Tuesday, June 9, 2009

Tahlil

4 Jun-Sejak awal pagi, sibuk berkemas2 sebab nak balik ke KL kecil hari ni. Jam 11.30am , berangkat pulang dan singgah di sekitar Ampang untuk ambil karipap yang emak mertua kirim. Sebenarnya malam ini ada majlis tahlil di rumah keluarga mertua, kiranya sempena 100 hari pemergian arwah. Lewat seminggu diadakan kerana hari ini ramai keluarga yang boleh berkumpul, sementelahan cuti sekolah pula.

Aku singgah di rumah keluarga aku dahulu, ambil anak2. Damia nampak paling rindu kat aku dan Papa dia. Alahai kalau balik kampung, Damia mesti terkena gigitan nyamuk. Papa geleng kepala saja, dia memang tak suka kalau anak2 kena gigit dek nyamuk. Duduk rumah kampung, macam tulah. Lagipun Damia bukannya boleh duduk diam, keliling rumah dan laman diterjahnya. Terjah? Hahahahah.

Kemudian bertolak pula ke rumah mertua aku, tolong apa yang patut. Abang Lizan dah sampai, tak lama lepas tu Boss dan sairah sampai kemudian barulah Saida.

Malam Jumaat yang indah, kami mulakan dengan solat Maghrib berjemaah, kemudian diteruskan dengan solat Isyak. Bila lebih ramai tetamu hadir, kami mulakan bacaan Yaasiin dan juga tahlil.

Selesai semuanya, jamuan makan diadakan. Walaupun penat tetapi semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Semoga arwah ayahku, arwah Abah dan arwah abangku, tenang di sana dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amiin.


Gaya ustaz Nabil.


Ustaz Put'a dan Ustaz Nabil.


Gambar 3 beradik sebelum solat Maghrib.


Aku dan anak2ku.

Suasana sebelum majlis tahlil bermula.


Boss sedang membaca surah Yaasiin.

5 Jun-Bangun pagi, sarapan dan tolong apa yang patut di dapur. Hari ini agak sibuk bersiap2 untuk majlis esok, emak mertuaku adakan majlis hari keluarga `Aki Bachik' di rumah wan. Semua adik beradik emak, anak2, cucu2 mereka akan berkumpul.

Sepanjang hari ini kami menyiapkan keperluan untuk hari esok. Ke rumah wan, menyiapkan apa yang patut, membungkus hadiah, mengemas dan lain2. Di rumah mak pula, siapkan pinggan mangkuk dan segala peralatan yang hendak dibawa ke rumah wan.

Sudah ramai yang berkumpul di rumah wan. Lepas Isya'. sambil siapkan bungkusan hadiah, hidangan karaoke disediakan. Oleh kerana semua keluarga arwah Aki berbakat menyanyi, tidak hairanlah jika mikrofon sering bertukar tangan. Majlis sambutan hari jadi anak bongsu wan, ayah Isa dan cicit wan juga diadakan untuk memeriahkan lagi malam itu.

Bila selesai semuanya, aku balik ke rumah mak. Nak tidur awal sikit sebab pagi2 esok kena bangun awal, ada senamrobik.

Suasana keluarga `Aki Bachik' pada malam Sabtu yang penuh `macam-macam ada'.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...semoga arwah Pak Tarudin dicucuri rahmat...Al Fatihah...kesian KZ ye sebab penat...nak buat camne...dah kenduri kan...:-) zamrie79

Khai Karim said...

Salam Kak Zyeee.... Insya allah semuanya akan selamat di sana.. Amin Insya Allah.... Al Fatihah..


Meriahnya Keluarga "AKI BACHIK" nih kan.. gotong royong macam nak pindah plak.. ehhe

idasm said...

Al-Fatihah dari kejauhan... semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat.
Kak Zyee.. mesti best hari keluarga tu yea... walau penat, tp dpt berkumpul ramai2..

Anonymous said...

assalamualaikum....
*AL FATIHAH..semoga arwah ayah K'zyee,abg k'kzee n arwah abah Tarudin dicucuri rahmat..

*BESTNYER..tengok Family Day "AKI BACHIK" 2 yer...mmg nampak sangat kepenatan dwajah2 yang tertera...k'zyee...k'saida...n DCT pun...tapi TENTU SERONOK kan dapat kumpul family...yang best tu tengok K'saida karaoke..ngan sape tu erk...cam nk join jerr...hihi...

* jage diri ye k'zyee..jaga kesihatan gak...n jaga BOSS...huhu..(FROM:SZ CTeeY YanT => gaNu Kiter...)

Anonymous said...

alfatihah7x semoga roh2 mereka tenang di alam sana insya allah amin3

hensemnye nabil pakai mcm tuh! geram plak tgk hehe

wah seronoknye bace majlis aki bachik tu meriah nyer suke la bace entry kali ni hehe

wah kz senamrobik sey... bagos2 gaya hidup sehat.. kz take care yer
TAJLENA

Anonymous said...

AL FATIHAH..semoga arwah ayah Kak zye,abg kak zye & arwah pakcik Tarudin di tempatkan dikalangan org-org yg beriman.

Bestnya Family Day "Aki Bachik" Semuanya berbakat dlm nyanyian...best kan dapat berkumpul ramai-ramai - LIA

ChAzIqAh said...

Assalamualaikum kak zyee.Saya adek kepada Syarifah Nurshaheriah iaitu kakak saya yang amat meminati Dato Siti Nurhaliza.Kakak saya sering kali melayari blog kak zyee iaitu"Dunia Kecilku" dan dia pun cakap "Best nye dapat berkumpul sekeluarga"