Aiman pergi ke SRC hari ni untuk ambil album promosi Coda yang akan dikirimkan ke semua stesen radio dan juga pihak media. Harap album ni diterima baik dan Coda dapat mengumpul para peminat mereka sendiri.
Balik kerja singgah di NN dengan D.J dan Aiman. Baru lepas pekena secawan teh o, Papa dah datang menjemput aku. Ada urusan dengan Papa sekejap, sebelum balik ke rumah.
Baru je plan nak mandi, A.Z dah sampai. Aku, D.J dan A.Z ke rumah Boss, malam ni ada latihan tarian untuk ABPBH.
Latihan start jam 8.30pm sampai jam 11pm. Perut memang dah berkeroncong sebab petang tadi aku tak sempat nak mengalas perut. Balik dari hantar Boss, aku, D.J dan A.Z serang gerai tomyam dan makan dengan kenyangnya.
Lepas makan, masing2 rasa mengantuk, amat jarang sekali kami akan merasai benda yang sama pada waktu yang sama. Dalam perjalanan balik ke rumah, masing2 dah terbayang katil, tilam dan bantal.
Sampai ke rumah, aku jenguk bilik Put'a dan Nabil. Tiba2 aku nampak Put'a masih tak tidur lagi, dia pun terkejut bila nampak aku masuk ke bilik. Eh....dia menangis rupanya. Hairan juga aku.
Aku: Mengapa Put'a nangis?
Put'a: (dalam keadaan terkulat2): Tadi kita dah tidur, pastu kita terjaga.......
Aku: Yelah..ngapa nangis?
Put'a: (masih terkulat2 cari jawapan): Kita....kita....takutttttt
Aku: Ler..takut apa?
Put'a: Kita takut, Nabil dah tidur, kita tak boleh tidur.
Aku: Ala...Nabil kan ada kat sebelah tu, takyah takutlah, tidur je..baca Al-Fatihah dan 3 Kul.... Put'a: (Sambil mulut terkumat kamit, dia menarik selimut dan tutup muka......) Ok.
Itulah Put'a yang penakut. Dia ni memang amatlah penakut, kalau adik dia takde, dia sanggup berjaga sampai adik dia masuk tidur dengannya. Kalau nak minta tolong dia naik ke bhgn tingkat atas rumah untuk ambil apa2, jangan haraplah...dia penakut, kalau paksa juga, dia akan ajak Nabil ikut.
Alahai anak omak!
8 April-Jam 11am, aku, D.J, Saida dan A.Z ke rumah Boss. Hari ni Boss ada rakaman program Jangan Tidur Lagi di NTV7, Glenmarie, Shah Alam. Saida dan Sairah dijemput sekali untuk memeriahkan program.
Sampai di NTV7, kami dijamu makan tengahari terlebih dahulu. Kemudian Boss mula mekap, Saida juga kemudian barulah Sairah sampai. Sambil mekap, sempat juga pergi `sound check' dengan pemuzik.
Jangan Tidur Lagi musim baru hanya menampilkan Adlin sebagai host. Soalan2 yang ditanyakan kepada Boss juga santai dan aku suka dengan pertanyaan2nya. Di luar dari lingkup pertanyaan biasa.
Nabil sempat bergambar dengan Boss semasa `sound check'.
Gaya Boss untuk tampil di Jangan Tidur Lagi TV3
Boss juga menyampaikan lagu Biarlah Rahsia dan Seindah Biasa secara medley dan juga lagu Di Taman Teman sambil bermesra dengan penonton. Ada juga `followers'' blog ini yang dikacau oleh Boss dan disuruh menyanyi.
Selepas rakaman tamat, kami terus ke Pavillion kerana Boss ada janji dengan client dan suami di sana. Aku tak join perbincangan Boss dengan client kerana belikan barang Boss. Aku, D.J, A.Z dan driver suami Boss, F, sempat lagi makan di `food court' di situ.
Jam 8.50pm, kami bertolak pula ke tempat latihan tarian untuk ABPBH. Iszal dari Butik Citra juga bawa baju Boss untuk persembahan ABPBH untuk `fitting'. Sambil tu Boss cuba juga pakai baju itu semasa berlatih menari bagi mencari kesesuaian.
Aku, Saida dan Sairah ada pertemuan dengan penerbit dan komposer A untuk membincangkan pasal album duo mereka. Curi masa waktu Boss sedang latihan, kami buat meeting di restoran berdekatan.
Lepas latihan hantar Boss ke rumah dan jumpa dengan emak mertuaku yang bermalam di rumah Boss. Jumpa, borak2 kejap dan balik ke rumah. Tiap malam pun akan rasa mengantuk sangat...jarang aku tidur awal. Sekarang ni sampai rumah, buat apa yang patut terus bungkam tidur.
Perkembangan yang baik??? Ya..sempat aku payah nak lelap mata awal.




Sempat pose dulu sebelum keluar rumah.
Nazreen mengambil ukuran badan Saida untuk menyiapkan baju untuk ABPBH pada 12 April nanti. Ada pula yang enter frame kat belakang tu.
Segala macam aksi sewaktu sidang media di Quality Hotel.




Menziarah pusara arwah abah sebelum berlepas pulang ke KL besar, aku, Papa, Saida, Boss dan anak saudara sepupu. Sairah tiada dalam gambar kerana dia jadi jurugambar.