Friday, July 3, 2009

Persiapan menuju `SATU'






Gambar-gambar di atas ini adalah beberapa momen yang sempat kami rakamkan sewaktu Boss menjalani latihan tarian dan muzik.

Memang latihan mengambil masa yang lama dan panjang tetapi semua ini adalah untuk kelancaran konsert SATU sebagaimana yang Boss janjikan untuk berikan yang terbaik.

20 Jun-Pagi ini aku sempat siapkan sarapan/makanan tengahari untuk keluarga sebelum keluar lagi menemani Boss ke sesi latihan penuh sebelum kami semua memasuki Istana Budaya bermula Isnin nanti.

Semua tenaga kerja yang terlibat berkumpul di studio latihan menari dan kami memulakan latihan penuh dari A-Z sebagaimana perjalanan show di IB nanti. Memang agak berdebar untuk mempersembahkan latihan penuh ini kerana hari inilah buat pertama kalinya ia diadakan.

Alhamdulillah, masa dicatat 2jam 10 minit, tidak termasuk muzik interlud, chit chat dan juga tayangan grafik lagi. Aku agak berpuas hati melihat perjalanan latihan penuh hari ini, sedikit sebanyak melonggarkan sedikit kegusaran aku.

Memang tidak mudah untuk memberikan kelancaran dan kesinambungan yang tepat, bagus, tidak membosankan dalam sesebuah konsert atau persembahan, masih ada masa untuk memperbaiki apa yang patut. Sekurang-kurangnya untuk sesi latihan penuh yang pertama ini, aku berpuas hati.

Selepas tamat, Boss balik ke rumah dengan suami, aku dan A.Z terus pulang ke rumah juga. Kemudian ajak Papa beli barang dapur sikit. Esok aku perlu ke J.B, malam ini aku siapkan bahan-bahan nak masak pagi esok.

21 Jun-Jam 5.30am, aku dah bangun, goreng mee dan masak makanan tengahari. Aku kena siapkan makanan juga sebab nak tinggalkan Papa dan anak-anak. Macam biasa, nak harapkan maid aku, jauh sekalilah. Lega bila makanan dah siap, aku terus mandi dan bersiap2 untuk ke rumah Boss.

Biasanya kalau nak ke KLIA, aku dan A.Z bergerak dari rumah saja tapi kali ni Boss minta naik keretanya dengannya sekali. A.Z yang memandu. Bila dah sampai ke rumah Boss, dah masuk kereta, tiba-tiba Boss bimbangkan H1N1 pula kalau naik kapal terbang.

Hahahah...D.J memang dah ada kat KLIA. Ubah rancangan, kami sepakat naik kereta saja ke J.B. Kalau naik flight, jam 11.30am nanti sampai J.B, kalau kami bergerak sekarang menaiki kereta pun sama juga waktunya.

Akhirnya aku, A.Z, Boss dan suami naik kereta saja ke J.B. Hari ini Boss akan jadi juri dan membuat persembahan untuk program RasaMas. Sampai di J.B, kami terus ke hotel, makan-makan, tunggu Boss bersiap2 dan kemudian ke tempat acara.

Ramai juga yang datang menyaksikan program RasaMas peringkat akhir, beberepa chef bertanding untuk merebut gelaran juara dengan resipi masing2. Boss dan Tunku Maria (Jalan-Jalan Cari Makan) antara yang jadi juri bersama dua orang juri lagi. Lama juga program ni berlangsung, aku dan D.J sempat ke KFC berdekatan untuk makan tengah hari.

Lepas acara memasak selesai, sementara menunggu keputusan, Boss menyampaikan 3 buah lagu menghiburkan penonton. Sewaktu menyanyikan lagu Di Taman Teman, Boss mengajak para chef yang bertanding menari di pentas bersamanya.

Tamat acara, kami kembali ke hotel dan bersiap-siap untuk pulang ke KL. Hampir jam 1.30am aku sampai di rumah. Penatnya usah cakaplah.....

22 Jun-Selesai urusan di rumah, aku ke opis. Agak pagi juga kerana amat banyak kerja yang harus diselesaikan. Sampai tak menang tangan. Pihak teknikal dah pun masuk ke IB hari ini. Kerja-kerja di IB dah bermula, pasang sistem, lampu, props dan lain2.

Jam 2pm, semua pihak yang terlibat dalam konsert Satu termasuk Boss berkumpul, bacaan doa selamat diadakan bagi kelancaran acara kami selama seminggu di IB.

Boss masih meneruskan latihan muzik di tempat biasa hari ini. Macam biasa, latihan muzik juga dibuat seperti latihan penuh, A To Z. Selepas selesai latihan, kami terus pulang.

23 Jun-Aku ke opis lagi, siapkan kerja-kerja akhir. Makin dekat dengan hari konsert, makin banyak benda yang harus dibuat.

Boss masih berlatih dengan pemuzik di tempat biasa hari ini, belum boleh berlatih di IB lagi kerana barang-barang masih dipasang.

Sebelum ke tempat pemuzik, Boss singgah di IB kerana para designer (Amir Luqman, Michael Ong dan Rizman Ruzaini) datang untuk `fitting' baju2 Boss. Biasalah ada yang ok dan ada yang masih belum ok. Ada beberapa pertukaran juga yang dibuat dan tak kurang juga betulkan ukuran.

Selepas selesai fitting, Boss berlatih beberapa segmen dengan para penari. Ulang kembali beberapa langkah tarian yang telah diajar oleh Pat/koreografer.

Masa dah tak lama lagi, debaran kami sudah mula terasa. Selesai awal di tempat pemuzik hari ini, sebelum Maghrib dah selesai. Alhamdulillah.

24 Jun-Hari ini macam biasa bangun awal, siapkan semua urusan di rumah kemudian aku ajak Papa ke Giant berdekatan untuk membeli beberapa barangan. Kebetulan bertemu Aiman di Giant dan aku minta tolong Aiman angkat almari/rak yang aku beli ke dalam troli. Dan Aiman juga temankan aku belikan beberapa barang keperluan di konsert nanti.

Kemudian aku, A.Z dan D.J ambil Boss untuk ke IB. Hari ini Boss dah mula berada di IB. Sementara Boss berlatih, aku juga tengok-tengokkan persediaan untuk pameran baju-baju Boss di lobi IB. Bertungkus lumus pihak senireka/pameran IB yang banyak membantu. Esok pameran dijangka bermula.

Latihan Boss sampai ke malam hari ini. Beberapa perkara teknikal saja yang belum selesai dan masih ada beberapa hari lagi.

Aku masih pening dengan kedatangan media/tetamu. Tiket amat terhad dan tidak mencukupi. Tak mudah nak puaskan hati semua orang tetapi aku mesti berusaha walaupun mungkin tak memadai untuk semua permintaan yang datang kepadaku. Serius..pening dan buntu.

25 Jun-Seperti biasa aku keluar awal hari ini dan terus ke IB. Seronok melihat pameran baju2 Boss dah pun berada di lobi IB. Ada 12 pasang baju walaupun masih banyak koleksi lain yang penuh kenangan tak dipamirkan. Nanti kalau ada rezeki pamir yang lain pula ya.

Abang aku Bob yang membantu untuk jualan barang2 cenderamata SNP dan temannya juga dah turun membantu. Punggah barang-barang dari Cheras ke IB dan tolong pasangkan rak/almari tempat letak baju2 yang aku beli tadi.

Hari ini agak sibuk kerana malam nanti latihan penuh akan dimulakan di panggung IB. Aku minta Boss rehat, tenangkan fikiran dan bersiap untuk latihan penuh konsert. Malam ini juga Boss akan memakai baju2 yang disediakan, masa akan dicatat, amat penting latihan malam ini.

Aku dah siap sedia untuk persediaan baju2, aksesori dan keperluan Boss di bilik persalinan di belakang pentas. Semua harus dibuat sebagaimana hari konsert, perjalanan dan kelancaran latihan malam ini menentukan bagaimana kami harus bersedia untuk hari2 berikutnya.

Sepanjang latihan penuh konsert yang berlangsung selama 2 jam 10 minit itu, memang ada beberapa `post mortem' yang harus kami buat terutama beberapa baju Boss termasuk apa yang boleh disuaipadankan untuk menutup kepala Boss.

Selepas tamat latihan, kami minta Boss balik dulu, biar aku kemaskan apa yang patut dan berbincang dengan pihak produksi lainnya. Biarlah Boss berehat kerana esok adalah hari penting baginya.

Malam itu aku sampai di rumah jam 1.30am, memang rasa amat penat. Macam nak patah tulang belakang.

InsyaAllah kerja keras selama sebulan setengah ini aku doakan membuahkan hasil. Waktu rehat dan bersama keluarga memang tak cukup, perhatian kepada anak-anak juga tidak seperti selalu, waktu cuti pun aku masih bekerja, Papa juga jarang-jarang aku dapat berbual dengannya, hidangan di rumah tidak banyak dan sempurna seperti selalu, beberapa tugasan untuk artis2 aku yang lainnya ada yang ditangguhkan walaupun aku telah cuba berikan sebaik mungkin.....apa lagi???? Biarlah kejayaan menyusur selepas ini.....nescaya semua yang terlepas ini akan menjadi baik-baik saja.

6 comments:

SitiJune said...

biar penat yang penting berbaloi kan kak...

Khai Karim said...

wah kak zyee, that was nice... kita dapat tahu macam mana Pra-SATU menjadi SATU....

banyak aspek mesti di titik beratkan... alhamdullilah dah selesai semua, berkat kerja dan kesabaran, dato siti, kak zyee dan warga SNP, kami sebagai peminat rasa puas hati dengan kejyaan dato....


ok... GERAK GEMPUR APM plak!

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

baca je entry kak zyee ni pun dah rasa penat apalagi yg mengalaminya kan...

anywy, penat lelah kak zyee, dato ct & semua crew yg terlibat amat berbaloi dgn pujian dari peminat, media & rakan2 artis... kami sbg peminat yg menonton konsert dato sememangnya amat berpuas hati... tabik spring tuk semua... ;) konsert satu amat berjaya...

Tahniah utk kak zyee, dato ct & crew terlibat... bravo!!

Anonymous said...

Salam...Tahniah buat DCT, KZ serta semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung...mmg best konsert nih...tak dpt dilupakan la...hehe...cuma tak sempat nak jumpa DCT je utk sesi autograph sbb sekejap sgt masa hari sabtu tu...KZ pon tak sempat juga...maybe penat kot...apa pon tahniah ye...hope akan menyusul nanti CD/VCD/DVD ek...:-) zamrie79

Siti June said...

june tunggu DVD jer ni...harap sgt ni...

Anonymous said...

Assalamualaikum k'zyee...
Alhamdulillah semua mengenai SATU sudah boleh menarik nafas lega kn...TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!buat DCT,k'zyee,SNP n team produksi..segalanya tidak mudah yg disangka...tp semua telah mmberikan kerjasama yg amat memuaskan dengan mmbuktikan kejayaan pd KONSERT SATU telah berakhir dengan kepuasan PEMINAT..dan juga semua yg mmberi sokongan padu..serta penuh berita2 pujian didada2 akhbar....TAHNIAH!TAHNIAH!untuk k'zyee dan semua yea... ;-)

"CTEEY_YANt"
sz@ganu kopok lekor