Tuesday, March 10, 2009

xtvt Sirah Junjungan

8 Mac-Bangun awal....siapkan memasak cepat2 sebab nak bersiap ke rumah boss. Hari ni ada latihan di IB. Jam 9.30am, aku dah siap, tunggu A.Z je. Nasib baik aku telefon dia, rupanya mamat ni terlajak tidur. Haii...mimpi apalah tu, jam 9.30am pun belum bangun lagi. Dah janji dengan boss jam 10am sampai kat rumah dia. Sementara tunggu A.Z sampai, aku pun makan nasi dulu. (paginya makan nasi????....hehehheh...nanti aku ceritakan).

Kesian A.Z..kelam kabut dia pagi ni, jam 9.45am dia sampai kat rumah aku dan terus pecut ke rumah boss pula. Dalam perjalanan, aku telefon Kak Erma tanyakan situasi di IB dan pukul berapa boss boleh bergerak dari rumah. Selalunya kalau acara macam ni, janji pukul 10am, terlajak jam 11am latihannya.

Kak Erma minta boss bergerak jam 1030am ke IB. Aku sempat temankan A.Z makan dulu di restoran mamak biasa tu. Kemudian baru ke rumah boss. Sempat lepak temankan boss dan suami makan dulu, ada last minute plan pula....ke HAP terlebih dahulu.

Selepas keluar dari HAP, barulah ke IB. Lepas buat latihan, kami dijemput makan tengah hari pula. Sambil makan, sempat juga berbincang dengan ustaz (panggilan untuk ex-kumpulan Brothers yang banyak ajar sebutan Arab yang betul dalam lagu2 untuk Sirah Junjungan) dan juga Kak Erma.



Dua aksi boss sewaktu latihan Sirah Junjungan di Istana Budaya.

Rupa2nya lepas makan, pemuzik berhenti latihan dengan penyanyi. Bersambung pada jam 6.30pm pula. Boss terus plan join suami dan anak2 tengok wayang di Pavillion. Aku, D.J dan A.Z memang tak nak tengok wayang, jadinya boss minta kami tolong belikan persalinan untuk `full dress' malam nanti.

Kat Pavillion memang tak ada butik nak beli baju ala jubah, nak balik ambil kat rumah boss takut pula `jam' bila nak ke area Bukit Bintang semula...sudahnya kami ke Sg.Wang/Bukit Bintang. Ada masa 2 jam sebelum boss habis tengok wayang.

Aduhai..bukan senang nak cari baju ala jubah yang sesuai kat sini....akhirnya ke Seleksi Akma lagi, nasib baiklah ada sehelai yang bersesuaian. Aku belikan juga tudung dan kasut untuk boss. Kat Seleksi Akma ni aku borong lagi 6 helai tudung Ekin yang aku beli semalam..kali ni ada warna pink `awning' nya...hehehhehe..ada harapan boleh pakai ni.

Ke Pavillion ambil boss..........dia, suami dan anak2 keluar awal dari panggung, katanya cerita amatlah membosankan.

Sampai di IB, sambung latihan lagi dan kemudian bersiap2 pula untuk acara `full dress' pada sebelah malamnya. Kata Kak Erma, walaupun full dress tapi ada penonton dan kebanyakannya terdiri daripada anak2 yatim dan juga dari rumah kebajikan termasuk rumah orang2 tua.

Boss bersiap biasa2 saja, tak adalah nak make up macam malam show, lagipun untuk acara ni, boss hanya muncul 2 kali sahaja. Kalau pada pementasan boss sendiri pada 18-20 Mac nanti, barulah banyak kali boss muncul menyanyi dan berselawat.

Balik tu semua orang memang dah penat, takde singgah makan macam selalu. Lagipun sebelum habis show, boss sempat kirim beli makanan pada Aiman dan kami pun makan sama.

Kat rumah, aku tidur awal..lagipun sunyi Papa tak ada...Papa balik ke KL kecil siang tadi dan Put'a pula tidur kat rumah Saida.

9 Mac-Kalau fikirkan aku duduk seorang je kat rumah ni, memang rasa malas sangat nak bangun awal2 pagi. Tapi tak bolehlah kan..nak ambil juga berkat Maulidurrasul. Subuh yang dingin hadiahkan Al-Fatihah, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kemudian siapkan sarapan dan makan tengah hari anak2. Aku sambung tidur lepas tu. Papa telefon barulah aku tersedar. Kata Papa, dia dan emak kat kubur arwah abah, ada tahlil di situ dan kemudian ke majlis sambutan Maulidurrasul di rumah anak angkat arwah abah.

Sepanjang hari aku duduk dalam bilik saja, tengok tv, baring2, makan2 dan jam 6pm barulah ke rumah boss dengan A.Z dan D.J. Haaaa....nak tau mengapa aku makan nasi pagi kan??? Tertulis kat entry di atas.....

Nilah rahsianya.....Sambal Ikan Bilis Serai. Sambal ni memang membuatkan aku teruja dan berselera malah boleh makan nasi berkali2. Kalau ramai yang semakin teruja dengan Sambal Hitam yang ada kat restoran aku tu tapi sambal serai ni pun kalau jual kat sana rasanya boleh laku juga.

Heheheh..kena simpan dululah resipi ni ya.Nanti kalau ada rezeki buka branch baru bolehlah perkenalkan sambal ni pulak.

Aku bawa bekal sambal ni masa nak ke rumah boss. Singgah makan kat restoran mamak biasa tu dan aku order roti canai. Aku makan roti canai cicah sambal ikan bilis serai yang aku bawa tu la. Macam biasa, habis 2 keping roti canai..berselera sekali....hehehehehh....



Aku dan sambal ikan bilis serai. Inilah rupa sambalnya....menyelerakan. Cara masaknya simple saja tapi yang penting banyakkan cili api dan juga serai...bagi garing2 sikit ikan bilis tu...Fuh!!!! Tengok aku sanggup bawa bekal sambal tu untuk makan kat restoran mamak.

Ni gelagat dua orang yang tengah berebut makanan. Hehehehhe...ni masa A.Z dan D.J makan kat restoran mamak dengan aku...tengoklah tu...berebut2 nak makan. Mesra membawa bahagia....hehehhehe


Oleh kerana dorang ni berebut2 kat atas tu...aku pun ambil ketiga2 set roti bakar dan pelahap sorang2......ada percaya???? Gila ke nak makan 3 set tu..aku kan makan 2 keping roti canai dengan sambal ikan bilis serai tu......

Ke rumah boss, tolong pilih baju untuk show malam ni. Bila boss dah siap, kami bergerak ke IB. Aku dah pesan siap2 kat Aiman belikan makanan dan letak dalam bilik boss di IB. Acara bermula sekitar 930pm. Malam ni penyanyinya boss dan Jamal Abdillah.

Boss sempat pose kat tangga rumah sebelum keluar ke IB untuk acara Sirah Junjungan.....

Gambar ni boss ambil sendiri..kat dalam bilik belakang pentas sementara menunggu giliran....

Pose lagi....biasanya kalau ambil gambar ni, boss nak tengok make up dia macam mana...menerusi gambar boleh betulkan jika terlebih ke terkurang ke....tak elok ke apa ke....


Ini sewaktu selawat akhir...boss bersama Jamal Abdillah dan ustaz dari kumpulan Brothers....Tiba2 aku terdengar macam suara boss tenggelam timbul........


Patutlah....rupa2nya boss sebak dan tak dapat nak menahan tangisan.......


Masa ni boss dah banyak kali menunduk..sukar nak teruskan selawat/nyanyian...sebak......


Pose dengan Vanida Imran selepas habis show...tengok mata boss merah lagi sebab menahan sebak di pentas tadi.....

Sekitar jam 1130pm, show malam pertama selesai. Terus hantar boss balik ke rumah. Aku tak sabar nak balik rumah aku, Papa dah balik dari kampung. Aku pun dah minta tolong Papa bawa Put'a dan Nabil gunting rambut malam tadi. Sampai kat rumah dah jam 1230pm, Papa dah lelap......hehhehe....jam 1pm dia terjaga.

Papa nikan...tiap kali nampak je muka aku, terus lapar. Hahahaha...jam 1am, sediakan makanan untuk Papa........

Saturday, March 7, 2009

Beli tudung sebagai buah tangan

7 Mac-Hari Sabtu walaupun cuti tapi bila sudah memegang peranan sebagai ibu, mana ada hari yang diistilahkan bercuti. Kalau aku cuti, alamatnya tak makanlah Papa dan anak2. Maid aku, Nor, secara terus terang dah bekerja hampir 1 tahun sebulan denganku. Berbeza dengan maid2 aku yang lain sebelum ni, Nor ni aku gredkan dalam kategori Y (jika menilai kelebihan dari A-Z. Baca: A=Teramat Bagus, Z=Teramat Lembab). Jadinya Y=Sangat Lembab.

Selama bekerja denganku hanya inilah kerja yang Nor buat, jaga anak (jaga je....), beri anak makan (itupun kena selalu ingatkan), basuh kain, jemur kain (teramatlah tunggang langgang cara dia menjemur..sekarang dah ok sikit), basuh pinggan mangkuk, cuci dapur (selepas aku selesai memasak) dan lipat/gosok pakaian.

Untuk harap lebih daripada tu memang Nor tak pandai, cakaplah berkali2 pun, hari2 pun, dia tetap `lembssss'. Jangan haraplah nak minta Nor tolong lap2 habuk, lap2 lantai, cuci bilik air hari2, jaga kebersihan anak2, tolong tengok pelajaran anak2, tolong ajar anak mengaji, leraikan bila anak2 bergaduh, tolong ganti cadar dalam bilik aku atau bilik2 lain, tolong kemaskan pakaian dalam almari dan susun elok2, tolong atur semua majalah/surat khabar yang aku beli elok2,...aduhssss..banyak sebenarnya. Banyak sangat yang memang dia tak pernah/tak reti buat.

Haaa..kalau bab memasak jangan haraplah, dia memang tak reti. Sebab tu sebelum pergi kerja aku kena memasak dan bangun awal pagi siapkan sarapan anak nak ke sekolah. Bayangkan bancuh teh o pun tak reti, entah apa rasanya.

Pantang Papa: Apa saja yang berkaitan makanan dia, minuman dia, pinggan mangkuk, gelas atau ambil ais atau potong buah utk cuci mulut-semua aku kena buat. Papa takkan ada selera kalau Nor yang buat.

Maid ni sebenarnya rezeki kalau dapat yang elok, 3 maid aku sebelum ni kira ok jugaklah. Ada bendalah yang aku boleh harap. Mengapa aku bersabar dengan Nor yang `lembssss' ni????

Aku pergi ke agensi pembantu rumah dan minta seorang maid hari yang sama juga. Maid temporari aku waktu tu lari ikut lelaki pada malam hari, jadinya aku perlukan maid juga. Kebetulan hanya Nor saja yang ada di agensi dan tak mempunyai majikan kerana baru tiba 2 minggu dari Indonesia.

Bila aku tanya itu ini, dia jawab macam ok je..macam boleh diajar tapi bila dah bekerja..aku pun boleh sakit jantung dibuatnya.

Kedua: Melayang duit tu nak bayar dia, bukan sikit2 dekat RM8k. Tak ke haru tu!!!! Sebab tula dalam makan hati yang amat sangat, aku sabarkan diri untuk habiskan kontrak 2 tahun dia bekerja dengan aku.

Pernah masa aku hantar Nor dan anak2 balik kampung, kakak aku cerita yang Nor bagi anak aku makan Coco Crunch letak atas tikar je. Bukan dalam pinggan....pengotorkan??? Sampai teruk macam tu sekali dia tak mampu berfikir.....

Hehehehe..ni kira entry mengumpat ke????? Berdosalah aku kan. Takpe bila Nor balik kampung tahun depan, aku minta maaflah dengan dia nanti.

Alamak terbabas pula aku ni bercerita pasal maid...ok ubah topik pulak ya. Pasal hari Sabtu nilah, lepas siapkan makan anak2 dan kami makan bersama anak beranak.

Lepas tu Papa tanya, nak keluar tak??? Mmmmm..mahunya tak hendakkan! Ok...aku ada tujuan, nak beli tudung..tudung apa ya namanya..ala tudung yang stail orang sekarang ramai pakai tu. Tudung Ekin ya??? Yelah lebih kuranglah tu.....

Setelah bertingkah dengan Papa kerana memilih haluan hendak ke mana, akhirnya kami memilih Sg.Wang/Bukit Bintang.

Memula cari ATM kat Bukit Bintang, semuanya `out of service'. Cari ATM kat Sg.Wang pula, kena beratur panjang. Lepas tu kami anak beranak makan2 kat Delifrance.

Kemudian ke Butik Seleksi Akma, kepunyaan sepupu Papa. Aku borong 8 helai tudung Ekin dan Kak Chik, tuan punya butik beri aku sehelai tudung percuma. Terima kasih!

Lepas dapat apa yang nak dicari, Papa pun dah tak tahan layan karenah budak2...heheheh....selalunya memang akan peninglah. Sebab tu kalau pergi shopping, aku suka sorang2 je..senang dan cepat.

Sebenarnya tudung2 ni aku belikan untuk kakak2 dan kakak2 iparku. Kebetulan kakak aku yang kat restoran tu nak balik kampung malam ni, jadinya aku kirimkan tudung2 tu. Seronok rasanya bila dapat berikan sesuatu untuk ahli keluarga, mungkin kat KL besar ni kita tak heran dengan tudung macam tu tapi kalau kat kampung tentulah ia sesuatu yang mereka juga nak cuba kan!

Minggu ni tak jadi balik kampung, minggu depan dah cuti sekolah..insyaAllah aku akan balik 2, 3 hari..jenguk emak aku di kampung dan juga jenguk emak mertuaku serta pusara bapa mertuaku.

Friday, March 6, 2009

Pergi Tak Kembali

6 Mac-Sebelum jam 12am, aku memang bagitau Papa supaya bawa balik makanan bila dia selesai memancing. Tak sangka pula, Papa balik lambat. Aku lupakan niat nak makan dan terus tidur.

Bila Papa balik jam 3.30am, dia kejutkan aku dan paksa aku makan nasi goreng yang dia beli. Aduhai..nasi goreng ke? Aku yang sedang mengurangkan makan nasi sebelah malam ni ......terpaksalah makan juga, kesian Papa dah belikan.

Dua hari ni, aku terima berita dua orang yang kukenali meninggal dunia. Semalam tentang saudara Arzmy, orang kuat di syarikat rakaman EMI suatu ketika dahulu. Tak sangka pula beliau akan pergi buat selama2nya, rasanya baru sangat lagi aku berbicara dalam telefon dengan beliau dan juga mendapat emel daripada arwah.

Arwah ni memang seorang yang baik hati, nak kata aku kenal dan rapat sangat dengan arwah...tidaklah juga. Apa yang membuatkan kami saling kenal adalah atas dasar kerja. Beberapa tahun lalu, arwahlah yang berjumpa denganku untuk bertanyakan projek lagu duet boss dengan Thoo Phat, Dua Dunia.

Arwah yang bersungguh2 mahu projek tersebut dapat dijayakan dan Alhamdulillah boss bersetuju untuk berduet dengan Thoo Phat dan gandingan mereka mendapat sambutan baik.

Bila boss mengadakan konsert tribute untuk Allahyarham Sudirman, arwah Arzmy juga banyak membantu kerana ketika itu beliau bekerja dengan EMI, syarikat di mana Allahyarham Sudirman bernaung.

Beberapa bulan lalu, arwah ada menelefon dan itulah kali terakhir aku bercakap dengan arwah. Ada projek baru yang cuba ditanyakannya kepadaku di mana arwah sudah berpindah tempat kerja tapi masih dalam bidang hiburan. Mungkin perbincangan lanjut mengenai projek itu tidak begitu berjalan kerana faktor waktu dan juga kesibukan boss menyiapkan album terbarunya ketika itu.

Itulah serba sedikit kenangan aku dengan arwah.... Al-Fatihah buat arwah Arzmy.....

Hari ini pula, khabar pemergian saudara Zubir Ali aku terima. Rasanya terlalu baru bertemu dengannya sewaktu majlis pelancaran album boss, Lentera Timur pada 15 Disember yang lalu.

Secara jujur, aku memang menyenangi dan mengagumi arwah Zubir. Lagu-lagu puisi dan lirik puitis beliau begitu memberi makna. Barangkali dua tulisan lirik arwah dalam album boss yang terbaru adalah antara lirik2 terakhir yang beliau tulis. ``Bulan Yang Mesra'' dan ``Rasa Antara Kita'' adalah lirik lagu yang terhasil untuk melodi lagu ciptaan Khairil Johari Johar yang terilham sewaktu program Cipta Ekpress-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza di Port Dickson, Januari 2008.

Antara banyak karya, dua karya beliau ini terpilih untuk dimuatkan dalam album Lentera Timur. Sepanjang proses menghasilkan album ini, aku sering juga menelefon arwah terutama mengenai kontrak dan pertemuan bagi membincangkan lagu tersebut.

Sewaktu arwah bertemu boss iaitu ketika boss mengadakan sesi bertemu dengan semua komposer dan penulis lirik bagi semua lagu yang dimuatkan dalam Lentera Timur, masih terbayang bagaimana arwah menceritakan tentang lirik2 yang diberikan dan apakah maksud di sebalik lirik tersebut.

Arwah mahu boss menyampaikan dengan penuh penghayatan apabila menyanyi kerana itulah arwah menerangkan maksud lirik2 tulisan beliau itu.

Sewaktu majlis pelancaran album boss juga, aku sendiri bertemu dengan arwah di pintu masuk dewan dan membawanya ke meja yang dikhaskan untuk komposer dan penulis lirik. Barangkali itulah kenangan terakhir aku melihat dan bertemu dengan arwah. Al-Fatihah buat arwah Zubir....

Pemergian demi pemergian amat menginsafkan. Dalam waktu yang terdekat ini orang yang aku sayang dan aku kenal telah kembali ke alam barzakh. Entah bila pula masa kita......

Berbalik kepada cerita aku hari ini, selepas A.Z solat Jumaat, aku, D.J dan A.Z ke rumah boss dan kemudian ke Istana Budaya untuk latihan Sirah Junjungan. Ada plan baru yang dibuat Kak Erma Fatima iaitu show pertama ada 9 Mac akan melibatkan semua artis. Setiap artis hanya menyampaikan satu lagu dan show ini lebih bersifat ``press preview''.

Sewaktu boss sedang berlatih muzik, suami boss, DSK, datang menjengah. Bila selesai, kami diajak pergi makan. Restoran Arab tempat sambutan hari lahir Ali dan ibu mertuaku pada Disember lalu menjadi lokasi kami iaitu di Al-Rawsha.

Oleh kerana aku masih kenyang, aku tumpang makan apa yang boss order saja. Balik tu singgah pula di sebuah kedai runcit a.k.a pasaraya untuk membeli barangan keperluan rumah/dapur boss. Sudahnya A.Z jadi tukang tolak troli, aku tukang ambil barang yang dikirimkan oleh maid boss dan D.J tolong2 letakkan barang dalam troli. Boss pula cari dan pilih barang2 yang dia nak beli.

Lepas hantar boss balik, kami hantar D.J pula ke rumah kakaknya sebab dia nak balik kampung esok. Plan asal aku nak balik kampung tak menjadi kerana boss ada urusan kerja.

Sampai di rumah dah jam 9.30pm, aku terlepas 30minit menyaksikan Gelanggang Akhir Raja Lawak. Jangan tak tau, aku memang penggemar program ni dari musim yang pertama lagi. Bagi aku program macam ni bagus kerana ia terkeluar daripada lambakan program mencari penyanyi.

Sempat jugaklah aku menyaksikan aksi2 Amir, Jihan dan kumpulan Sepah. Aku sebenarnya frust sebab kumpulan LNJ tak dapat masuk final. Aku dapat rasakan LNJ boleh beri saingan kepada Sepah sebab `kepala' dorang ni lebih kurang sama je..tak kering idea. Amir bukan tak bagus tapi biarlah gelanggang akhir kita dapat saksikan sesuatu yang hebat supaya ada cabaran.

Tahniah kumpulan Sepah, akhirnya berjaya bergelar Juara Raja Lawak musim ke 3. Lepas Sepah menang, aku terus telefon Papa yang berada di kolam memancing. Papa pun yakin Sepah boleh menang.

Industri memang memerlukan lebih ramai pelawak. Sebenarnya amat kurang pelawak yang cemerlang sekarang ni. Mungkin kita akan ketawa melihat aksi atau memek muka atau bahasa badan seseorang pelawak tapi susah benar nak cari pelawak yang mampu membuat kita ketawa kerana idea yang keluar dari `kepala' mereka. Isi dan idea inilah yang bagi aku akan mengundang ketawa jujur dan berdekah2 dari kita ni......

Mmmmm...aku suka komen Adlin Aman Ramli malam ni. Banyak yang benar dan membina dalam komen2nya. Aku memang sukar nak bendung rasa respek aku kat Adlin ni sebab dia menguasai apa yang dia buat.

Dulu, aku dan Adlin adalah pelajar tahun pertama di Akademi Seni Kebangsaan, tahun mula-mula ASK dibuka. Adlin dalam jurusan teater dan aku pula dalam jurusan Penulisan Kreatif.

Aku ingat sangat dengan tanda tahi lalat besar di pipi Adlin (sekarang dah tak ada), potensi Adlin dan ramai rakan pelajar lain di ASK memang menyerlah.

Dari semasa ke semasa aku dapat tengok Adlin amat cemerlang dalam lakonan, pementasan teater juga. Adlin ni bukan saja tau berlakon tapi boleh mengarah, menulis skrip, menyanyi dan juga tahu mengenai muzik. Kira pakejlah kalau dapat bekerja dengan beliau. (Aikkk..apasal tetiba aku angkat Adlin ni???)

Bila Adlin semakin popular dan dikenali, aku tahu Adlin terus berjuang dan cemerlang dalam bidangnya. Moga kilauan bintang tak menghanyutkan Adlin kerana aku yakin Adlin mampu cemerlang dalam kelasnya yang tersendiri.

Lepas ni Akademi Fantasia 7 pula, selalunya aku akan ikuti program macam ni tapi jarang2 sekali mengundi. Kekadang memang aku tak undi langsung, tengoklah mood aku.

Seingat aku, AF 1 dulu, konsert akhir aku undi Azizi. Pertama: Azizi orang Pahang, kedua: Aku suka dengar suara Azizi waktu itu. ketiga: Bila menyanyi Azizi tak kaku, ada saja gayanya.

Lepas tu, AF 2 pula, masa konsert akhir juga rasanya, aku ada undi Farah sekali je. Sebab nak bagilah Farah dapat no.2 waktu tu...sebab no.1 dah tentulah Zahid.

AF3, tak undi sapa2..sebab kalau undi pun dah tau Mawi menang. AF4 pun tak undi, AF5 pun masih tak mengundi. AF6..hehehhe tentulah aku ada undi juga untuk Saida lah.

Thursday, March 5, 2009

Jam Tangan Baru!!!!!

4 Mac-Hari ni tak ada yang menarik, ke opis kemudian balik rumah. Tapi teman SZ bernama ZZ kenalkan aku dengan satu program baru. D.J juga tolong ajar aku. Lihat sajalah gambar2 yang akan terpapar kat sini mulai hari ni, semuanya ada kredit.

Terima kasih ya ZZ dan D.J. Semalaman aku siapkan kredit untuk semua gambar2 yang sebelum ni ada dalam blog aku...nak masukkan semula gambar2 yang ada kredit, kena ambil masa pula.....banyak tu...huhu!!! Aku ni bila dapat `explore' sesuatu yang baru memang akan rasa seronok tapi baru satu `step' je....banyak lagi tentang program tu yang aku belum tahu.

Semalam Put'a masih telefon bertanyakan jam tangannya, sebenarnya sepanjang minggu ni memang Put'a bercakap perkara yang sama. Bukannya Put'a tak pernah ada jam selama ni tapi kata Put'a, dia tak boleh pakai jam `fancy' ke sekolah.

Apa yang diminta oleh Put'a adalah jam digital yang simple dan sesuai dipakai di sekolah. Memanglah aku dan Papa dah cari sekitar taman perumahan ni dua hari lepas tapi tak ada pula kedai jual jam.

Aku bercadang lepas waktu pejabat nak ke Leisure Mall, cari jam Put'a di situ tapi memandangkan hari mendung dan aku pun tak sabar nak balik ke rumah untuk siapkan kredit pada gambar2 dalam blog ni, hajat nak belikan jam Put'a berkubur saja.

Balik ke rumah, aku janji dengan Put'a akan belikan jam digital untuknya secepat mungkin. Nampak macam dia frust tapi dia pun tak boleh nak buat apa kan!

5 Mac-Jam 230am, Papa balik dari memancing. Macam biasa, aku mesti terjaga punya. Sebelum tidur tadi, aku dah sms Papa supaya belikan roti bila balik nanti. (Roti Gardenia dan roti berkrim memang selalu kena ada kat rumah aku ni. Selang dua hari mesti habis punya. Papa dan anak2 memang suka makan roti).

Bila balik time macam ni, Papa memang akan lapar. Aku macam biasa kena siapkanlah apa yang Papa nak makan. Aku pula tahan perut sebenarnya, taknak makan malam2 hari. Heheheh..selalunya azam ni bertahan sehari dua je.

Jam 4am, aku terlena semula. Nasib baik tak terlajak kejutkan Put'a ke sekolah. Maid aku, Nor dah kejutkan Put'a terlebih dahulu. Lepas Put'a ke sekolah, aku tidur semula. Letih sangat pagi ni dan kunci jam pukul 8.20am supaya dapat bangun sebelum Nabil ke sekolah.

Hari ni macam biasa siapkan makan keluarga sebelum ke pejabat. Aku amat senang hati bila album Coda sedang dicetak, semalam aku dah telefon SRC, syarikat pengedar album yang sama dengan boss.

Aku buat rangka sikit tentang promosi awal Coda tapi sepanjang minggu depan vokalis Coda, Faimi (bekerja sebagai arkitek) tak dapat join promosi sebab dia memang banyak kerja. Sudahnya aku plan dua minggu lagilah untuk temukan kembali Coda dengan wartawan2 yang belum mereka jumpa.

Sejak pagi tadi kat kawasan rumah aku dan opis asyik hujan, bila cuaca macam ni mestilah aku pun lemau jadinya. Papa hendak ke bengkel kereta di Bangsar, aku pun nak ikutlah sebab tak ada apa nak buat di opis. Mulanya memanglah Papa tak bagi tapi bila aku kata nak belikan jam Put'a, dia pun setuju aku ikut.....heheheh ni bukan ponteng kerja tau sebab malam nanti pun boss ada latihan kat IB dan aku kena bawa boss pulak!

Kat Bangsar, kami singgah di Bangsar Shopping Centre, ada renovasi besar2an rupanya, sudahnya kami tak jumpa pun kedai jam. Dalam perjalanan balik ke rumah, Papa singgah di Leisure Mall, memang plan asal sebelum ni pun nak belikan jam Put'a kat sini.

Belek-belek jam Put'a, tiba2 aku terberkenan pula kat jam ni....warna pink...ada ikon yang memang aku suka sangat. Tapi takdelah aku fikir nak beli...lagipun aku bukannya suka pakai jam.

Papa yang beria-ria suruh aku ambil dan beli jam tu walaupun aku pun berbelah bahagi juga. Ada sales 70%, rasanya rugi pula kalau aku tak beli. Hehehehhe....akhirnya aku dan Put'a dapat jam baru hari ni, yeayyyy!!!!!!

Aku sampai di rumah awal, jam 5.15pm. Sementara nak tunggu jam 7pm sebab time tu aku, D.J dan A.Z nak ambil boss, aku nak lelap kejap. Maklumlah memang tak cukup tidur aku malam tadi.

Aku terjaga jam 6.30pm..aduhai..malasnya rasa nak bangun, letihnya badan. Mata ni pun belum rasa nak terbuka...huhuhu.....Aku plan bergolek atas katil lagi 5 minit sebelum bangun mandi2 dan bersiap.

Tiba-tiba aku dapat sms......``Malam ni tak jadi, CT pening''.- Boss. Yahooo!!! Rasa nak melompat time tu jugak, macam tau2 je boss ni aku pun amatlah penat hari ni. Aku pun `forward' sms boss kat D.J dan A.Z.


Inilah kotak jam tangan aku tu...tak sangka dapat kotak `cute' macam ni. Sudahnya aku terlebih excited bila dapat kotak jam berbanding jam tu. Tweety pula memanglah ikon kartun kesukaan aku. Kalau dulu2 lagilah teruk..semua benda yang aku beli mesti ada gambar Tweety..

Jeng..jeng..jeng....inilah jam tangan aku, talinya warna pink..dalamnya ada gambar Tweety....sukalah aku jam ni. Suka je tau..pakai belum tentu lagi......

Inilah jam tangan Put'a, suka sangat dia bila dapat jam tu. Kata Put'a jam tu boleh kena air atau boleh pakai semasa berenang.....aku kata, tak payahlah kena air, nanti setahun dah rosak. Aku ambil gambar ni masa Put'a nak tidur...tabiat dia ni kalau dapat satu2 benda mesti bawa tidur. Ni jam kat tangan tu nak bawa tidurlah tu......Damia pula tengah bergaya dengan jam rosak......


Aku nak ambil gambar Put'a dengan jam, Damia yang terlebih gelak dan sibuk2 dekat abang dia...heheheh..dorang berdua ni akrab, muka pun sama...sebab tulah boleh `ngam' agaknya.





Tuesday, March 3, 2009

Bergotong royong amalan mulia-SNP


Aduiihhh..beratnya kotak ni...nasib baiklah aku ni srikandi..masa sekolah dulu aku sertai Kelab Silat Sendeng...siap minum minyak panas lagi...heheheh..kira terror la aku nikan....


Orang lain jenuh bergotong royong...mamat ni tidur je kerjanya..ni memang nak kena penangan penyapulah...heheheh kesian A.Z, aku yang paksa dia bergambar tidur ni. Nak tunjuk kat boss, biar kena potong gaji......


Tengoklah tangan aku ni....boleh buat celoreng askar kat muka tau....hitam legam jadinya...tu belum lagi segala jenis habuk melekat kat baju dan seluar aku tuh.....



Dalam banyak2 kerja, aku tak puas hati betul kat D.J ni, ada ke patut hanya `buka...tengok..tutup..' tu je kerjanya....patutlah sebutir peluh pun tak keluar.....iskhhhh



Inilah gaya kami setelah siap bergotong royong, amat ceria sekali...Pooh pun join bergembira ria...aikk..jangan terpedaya ya..D.J bukan atas udara tapi atas kerusi....



Walaupun gambar ni amat diprotes oleh D.J bila aku nak masukkan dalam blog ni...mungkin sebab gayanya yang agak keterlaluan, tapi aku nak masukkan jugak sebab aku lah yang melompat paling tinggi dari semua orang!!! Akulah juara.......


Tengoklah Saida tu..agaknya dia teringat gaya menari lagu `Menuju Puncak' agaknya, alamak..Aiman melompat amatlah tingginya...seperti biasa A.Z paling terbelakang sebab dia malu dengan tahap kritikal lompatannya......

3 Mac- Lepas makan tengahari tadi, ada gotong royong kemaskan tingkat bawah SNP. Team SNP yang terlibat ialah aku, Saida, D.J, A.Z dan Aiman. Sheila hanya terlibat menjenguk2 kami bekerja dan sesekali menyibuk di tingkat bawah. Arahan diterima Sheila: Duduk kat atas, pergi jawap telefon!!!! Jadinya dia berkecuali dalam tugasan hari ni.

Aku: Sheila gi naik atas, orang lepas bersalin tak boleh angkat benda berat!!!! (dalam erti kata lain, kang jatuh peranakan tuh!!!!)

Semua benda yang disumbatkan kat tingkat bawah ni diatur elok, pelbagai barang, kotak2 dari opis lama baru nak disusun elok dan juga semua koleksi boss juga disusun berdereten..heheheh macam buat acara menyusun kotak pula. Pemenang mestilah aku....dah berpuluh tahun tak keluar peluh jantan ni, hari ni semua anak pinak peluh dah terkeluar.
Dorang ni bukan nak bagitau awal2, dah la hari ni aku pakai baju putih...dah hitam legam kena habuk. Tapi tak mengapalah.....nampak sikit gaya orang bekerjakan....

Setelah puas bergotong royong, jam 4pm selesailah sudah kerja2 amal kami kat opis ni. Fuh!!! Letih jugak tapi bukannya banyak pun...sesekali kenalah pastikan segala urat saraf ni berfungsi sikit kan..!!! Kalau setakat pegang senduk kat dapur dan menaip saja, mana keluar peluh pun.....

Seronok juga sesekali macam ni, boss pun batalkan banyak acara..jadinya buat kerja2 amal kat opis ni jelah sekarang ni.....

Balik dari opis, aku dan Papa ambil anak2 kat rumah. Hari ni aku bawa Damia untuk cucuk/suntik, sebenarnya dah terlewat hampir 2 bulan. Masalah biasa aku...nasib baiklah cucuk/suntik kali ni kalau lewat pun tak mengapa.

Aku bawa ke klinik biasa, sementara menunggu giliran di klinik, Papa bawa Put'a dan Nabil makan roti canai di restoran mamak berdekatan. Aiman, D.J dan A.Z pun memang dah sedia lepak kat situ.

Alamak ngeri pulak aku rasa, biasanya kalau Damia nak kena cucuk/suntik, Papa yang akan pegang dia. Kali ni Papa tak ada, aku bagitau doktor supaya ada pembantu/nurse yang akan tolong pegangkan Damia. Aku ni bukanlah takut ke apa cuma tak sampai hati nak tengok Damia menangis atau sakit.

Masa tu aku tengah dukung Damia, doktor kata tak mengapalah...aku boleh dukung dan doktor suntik Damia masa tu. Aik senangnya....kejap je dan Damia tak menangis pun. Merengek kejap je.

Makan Sate...

2 Mac- Pagi Isnin yang haru...maklumlah, permulaan hari dalam seminggu...banyaklah benda yang nak dibuat sejak pagi2 buta sampailah aku membuta semula. Jam 11am baru sampai opis...ni kira dah lambatlah ni.
Di opis, D.J kata boss minta datang ke rumah dia awal sikit. Aku plan nak ke sana jam 1230pm, tapi dia minta jam 12pm kami dah bergerak ke rumahnya. Sampai di rumah boss, dia sedang make-up. Belum siap sepenuhnya, baru 40%. Sementara menunggu boss bersiap, aku tolong mengemas dan siapkan keperluan untuk sesi fotografi boss petang nanti.

Hari ni ada dua kerja, pertama kena menghadiri meeting dengan sebuah syarikat untuk projek boss dan kedua, ada sesi fotografi bertujuan untuk promosi program Sirah Junjungan di Istana Budaya.
Jam 1pm, aku telefon Papa, pastikan dia dah makan dan bersiap untuk pergi meeting bersama kami nanti. Papa akan pergi sendiri sebab aku bergerak dari rumah boss.

Sekitar jam 245pm, semua yang terlibat dah pun sampai di syarikat terkenal di tengah2 bandaraya ini. Meeting dan presentation berlangsung dalam keadaan santai tapi penuh menyakinkan. Rakan sekerja, Alud, yang mengetuai `presentation', aku dan boss cuma menokok tambah apa yang perlu.

Harap sangat apa yang kami bincangkan hari ini menarik minat pihak yang kami temui dan projek untuk boss ini dapat dilaksanakan dalam tahun ini juga. Doakanlah ya.....

Bila selesai meeting utama , aku dan boss minta diri untuk ke Istana Budaya (IB) pula. Papa dan Alud masih menyambung perbincangan. Sampai di IB, boss ajak makan dulu di cafe buat alas perut. Sementara menunggu boss makan, aku ditemubual oleh Bernama Radio menerusi telefon. temubual berlangsung kira2 10 minit saja dan intipatinya adalah mengenai projek `Fotobiografi' untuk boss sempena 15 tahun dalam industri muzik.

Bernama Radio berhasrat untuk menemubual boss sendiri tapi aku pun kesian tengok boss yang `rushing' hari ini. Lepas makan ni, kena salin baju untuk fotografi pula, kemudian jumpa pemuzik untuk `check key' untuk lagu2 nyanyian boss dalam Sirah Junjungan nanti.

Fotografi diadakan untuk Berita Minggu (Bi-Pop), bukan boss seorang saja tapi artis2 utama yang terlibat dalam Sirah Junjungan iaitu Vanida Imran, Jamal Abdillah dan Amy Search. Ada gambar solo, ada juga gambar beramai-ramai.

Sebelum balik, boss berjumpa dengan pemuzik terlebih dahulu. Ambil `key' yang sesuai dengan suara boss, maklumlah artis2 lain yang terlibat adalah penyanyi lelaki, mereka memang tidak ada masalah untuk menyanyikan lagu2 yang telah dipilih. Sebagai penyanyi wanita, boss kena sesuaikan `key' untuk setiap lagu yang akan dinyanyikan kerana rata-rata lagu tersebut dendangan penyanyi lelaki.

Selepas setengah jam, semuanya selesai. Kak Erma Fatima, penerbit dan pengarah Sirah Junjungan berikan boss jadual, kira agak suntuk juga masa yang boss perlukan untuk hafal lagu dan yang penting menghadiri latihan.

Dari I.B kami menuju ke rumah boss, nasib baik jalan tak sesak lagi walaupun waktu orang balik kerja. Tapi dari rumah boss ke rumah kami pula yang jalan memang `jam' A.Z cadangkan kami minum2 dulu di restoran mamak berhampiran rumah boss sebelum balik. Aku order sate 15 cucuk, makan bertiga. Senja hari makan sate ayam/daging/nasi impit...heheheh..sure lepas ni berat badan aku naik lagi kan? Cuba baca entry sepanjang minggu lalu, setiap malam makan nasi...huhuhu......

Sampai je kat rumah, aku bergolek2 dulu dengan Damia depan tv. Put'a macam biasa belum `study' walaupun esok ada ujian lagi kat sekolahnya. Anak lelakikan...kalau tak disuruh, payah benar nak belajar.

Hai..malam ni Papa mungkir janji...huhuhu...nasib baiklah `mood' aku ni ok walaupun Papa tau aku mesti tak ok punya......apa2 pun kenalah `ok' juga kan...(apa daaa ayat aku ni....)
Aku tertidur awal...terkejut jam 2am...berhempas pulas untuk tidur semula...

Sunday, March 1, 2009

Konsert Sinar Maulidurrasul

26 Feb-Hari ni di pejabat saja. Tak banyak kerja pun sebenarnya. Aku ajak Papa makan tengah hari di RS, D.J dan A.Z pun ikut sama. Lepas makan balik ke pejabat semula. Aku janji dengan Papa malam nanti nak keluar beli barang2 dapur.

Balik dari pejabat, aku tengok Papa nak berehat dulu. Lepas Maghrib, kami anak beranak ke Giant dan beli apa keperluan yang patut. Yang banyaknya adalah barang2 Put'a yang nak pergi kursus Sabtu nanti.

Kat Giant ni tak banyak barang basah yang boleh dibeli, aku lebih suka di Econsave, sudahnya aku beli apa yang perlu saja. Barang2 lain memang cukup lengkaplah beli di sini.

27 Feb-Ada temujanji dengan Iszal, Butik Citra di Ampang Point untuk tengok baju2 yang boss akan pakai untuk Konsert Sinar Maulidurrasul malam esok. Jam 1030am bertolak dari rumah dengan A.Z dan D.J dan singgah ambil Saida di rumahnya, kemudian terus ke rumah boss.

Memang pagi2 ni perut berkeroncong tapi takut terlambat ke temujanji pula nanti. Biasanya kalau ke rumah boss, kami akan singgah makan dulu di restoran mamak berhampiran. Oleh kerana boss dah pun bersiap sedia, hajat untuk makan pagi tu terpaksalah dilupakan.

Sampai di rumah, boss ajak aku jumpa dengan maid baru. Kiranya ni maid khas untuk temankan dan bantu2 emaklah nanti. Takdelah muda sangat, dalam 36 tahun je umurnya tapi nampak macam orang dah berusialah. Lagipun kami memang cadangkan supaya ambil maid yang berumur, kalau yang muda2 ni susahlah...nanti lagi menyusahkan emak adalah.

Lepas sesi `brainstroming' dengan maid tersebut, kami terus ke Ampang Point. Pantas je cuba baju, Butik Citra taja 3 pakaiana untuk boss malam esok tapi tudung kepunyaan boss sendirilah.

Oleh kerana kami memang kelaparan sejak pagi, boss pun join makan tengah hari kat restoran berdekatan rumahnya. Selesai tu segera balik ke rumah boss kerana dia harus bersiap2 untuk ke acara petang ini di MPH Bookstore, Mid Valley. Sementara A.Z pergi sembahyang Jumaat, boss pun bersiap2 untuk make up.

Jam 2.45pm, kami bertolak ke Mid Valley, sampai di sana dah ramai yang menanti. Boss terus dibawa masuk ke bilik menunggu. Aku sempat pula meninjau2 ruang majlis pelancaran buku The Pink karya Aziah Jasmin.

Boss sewaktu duduk di barisan VIP sewaktu mula tiba di ruang majlis pelancaran....


Boss sewaktu melancarkan buku The Pink.....gambar inilah yang aku ambil mengunakan kamera pink ZZ tu.....


Sekitar jam 3.40pm, majlis pelancaran buku dimulakan. Boss diberi penghormatan untuk melancarkan buku The Pink. Namun ada perkara yang tak ku duga berlaku, ada peminat boss dari SZ yang katanya terkilan kerana aku tidak mahu membantunya mengambil gambar boss. Luahan rasa tak puas hati itu dinyatakan dalam SZ.

Sedangkan pada ketika itu, aku dan team SNP terlupa membawa kamera, dan aku meminjam dari seorang warga SZ yang kukenal iaitu ZZ. Tujuan aku meminjam kamera itu adalah untuk mengambil gambar bagi dimuatkan dalam blog ini dan juga untuk simpananku. Sebenarnya aku sedng menyiapkan fotobiografi sempena 15 tahun boss dalam industri muzik. Sebolehnya aku tidak mahu terlepas mengabadikan gambar untuk sebarang acara boss tapi aku dan team SNP terlupa membawa kamera hari ini.

Justeru itu, peminat tadi berfikiran yang aku membantu peminat yang kukenal sahaja untuk mengambil gambar sedangkan dia tidak kubantu. Aku sendiri tidak berniat begitu, dan aku juga awal2 lagi sudah meminta maaf kepadanya kerana tidak dapat membantunya kerana aku sedang mengambil gambar untuk koleksiku.

Namun hati orang siapa yang tahu, barangkali ekoran rasa tak puas hati itu dia menganggap aku begitu. Memang aku tidak mampu memuaskan hati semua orang tapi aku tahu niat dan situasi aku. Alhamdulillah, bila melihat ke laman SZ, ramai peminat yang seolah memahami situasiku dan tidak beranggapan seperti peminat tadi. Pengalaman adakala mengajar tetapi bagi aku yang sudah hampir 14 tahun bersama boss, tidak mungkin aku akan mampu memuaskan hati semua orang meskipun memang aku telah berusaha sebaik mungkin. Sebagai manusia aku tidak sempurna tetapi untuk menjaga hati para peminat boss adalah tanggungjawabku. Mungkin kejadian hari ini di luar sangkaanku tapi tidak mengapalah.......

Selesai acara di Mid Valley, kami bergegas pula ke Stadium Melawati, Shah Alam untuk latihan konsert malam esok. Singgah beli makanan terlebih dahulu sebelum ke stadium dan sementara menunggu giliran sempat lagi kami mengalas perut.

Latihan sebelum Maghrib sudah selesai kemudian disambung pada jam 9pm untuk acara latihan penuh. Pada ketika inilah ada peminat yang menghubungiku memberitahu tentang rasa tak puas hati peminat tadi yang ditulis di laman SZ. Bila situasi ini berlaku, aku sendiri rasa tak sedap hati kerana bila ada orang yang terluka dengan kita sedangkan kita tak berniat melukai hatinya, tentulah kita rasa serba tak kena.

Bila fikir-fikirkankan semula dan aku ambil jalan positif bahawa aku tahu apa yang berlaku dan aku tahu bukan itu niatku......

Agak lewat juga latihan selesai, sekitar jam 1130pm. Malam ini aku memang rasa mengantuk sangat. Memang susah nak buka mata, dalam kereta pun tersengguk2 aku tidur.

Sampai di rumah boss jam 12 am lebih, aku, A.Z dan D.J berangkat pulang pula, tapi D.J bercadang untuk singgah makan dahulu sebelum balik ke rumah. Di meja makan, aku sempat cuba lelapkan mata. Terukkan??? Bila mengantuk sangat, rasa malu dah tak ada. Rileks aje aku bersilang tangan dan letakkan kepala atas meja makan. Bila makanan sampai, aku makan cepat2 dan sambung tidur atas meja sementara menunggu D.J dan A.Z selesai makan.

Sampai depan rumah, A.Z kejutkan aku....hahahahah terukkan aku??? Tak pernah mengantuk macam ni. Masuk je bilik tidur, aku cuci muka, sembahyang Isyak dan terus terjelepuk....tidurrrrrrrr.

28 Feb-Aku memang dah buat `alarm' untuk bangun pada jam 530am bagi menyiapkan keperluan Put'a untuk ke kursus pengawas di Sg Congkak bermula hari ini. Memang agak kelam kabutlah, badan aku pun masih letih tapi berjaya juga kemaskan semua barang2 yang dia kena bawa. Kejutkan Put'a jam 615am, beri penerangan sikit sebelum dia mandi.

Lepas mandi, siap2kan Put'a dan kali ni aku bagi `briefing' sikit supaya dia bersedia untuk menjalani kursus ini. Aku memang risau tapi aku tahu Put'a amat berdikari. Cuma anak lelaki biasalah, boleh ke dia berkemas, simpan barang2 dengan elok, asingkan pakaian kotor dan lembap, pakai baju apa untuk acara itu dan baju apa untuk acara ini. Tapi aku dah siapkan dan berikan penerangan. Harap dia fahamlah.....

Jam 6.45am, Papa hantar Put'a ke sekolah kerana jam 7am semua pengawas kena berkumpul. Balik tu Papa sempat beli sarapan dan aku rasa lega sangat sebab boleh sambung tidur lama sikit lepas ni. Tak perlulah nak buat sarapan pagi ni....

Baru dari tidur, aku siapkan makan tengahari pula. Kemudian Papa ke Maran untuk hadiri majlis tahlil untuk arwah datuknya dan arwah abah. Emak juga ke Maran iaitu ke rumah mak saudaraku di mana wan tinggal di situ.

Aku tak dapat ikut Papa kerana boss ada acara malam nanti. Jam 6pm, aku, D.J dan A.Z ke rumah boss. Singgah makan di tempat biasa dahulu untuk alas perut. Sampai di rumah boss, macam biasa siap2kan barang2 yang hendak dibawa ke stadium nanti.

Jam 8pm, kami bertolak ke Stadium Melawati, Shah Alam. Mak mertua dan kakak ipar boss ikut sama untuk menonton. Sampai di stadium, kami terus ke belakang pentas. Macam2 yang boss buat, ada sesi fotografi, ada yang nak wawancara, ada yang nak bergambar. Sementara tu, sempat lagi boss jamah makanan yang disediakan pihak penganjur.

Konsert Sinar Maulidurrasul berlangsung hampir 3 jam, boss keluar 4 kali iaitu nyanyian beramai2 lagu Junjungan Mulia, menyanyi secara duet menerusi lagu Ketika Cinta bersama Rabbani, nyanyian solo lagu Kudus Sinarmu dan seterusnya penutup `Selawat' ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Boss sewaktu di dalam bilik persalinan....ni persalinan pertama boss..serba ungu.....


Boss bergambar kenangan dengan Ustazah Dato' Siti Nurbahyah.....di belakang pentas mereka duduk sebilik...


Beberapa minit sebelum konsert bermula....semua yang terlibat membaca doa agar acara malam itu berjalan lancar...



Boss ditemubual di belakang pentas....


Semua artis menyanyikan lagu yang pertama iaitu lagu pembukaan ``Junjungan Mulia''.



Sempat lagi posing untuk majalah Anis di belakang pentas......



Boss dan Rabbani berduet lagi ``Ketika Cinta''...........


Persalinan ke 3, pose di dalam bilik.....




Tolong boss pakai dan betulkan tudung.......


Gaya boss sebelum keluar ke pentas untuk sampaikan lagu ``Kudus Sinarmu''....


Berselawat beramai-ramai sebelum acara berakhir....

Kemas2 barang boss sebelum balik......

Selepas konsert berakhir...sidang media diadakan di bilik khas di belakang pentas..


Selesai konsert, ada sidang media. Masa inilah aku bertemu dengan Kak L dan teman dj, Erwan. Erwan yang pernah terkena dengan aku sewaktu pelancaran album Lentera Timur nampaknya geram2 bila ternampak aku. Aku dan Kak L memang suka mengusik dia. Sejak aku tahu dia terpedaya dengan aku mengenai album terbaru boss, katanya dia nak membalas dendam bila bertemu denganku satu hari nanti.

Hahahahha...bila aku jumpa Erwan, aku yang tak bagi peluang dia balas dendam, tapi aku mengusik dia mati2an. Tak terkata dia. Nampak sangat dia bengang sungguh dengan aku. Tak habis kat situ je, Kak L sms aku kata Erwan masih tak sudah2 geramkan aku dan aku pun berbalas2 sms dengan Kak L, semuanya memang mahu mengenakan Erwan. Kebetulan Erwan dan Kak L naik satu kereta, memang berperang sms lah kami.

Aku memang suka mengusik dan agaknya Erwan yang tak biasa denganku, menganggap usikan aku itu serius dan dia memang bengang denganku. Tapi aku tahu, Erwan faham dan tak ambil hati .Kak L lagilah faham kalau aku dah mengusik orang...memang akan terkena selalu. Jika Erwan baca blog ini, maaf ya....gurau2 je tau. Jangan geram2 lagi.....hehehhehe. Hahahah..tentang rambut cacak, spek berbingkai, seluar jeans..tu semua gurauan olok2 jelah..bukan betul pun.

Habis sidang media, kami terus pulang. Selepas hantar boss, macam biasa aktiviti kami tentulah makan. Kali ni tak tidur atas meja makan, boleh kawal lagi mata ni. Jam 3am, Papa kejutkan aku minta ambil makanan yang dia bawak balik dari Maran. Aduhai..mata amatlah mengantuk tapi gagahkan diri bangun...simpan makanan dalam peti ais. Sambung tidur.......

1 Mac-Hari cuti....lepas Subuh biasalah tidur semula. Memang aku berhasrat nak bangun lambat sikit hari ni tapi pagi2 boss dah telefon. Boss ajak pergi Maran dan juga minta A.Z bawakan. Aku bertalu2 telefon A.Z tapi jenis tidur mati agaknya, A.Z tak terjaga. Akhirnya boss pergi dengan suami saja ke sana.

Anak saudaraku, Amin telefon hendak datang ke rumah. Ada masalah tentang awek katanya dan mohon pandangan aku. Kelakarkan, macam pakar motivasi pula aku ni. Apa yang perlu aku bagitaulah Amin, maklumlah dia pun kenalah dengar dan faham cara berfikir `orang dewasa' macam aku ni...hehehhehe....Dah plan nak menamatkan zaman bujang rupanya tapi awek pula semacam buat hal.

Lepas borak2 dengan Amin, aku ajak dia makan. Oleh kerana mata aku ni memang mengantuk, aku naik ke bilik dan lelap sekejap. Amin pun tumpang lelap kat rumah aku juga. Jam 3pm, Papa ajak aku keluar. Damia pula nak mengikut, siap2kan Damia dan bawa dia bersama.

Hala tujuan utama ke kedai jual peralatan memancing. Sedang Papa membeli keperluan dia kat situ, Damia meninjau2 akuarium yang banyak dengan ikan. Dia memang suka tengok ikan, puas jugalah aku ikut dia pusing pusing satu kedai tempat yang penuh dengan akuarium tu.

Bila Papa selesai, kami terus ke sekolah Put'a. Bas yang dinaiki Put'a belum sampai, aku tunggu dalam kawasan sekolah. Tak lama kemudian Papa telefon, katanya bas Put;a dah sampai depan sekolah. Aku pun bergegas ke arah bas sambil tunggu Put'a turun. Nampak Put'a seronok sangat. Macam2 dia cerita pengalaman masa kursus.

Kemudian kami terus ke Econsave, beli barangan basah dan seterusnya pergi makan kat gerai tomyam biasa tu lah. Put'a pun sambung pasal kursus dia tu, nampak bersemangat sangat. Takde apa yang dia komen, semua ok..dan bila tanya apa part paling best semasa kursus, tentulah mandi sungai, kata Put'a. Ler...dalam banyak2 aktiviti, itu yang paling disukai. Ni gi kursus ke enjoy!!!!

Balik tu, Papa pergi memancing. Aku siapkan buku2 sekolah Put'a mengikut jadual esok dan juga siapkan buku2 yang dia kena study malam ni. Lepas Put'a mandi, aku minta Put'a belajar sebab esok ada ujian di sekolah. Kejap je Put'a tu belajar, sejam je...iskhhhh malas betullah. Takpelah, aku faham dia pun penat berkursus dua hari, esok pula ada ujian. Tak boleh tertekan sangatlah kan......aku minta Put'a tidur awal malam ni.