Wednesday, May 13, 2009

Kunjungan ke Madinah/Mekah

Ni gambar dengan Damia, dia tau ibu dia nak pergi jauh sebab tulah taknak turun dari berdukung.
Ni gambar dengan anak2 sebelum berangkat ke KLIA.

Ni gambar sewaktu di masjid Quba, di Madinah.


Kenangan beramai2 di perkarangan Masjid Quba, nampak ada pokok kurma kat belakang tu.


Sekali lagi melepaskan peluang bergambar di masjid bersejarah di Madinah, masjid Quba.


Dua gambar di atas, aku dan Boss sempat membeli kurma di para kurma terkenal di Madinah.


Abadikan kenangan di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah pada waktu malam.

Aku di hadapan hotel penginapan di Madinah sebelum berangkat ke Jeddah.

Aku dan Papa di lobi hotel di Madinah sebelum berangkat ke airport Jeddah, sudah berpakaian ihram.


Aku dan Papa dalam flight sewaktu penerbangan Madinah-Jeddah. Pakai spek sebab cuaca amat panas.

Bergambar beramai-ramai dalam bilik apartment di Mekah selepas balik dari mengerjakan umrah yang pertama.


Ini juga gambar aku dan Papa selepas balik dari mengerjakan umrah.


Aku dan Boss berlatarbelakangkan hotel di mana kami menginap di Mekah.


Berlatarbelakangkan Masjidil Haram selepas balik bersolat.

Bergambar di tempat Rasulullah wukuf di Arafah.


Abadikan kenangan dengan ustaz dan pemandu yang membawa kami. Gambar ini di kaki bukit Jabal Rahmah (Arafah).


Bergambar di tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa, Boss khusyuk berdoa.

Kenangan di peninggalan telaga Siti Zubaidah.


Selepas umrah kali ke 2 di depan Masjidil Haram. Boss jadi jurufoto sebab tu takde dlm gambar.

Gambar aku berlatarbelakangkan Kaabah. Boss juga yang tolong ambilkan gambar ni.


Aku dan Papa di dalam Masjidil Haram selepas umrah ke 2.

Gambar ni pagi hari sebelum mengerjakan tawaf Wida', Boss jadi jurufoto lagi.


Aku ambil gambar ni curi2 dari belakang, Papa dan Ali khusyuk berdoa depan Kaabah.


Aku dan Papa di depan Kaabah, aku suka gambar ini kerana kedudukan kami benar2 di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah iaitu Multazam. Berdoa dan bersolat di sini.


Kak Isma pula jadi jurufoto, gambar kenangan beramai2 dengan ustaz selepas tawaf Wida'.


Gambar di lobi hotel di Mekah sebelum kami pulang.


2 Mei-Pagi2 lagi aku sudah bangun menyiapkan segala keperluan keluarga dan juga mengemas lagi keperluan yang harus dibawa ke perjalanan umrah kami nanti.

Aku mahu pastikan anak-anak dalam keadaan baik waktu ditinggalkan, semuanya sudah tersedia rapi untuk mereka. Wang sekolah Put'a aku dah siapkan atas meja belajar Put'a, setiap hari wangnya iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat nanti. Wang belanja jika ada kecemasan juga aku tinggalkan termasuk wang bayaran van sekolah Put'a dan juga wang yuran sekolah Nabil.

Damia adalah insan yang paling sukar aku nak tinggalkan, dia sedang membesar dengan bijak, manja, sentiasa mahukan belaian dan semakin petah berkata-kata. Meskipun aku maklum bahawa anak2 aku memang sudah terbiasa ditinggalkan tapi hati seorang ibu memang selalu mempunyai rasa itu dalam diri.

Sarapan pagi dan hidangan tengah hari aku sediakan sekaligus. Mesej2 pesanan untuk adik beradik dan juga teman sekerja sudahpun aku kirimkan. Memang banyak pesanan, banyak juga pesanan kerja kerana kalau memikirkan soal kerja, waktu ini aku sudah sibuk menyediakan itu dan ini terutama untuk konsert Boss Jun nanti.

Jam 11am, aku dan Papa sudah bersedia untuk ke airport. Mak mertua, Kak Isma dan Ali juga sudah siap. Anak2 tidak turut serta ke airport jadinya sisa2 masa yang ada dihabiskan dengan bersalaman, berciuman dan berpesanan. Aku pun sempat minta maaf dengan maid aku tu (hehehhe.....) supaya dia juga doakan agar pemergian aku berjalan lancar. Berbuih2 mulut berpesan macam2. Damia juga erat dalam dukungan aku, kesian dia.

3 kereta ke KLIA, suami dan anak2 Kak Isma turut menghantar kerana mereka akan terus balik ke Kuantan nanti. A.Z juga memandu membawa emak mertuaku dan Ali. Abang Ady, kawan Papa memandu kami.

Sampai di KLIA, Boss belum sampai lagi. Bila Boss sampai barulah kami berenam `check in' beg dan kemudian ke lounge untuk makan tengah hari, solat jamak dan menunggu waktu keberangkatan.

Sebelum masuk lounge, ada beberapa szoners datang, mengucap selamat jalan dan selamat buat Boss di AIM malam nanti. Aku juga sempat menitip pesan buat Saida yang mewakili Boss di AIM.

Jam 320pm, penerbangan menaiki MAS berlepas ke Jeddah. Aku macam biasa masih batuk2 dalam flight, kesian Kak Isma yang duduk di sebelah. Cuba untuk tidur tapi memang batuk amat mengganggu.

Makanan yang dihidangkan kali ni dalam penerbangan boleh dikatakan memenuhi selera aku, berapa kali pun dihidangkan makanan, aku tak menolak. Lupakan untuk lelap dengan lena kerana krew penerbangan akan selalu mengejutkan aku dan penumpang lain untuk memilih makanan.

Lebih kurang jam 7 malam waktu Arab Saudi, kami tiba di Jeddah. Urusan imigresen amatlah lembab. Percayalah, kita harus berbangga mempunyai KLIA yang begitu canggih, kalau pergi ke negara luar, tak kisahlah London ke, New York sekalipun, jauh sekali bagusnya KLIA.

Masa inilah aku dan Boss, telefon aku dan Boss menerima sms bertalu2. Boss senyum, aku pun senyum. Dalam debar juga sms dibuka sebab aku dah pesan kat D.J, Saida dan Aiman supaya memberi khabar berita tentang AIM.

Alhamdulillah, Boss merangkul 3 anugerah menerusi Lentera Timur (Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu-Di Taman Teman, Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik) dan 1 menerusi lagu Pada Cintanya-Audi Mok. Bagi aku kejayaan Lentera Timur adalah kejayaan SNP dan semua tenaga produksi. Nanti aku ceritakan dalam entry lain tentang kejayaan ini.

Bila dah melepasi imigresen, ketibaan kami dah disambut oleh Ustaz M.A di balai ketibaan. Kami terus dibawa menaiki van dan menuju ke lapangan terbang domestik pula untuk penerbangan ke Madinah.

Lama juga menunggu kerana penerbangan ke Madinah pada jam 1.30am (3 Mei). Sambil menunggu kami makan ayam goreng (Al-Baik) yang katanya jadi kesukaan Boss, ustaz dah belikan siap2.

3 Mei-Jam 130am, kami berlepas ke Madinah menaiki flight, tak lama penerbangan, lebih kurang 1 jam kami dah tiba di airport Madinah. Tak dapat bayangkan perasaanku kerana aku memang merindui Madinah. Lain benar rasanya bila berada di bumi kecintaan Rasulullah s.a.w ini.

Selepas melepasi imigresen dan mengambil bagasi, kami terus menaiki teksi dan menuju ke hotel penginapan. Tak jauh dari Masjid Nabawi, tak berpeluhpun kalau berjalan kaki. Sampai di hotel, kami buat solat jamak dan bersyukur sangat kerana sudah tiba di bumi Madinah.

Di Madinah, kami menginap di 3 bilik. Boss dengan mak, aku dengan Kak Isma dan Papa dengan Ali. Dalam bilik macam biasa aku masih selsema dan batuk2, Kak Isma pun jadi tak lena tidur. Sementara menunggu subuh, aku cuba juga untuk tidur.

Solat Subuh di masjid Nabawi, rindu sangat, lain benar rasanya. Minum air zam-zam yang memang terdapat dalam banyak tong yang disediakan di dalam masjid. Berdoa agar aku diberikan kesihatan yang baik, tidak lagi selsema dan batuk2.

Selepas solat, kami tidak bercadang untuk pulang ke hotel sebaliknya menunggu di masjid untuk memasuki Raudah. Walaupun terpaksa menunggu lama, berasak-asak tetapi tempat ini adalah tempat yang paling aku rindui.

Raudah: Taman syurga, terletaknya makam Rasulullah, dan dijanjikan oleh Allah sebagai tempat yang mustajab untuk berdoa.

Kami menunggu giliran dengan sabar, apabila berpeluang masuk ke Raudah, aku tidak membuang masa, bersolat dan berdoa dalam susah dan payah. Semua orang bertolak2 dan bersesak tetapi aku mencari ruang2 yang memungkinkan aku masih mampu juga bersolat walaupun berkali-kali bertukar tempat. Berdoa sepuasnya di sini. Alhamdulillah segalanya lancar.

Bila keluar saja dari masjid, aku, mak, Kak Isma dan Boss meninjau restoran2 kecil yang menjual sarapan. Beli buat alas perut saja kerana selepas jam 7am, barulah sarapan disediakan di hotel.

Selepas sarapan, balik berehat di hotel kerana penat perjalanan semalaman. Sementara nak menunggu waktu Zuhur masuk, aku sempat lelapkan mata. Zuhur macam biasa ke masjid lagi, kemudian barulah makan tengahari dan kemudian bersiap2 untuk ziarah.

Oleh kerana semua berpengalaman ke umrah dan membuat ziarah sebelum ini, hanya Kak Isma saja yang baru pertama kali, kami hanya mengambil peluang membuat ziarah di tempat2 bersejarah yang penting dan mendengar penerangan ustaz dari dalam van sahaja kerana waktu amat terhad.

Tempat tujuan utama yang kami singgah adalah di masjid Quba'. Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah di Madinah dan jika sesiapa yang mengambil wuduk dan kemudian pergi ke masjid ini dan bersolat, Allah memberikannya ganjaran satu kali umrah. Alhamdulillah, kami sempat solat di sini.

Selepas keluar dari masjid Quba', kami singgah di pasar kurma, tak susah nak dapatkannya apatah lagi peniaganya adalah orang Indonesia, kenalan ustaz/mutawif yang membawa kami. Ada yang mengirim pesan membeli kurma Nabi/Ajwa, aku turut membelinya.

Selepas selesai di pasar kurma, kami segera pulang kerana waktu Maghrib sudah hampir.

Selepas solat di masjid, aku sempat mengajak Kak Isma meninjau kedai2 berdekatan hotel. Membeli apa yang patut dan ke masjid Nabawi untuk bergambar kenangan.

4 Mei-Selepas subuh, kami tawaf masjid Nabawi untuk mencari bangunan asal yang berkubah hijau iaitu terletaknya makam Rasulullah dan juga kawasan Raudah yang aku ceritakan tadi. Oleh kerana hari ini kami akan meninggalkan Madinah, kami harus mengucapkan salam selamat tinggal kepada Rasulullah.


Apabila tiba di bangunan asal Masjid Nabawi, hati terasa amat sayu. Hanya dinding yang memisahkan kami dan makam Rasulullah. Kami berdoa di situ dan berdoa agar kami akan diberikan peluang untuk menziarah Rasulullah lagi. Juga berdoa agar kita semua akan mendapat syafaat Nabi di akhirat nanti. Amin.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah, kami ke gerai berdekatan dan membeli sarapan pagi. Kami berhasrat makan di dalam bilik sahaja kerana harus mengemas2 barang dan bersiap2 untuk berihram.

Kami mandi solat ihram da berssolat sunat ihram di bilik hotel, kemudian bersiap2 menuju ke airport Madinah. Kami bertolak ke Jeddah pada pukul 11.55am waktu Madinah.

Penerbangan kami dari Madinah tiba di Jeddah sekitar jam 12.50pm. Selepas keluar dari airport, kami ke restoran Thai terlebih dahulu untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan menaiki van ke Mekah.

Perjalanan lebih kurang 1 jam, aku memang suka melihat pemandangan dari Jeddah ke Mekah. Walaupun cuaca agak panas, tapi aku selalu membayangkan tempat2 yang aku lihat pada zaman2 Rasulullah dahulu.

Apabila sampai ke sempadan Tanah Haram, aku berdoa agar semuanya akan baik dan lancar segala ibadah kami di sini.

Tiba di Mekah, kami terus ke bilik hotel. Kami diberikan 2 bilik walaupun tempahan asal adalah apartment 2 bilik supaya semuanya boleh tinggal bersama. Sementara pihak yang berkenaan menguruskan apartment, kami bercadang untuk terus mengerjakan umrah kerana tidak mahu terlalu lama berada di dalam ihram.

Kami solat Asar dahulu di bilik hotel sementara dan kemudian terus ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Seperti biasa, perasaan berdebar, sayu da beryukur akan silih berganti apabila memasuki Masjidil haram dan berpeluang melihat Kaabah depan mata.

Kami tawaf keliling Kaabah, solat sunat tawaf dan kemudian bersaie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Masuk pusingan ke-6, masuk waktu solat Maghrib dan kami berhenti untuk bersolat jemaah. Selepas solat kami teruskan saie dan kemudian bertahallul. Alhamdulillah, umrah kami selesai hari ini.

Kami pulang ke hotel untuk bertukar ke bilik apartment. Akhirnya dapat juga bilik yang dikehendaki dan kami berpindah dari bilik sementara tadi. Lebih mudah kerana kami berenam dapat tinggal bersama.

Boss mengajakku turun ke bawah untuk membeli barang2 keperluan, hotel kami di tingkat atas dan bahagian bawahnya adalah shopping mall. 2 troli jugalah aku dan Boss shopping makanan/minuman untuk beberapa hari di Mekah.

5 Mei-Selepas solat dan sarapan pagi, aku, Papa dan mak bercadang untuk ke Masjidil Haram lagi pada jam 10am nanti. Kami tidur sekejap sebelum bangun kembali untuk ke masjid.

Di masjid, mak khusyuk membaca Al-Quran, aku juga membaca pelbagai surah dan bersolat sunat. Masa 2 jam sebelum masuk waktu Zuhur itu aku manfaatkan sebaiknya. Tidak mudah mendapat peluang beribadah dalam masjid di mana setiap saat kita boleh memandang Kaabah. Selepas solat Zuhur, kami makan tengah hari bersama-sama.

Solat Asar juga di masjid, aku, Boss dan Kak Isma melakukan tawaf sunat selepas Asar. Selepas tamat 7 keliling tawaf sunat, kami terus menghampiri multazam dan Alhamdulillah dapat berdoa benar2 di hadapannya.

Aku teringat waktu kali pertama aku mengerjakan umrah dahulu, aku dan Boss juga berpeluang berdoa di multazam selepas solat Asar juga. Alhamdulillah, segalanya juga dipermudahkan kali ini dan kami kemudiannya berpeluang solat dan berdoa di Hijr Ismail. Selepas itu berdoa di makam Nabi Ibrahim sebelum melakukan solat sunat.

Multazam: Kedudukannya di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah, tempat mustajab untuk berdoa. Alhamdulillah.
Selepas solat Maghrib dan Isyak, aku mengajak Kak Isma meninjau2 deretan kedai2 yang banyak menjual cenderamata dan barangan yang menjadi buah tangan jika kembali dari Mekah.

Banyak juga kami membeli untuk ahli keluarga. Sampai tak cukup tangan aku nak pegang banyaknya beg plastik dan Kak Isma membantu. Maklumlah adik beradikku dan ahli keluargaku memang ramai.

Tiba di hotel, aku bersiap2 pula untuk ke masjid lagi. Kami sudah berjanji dengan ustaz S untuk melakukan tawaf dan solat malam ini. Suasana tengah malam di dalam Masjidil Haram sukar hendak digambarkan. Pelbagai perasaan timbul dan tentunya amat berharga peluang yang kami ada untuk sujud kepadaNya.

Selepas tawaf sunat, kami dibawa oleh ustaz S untuk bersembahyang di tempat yang doa2 kita diaminkan oleh para malaikat. Lama juga kami di situ, jam 2.30am baru kami tiba di bilik hotel.

6 Mei-Hari ini kami berihram sekali lagi. Kali ini menuju ke Arafah terlebih dahulu. Sepanjang perjalanan ke Arafah, ustaz S memberi penerangan tentang tempat2 bersejarah yang kami lalui dan kami hanya berhenti di Arafah.

Di Arafah, kami ke Jabal Rahmah, bertuah rasanya kerana dapat berdoa dan ditunjukkan oleh ustaz S tempat sebenar pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Ali orang yang paling lama berdoa kerana dia sahaja yang masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kami juga dibawa ke tempat pertama kali Rasulullah wukuf, juga berdoa di sini seterusnya melihat peninggalan telaga Siti Zubaidah. Siti Zubaidah merupakan orang kaya yang budiman iaitu beliau sangup menggunakan hasil kekayaannya dan membina telaga/paip bagi membolehkan penduduk mendapatkan air.

Setelah itu, kami berniat ihram di Arafah dan kemudian terus menuju ke Mekah bagi mengerjakan umrah. Ustaz M.A turut serta kali ini. Tawaf, saie dan tahallul, Alhamdulillah ibadah umrah yang kedua selesai.

Selepas menunaikan solat Asar di masjid, kami kemudianya dipelawa ke rumah Ustaz S. Di rumah ustaz S diadakan majlis keagamaan dan kami juga dihidangkan dengan makanan kegemaran Boss iaitu nasi kuning.

Sebelum Maghrib, kami mohon diri untuk pulang ke hotel. Selepas solat, malam ini kami bercadang untuk ke masjid lagi, mengulangi tawaf sunat seperti malam tadi.

Jam 11.30pm, kami ke masjid lagi, tawaf, bersolat dan berdoa. Esok kami akan meninggalkan kota Mekah dan malam ini aku mahu memanfaatkan masa yang ada sebaiknya. Jam 1.30am, barulah kami tiba di bilik hotel. Aku mula mengemas2 kerana esok akan bertolak balik. Beg jadi bertambah2.

7 Mei-Pagi yang amat sayu kerana beberapa jam lagi kami akan meninggalkan Tanah Haram ini dan melakukan tawaf Wida'. Selesai mengemas2, kami ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf Wida' iaitu tawaf selamat tinggal.

Kali ini ustaz S datang mengetuai. Memang sayu sangat sewaktu mengelilingi Kaabah. Entah bila aku berpeluang lagi datang dan menjadi tetamu Allah. Semoga aku akan terus dimurahkan rezeki dan dapat datang ke sini lagi.

Selepas tawaf Wida dan solat sunat, kami duduk menghadap Kaabah dan berdoa. Sempat lagi bergambar kenangan depan Kaabah walaupun takut2 kalau2 pengawal di dalam masjid nampak kami bawa masuk kamera.

Aku amat bersyukur kerana berpeluang ke Madinah/Mekah. Tempat yang terlalu istimewa dan kita takkan dapat temui di lain2 tempat yang kita pergi. Bukan sahaja ibadah kita berganda2 ganjarannya bila dilakukan di kedua2 tempat ini tetapi di sinilah kita akan melihat kembali ke dalam diri kita, menginsafi siapa kita dan di situlah nanti akan bertambah rasa sayang dan cinta kita pada Allah dan juga Rasulullah.

Allah Maha Besar, aku amat mensyukuri kerana Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang. Pada satu ketika dahulu, aku terlalu ingin ke RumahMu, terlalu ingin rasa dekat denganMu dan aku terlalu rindu untuk mengadu denganMu, tapi aku tidak berkesempatan, terlalu banyak halangan, terlalu banyak duganya.

Alhamdulillah, hari ini aku menerima hikmahnya, kerana Kau Maha Penyayang, jika dahulu aku mahu ke RumahMu seorang diri, dalam keadaan duka yang teramat dalam, tetapi hari ini aku bersyukur kerana dapat menjadi tetamuMu berdua bersama2 suamiku dan diriku dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah. Mensyukuri segala apa yang telah kau tuliskan untukku.

Kami meninggalkan Mekah dan ke airport Jeddah. Penerbangan pulang ke KL dari Jedah jam 9malam waktu Arab Saudi. Dalam penerbangan aku asyik tidur sahaja, memang kepenatan.

8 Mei- Jam 10.45am waktu Malaysia kami tiba di KLIA. Syukur Alhamdulillah, selamat pergi dan pulang. Aku memang rindukan anak2 dan tak sabar nak pulang.

Dalam perjalanan balik, perut aku rasa lain macam, loya dan mual. Aku minta Abang Ady berhenti tepi jalan, memang rasa macam nak muntah.

Sampai saja di rumah, tahap loya makin tinggi, Damia sambut kepulangan aku dengan ketawanya dan juga memelukku erat. Nabil juga nampak macam rindu sangat dengan aku dan Papa. Put'a saja belum balik dari sekolah agama lagi.

Kemudian aku terus berlari ke bilik air, muntah. Huh! Perut dan tekak memang tak sedap sangat, perubahan cuaca. Jangan fikir yang bukan2.......hahahahahahahaha.

11 comments:

Anonymous said...

selamat kembali kak zyee...ehehe :-)

idasm said...

SALAM KAK ZYEE...
Selamat kembali ke tanah air. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Rindu sungguh dgn dunia kecil akak ni.. rasanya mcm berbulan2 takde entry baru... hehe.. walau baru 2 minggu sebenarnya...

Azwan Hashim said...

Salam KZ,

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. KZ, Boss & semua rombongan selamat pergi dan pulang dengan selamat.

Terima ksih kerana sudi berkongsi pengalaman indah di sana. =)

syaida ilmuna said...

salam kak zyee,
slamat pulang dari tanah suci..
semoga sihat2 selalu yer..

Khai Karim said...

yeah, kak zyee dah update... thank u kak zyee... tadik pagi or malah hari hari check nak tengok kak zyee dah update lom.. hehe

Khai Karim said...

heheh.... muntah muntah yerk... alhamdullilah.. :P

arieda salsabella said...

Alhamdulillah..dapat mengerjakan ibadat umrah dengan baik..
seronok baca pengalaman kz kat sana..ntah bila kite dapat peluang jejakkan kaki kat sana ek...insyaALLAH..suatu ari nanti,ku akan ke sana jua.

Anonymous said...

Alhamdullillah...

Anonymous said...

syukor alhamdulilah kz dan semuanya selamat mengerjakan ibadah umrah dgn begitu sempurna sekali... amin2

terima kaseh kz coz kongsi citer ttg ni mmg dinantikan sekian lama menanti berbaloi rasenye sbb COMPLETE entry psl umrah ni dari mula hingga akhir

nasib baik da smpi ke tanah air br muntah2 kan kz iye la mayb perubahan cuaca... TAJLENA

Anonymous said...

multazam tu bukannya di masjid nabawi ya kak zyee????bukan didepan ka'bah.....hehehehe koreksi dikit boleh ya.....

Anonymous said...

Multazam merupakan dinding Ka'bah yang terletak di antara Hajar Aswad dengan pintu Ka'bah. Tempat ini merupakan tempat utama dalam berdoa.