Tuesday, August 25, 2009

Sibuk sepanjang minggu....

3 Ogos-Hari ni Boss ada rakaman lagu terakhir untuk album Tahajjud Cinta berjudul Ku Percaya Ada Cinta. Susunan muzik dan demo Audi dah beri awal kepada Boss tetapi lirik sahaja yang masih dinantikan. Pada mulanya Boss nak buat lirik sendiri tapi memandangkan kesibukannya, di saat-saat akhir Kak Chah diminta membuat lirik. Jadinya jam 12.30pm tadi baru dapat lirik dari Kak Chah.

Boss pula menghantar suaminya menunaikan umrah ke KLIA. Aku dan Aiman bergerak dahulu ke studio Audi Mok dan Boss akan terus ke sana. Sampai di studio jam 3.45pm dan barulah Boss melihat lirik Kak Chah dan mula berlatih.

Alhamdulillah Boss cepat memasukkan `roh' lirik tu ke dalam melodi lagu....hahhahah..dan sekitar 2 jam rakaman selesai. Wartawan Farihad turut datang ke studio dan sempat menemubual Boss.

Selepas selesai rakaman, aku, Boss dan Aiman ke studio Azman Abu Hassan sekali lagi kerana ada sedikit pembetulan pada beberapa lagu terutama dari segi sebutan Arab atau tajwid. Rakaman dibuat hingga jam 1.30pagi. Tak mengapalah, yang penting semuanya selesai dengan baik.

4 Ogos-Rakaman Citarasa Bersama Siti Nurhaliza disambung lagi hari ini, suasana menjadi seperti hari raya pula. Semua masakan amat sinonim dengan hari raya. Sambil mengendalikan program memasak, Boss bertungkus lumus siapkan lirik Satu Malaysia. Aubrey menawarkan Boss berganding dengannya untuk penciptaan lagu Satu Malaysia dan Boss menerima dengan hati yang gembira.

Namun macam biasalah, Boss agak sibuk kebelakangan ini dan tidak menang tangan untuk fokus satu2 perkara. Jadinya selang waktu rehat, Boss akan menyudahkan lirik lagu Satu Malaysia sambil mendengar melodi yang diciptakan oleh Aubrey.

Bila lirik siap, aku terus emel kepada Aubrey kerana malam nanti Aubrey sudah mula merakamkan demo untuk pertandingan.

Rakaman Citarasa Bersama Siti Nurhaliza berakhir hari ini. Lega sangat2 rasanya. Balik ke rumah dengan dada lapang kerana esok tidak perlu pagi-pagi lagi terkejar ke rumah Boss.

5 Ogos-Alhamdulillah, akhirnya aku dapat ke opis juga. Sebagaimana yang dijangka, banyak sangat kerja yang harus dilunaskan. Soal album tentunya. Aku bekerja sampai tak angkat muka hari ini.

Sebelum Maghrib, aku, Papa dan anak-anak ke rumah Boss. Malam ini Boss adakan solat berjemaah, ceramah dan jamuan doa selamat sempena Nisfu Syaaban.

6 Ogos-Oleh kerana banyaj kerja yang harus diselesaikan di opis, aku tak dapat temankan Boss untuk rakaman lagu Satu Malaysia di studio Aubrey pagi ini. Selepas rakaman Boss terus ke hotel di mana malam nanti Jusco mengadakan makan malam atau Gala Dinner untuk tujuan amal juga.

Selesai kerja,aku dan Aiman terus ke hotel berkenaan. Selepas Boss `sound check', kami ke bilik hotel. Jam 9malam, Boss memulakan persembahannya, malam ini juga ada beberapa artis lain antaranya Reshmonu dan Noryn. Tak silap aku Vince pun ada juga.

7 Ogos- Hari ini aku, A.Z dan Boss ke Astro jam 11am kerana ada sedikit urusan. Urusan apa tunggulah sedikit masa lagi tapi aku gerenti akan membuatkan ramai peminatnya gembira.

Selesai di Astro jam 4pm dan kami terus pulang ke rumah. Hajatnya malam ini aku dan Papa akan bertolak ke KL kecil kerana esok semua artis SNP akan mengadakan persembahan di sana. Tapi Papa pula berubah fikiran dan aku juga macam tak boleh buka mata....apalagi..tidur.

8 Ogos- Bangun pagi, siapkan sarapan dan keperluan anak-anak untuk pulang ke kampung. Kami bertolak sekitar jam 11 pagi dan sampai di KL kecil jam 1230pm. Mak mertua aku adakan sedikit kenduri dan doa selamat di surau berdekatan rumah. Kami terus ke surau.

Lama jugalah menunggu yang lain sampai, mula-mula Boss dan suami tiba, kemudian Saida dan keluarga seterusnya barulah Coda dan team SNP.

Sebelah petangnya ada `sound check' di Padang Majlis Daerah Lipis, walaupun menunggu lama dan ada yang tak smepat sound check tapi show malam ini tetap diteruskan.

Show bermula jam 9 malam dimulai oleh Saida dan Sairah, kemudian Boss pula menyanyi dan diakhiri oleh Coda. Selesai persembahan, semua berkumpul di rumah, mak menjamu sate untuk kami semua.

9 Ogos-Boss dan suami pulang paling awal. Kemudian aku menyusul kerana hendak singgah di rumah keluarga aku. Sempatlah menjenguk emak, abang dan kakak aku. Anak2 saudara juga ada. Lepas berehat dan makan-makan, kami pun bergerak pulang ke KL besar.

10 Ogos-Ke opis macam biasa, menyiapkan kerja2 album. Malam ini malam sejarah apabila rakaman 5 beradik diadakan di studio untuk sebuah lagu yang didedikasikan buat arwah abah. Pada mulanya Boss, Saida, Sairah dan Papa saja terlibat dan akhirnya Ali juga turut menyumbangkan suara.

Lagu ciptaan Aidit dan lirik Ad Samad itu dirakamakan seorang demi seorang untuk mencari kesesuaian. Malam ini hanya Boss sahaja yang menjalani rakaman sebenar, selebihnya yang lain akan diberikan masa lagi untuk menjiwai lagu itu.

Rakaman habis agak lewat hingga jam hampir 1.30am, terus pulang ke rumah.

11 Ogos- Macam biasa aku ke opis, siapkan apa yang patut. Jam 2pm aku ada temujanji dengan pengarah program raya Astro dan juga wakil2 artis yang akan terlibat sama dengan Boss nanti. Saiful Apek dan pengurusnya datang, Faizal Tahir diwakili 2 pengurusnya dari Monkey Bone. Aku menerangkan tentang show Lentera Aidilfitri Dato' Siti Nurhaliza kepada mereka dan memberikan skrip masing-masing.

12 Ogos-Pagi2 lagi aku ke rumah Boss dengan A.Z, TV3 adakan rakaman temubual raya di rumah Boss. Selepas habis temubual aku terus pulang ke opis kerana kerja melambai2.


Boss dan Audi Mok.

Damia sewaktu hadir di majlis doa selamat sempena Nisfu Syaaban di rumah Boss.



Sekitar hari terakhir rakaman Citarasa Bersama Siti Nurhaliza.



Suasana di studio rakaman.


Di belakang pentas sempena Malam Gala Dinner Jusco.

Boss di Astro??????


Ni gerai SNP yang dibuka di Padang Majlis Daerah Lipis.

4 comments:

peridot sepi said...

gerai SNP jual apa kak?

I J O Y.. said...

arghhh....

siannya tengok akak bz ni!!!!!!!!

kak jangan lupa amik masa untuk rehat yaa!!!!!!!!

Anonymous said...

Hehe...busy KZ ye...jgn lupa jaga diri...jaga kesihatan ye...:-) zamrie79

arieda salsabella said...

kz..suka lagu Ku Percaya Ada Cinta..best sangat lagu tu..ct pun nyanyi ngan sepenuh hati je,kan..
wah..buat show kat lipis ye..bestnya...siap ada gerai snp lagi tu..heheh