Thursday, February 5, 2009

Hari yang selesa.....

3 Feb- Hari ni aku nekad nak ke pejabat ASNB kat PNB, Jalan Tun Razak. Memang buku ASB aku hilang, mungkin juga tersalah letak. Aku ajak Papa temankan aku ke ASNB, sampai di sana, aku isi borang dan yang buat aku geram apabila aku kena pergi dapatkan Pesuruhjaya Sumpah kat bangunan Wisma Central. Dulu kat dalam bangunan yang sama je, kali ni aku kena pergi ke Jalan Ampang pula.

Sampai di Wisma Central, aku tengok ada beberapa orang lagi yang pegang borang kehilangan buku dan semuanya menuju ke tempat yang sama. Aku cepat2 naik lif dan cari pejabat Pesuruhjaya Sumpah tu. Alhamdulillah...tak sampai 5 minit dah siap urusan dan aku kembali ke pejabat ASNB.

Nasib baiklah ada seorang pekerja di situ yang kenal aku dan mudahkan urusan aku kat sana. Tak perlu ambil nombor giliran malah dia tolong aku cepatkan proses dapatkan buku . Kejap saja buku ASB yang baru kini dah di tangan aku. Kali ni nak simpan baik2 dan yang paling penting aku nak simpan di tempat yang senang aku cari nanti.

Balik dari situ, aku terus ke opis. Hari ni ada kerja sikit je. Aku hanya atur jadual artis2 dan buat persediaan promosi album Lentera Timur di media elektronik.

Lepas waktu pejabat, aku tak balik terus, ada temujanji dan bercadang nak lihat lokasi sambutan hari lahir Papa esok. Mula-mula aku dah plan nak buat makan2 kat Restoran Puteri (kepunyaan Kak Habsah Hassan) kat Sg.Pencala tapi Papa cadangkan makan di restoran mamak atau nasi kandar atau yang sewaktu dengannya.

Memandangkan bapa mentua aku akan hadir sama esok, Papa memang nak cari restoran yang bapa mentua aku suka makanannya. Masa mula-mula Papa bagitau macam tu, aku rasa macam kelakar juga sebab nak buat sambutan hari jadi kat restoran mamak. Tapi memandangkan bapa mentua aku memang tak berapa nak selera dengan makanan yang bukan-bukan, aku fikir apa salahnya buat kat restoran mamak.

Boss cadangkan Restoran Kepala Ikan Kampung Pandan kat Jalan Yap Kwan Seng, katanya makanan di situ ok dan ada ruang tersendiri (bilik berhawa dingin). Aku pun pergi ke restoran tersebut dan dibawa melihat bilik-bilik yang ada. Aku pilih bilik di tingkat bawah yang rasanya lebih selesa. Setelah makanan dan bilik ditempah, aku pun balik ke rumah.

Sampai di rumah, aku menjengah ke rumah sebelah. Boss baru balik kata mak mentuaku. Saida dan anak-anak masih ada. Aku lepak dulu di situ, berborak-borak dengan mak mentua aku terutama tentang acara esok.

Jam 11 malam, aku minta diri pulang ke rumah. Tepat jam 12 tengah malam, aku sms Papa ucapkan selamat hari lahir. Papa dan bapa mentua aku macam biasalah pergi memancing. Tak lama lepas tu Papa telefon aku, sempat jugak aku nyanyikan lagu Happy Birthday buatnya.

Walaupun hati nak sangat Papa ada bersama ketika ini tapi aku faham....tak mengapalah. Cukup dengan rasa bahagia yang sedang aku miliki sekarang. Sms balasan Papa tadi pun sudah cukup memberi erti padaku.

No comments: