waiter di situ, orang Arab tak makan pedas.

Aku, Papa, Put'a, Nabil dan Damia ikut sekali ke majlis ringkas yang diadakan oleh boss. Oleh kerana ibu mertua dilahirkan pada 31 Disember dan A pada 1 Jan, majlis diadakan sekaligus. Staff SNP juga hadir dan selebihnya kami semua bersembang-sembang kosong sahaj

Hari ini hanya lepak di rumah, petang barulah keluar dengan Papa dan anak-anak.Memikirkan esok dah mula bekerja, aku memilih untuk santai sahaja hari ini.

2 Jan- Oleh kerana beban kerja agak banyak dan seperti biasa aku diserang `migrain'. Urusan boss hari ini aku tidak serta. Rehat sekejap di rumah dan tengah hari baru aku ke opis.

4 Jan-Papa balik memancing subuh hampir jam 7 pagi. Rutin Papa kalau bapa mertuaku ada di KL adalah memancing. Adakala melebihi 12 jam di kolam mancing. Nak buat macam mana kan, dah minat mereka. Memandangkan Papa hanya akan tidur sepanjang hari, aku ikut kakak dan anak saudaraku ke Mid Valley. Beli lagi keperluan yang patut, aku bawa Damia. Punyalah susah nak barang, maklumlah bawa budak.

5 Jan- Hari persekolahan bermula. Seperti biasa aku menguruskan Put'a, pastikan segalanya ok dan sediakan sarapan untuknya. Aku dan Papa menghantar Put'a ke sekolah, aku mengambil keputusan untuk menunggu sehingga perbarisan tamat. Banyak yang aku dapat dengar dari ucapan guru disiplin dan pengetua sekolah dan ia akan jadi panduan kepadaku untuk mendidik Put'a. Selepas menghantar Put'a ke kelas, aku pulang dan terus mengajak Papa menguruskan sekolah Nabil pula. Bila semuanya selesai barulah aku ke opis.

7 Jan-Boss menjalani penggambaran video klip lagu Cinta Ini dari album terbarunya. Bermula jam 3pm dan habis jam 830pm. Boss minta dihantar ke hotel, ada janji dengan DSK (DSK:nama suami boss).Seterusnya aku dan A.Z (A.Z:team SNP) ke rumah boss menghantar kereta.

8 Jan-Boss ada fotografi untuk iklan2 Jusco. Oleh kerana banyak kerja di pejabat, DJ temankan boss dahulu dan selepas lunch aku pula datang ke studio fotografi.

10 Jan- Sitizone mengadakan gathering dan sambutan hari jadi untuk boss hari ini. Boss sangkakan hari esok tetapi dia masih sudi datang bke majlis itu bersama suami. Menghabiskan masa hampir 2 jam bersama Sitizone, kemudian kami pulang. Aku sempat jadi mc bidan terjun bagi melancarkan lagi perjalanan majlis.

Hari ini juga Saida dan Sairah ada show. Aku dan team SNP sudahpun membahagi2kan kerja walaupun boss ada acara hari jadi di rumahnya. Aku akan menemani Sairah malam ini tetapi petang itu boss menelefon minta datang ke rumahnya lebih awal. DJ (DJ:Team SNP) yang mengambil alih tempatku bersama Sairah dan jam 630pm aku sudah berada di rumah boss. Membantu apa yang patut hinggalah lewat malam. Boleh dikatakan semua ahli keluarga hadir walaupun tidak semua datang serentak. Tema majlis pink dan putih, ramai yang mengatakan seperti majlis hari jadi untukku....maklumlah pink. Dan akulah yang paling pink menyala malam itu kerana tema untuk tetamu wanita, pink dan tetamu lelaki, putih.

15 Jan lalu, album boss telah selamat dilancarkan. 2,3 hari sebelumnya aku asyik pulang lewat ke rumah. Semampunya mungkin aku mahu melaksanakan majlis itu dengan jaya dan lancar. Pagi hari pelancaran, aku ke rumah boss untuk menjemputnya dan terus ke lokasi. Boss bersiap di lokasi di DTR di Jalan Bukit Bintang. Aku keluar masuk bilik persalinan ke dewan tempat acara berlangsung berulang-ulang. Mahu saja badan dikerat dua.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, kehadiran hampir 100%.Para komposer dan penulis lirik kebanyakannya dapat hadir cuma 2, 3 orang sahaja yang ada urusan waktu itu. Surprise akhir majlis iaitu pulut kuning sempena hari jadi boss agak kelam kabut, lagu hari jadi dah berkumandang tetapi pulut kuning belum tiba. Aduhai!!! Tapi berjaya juga akhirnya pulut kuning di bawa ke pentas.


Boss cuti rehat 2 minggu. Namun beberapa kerja diselesaikan juga. Banyak permintaan tapi boss minta tangguhkan dulu. Sepanjang hari ini aku di pejabat sahaja. Sengaja datang lewat kerana menyelesaikan beberapa urusan di rumah.


























Sunday, January 11, 2009

Selamat Ulangtahun Boss....Siti Nurhaliza

10 Jan-Seawal jam 745mlm, sudah ramai tetamu yang hadir sehinggalah menjelang detik 12 tengah malam 11 Januari....hari lahir boss.


Ini kek hari jadi boss....warna putih dan pink. Cantikkan kek ni, geram je rasanya nak peluk2...hehhehe bukan nak makan tau....



Boss yang berpersalinan pink bergambar kenangan kek yang amatlah `cute' itu........



Sempat lagi boss `posing' selepas jam 12 tengah malam...ni gambar boss di usia genap 30 tahun.....



Gambar ini adalah reaksi wajah boss sewaktu Imran Ajmain menyanyikan lagu `Selamat Ulangtahun Sayang....'. Aku hubungi Fedtri Yahya seminggu sebelum acara ini supaya Imran dapat datang dan nyanyikan lagu istimewa ini buat boss......


Kenangan hari lahir dengan boss...bukan senang nak ambil gambar ni, rasanya boleh dikira berapa sangatlah gambar kenangan aku dan boss sewaktu sambutan ulangtahunnya sebelum ini. (D.J, A.Z dan Aiman enter frame juga...)


Eh..eh...orang yang sama rupanya tapi dalam aksi yang berbeza pula..lebih ceria!!!!

Aku, D.J dan boss...iskhhhh D.J ni menyibuk pulak kat belakang tuh.......

Gambar2 aku, Papa, bapa mertua dan mak mertuaku.....di majlis boss.....

Gambar sekeluarga....Papa, DSK, boss, mak mertua, bapa mentua, Sairah, aku, D.J.....

Aku, Fedtri dan Kak Ton......