Wednesday, July 22, 2009

Pembikinan Album Tahajjud Cinta

2o Julai-Isnin permulaan hari. Aku masuk kerja lewat sikit sebab banyak sangat perkara yang hendak dibuat di rumah. Sampai di opis, aku siapkan semua hal berkaitan pembikinan album kerohanian Boss yang dijangka dan juga album duo Saida dan Sairah.

Alhamdulillah, album kerohanian akan memulakan rakamannya esok tapi album duo sedikit tertangguh. Kesian Saida dan Sairah yang dah lama nak menyiapkan album mereka tapi segalanya bergantung kepada penerbit album mereka. Aku berusaha agar album ini dipercepatkan lagi prosesnya.

Hari ini juga aku memulakan rutin baru (rutin ke?) ke gim..hahahhah Fitness First. Pergi dengan seorang teman yang sama2 mendaftar. Pergi gim ni atas banyak kesedaranlah..maklumlah orang perempuankan. Hahahahhah.

Seronok berhadapan dengan banyak peralatan di gim, bersemangat sungguh walaupun hari pertama agak baru dengan alat2 tersebut. Banyak peristiwa lucu aku dan teman di gim ni. Perut pula lapar, terbayang2 nak makan nasi.

Lepas 1 jam, kami berehat, minum air kemudian sambung kembali. Selepas kira-kira 2 jam barulah kami berhenti, ingatkan nak sauna, tapi tak bawa pula pakaian lebih. Tak mengapalah.

Balik tu, perut meragam..lapar..huhuhu...makan nasi lepas gim???? Tak tahan sangat dah.

Bila sampai ke rumah, tengok banyak buah2an yang Papa beli sewaktu meninjau lokasi/tanah di Ulu Langat. Aku amik langsat kegemaran, manggis dan rambutan 1 bakul kecil dan nyam..nyam..nyam dalam bilik sambil tengok movie.

21 Julai-Ke pejabat macam biasa. Sairah adakan majlis doa selamat di rumahnya hari ini. Restoran aku siapkan makanannya. Aku , D.J dan Aiman ke rumah Sairah jam 315pm bersama makanan. Papa datang kemudian. A.Z datang bersama seorang ustaz untuk membacakan doa selamat. Keluarga kawan serumah Sairah juga datang.

Lepas Asar, doa selamat diadakan. Kemudian aku balik dengan Papa, sempat singgah di salon dahulu sebelum Papa hantar aku ke studio.

Boss datang dengan A.Z dan D.J. Rakaman malam ini adalah untuk lagu ``Asma Ul Husna'' iaitu lagu yang menampilkan 99 nama Tuhan (Allah). Aku memang suka sangat lagu ini. Boss pernah nyanyikan lagu ini sewaktu Sirah Junjungan di Istana Budaya beberapa bulan yang lalu. Lagu ini adalah sebuah lagu ciptaan baru dan belum dirakamkan oleh mana-mana artis.

Album kali ini diterbitkan oleh Eddie Marzuki. Aku dan Boss merasakan beliau sesuai menerbitkan album seumpama ini. Ustaz Salleh (Brothers) membantu Boss untuk sebutan Arab atau sebutan yang betul bagi lagu tersebut.

Lepas rakaman terus balik ke rumah.

22 Julai- Ke opis macam biasa. Jam 4pm, aku, D.J dan Aiman ke rumah Boss. Hari ini studio dijalankan pada sebelah petang. Boss merakamkan dua buah lagu hari ini iaitu lagu Pintu Rindu dan Ya Rasulullah. Lagu Ya Rasulullah ialah lagu Raihan tapi versi yang Boss nyanyikan berbeza sedikit kerana susunan muziknya seperti yang Boss nyanyikan sewaktu Sirah Junjungan yang lalu.

Selepas rakaman lagu Ya Rasulullah, Boss berehat sekejap. Kami makan di restoran tomyam berdekatan studio. Selepas makan, Boss teruskan dengan rakaman lagu Pintu Rindu. Tak lama, kurang 1 jam dah siap.

Balik ke rumah tu aku rasa macam nak kena selsema. Ni mesti jangkit Damia ni. Telan ubat dan vitamin C. Janganlah selsema..kalau aku terkena selsema, memang teruk biasanya.


Boss dan orang yang terlibat dalam rakaman lagu Asma Ul Husna di studio. Dari kanan, Eddie Marzuki, Boss anggota kumpulan nasyid yang membantu menjai penyanyi latar dan Ustaz Salleh.

Gaya seorang yang hampir keletihan di gim....

Dan..dia benar2 letih...hahahahha

10 comments:

farah said...

hai kak zyee...
saya peminat tegar ct dari dulu...
ct berjaya disebabkan sokongan dan pengurusan yg baik..
tahniah kak zyee...

Ctea Fairuz said...

Salam kak Zyee,

Apa2 pun, KZ tetap comel mengenakan baju I LOVE CT. Walaupun kelihatan penat. kih3.. Comel3

:P

idasm said...

wah... kak zyee join gim.. bagusnya.. mesti seronokkan..siap pakai baju SZ tu..cute!
tak sabar nak dptkan album kerohanian drpd boss akak ni.
GUD LUCK & ALL THE BEST!

Kak Lon said...

Hahaha...keletihan org tu smpi buat aksi tido...

Azwan Hashim said...

KZ p gim????hehe...kesedaran yg bagus ni setelah peningkatan umur.. ;P hehehehehe..
..jgn sebulan dua jer ek..teruskan usaha murni tu..hehehe..agar sentiasa cergas & sihat..

yg penting mcm kenal jer tshirt putih tu..hehe..mana beli? ;P
suka tgk KZ berlakon..lagi2 pic letih tu..hahaha..kz,kz,kz,kz,, ;P

Anonymous said...

hehehe tido pun dia tetap cute..

okie

Anonymous said...

"XSABAR MENANTI TAHAJJUD CINTA (ASMA UL HUSNA & YA RASULALLAH)...
n KZ...WAH!KE GIM....PENAT SGT eee...CIAN.....XPE YG PENTING SIHAT & SOLID KN..hehe...."

CTeey_yaNt
SZ@GANU

arieda salsabella said...

hahah..buat2 tdo ek..comel aksi tu..

Anonymous said...

Tak sabar nak nantikan album nih...ahakss...wah KZ gi gym ke...bagus la tu...utk kesihatan yg lebih baik kan...hihi...zamrie79

hazlan said...

assalamualaikum...
nama sy hazlan sulaiman dr singapura n sedang mencari abg hj ismail (eddie) marzuki, seorang kenalan lama yg telah 'terpisah'. secara kebetulan ternampak gambar dia di lelaman web sdri n memohon bantuan disampaikan salam kpdnya n kalau boleh ingin sy menghubungi beliau setelah sekian lama tidak ketemu. harap dpt beri balasan lewat email sy: vertigox8@gmail.com
berbanyak t'kasih.
wassalam

hazlan sulaiman
singapura