Monday, February 23, 2009

Kembali ke opis...

23 Feb-Memulakan rutin pagi dengan mengantuknya, manakan tidak, jam 615am baru aku tidur. Kejutkan Put'a, siapkan keperluannya dan aku pun mencuri waktu untuk tidur. 830am, aku bangun semula, sempat tidur tak sampai 2 jam. Kali ni siapkan Nabil pula. Aduhai punyalah susah nak kejutkan dan suruh Nabil ke sekolah. Maklumlah dah seminggu bercuti dan bila nak mula bersekolah semula, memang liatlah.

Bila Nabil dah ke sekolah, aku mula memasak. Hari ni bercadang nak pergi awal sikit ke opis, maklumlah banyak kerja menanti. Sampai di opis, taklah awal sangat, sekitar jam 1030am. Rindu aku dengan opis ni...bila nak mulakan kerja, aku jadi buntu. Tak tahu nak mulakan kerja yang mana satu.

Mula-mula aku semak jadual Coda, sms sesiapa yang terlibat dan aturkan semula jadual boss, Saida dan Sairah. Semua aktiviti yang melibatkan 4 artis ni ditangguhkan, kecuali Sairah kekal dengan satu program talk show 25 Februari nanti. Program yang menggabungkan boss, Saida dan Sairah pun aku minta ditangguhkan.

Boss minta cuti 40 hari demi menghormati pemergian ayahanda tercinta. Menerusi perbincangan dengan emak semasa di KL kecil, boss hanya akan muncul dalam dua acara sempena Maulidur Rasul sahaja. Menurut boss, lagu2 yang dinyanyikan nanti semuanya berkonsepkan keislaman dan tentunya boss ada alasan sendiri mengapa mengekalkan dua show yang sudah dipersetujui ini. Boss juga bersetuju muncul merasmikan majlis pelancaran buku seorang kenalannya dan suami pada 27 Februari nanti.

Album Coda juga jadi agenda aku hari ini. Semuanya sudah siap dan menanti beberapa keputusan akhir saja. Jika semuanya dipersetujui, album ini akan muncul di pasaran pada bila2 masa.

Tengahari tadi, Papa ke opis. Aku dapat tahu sesuatu yang kami rahsiakan daripada boss sudah terbongkar. Nak tahu apa, esoklah aku ceritakan dan letakkan gambarnya di blog ini nanti.

Balik dari opis, aku ajak Papa makan western food yang sedap sangat kat Taman Bukit Cheras tu. Chicken Chop kat sini memang enak, sebenarnya sos lada hitamnya yang mengancam. Ambil Nabil dan Damia di rumah dan bawa ke tempat makan ni. Put'a tak ikut sebab belum balik dari sekolah agama.

Chicken chop di sini memang jadi kegemaran Nabil, seronok tengok dia makan. Papa order lamb chop dan aku macam biasa chicken chop tapi guna sos lada hitam. Kalau chicken chop biasa sosnya berbeza.

Damia makan kentang goreng saja, dia tak tumpukan pada makanan pun. Asyiklah menyibuk dengan kucing2 yang berkeliaran kat bawah meja makan kami. Papa menggelarkan Damia ni `homehhh'.....kalau orang Pahang, `homehh' ni membawa maksud banyak cakap, mulut macam bertih jagung. Menggomel tak sudah-sudah.

Bila sampai di rumah, Put'a tunjukkan surat untuk dia menghadiri kursus untuk pengawas sekolah di Sg.Congkak selama 2 hari 1 malam bermula Sabtu nanti. Aku tak kisah kerana memang sudah menjadi amanah dan tanggungjawab Put'a. Lagipun biarlah dia belajar satu tapak lagi makna dalam hidup...sekurang2nya dengan kursus begini Put'a akan jadi anak dan insan yang lebih baik lagi dalam segala segi.

Saat aku menulis blog ni, Papa dah keluar rumah kerana ada temujanji dengan peguam. Macam2 hal Papa perlu selesaikan, sementelahan arwah abah sudah tidak ada. Kata Papa, selesai jumpa peguam, dia akan terus ke kolam memancing.

Oh!Ya, sudah lama aku tak ada terdetik perasaan macam ni, ada satu benda yang membuku di hati aku. Demi menjaga hati, aku kira biarlah berdiam diri sahaja namun itulah yang akan selalu merosakkan minda dan hatiku.

Jika aku punya takdir menolak, sudah tentu apa yang sedang memburu ini akan kumusnahkan menjadi debu, andai aku mampu membuang segala rasa durja, pasti takkan pernah ada sengsara melata di jiwa. Damaikan hati...buangkan segala rasa tertanya...biar yang tumbuh indah2 belaka.....

2 comments:

zaffirazaini said...

Nyum..Nyum... memang sedap western food kat restoren tu... dah lama tak pegi since pindah kajang ni... huuhu..

Anonymous said...

Andai apa yg terdetik mengganggu fikiran,tabahkan hati kuatkan iman..