Saida mulakan fotografi dulu, lepas tu Coda dan akhir sekali Sairah. Kemudian Sairah dan Saida bergambar berdua pula. Anuar juga temubual artis2 ni, lama jugalah, hampir jam 4 petang baru selesai semuanya.
Lepas selesai fotografi, aku dan D.J siapkan barang2 dan semua keperluan untuk buka gerai di Istana Budaya Ahad nanti. Walaupun semuanya serba pantas dan kelam kabut sebab boss baru bagitau nak buka gerai malam tadi, alamatnya memang kena bertindak pantas dalam banyak hal.
Kat I.B ada acara Doa Buat Palestine, ramai artis yang terlibat dan kebanyakan mereka memberi sokongan dengan cara masing-masing. SNP buka gerai dan artis2 SNP, boss, Saida dan Sairah join buat persembahan sepanjang 2 hari acara di I.B ni.
Apa yang ada aku dan D.J agih-agihkan sebab tak banyak merchandise stock baru, kecuali album Lentera Timur dan juga album2 boss yang sebelum2 ini. Teh CTea ada lagi, ini pun akan dijual nanti. Aku terjumpa cenderahati eksklusif perkahwinan boss masa kat KLCC, elok juga dijual supaya peminat dapat memilikinya. Ada mug boss, tak banyak tapi aku bawa juga ke I.B nanti.
Lepas kemaskan semua barang2 dan kumpul setempat, aku, D.J dan A.Z singgah minum kat NN sebelum balik ke rumah.
Operasi aku bila sampai di rumah adalah mencari buku ASB, memula kat bilik tidur aku. Segala laci, kotak, beg aku punggah keluar, selak sana sini dan akhirnya tetap tak jumpa. Beralih ke bilik bacaan @ library, sama juga, semua benda yang berbentuk kotak aku keluarkan, cari satu-satu, masih tak jumpa. Pastu aku cari lagi kat dalam kotak, terjumpa pulak buku ASB yang lama, buku tulah yang hilang dulu dan aku dah buat yang baru. Aik, yang lama jumpa, yang baru pulak entah di mana.
Penat sgt dah rasanya, akhirnya aku fed up dan malas nak teruskan misi mencari. Tawakkal jelah.....
31 Jan- Bangun pagi macam biasa, sediakan apa yang patut untuk keluarga. Lepas tu aku bersiap-siap untuk ke majlis amal anjuran NSTP, ABPBH untuk Gaza (Tabung Untuk Gaza) di Amcorp Mall. Hari ni semua artis SNP terlibat.
Aku dan adik2 iparku, Ali, Saida dan Sairah ke Amcorp Mall bersama-sama. Boss dah sampai dulu di sana dan masih menunggu. Semua berkumpul kat bahagian letak kereta Amcorp Mall sebelum naik lif bersama-sama ke tingkat atas tempat acara berlangsung.
Inilah artis-artis SNP, 2 C dan 2 S (C-CT n Coda, S-Saida n Sairah). Coda sampaikan lagu ciptaan terbaru mereka yang ada kena mengena dengan penindasan dan penderitaan Palestine. Lagu ni tak dimuatkan dalam album mereka, dicipta khas untuk majlis seumpama ini.
Bila kami sampai, dah ramai artis dan pengunjung yang hadir. Banyak acara diadakan, jual kek, lelong barang dan gerai-gerai jual barangan. Mula-mula boss turun padang jual kek, suasana jadi havoc, ramai yang berebut2 beli kek yang boss jual. Kemudian boss bergambar dengan peminat, siapa nak bergambar kena bayar dan yang terakhir boss buat lelongan baju dia. Alhamdulillah, boss dapat luangkan masa dengan peminat-peminat hari tu.
Selepas habis acara boss, dia terus bergegas ke I.B, ada latihan untuk show Atas Nama Kemanusiaan malam nanti. Aku dan A tak ikut sama ke I.B sebab Saida, Sairah dan Coda maish belum buat persembahan lagi.
Lama jugalah nak menanti giliran persembahan, hampir jam 5 petang baru semuanya selesai. Oleh kerana boss dah habis latihan di I.B, aku terus balik ke rumah lepas acara di Amcorp Mall. Rehat kejap, nak lelap takut nanti terlajak tidur sebab jam 6.30 petang aku nak bertolak ke rumah boss.
Jam 7pm aku dah tiba di rumah boss, jam 8pm bertolak dari rumah boss ke I.B. Giliran boss awal, jadinya boss dah sedia kat bilik khas di belakang pentas. Bila nama boss dipanggil untuk tunggu giliran, terus ke tepi pentas.
Boss menyanyikan lagu Suara Sepi (Di Bumi Anbia) yang dirakamkan tempoh hari tapi kali ni nyanyi secara live diiringi orkestra. Memang meremang bulu roma dengar lagu ni dan liriknya juga menyentuh hati.
Habis saja acara, aku ditemani Kak Erma Fatima ke lokasi gerai untuk check di mana gerai SNP esok. Gerai no.2, strategik jugak tempatnya, dekat dengan pentas. Kemudian hantar boss ke rumah dan aku, A.Z dan D.J balik ke rumah. Oleh kerana D.J memang lapar, kebetulan aku pun nak makan, kami bercadang singgah di NN. A.Z pula ada hal, aku dan D.J je yang makan di NN, kemudian hampir jam 12.30am, Ali datang jemput balik ke rumah.
Memandangkan esok subuh2 pagi dah kena bangun, aku bercadang tidur awal. Minta2 takde gangguan. Biasanya kalau Papa balik memancing lewat, aku mesti terjaga. Lepas tu susahlah pulak nak tidur. Aduhai...lenalah..esok byk keje menunggu.
Tup-tup...tengah aku teramatlah syok dibuai mimpi, Papa kejutkan aku, laaa..baru balik rupanya. Aku tengok jam 5.20 pagi. Lapar katanya. Apa lagi, akulah yang kena sediakan makanan pepagi buta ni. Ringkas saja, roti dan telur, milo panas.
Tup-tup...tengah aku teramatlah syok dibuai mimpi, Papa kejutkan aku, laaa..baru balik rupanya. Aku tengok jam 5.20 pagi. Lapar katanya. Apa lagi, akulah yang kena sediakan makanan pepagi buta ni. Ringkas saja, roti dan telur, milo panas.
Lepas dah terjaga tu aku dah tak boleh tidur lagi. Lepas Subuh, aku terus mandi dan siap berkhidmat pada jam 7.30 pagi.
1 Feb-Abang aku, Bob dah berada di depan rumah. D.J pun dah siap nak berangkat. Kami hanya tunggu van sampai saja. Bila van dah sampai, angkut barang yang ada kat rumah dan kemudian singgah kat opis pula. Angkut barang2 yang aku dan D.J kumpulkan semalam. Kemudian baru bertolak ke I.B.
Tiba di I.B, masih tak ramai penyewa gerai yang datang. Kami bertiga memulakan operasi membuka gerai, menyusun barang dan jam 9.30am dah siap semuanya. Banyak lagi gerai yang belum buka, kiranya gerai SNP paling bersemangat kerana sepatutnya jam 10am baru mula berniaga.
Sambil menunggu pelanggan datang ke gerai, aku dan D.J cari makan dulu, kenalah breakfast kan..barulah boleh buat kerja. Tak banyak lagi gerai yang buka, jadinya aku beli air mineral dan nasi lemak saja. Tak lama lepas tu, M tiba untuk membantu.
Memula bisnes tak ramai pengunjung, lagipun tengah hari tu hujan. Lepas hujan barulah ramai yang datang, ada jual barangan dan cd yang terjual.
Jam 4.30pm, boss sampai ke gerai. Masa ni suasana jadi `havoc' sekejap, memang laris bila boss ada. Sesiapa yang nak bergambar dan dapatkan tandatangan boss kena beli barang kat gerai ni dulu, nampaknya album baru pun banyak terjual.
Boss habiskan masa hampir 45 minit di gerai sebelum dipanggil untuk acara lelongan di pentas. Kali ni boss lelong 2 baju peribadi juga, baju pertama dibida dengan harga tertinggi RM400 oleh pelakon Zarina Zainuddin dan baju kedua oleh seorang makcik yang bersungguh-sungguh nak dapatkan baju boss. Akhirnya makcik tu dapat jugak jaket istimewa boss yang dilelong dengan bidaan RM500. Nampaknya RM900 juga, sama macam acara lelongan di Amcorp Mall yang lalu.
Lepas acara lelongan tu, boss menyanyi juga 1 lagu atas permintaan ramai. Boss menyanyi dengan peminat dia yang memang pandai menyanyi....lagu Ku Mahu.
Hampir Maghrib boss balik. Aku, D.J dan A.Z pula balik ke rumah dulu, rehat kejap dan kemudian jam 7.30pm bawa Sairah ke Rumah Pena. Saida pergi bersama suaminya. Jemputan acara malam ni dibuat oleh TV9 sebagai penganjur bersama baca puisi Palestine, tujuan amal juga.
Saida dan Sairah berganding sampaikan puisi nukilan Fedtri Yahya berjudul Mawar Dari Syurga. Inilah pertama kali gandingan mereka mendeklamasikan puisi. Boleh tahan juga bacaan mereka.
Habis acara ni, terus balik ke rumah sambil menunggu abangku Bob yang pulang dari berniaga di I.B. Hampir jam 12.30am baru dia sampai ke rumah, dan kami punggah semua barang2 dari dalam van kerana esok guna van lain pula.
Hampir jam 1am, Papa dan adik iparku Apis yang baru balik dari memancing ajak temankan mereka makan. Walaupun penat aku pergi juga. Sambil tu beli bungkus lauk panas untuk esok sebab pagi2 esok aku dah keluar. Jadinya tak sempatlah nak memasak.........
Ini gambar sekolah rendah aku dari darjah 1 sampailah darjah 6. Aku menjadi antara murid pertama yang bertudung di sekolah ini iaitu pada tahun 1981. Hari pertama ke sekolah juga aku pergi seorang diri, mendaftar dan cari kelas sendiri. Sejarah terbaik, tiap-tiap tahun aku dikira antara pelajar cemerlang dari darjah 1 sampailah darjah 6 yang mendapat no.1 atau no.2 dalam kelas setiap kali peperiksan. Bestnya kat sekolah ni, semua cikgu sayang kat aku.
Ini pula sekolah menengah dari tingkatan 1-tingkatan 5. Aku terpilih untuk belajar dalam kelas rancangan khas (KRK) di sini. Banyak sangat kenangan membanggakan di sekolah ni. Antaranya aku jadi pemantun sekolah, daerah dan pahang dari tingkatan 2 sampailah tingkatan 5. Aku juga terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri untuk pemilihan Puteri Islam Negeri. Di sekolah ini aku dapat kepercayaan dari cikgu untuk menjadi ahli sidang redaksi majalah sekolah sejak tingkatan 2 dan terus menjadi editor masa aku tingkatan 4 dan 5. Yang paling tak boleh lupa, cikgu-cikgu sentiasa akan cari alasan supaya aku tak kena denda atau kena rotan bila hukuman dikenakan kat kelas, asrama atau sekolah aku. Ada-ada saja yang cikgu akan berikan aku kerja supaya aku tak dikenakan denda. Tapi warden asrama memang berbulu sikit dengan aku sebab aku suka bawa alat solek dan majalah hiburan ke asrama, ini memang selalu kena rampas.
Ini bangunan sekolah paling depan, masa aku tingkatan 4, aku di bangunan ni. Kenangan melucukan bila ada seorang cikgu yang ajak aku kahwin. Hahahha...aku ingat bergurau, rupanya dia sanggup tunggu aku habis SPM. Biar betul.....
Ni kawasan depan pagar sekolah, selalu cuci mata kat sini...hehehhe...tak adalah. Sebenarnya kalau balik sekolah ramailah yang berkumpul kat sini sementara tunggu bas. Disebabkan aku tinggal di asrama makanya jarang sekalilah aku lepak kat sini. Tu dok berangan tepi pokok, biasalah penggemar filem hindustan kan....
Ini bus stop depan sekolah, kalau hujung minggu nak keluar, biasanya tunggu bas kat sini. Bila dah nampak bas, barulah melintas seberang jalan.
Depan Asrama Puteri...dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 aku tinggal kat sini. Asrama ni bagi aku yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan. Kebanyakan benda-benda yang berkaitan dengan kehidupan aku belajar kat sinilah. Asrama ni tempat paling best bagi aku sebab selama berada di sini, ramai kawan2 dan yang paling best, pertama kali aku bertemu dengan boss aku, kat asrama ni la. Dia datang untuk latihan bola baling wakil daerah di sekolah aku dan tinggallah di asrama ni dalam seminggu lebih rasanya....
Kat belakang tu yang berpapan tanda `Toshiba' asalnya adalah rumah sewa keluarga aku dulu-dulu. Aku tinggal kat sini sejak aku lahir sampailah penghujung tahun 1986. Rumah ni rumah kedai 3 tingkat, arwah ayah aku dulu berniaga dan di sinilah aku mengenali ramai jiran-jiran Cina. Jadinya kawan-kawan aku masa kecil kebanyakannya orang Cina.
Kedai yang bercat hijau belakang proton merah tu adalah rumah kedai arwah ayah aku. Aku tinggal kat situ dari tahun 1987 sampailah umur aku 21 tahun nak masuk 22 tahun. Banyak kenangan kat rumah ni, suka duka pahit manis kami sekeluarga.