Tuesday, April 7, 2009

KB dan 14th Anniversary




Ni gambar2 aku yang amatlah kebosanan sementara menunggu Saida ditemubual oleh wartawan petang semalam.......takde kerja cari kerja, tukang cuci pun oklah.

31 Mac-Pagi ni aku bangun awal dari biasa, lepas Put'a ke sekolah, aku dah siapkan makanan untuk anak2 semua dan kemudian kemaskan keperluan Papa yang akan ke Perak dan ke Jakarta.

Sebenarnya malam tadi aku dah siap kemaskan 2 beg berasingan keperluan Papa, supaya nanti tak jadi masalah. Dah siap2kan mana pakaian nak pakai di Perak, mana beg yang akan dibawa ke Jakarta. Aku buat macam tu sebab aku tak ikut Papa di kedua-dua tempat ni. Pagi ni aku tengok lagi apa2 keperluan yang tertinggal, sediakan apa yang patut termasuk pasport dan tiket penerbangan Papa.

Bila semua dah selesai, aku bagitau Papa yang aku akan ke rumah Boss pagi ni. D.J dan A.Z dah menanti.

Sampai di rumah Boss, menunggu lama juga untuk ke tempat shooting rancangan Ek..Eleh. Jadual asalnya pada jam 11am tapi pihak produksi masih belum dapat memulakan shooting dan Boss masih menunggu di rumah.

Tiba2 Saida bagitau ada hal di Maestro hari ni dan minta tolong aku temankan. Memandangkan shooting Boss belum bermula, aku minta Papa ambil aku di rumah Boss dan terus pergi ke opis.

Kemudian aku, Saida dan Aiman ke Maestro pula. Ada perjumpaan artis2 Maestro (AF) dengan pihak pengurusan, kebetulan masa aku dan Saida sampai di sana, orang lain belum tiba. Jadinya kami buat perbincangan secara tertutup.

InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik kerana selama ini pun Saida sendiri banyak dibantu oleh SNP dalam mengembangkan kerjayanya.

Balik dari meeting, aku minta Aiman hantar ke restoran aku, selepas tu Papa dan Damia datang. Aku ajak Papa beli keperluan rumah sedikit sebab lepas ni anak2 kena tinggal lagi.

Hasrat asal Papa nak ke Perak pada sebelah petang berlanjutan lepas Isya' baru berangkat. Memang sedih sangat sebab aku hanya akan jumpa Papa hari Jumaat nanti. Esok aku ke Kota Bahru dan bila aku balik, Papa sudah ke Jakarta.

Ramai yang tertanya tentang uniform polis hari tu...dan di bawah ini adalah jawapannya.....


Boss beruniform polis dengan pangkat ASP menjayakan penggambaran untuk program baru Afdlin Shauki iaitu Ek...Eleh. Sebelum ini temubual di studio dan hari ini penggambaran luar pula. Boss berhasrat nak jadi ASP dan Afdlin dah realisasikan cita2nya. Tunggu program ni di Astro ya.
1 April-Jam 7am aku, D.J dan A.Z ke airport. Bila semua dah berada di airport, uruskan tiket dan sebagainya. Hari ni selain team SNP, penyanyi latar dan Szewan selaku keyboardist turut ke KB. Suami Boss pun ikut juga.
Sempat lagi aku dan D.J sarapan sementara menunggu Boss dan suami sarapan di lounge. Penerbangan hari ni lewat sekitar 20 minit, sempat lagi buat lakonan dan posing.......macam kat bawah ni.
Drama happy ending la kononnya ni, memula bergaduh, masam muka, lepas tu berbaik semula...nampak sangat penerbangan yang lewat 20 minit tu telah terisi dengan jayanya....

45 minit penerbangan, sampailah di airport KB. Dari situ kami terus dibawa ke hotel. Oleh kerana bilik aku dan D.J masih belum siap lagi, lepak dulu di bilik Fiza dan Dian, penyanyi latar. Kami ni kalau dah berjumpa memang banyaklah bercerita kisah orang dewasa, D.J je yang tak boleh masuk dalam perbualan ni. Mengangguk2 je dia. Hehehehehe. Bukan apa Dian baru saja bernikah, sebab tu teruk dia kena dengan aku dan Fiza.

Kami dibawa menjamu makan tengahari di sebuah restoran nasi ulam terkenal di KB. Alamak, aku macam tak boleh masuk je dengan makanan2 yang ada. Nasib baik ada ayam goreng sebagai penyelamat dan cili api dibuat ulam. Yang lain2 memang bedal habislah ikan keli, pelbagai ulaman dan yang utama tentulah budu.

Boss dan suami makan dengan seleranya

Aku makan tembikai je


Sempat lagi Boss layan peminat yang kebetulan datang makan di restoran yang sama.

Lepas makan, balik semula ke hotel. Sempatlah rehat sejam, cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Kemudian Boss ada sound check. Selepas tu, aku dan geng2 penyanyi latar dan D.J mencari port untuk minum petang. Pilih punya pilih, kami minum di cafe berhadapan sungai. Angin sepoi2 bahasa pulak tu, seronok menikmati keropok lekor dan juga terjumpa minuman dalam cawan besar.....

Sewaktu sound check di dewan tempat persembahan.



Minum petang dengan cawan besar

Balik tu nak cuba lelap sekali lagi tapi tak boleh juga, sesekali telefon Papa bertanya khabar dia di Perak. Papa ke sana untuk urusan kenduri tahlil arwah abah kerana saudara mara abah kebanyakannya di Perak. Papa sebagai wakil keluarga ke sana untuk uruskan mengenainya.

Malam ni Boss jayakan persembahan sempena keputeraan Sultan Kelantan, lebih kurang 7 lagu Boss sampaikan dan Alhamdulillah sambutan diterima baik. Dah lama juga Boss tak membuat persembahan di Kelantan dan Boss pun berceritalah juga tentang dia makan budu siang tadi.

Bersimpuh ayu sambil menunggu Boss bersiap-siap

3 gaya Boss sebelum mengatur langkah ke dewan persembahan.

Selesai show hampir jam 1230am, aku dah berjanji nak bawa geng penyanyi latar ke Wakaf Che Yeh iaitu tempat membeli belah popular di KB. Oleh kerana dah hampir jam 1am, kami tawakkal je kalau2 masih ada kedai yang buka kerana kalau pergi awal, banyak pilihan pakaian, tudung dan lain2. Bila dah melepasi tengah malam, dah bertukar jadi pasar borong sayur, buah dan lain2 pula.

Aku dah telefon abang aku yang duduk di Kelantan ni untuk bawa kami ke sana, rata2 kedai dah tutup. Gerai2 jual sayur pula yang mula nak beroperasi. Nasib baik ada satu kedai lagi yang buka, aku pun belilah tudung.

Bercakap tentang 1 April, banyak yang menariknya. Hari ini adalah hari ulangtahun ke 14 Boss dalam kerjayanya. Album pertama Boss dipasarkan pada 1 April 1996. Dan 4 tahun lalu iaitu pada 1 April 2005, Boss mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall. Dan pada saat ini, selepas 14 tahun, Boss masih orang yang sama.

Dia adalah insan yang ku kenal sejak dia berusia 12 tahun, melihat bakat dan perkembangannya, melihat bagaimana susah senangnya dan merasai setiap gurau, rajuk, marah dan tangisnya. Meskipun usianya sudah merangkak 30 tahun, bagi aku Boss tetap budak comel kecil yang kutemui berbelas tahun dulu.

Tahniah atas kejayaan dan kecemerlangan, terus tabah kerana perjalanan takkan terhenti di sini kerana setiap hari yang kita lalui adalah cerita baru yang harus diisi dan diterokai.

Teman SZ, Zaff minta aku sisipkan sajak 14 tahun Boss.....emmmmm...nantilah, ulangtahun ke 15 ya!

2 April-Sebelum ke airport, sarapan pagi dahulu di hotel. Boss tak balik penerbangan yang sama.
Jam 7am tadi, Papa dah berlepas ke Jakarta. Aku akan pulang ke KL besar jam 11.10 pagi ni.

A.Z diarah hehehehheh tinggal kerana harus menemani Boss dan suami. Oleh kerana A.Z tak pulang sama, aku dan D.J naik teksi airport pulang ke rumah. Rehat satu jam di rumah dan kembali ke opis, kerja macam biasa.


Sarapan beramai2 di hotel


Sewaktu di airport KB

7 comments:

:: Feez_Mior :: said...

KAK ZIE..
xselit kn skali ke gmbr dato ti g jenguk Nik Aziz..
dato ti pakai tdung full camtuh nmpk comei jek..
ske tngok die pakai sut police tuh..

kem slm syg feez utk dato ti k..

zaffirazaini said...

fuuh.. akhirnyeer... 'bercahaya' balik rumah ni... tapi awat smpi 2 april jek?? iskh3...

Laaa... lama laa lagi nak tunggu "bila sangdewi menulis ni..." hehe..
Takpe... tunggu bulan Mei nanti.. Sure ada tu...ahaks! =P

idasm said...

Salam kz, agak lama rasanya akak keluar dr dunia kecil ni... Saban waktu menunggu, akhirnya. .. Ada kisah baru. Yeeha! Hehe, sure akak bz giler skang yea..
Seronok bc catatan perjalanan di KB. Akak x suka ikan keli ke, abis tu budu boleh masuk ke..
Teruja tgk boss akak jd ASP... Tercapai jua hasratnya yea
Akak sambung lg ye....
Take care

arieda salsabella said...

wah..kz..xngam ke ngan masakan kelate..hehe..best pe..huhu..sempat lagi tu p pasar borong wakaf che yeh ek...okla tu..
teruja tgk kz minum dalam cawan besar tu..kalu kat ganu..ada gelas besar..penah cuba ke..?
Cute gler DCT pakai pakaian polis tu..tercapai jugak hasratnya kan..
syok baca tulisan kz..lepas ni xtau bila lakk Dunia Kecilku ada citer baru ni...KZ kembali bz nampaknya..apapun..jaga kesihatan yea..

Azwan Hashim said...

Salam, kz seronok nmpk p kelantan yer..huhu..paling best siap ada lakonan semula tu kt airport.. happy ending lagi...hahaha..betul2 bijak mengisi masa terluang tu! =)

wah..kak siti tetap cantik & cute bila pakai uniform polis tu..baguslah afdlin ni..memang kreatif orangnya..x sabar nak tgk kat astro nanti...Azwan ingat lagi time sekolah dulu, masa jadi ahli PBSM, Kak Siti kan Duta PBSM, memang suka giler tgk Kak Siti pakai unform PBSM. Sampai sekarang Azwan simpan poster tu lagi. Rasa mcm esklusif coz ramai kot yg x der poster tu..hehe.. =) KZ, sampai skrg ker Kak Siti jd Duta PBSM? KZ jgn lupa yer tulis sekali kisah boss jd Duta PBSM dlm biografi tu..x sabar tunggu thn dpn nak beli ni hasil karya penulis hebat ni.. =)

Azwan akan sabar menanti..huhu..

Tahniah utuk Kak Siti & Kak Zyee sekali lagi utk ulangthn karier Kak Siti ke 14 baru-baru ini..Semoga terus cemerlang, gemilang dan terbilang! Azwan akan sentiasa memberi sokongn dan mendoakan kejayaan Kak Siti. =)

Take care KZ..

Anonymous said...

hehehe pose kat airport tu lawak la kak zie... siap dgn step by step lagi hehe mula2 gaduh pastu hapi ending lawak la pic2 pose tu... penumbok kak zie kalo terlepas tu nahas tuh eh hehe... tu cawan besau nyer hehehe da mcm size mangkok plak.. TQ3 kak zie kasi tahu psl uniform polis tu terungkap suda.. tp sy hanya boleh tgk kat utube jer coz kat sini tak dpt astro huhuhu tunggu je kalo2 da ade kat utube hehe TQ kak zie... TAJLENA

Anonymous said...

Tahniah untuk Datuk/Boss sempena ulangtahun ke 14. bergolek jantung jatuh hatu tengok boss tu pakai baju polis. Segak nye ye...
--unomi--