Saturday, January 24, 2009

Jumaat yang penat.....

23 Jan- Aku ke pejabat agak lewat kerana ada urusan di sekolah Nabil. Jadual hari ini aku bersama Sairah, ada fotografi dengan majalah URTV. Kata Sairah, dia akan pergi sendiri ke lokasi di QH, KL. Aku janji dengan team SNP, A (ni team kerja baru SNP) untuk ke QH. Sampai di QH, Sairah belum tiba lagi. Sewaktu di lobi QH, kek oren berkrim amatlah menggugat iman. Teringin nak cuba, dan aku minta sepotong kek dan duduk makan di coffee house QH terlebih dahulu. Mmmmm..memang sedap.

Sementara masih menunggu Sairah, aku naik dahulu ke bilik hotel untuk bertemu wartawan S dan jurugambar J.I. Berborak-borak selepas lama tak bertemu mereka. Banyak cerita yang keluar dan selalunya bila sesekali berjumpa memang beginilah....macam-macam cerita yang dikongsi.

Bila Sairah sampai, dia terus `touch up' dan suai padankan baju. Hari ini Sairah bertukar 3 pasang baju. Dalam sesi fotografi hari ini, Stacy turut serta tapi dia hanya bergambar solo, macam Sairah juga.

Habis saja sesi fotografi, aku dan A singgah kat kiosk jual perfume di lobi QH. Memang sejak sampai tadi aku dah usha nak beli perfume, kebetulan perfume Papa dah habis 2 hari lalu. Setelah test 2, 3 jenama, aku berkenan kat satu bau perfume ni dan terus beli.

Balik ke opis dan siapkan beberapa kerja kerana lepas ni opis tutup 4 hari. Sblm balik aku dah pesan dengan Papa nak keluar beli barang keperluan rumah sebelum balik ke rumah. Balik tu singgah di Econsave berdekatan, beli barangan untuk sebulan dan kemudian balik. Dapatlah rehat sekejap sebelum keluar dengan Papa ke Leisure Mall untuk jumpa seseorang ni....

Jam 9 mlm aku dan Papa sampai di Leisure Mall, janji dengan produser dan komposer A bertemu di Delifrance. Aku cadangkan agar komposer A ni yang akan terbitkan album penuh Saida dan Sairah. Sebelum ni memang dah bercakap dengan dia di telefon dan bagitau apa hajat SNP. Dan pertemuan malam ni lebih kepada kerja-kerja beliau seterusnya jika bersetuju untuk bekerjasama.

Lama juga berbincang dengan A, dari delifrance ke kaki lima Leisure Mall. Hampir jam 12 malam baru habis, banyak yang dibincangkan. Sebenarnya bagi aku komposer A ni unik sikit, tak mudah nak approach dia dan cara nak bercakap dengan dia pun lain macam sikit, apatah lagi bila dengar dia bercakap. Heheheh..tapi aku dah biasa handle dengan orang macam ni, bagi aku malam ni membuka sikit demi sikit keterbukaan antara minda aku, Papa dan komposer A.

Perbincangan bukan hanya sekitar penerbitan album Saida dan Sairah malah banyak berkisar tentang industri muzik, dilema, bisnes dan lain2. Tak mudah sebenarnya berada dalam industri ini kerana ia tak sama dengan industri atau pekerjaan mahupun perniagaan lain. Aku kira semua ini membantu antara satu sama lain dalam memberi dan mengeluarkan idea di samping memperjelaskan sebab, musabab, perkara berbangkit dan lain-lain. Apa yang aku dapat daripada pertemuan ini adalah sisi positif komposer A tentang perjuangan dalam seni.

Oleh kerana kepenatan, bila aku melabuhkan saja kepala ke bantal, terus tertidur lena. Tak sedar apa dah...

No comments: