Thursday, February 12, 2009

Sehati Sejiwa

11 Feb-Selepas siapkan semua keperluan di rumah, aku ke pejabat seperti biasa. Pagi ini hanya minta D.J siapkan semua koleksi album boss dari awal sampai sekarang kerana akan di bawa ke RTM nanti sebagai hadiah kepada Menteri Penerangan. A juga aku dah minta hantarkan cd lagu Coda ke penerbit Remaja untuk promosi. Hanya 3 lagu saja sebab album penuh sedang menanti pengedarannya.

Aku, D.J dan A.Z keluar dari opis ke RTM jam 2 petang. Ingatkan sempat makan bila tiba di RTM tapi boss kata dia juga akan sampai tidak lama lagi. Lupakan soal makan walaupun perut dah rasa teramatlah laparnya.

Sampai di RTM, boss dan suami di bawa ke bilik mekap. Dorang dah siap mekap pun tapi `touch up' saja sikit2. Sementara menunggu siaran live Sehati Sejiwa, ada briefing sikit buat pasangan ini. Sebenarnya bukan senang nak minta kerjasama D.K kalau minta dia muncul dalam acara tv tapi RTM bertuah kali ini kerana beliau bersetuju.

Lebih-lebih lagi memang Pak Menteri sendiri yang minta mereka menjayakan rancangan ini......mereka pun tak bolehlah nak tolak.

Acara berlangsung 1 jam, ada beberapa kali `break'. Boss agak selamba kerana beliau dah biasa tapi D.K memang nampak agak nervous lebih2 lagi kali ini banyak perkara peribadi yang diajukan. Pengacara Scha juga sejak dari awal, sebelum rancangan bermula agak gugup dan terlalu bersedia terutama mengenai skrip.



Ini gambar yang diambil beberapa saat sebelum rancangan bermula. Scha masih menghafal skrip....

Alamak!!! Ni part paling aku malu, wawancara aku hari tu pun disiarkan juga. Hahaha....aku boleh dengar boss ketawa masa klip tu ditayangkan. Aku dah agak dah sebab dia pun tahu aku ni `badi kamera' sikit. Heheheh..tapi oklah, aku pun kenalah biasa2kan...rasanya taklah nampak aku `nervous'.

Gambar ni selepas acara berakhir..aku minta boss dan D.K pandang kamera aku sebab gambar ni aku akan bagi kat URTV nanti. Huzz yang minta tolong aku ambilkan gambar....

Selesai program tu, aku tak boleh tunggu dah. Ada tugas lain kat IPTAR RTM ni, opis hantar aku untuk hadiri `pitching' program. Kali ni RTM tak buat sistem tender macam tahun lepas. Aku dan team SNP balik sampai jam 3am nak sediakan semua benda tu. Sudahnya sistem tu pun dah tak relevan lagi, memang wajar pun.

Sepatutnya jam 4.30pm giliran SNP tapi aku tunggu sampai jam 6pm. Banyak juga syarikat lain yang hadir, ada yang `pitching' untuk telemovie, drama bersiri, majalah, muzikal dan banyak lagilah. Hari ni SNP `pitching' untuk muzikal. Aku tak bawa apa pun, semuanya hanya dalam otak. Setiap company ada masa 10 minit saja terangkan apa nak dibuat, bentuk atau konsep.

Jadinya aku masuk menghadap 3 orang RTM yang aku kenal masa boss buat banyak show dengan RTM. Diaorang ni kira pangkat senior la. Aku terangkan apa konsep yang hendak dibuat, tokok tambah apa yang perlu, laju macam keretapi aku bercakap, tadi pun bila aku sempat tengok wawancara aku dalam Sehati Sejiwa tu, punyalah laju sebenarnya aku ni bercakap kan?? Iskhhh kena ubah ni.

Aku kira konsep Muzikal yang aku bentangkan tadi boleh tahanlah, harap2 dapatlah ya. Tapi kalau tak dapat pun tak mengapalah sebab bukan satu dua syarikat yang datang, ada hampir 50 syarikat hari ni untuk pelbagai rancangan di RTM. Agaknya lebih kot......

Habis `pitching' aku dah tak sabar2 lagi nak balik dengan D.J dan A.Z. Memasing lapar sebab tak sempat makan dari tengahari tadi (pagi pun...). Hajatnya nak makan dekat2 RTM ni jela, maklumlah perut dah berkeroncong tapi Papa pulak telefon baru sampai KL dan dah menuju ke rumah.


Ni la skuad SNP yang pergi `pitching', gambar `blur' sebab diambil secara candid oleh D.J waktu kami menuju ke kereta......

Aku pun ajaklah Papa join makan sekali, destinasi pilihan biasalah gerai tomyam sedap kat Cheras, dekat pulak dengan rumah. Papa bawa Damia ke gerai, anak perempuan kesayangan tu memang dah rindu dengan Papa dia.

Sejak aku balik rumah semalam dia ingatkan Papa yang balik, sedangkan Papa 24 jam dari KL besar-KL kecil-Batang Kali-Kelang-KL kecil. Bayangkanlah jam 7.30am tadi, baru Papa sampai ke KL kecil. Aku dapat bayang letihnya dan jam 4pm tadi Papa bertolak ke KL besar.

Petang ni barulah dapat jumpa Papa dan makan sekali. Memang lapar sangatlah kan, makan dengan pelahapnya...heheheh..tulah lain kali makan awal sikit sebelum mulakan kerja.
Balik je ke rumah, Papa pun penat, aku pun penat, kami tidur awal..ni kira tidur matilah...

12 Feb- Jam 2.30am aku terjaga. Alamak....awal aku tidur rupanya. Papa pula terjaga jam 3am...biasalah mesti lapar punya. Aku dan Papa minum Milo panas dan makan roti. Jam 430am tadi..Papa kata nak pergi memancing. Pagi2 banyak ikan katanya. Ler...memancing lagi ke???? Huhuhuhu...oklah aku kata.

Oleh kerana susah nak pejamkan mata sebab dah terjaga, aku tidur semula selepas Subuh. Kesianganlah jawabnya.......

Aku pergi opis lewat dari biasa hari ni. Bukan apa sebab aku menonton ulangan Sehati Sejiwa di RTM jam 10am pagi tadi. Sengaja menonton semula sebab semalam aku tak berapa fokus, lagipun masa wawancara aku disiarkan, aku macam nampak tak nampak je visual kat tv sebab ramai orang depan aku. Jadinya hari ni aku pun menontonlah sekali lagi dengan sejelas-jelasnya.

Yelah..macam mana aku dengar aku bercakap semalam, macam tu jugalah hari ini. Tapi memang orang kampung aku bercakap cepat, sejak dari sekolah lagi aku dah tau yang aku ni bercakap cepat. Tapi ramai lagi kawan2 aku di sekolah rendah dahulu yang bercakap lebih cepat dari aku.

Lepas tu aku gi opis dengan Saida. Hari ni siapkan sedikit saja kerja dan juga konsep untuk persembahan `besar' boss kalau jadilah nanti. Doakanlah ya, dah lama mengidam ni...insyaAllah.
Tak banyak konsep tu yang aku ubah, memang dah lama tersedia cuma diperbetulkan dan dicantikkan saja lagi. Kalau nak tahu apa kerja yang aku paling suka buat, benda nilah. Akukan suka berangan-angan, maka banyaklah ilham yang akan terkeluar tapi selalunya batasan untuk sesuatu yang bagus adalah `fulus'. Faktor ni jelah yang selalu jadi kekangan kepada orang-orang dalam bidang ni.

Kita suka tengok persembahan artis barat, mengkagumi apa sahaja yang mereka hasilkan malah terpukau menonton apa yang ditonjolkan tetapi semua ni memang tak jadi masalah bagi mereka. Banyak pihak yang akan memberi tajaan malah mereka yakin berbuat begitu kerana keuntungan depan mata sudah dijanjikan.

Bilakah kita boleh dapat macam tu kan? Tapi aku kira boss telah melaksanakan semuanya dengan baik. Banyak yang telah dilakukannya dalam segala keserdehanaan yang kami miliki dan terupaya.

Last minute dapat pula kerja untuk Sairah dan Saida esok. Dah bahagi2kan kerja tadi, tak ada masalah. Petang ni aku cadang nak pergi beli barang dapur dengan Papa. Maid aku telefon tadi, beritahu Put'a pukul Nabil. Aku pun heran, mengapa pulak Put'a pukul adiknya? Rupa-rupanya dia marah minuman Vitagen dalam peti ais dihabiskan oleh Nabil. Sudahnya dia tak dapat minum. Kesian kan...padahal baru je beli petang semalam, sedozen tau!

3 comments:

zaffirazaini said...

sedappnyer minum vitagen... hehehe..

sedozen vitagen, bahagi 3 adik beradik, sorang dapat 4 je?? mana cukup tuu... huahuahua...

walau ape pun syabas diatas satu temu ramah yang santai.. OK LA TUE!!
=D

tuan punya hati said...

o rupanya akak pergi pitching program lepas tu, patutlah tak nampak dh lepas tue.. so gud luck lah, insyaallah dpt tue...

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih