Friday, January 23, 2009

Chef Kue Teow Kung Fu

22 Jan- Secelik saja mata pagi ni, dah agak Papa mesti tak balik lagi. Selalunya macam ni la, kalau anak dan bapa dah bertemu, memang aku akan jarang-jarang jumpa Papa. Tapi sebenarnya benda ni bukan baru, aku memang dah faham sangat dah hobi dua beranak ni, kalau memancing janganlah nak halang atau nak kacau dorang. Memancing tu terapi agaknya.....

Bila aku telefon Papa, katanya tengah hari nanti baru balik...huh, lama tu kan? Jam 10pm malam semalam sampai tengah hari ni nanti...hehehhehe, amacam? Sebenarnya tu bukanlah lama sgt, ada lagi yang lebih lama sebelum ni, aku dan mak mentuaku memang dah faham sangat dah, kiranya kalau dorang gi memancing, bersedialah dengan aktiviti masing-masing. Kalau hari kerja, macam biasalah aku akan buat kerja, kalau hari cuti, sama ada aku gi spa ke, gi shopping atau duduk je kat rumah melayan anak-anak.

Tadi, boss telefon aku minta datang menghadap ke rumahnya. Hehehe..ingatkan nak buat apa, dengan suara yang amatlah lemah lembut dan gemalai, minta aku datang masakkan kue teow kung fu. Resipi ni memanglah istimewa, masa aku aktif kat RS dulu (RS:Resipi Sangdewi), biasanya budak-budak Sitizone dan teman2 akan suruh aku masakkan kue teow ni. Tapi bila aku dah jarang kat RS, ada pula yang sampai sekarang kempunan nak makan, kesian....

Aku, DJ dan AZ terus ke rumah boss. Bahan-bahan boss dah belikan. Tak sama kalau memasak kat rumah sendiri dan rumah orang ni. Kalau rumah sendiri kita dah tau nak capai apa kat sana, capai itu kat sini....lambat sikitlah kalau kat rumah boss ni. Tapi takpe, bukanlah lama sgt pun nak siapkan..dalam 40 minit je.

Bila dah masak, boss dan DJ pun rasalah kue teow tu. Harap-harap sedaplah ya.....Macam mak mentua boss kata, kalau sedap nanti dorang akan panggil lagi `chef' ni. Aku bagitaulah, kalau tak panggil tu maknanya tak sedaplah kan...hehheheh

Sekarang ni kat opis. Tadi dah siapkan hal Sairah untuk esok dan juga promosi awal Coda dengan press selepas raya Cina nanti. Kena buat jadual dari sekarang sebab tak lama lagi dah cuti 4 hari.

No comments: