Wednesday, February 25, 2009

Surprise!!!!!! Akhirnya Terbongkar.......

25 Feb-Aku siapkan sarapan Papa terlebih dahulu sebelum ke opis. Kemudian masak makanan tengahari untuk anak2. Sekitar jam 11am, aku dan Saida ke opis. Aku dah pesan kat Papa tentang meeting di opis jam 1130am nanti.

Ada meeting khusus dengan boss pagi ni. Semua perbincangan dalam meeting semalam harus dibentangkan pada boss pula.

Boss banyak bagi idea untuk memantapkan lagi kertas kerja ni.....siap tunjuk contoh video dan lain2 lagi. Bagi aku, apa yang boss bentangkan hari ini menampakkan kematangan boss dalam kerjayanya.

Seperti yang aku beritahu dalam blog ini dua hari lepas, ada rahsia yang sudah terbongkar. Sebenarnya memang kami rahsiakan sesuatu daripada boss sejak bulan Disember lalu. Idea merahsiakannya ini datang daripada emak dan arwah abah. Sepanjang `perkara' ini dilaksanakan, boss memang tak pernah tahu. Walaupun kerap juga boss singgah di opis tapi boss memang tak perasan dan tak pernah menyangka bahawa di opis ini ada misi rahsia untuknya. Setiap seorang daripada kami juga tak pernah buka mulut tentang hal ini.

Dua hari selepas arwah abah meninggalkan kami, Papa ada memberitahuku tentang wajarkah boss diberitahu hal ini. Memandangkan arwah abah sudah tidak ada, Papa berfikiran agak elok diberitahu supaya boss tidak lebih rasa sedih bila mengetahuinya lebih lama nanti.

Aku tidak kisah, beritahu boss pun ok, tak beritahu pun ok. Tapi 2 hari lepas, emak dah beritahu hal ini pada boss. Emak juga sependapat dengan Papa, tidak elok disimpan lama2 rahsia ini. Emak bocorkan rahsia ini pada boss sewaktu boss di KL kecil Isnin lalu.

Dan hari ini boss datang ke opis selain untuk meeting adalah untuk melihat `rahsia' tersebut. Heheh..berdebar2 nak tunjukkan pada boss ni. Aku dan Papa turun ke tingkat bawah terlebih dahulu, nak snap reaksi boss bila tengok `rahsia' itu nanti.


Ini aksi boss yang konon2nya terkejut..padahal belum sampai pun lagi. Baru menuruni tangga untuk melihat rahsia itu. Bersama boss D.J dan Saida.

Aksi boss di anak tangga terakhir sebelum dibawa menjengah rahsia itu. Haii..urut dada nampak..hehhehehe...sabar...sabar ya......



Inilah rahsia tersebut, boss dah pun melangkah masuk ke `studio latihan/rakaman' yang sedang dalam pembinaan. Sudah siap 75% sebenarnya.......Boss sedang diberi penerangan oleh Abang Jie yang bertanggungjawab membuat renovasi studio ini. Ini adalah ruang untuk rakaman vokal, rakaman muzik dan latihan.



Aku, Saida dan A.Z memerhati sekeliling studio, apalah yang ditenung kat atas tu..pelik sangat ke lampu kat siling tu?????


Ini adalah ruang studio bahagian dalam, tempat rakaman vokal dan sebagainya. Barang2 belum sampai sebab tu masih kosong lagi. Lantai pun masih ditutup dengan `plywood' supaya tak rosak dipijak2 pekerja yang buat renovasi ni.

Ini pula bahagian `control room' iaitu bahagian luar daripada tempat rakaman vokal tadi. Kat sini nanti ada meja, komputer, dan macam2lah keperluan untuk audio dll.



Ini gambaran bahagian dinding dan siling di dalam studio rakaman....di sini nanti ada mikrofon khas untuk rakaman suara.


Ini pula di bahagian luar studio. Boss diberi keistimewaan untuk mendekorasi bahagian ini dan dia sendiri memang dengan sukarela menawarkan diri berbuat demikian. Pemilihan cat, batu dinding, lantai, perhiasan lain di bahagian luar ini (tempat rehat atau ruang minum) akan dibuat oleh boss sendiri.

Haaaa..itulah `surprise' nya. Studio ini adalah idea emak dan arwah abah. Mereka sendiri melabur untuk pembinaan studio ini sebagai usaha meluaskan cabang bisnes SNP kerana sebelum ini kami tidak mempunyai studio rakaman.

Lagipula SNP telah menambah bilangan artis, studio ini amat bermanfaat. Boss pun tidak perlu pergi ke studio orang lain untuk rakaman vokal albumnya nanti. Dan mengikut perancangan album Saida dan Sairah akan memulakan rakaman di studio ini bila siap kerja2 pembinaannya nanti.

Studio ini terletak di tingkat paling bawah bangunan SNP. SNP merupakan bangunan perniagaan setinggi 3 tingkat setengah. Bahagian setengah paling bawah itulah terletaknya studio ini. Pintu masuk studio ini juga dari arah belakang bangunan. Tempatnya amat privasi dan memang sesuai untuk para artis mendapatkan `feel' untuk rakaman suara di sini. Kalau dalam erti kata lain, tingkat ini dipanggil tingkat bawah tanah...walaupun ia bukan di bawah tanah pun.

InsyaAllah..kalau studio ini siap sepenuhnya nanti, aku akan letakkan gambar2 terkini pula. Bercakap pasal boss tadi, memang dia sendiri nampak teruja melihat studio ini. Dia juga banyak memberi idea terutama mengenai pemilihan peralatan audio/studio kerana ia amat penting dalam perniagaan sesebuah studio.

Selepas berbincang di studio, kami kemudiannya ke restoran aku, makan-makan. Sayangnya stock ikan patin dah habis, kata kakakku, agak sukar dapatkan bekalan ikan patin sekarang ini. Sudahnya boss makan roti jala saja, itupun tak habis. Tak lalu makan sekarang ni, kata boss. Hehehehe..bagus...boleh kurus lagi.

Balik dari opis, aku ingatkan Papa supaya singgah di kedai jual makanan haiwan untuk belikan makanan kura-kura Put'a. Nasib baiklah panjang hayat kura-kura ni, sejak kami semua balik ke KL kecil hari tu hinggalah ke hari ini, kura-kura ni tak diberi makanan. Bukan sahaja kami tak ada di rumah tapi memang makanannya dah habis. Maid aku, Nor, tak pula beritahu yang makanan kura-kura dah habis, nasib baiklah aku terperasan pagi semalam.

Sedang aku dan Papa rehat kat rumah, tiba2 boss sms. Boss minta aku dan Papa datang ke rumahnya malam nanti. Paul dan Alud juga diminta datang. Boss nak ajak meeting pula pasal perbincangan kami di opis tadi dengan suaminya pula. Sempatlah rehat 2 jam sebelum bersiap2 nak ke rumah boss pula lepas ni.

Jam 940pm aku dan Papa sampai ke rumah boss, kebetulan mereka sedang menjamu selera....makan soto. Aku yang memang dah kenyang hanya makan lepat ubi kayu saja dan Papa menjamah juga sepinggan soto. Habis perbualan di meja makan, beralih ke ruang tamu. Tak lama kemudian Alud sampai, Paul pula tak dapat join meeting malam ni.

Hampir jam 12 tengah malam, meeting secara formal selesai. Alud minta diri untuk pulang ke rumah. Aku dan Papa duduk lagi bersembang dengan boss dan suami. Sekitar jam 1.30am barulah kaki melangkah dari rumah boss........




20 comments:

zaffirazaini said...

wow.. cayalah... maju setapak lagi.. GO SNP!!! bleh jadi mcm KRU music group...

Studio tu harap tak dicemari dgn kebisingan kedai makan sebelah tu... hehe...

Fairuz Selamat said...

hahahaahah.. sibuk jek zaff ni tau..
eheheh

ok.. org dah follow dah this blog...

so kfc 1 barrel for me right..

zaffirazaini said...

Kak zie... tgk si fairuz nih...!! org dh kasi chance dia view blog akak... poyo plak dia tu...

Jangan bagi dia sewa studio baru SNP nanti... hehehehe...=P

Fairuz Selamat said...

heehehehe... eleh kak azie... jgn caya ckp zaff ni... dah la dlm kelas temuduge tu dia tak kasi kitorang team ngan akmal..

ok mcm ni, kite lawan sape hafal lagu siti paling banyak, leh rasmikan rakam sore kat studio bru tu..

kin'xp said...

Nice pages!
we like your blogging style and we want to sponsor your blog.
If you want us to link your blog in our site,
put us in your blogroll and

1.send us your site/blog address;
2.send us a representative image of your blog (if you have one);
3.send us a brief description of your site.

we would be honored to advice your blog on ours!



ilinkyoursite staff
"I link your site"

Anonymous said...

Salam..hhehehe thanks Fairuz coz view blog akak...

Zaff paksa ekkk..dia ni memang gitu. Sifat Taurean sisi negatif mmg menyerlah....

Ok..enjoy n thanks again.

zaffirazaini said...

Sifat Taurean sisi negatif saya menyerlah ek kak zie??

Bagaimana pula dengan akak??
Bukan akak juga Taurean ke? huahuahua..... =P

eleh fairuz@apaichiro... takat hapal lagu CT no hal... Ha, hapal lagu saida and saerah tengok.... kahkahkah!! =D

Sangdewi said...

Ala..eksyen pulak Zaff ni, Fairuz suruh dia hafal lagu Coda...haaaa..tgk bleh tak dia!

Heheheh..Taurean sisi akak sentiasa menang punya......

Yeay!!!masih unggul ngan kemenangan.....dadadididudu

SANGDEWI

zaffirazaini said...

lagu CODA? yang mana Buai? or Bila Matamu Tersenyum? hehehe... sonang jek tu...

eh? akak sangdewi?? bila masa kita bertanding ni??

kalau akak jadi refree... memang laa akak yang menang... tak adil...!! huhuhu...

Sangdewi said...

Lagu Inggeris Coda, Farewell...ada reti???? Hahahahha......pening...pening....

Tulah lain kali jgn nak melanggar pantang larang ketakburan, kang seumur hidup tak merasa menang.

Go Fairuz Go!!!!! Hehehhehheheh

Fairuz Selamat said...

zaff ni memang , dlm erti kata pasar, sifat kepoyoon dia terserlah.. ahahahaah.. jom la kite lawan.. org ok je... kite nyanyi lgu siti dr jerat percintaan sampai la ditaman teman. nonstop.. tgok spe surviver yg sebenarnye... eheheheeh... ade berani..

waaaa... asas vokal punye pasal.!!! ahhaa

Fairuz Selamat said...

zaff ni memang , dlm erti kata pasar, sifat kepoyoon dia terserlah.. ahahahaah.. jom la kite lawan.. org ok je... kite nyanyi lgu siti dr jerat percintaan sampai la ditaman teman. nonstop.. tgok spe surviver yg sebenarnye... eheheheeh... ade berani..

waaaa... asas vokal punye pasal.!!! ahhaa

Fairuz Selamat said...

hehehehhe.. takde la kak.. zaf takde la pakse... tp memang nak follow pun... cume tak terjumpe selama ni.. eheheheh

btw, nice page, nice info... hope to see more after this

Fairuz Selamat said...

sang dewi.. jom kiter bergabung menentang zaff..!!!

zaffirazaini said...

eh??? apo ni?? alaaa... 2 lawan satu mana ADIL!!!! huwaaaaa.... kak CT tolong!!! cewaah... mcm ada kak CT... hehe...

Hidup bagaikan roda... sekejap kita diatas... sekejap kita dibawah.. ingat tu akak sangdewi... huahuahua...

En FAiruz... hyperactive awak kat sini ek?? tadi kat kelas monyok jek... hehe...

Fairuz Selamat said...

heheehehh.. tau takut zaff...
jangan sampai org ngan sangdewi bergabung...
kitorang akan bertukar menjadi lentera timur yang tak bisa terpadam dah pastu.. eheheh

memang ar aktif and hiper.. ananaahahaha

td tengah stress.. tu yg monyok tu dlm kelas...



btw how was ur class with vincent?

adakah dia masih "berat sebelah" kepada kaum lelaki aje..??

ahahahahah

Fairuz Selamat said...

Although I still haven't listened to her songs well,
but I also agree with your opinion. Siti is skillful and
rather international. I also like skillful female singers,
as Yang pa(Korea), Nat Myria(Thailand), Jade Kwan(HK)
and Mika Nakashima(Japan), but I think Siti is used to
be powerful group, so more powerful than mentioned.

Siti Fairuz Ibrahim said...

KAk Zyee..Akhirnye Dato Siti tahu jgak yea akan hal nih?bagus2...Semoge Berjaya!! =)

tuan punya hati said...

hi kak zyee, fisrt time belek blog akak.. bestnyer bc kesah akak...dhlah pink giler.. cute!!!
so boleh ida jd the third follower.. hehe...
lawaklah boss akak masa turun tangga konon2 surprise tu.. mmg sengeh sorang2lah ida kt sini..
go snp go!!1

Sangdewi said...

Salam....Buat Ida dan Ctea Fairuz..thanks coz menjengah n jadi follower blog akak...heheheh ramai lg sebenarnya kat luar sana tapi segan ek nak daftar jd followers...tak pe..janji enjoy!!! Thanks again.