Tuesday, February 10, 2009

Huhuhu..sedihnya


10 Feb-Tengoklah dua gambar kat atas ni, muka frust, siap ngan muncung lagi. Kepada sesapa yang dah baca entry sebelum ni mesti pelikkan, sebabnya hilang 1 entry yang dah lama aku tulis. Sedih ni.
Tadi aku nak upload gambar kat entry sebelum ni, tiba-tiba ada masalah sikit dari segi spacing, kebetulan ada A.Z kat depan aku ni, kat depan ni la..depan laptop aku ni. Tup!Tup! Entah apa yang dia tekan, entry aku yang dulu, iaitu mulai 5 Feb-7 Feb terdelete. Mahunya tak frust aku!
Dah tu, A.Z cabut lari..takut!!! Huhuhu..sedihnya, sebagai denda aku minta A.Z ambilkan gambar aku yang tengah frust menonggeng ni. Tu yang aku upload kat sini...siap ada muncung tuh! Eiii..geramnya. Aku cubalah ingat apa yang aku tulis dalam entry yang dulu..tapi ringkas jelah ya....

Pagi tadi, aku kejutkan Papa awal, sebabnya dia kena pergi ambil bapa mentua aku di KL kecil. Ada hal la anak beranak. Hehhehe..risik2, rupa2nya bapa mentua aku hadiahkan Papa set memancing yang boleh tahan mahal harganya. Kiranya ni hadiah birthday Papa baru2 ni la.
Cumanya kena ambil hadiah tu kat Batang Kali, Papa sanggup jemput bapa mentua aku di KL kecil dan terus ke Batang Kali. Khabarnya dari Batang Kali, mereka akan terus pergi memancing sambil mencuba pancing baru.
Lepas tu baru Papa hantar bapa mentua aku ke KL kecil semula. Aku pun dah siap2kan pakaian Papa, mana tau Papa tak larat dan akan bermalam di KL kecil pula nanti.

9 Feb-Pagi hari yang malas. Minta abang aku hantarkan nasi lemak dari RS. Lagipun tak banyak barang dapur yang ada, aku pun tak sempat nak pergi beli lagi. Lepas makan nasi lemak anak beranak, aku memang nak bermalas-malasan hari ni.

Bila Papa keluar nak ke bengkel kereta, aku pun pasang hajat nak cuba tidur di siang hari. Memang jarang sangat aku tidur, kalau berjaya kira oklah ni. Dapat jugak aku tidur, dalam 3 jam jugalah. Bangun je telefon Papa, ajak pergi beli barang dapur sikit.

Disebabkan hari ni aku tak masak nasi, petang tu aku masak mee hoon sup saja. Kemudian bersiap2 nak keluar, malam nanti boss ada sidang media untuk Sirah Junjungan-pementasan di Istana Budaya (18-20 Feb) nanti.

Bila nak keluar saja, hujan turun lebat sangat. Aku pun ngeri juga, kilat dan petir sabung menyabung. A.Z datang ambil aku dan terus ke restoran Arab di Jalan Damai. Tak lama lepas aku sampai, boss dan suami tiba.

Ini gaya boss pada majlis sidang media Sirah Junjungan 2, kebanyakan tetamu yang hadir semua berpakaian ala Arab.

Amy Search, boss dan Jamal Abdillah bergambar di majlis malam tadi......

Boss terlibat dengan pementasan ni sempena Maulidur Rasul dan penyanyi lain yang terlibat ialah Amy Search, Mawi dan Jamal Abdillah. Ada juga para pelakon yang menjayakan pementasan ini, semuanya diperkenalkan malam tadi.
Lepas acara makan-makan (seperti biasa aku tak makan, macam tak kena selera je), sidang media diadakan. Kemudian ramailah bergambar2 dengan boss sebelum boss berangkat pulang. Aku dan A.Z pun terus balik ke rumah, esok nak kerja..esok nak kerja.....

8 Feb-Subuh pagi aku, D.J dan A.Z dah bertolak ke Tasik Titiwangsa untuk program Selamat Pagi Malaysia. Sementara menunggu Coda sampai, kami sempat breakfast terlebih dahulu.

Hari ni Coda menyampaikan 3 buah lagu dari album mereka. Pagi2 nak kena menyanyi ni biasanya sukar jugak bagi penyanyi tapi Fahimie macam dah biasa saja. Kalau cukup latihan dan stamina memang apa jua masalah dapat diatasi. Antara satu ke lagu ada `break' dan Coda juga ditemubual. Selepas habis acara, tunggu Coda sarapan dulu.

Aksi Coda di pagi hari...ni masa menunggu giliran nak menyanyi lagu yang seterusnya....

Heheheh..ni la barisan skuad dan artis SNP....merenung jauh ke arah tasik tuh....

Bergambar kenangan bila selesai kerja. Tengok aku pakai selipar je...heheh kerja hari cuti..lagipun mana ada kerusi nak duduk kat situ, lenguh berdiri tau......

Selesai bersama Coda, kami terus pulang ke rumah. Papa ajak aku ke rumah orang kahwin, bersama mentuaku. Mula-mula aku macam ok je tapi bila fikirkan pagi tadi dah bangun awal dan petang nanti nak bekerja lagi, aku ambil keputusan tak mahu ikut.

Jam 230pm, sekali lagi aku, D.J dan A.Z menyambung tugas. Kali ni ke rumah boss pula, tapi sebelum tu singgah di Leisure Mall beli barang yang boss pesan pada D.J.

Sampai di rumah boss, tolong siap2kan barangan yang harus dibawa ke Mines. Jam 5pm sampai di Mines dan boss terus buat sound check. Malam ni boss adakan show sempena Tahun Baru Cina iaitu jalinan muhibbah selama 35 tahun masyarakat Cina di Malaysia dan juga di negara China.

Masa boss sampai, ada sekumpulan pelajar dari Beijing yang mempelajari Bahasa Melayu mengerumuni boss. Berebut2 mengambil gambar dan yang bagusnya mereka fasih berbahasa Melayu. Malam nanti mereka juga menyampaikan lagu Cindai sambil menari tarian tradisional Melayu.

Selepas boss sound check 3 lagu termasuk sebuah lagu Mandarin, kumpulan pelajar tadi memohon agar boss boleh menyanyi bersama mereka masa sound check. Kata penyanyinya, itu adalah impiannya selama ini.

Boss yang sporting turut menyanyi bersama pelajar tersebut, nampaknya lagu Cindai juga telah dijiwai sepenuhnya oleh penyanyi itu.

Selepas menyanyi bersama, boss berbincang dengan penganjur supaya acara kumpulan pelajar itu diadakan selepas nyanyian boss malam nanti. Boss berhasrat memberikan kejutan kepada mereka kerana asalnya boss hanya suka-suka berduet sewaktu sound check. Cadangan boss dipersetujui oleh penganjur.

Selepas soundcheck kami ke hotel dan bersiap. Jam 830pm ke tempat acara berlangsung. Boss sampaikan 3 lagu iaitu Ku Mahu, Yue Liang (lagu Mandarin..aku tak tau nak eja perkataan seterusnya) dan lagu dari album baru, Di Taman Teman. Boss menerima tepukan yang amat gemuruh malam itu, hampir 10 ribu orang memenuhi dewan acara apatah lagi sewaktu boss menyampaikan lagu Mandarin.

Kemudian sewaktu para pelajar dari Beijing mempersembahkan lagu Cindai, boss muncul di pertengahan lagu. Mereka memang tidak sangka malah teruja meneruskan persembahan.


Gambar boss kat belakang pentas sementara menunggu namanya dipanggil.....


Sempat lagi pose...

Aku dan Nurul Shukor (baju hijau) sempat lagi enter frame.........

7 Feb-Pepagi lagi hp Papa dah bebunyi, berdering2..banyak kali juga. Aku sengaja tak mahu mengejutkan Papa, biarlah Papa tidur lagi walaupun sebenarnya aku tahu siapa yang menelefon Papa.
Bila hari dah siang sikit, telefon Papa berbunyi lagi, kali ni aku kejutkan Papa. Hehehhe..sebenarnya bapa mentua akulah yang telefon, biasalah dah malam semalam tak pergi memancing tentulah berbayar pada pagi ini.

Jadinya sebelum Papa pergi memancing, aku ajak Papa beli sarapan di luar. Lepas tu sempat makan dulu dengan anak2.

Jam 10.30am. aku, D.J dan A.Z menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Hari ni Coda ada latihan untuk acara Selamat Pagi Malaysia, live di RTM pagi esok. Anggota yang lain dah sampai, Fahimie saja yang terlewat 2 jam.
Hari nikan orang sibuk dengan Thaipusam, laluan Fahimie dari rumahnya tu memanglah terpaksa meredah `jam' gara2 ramai penganut agama hindu nak ke Batu Caves. Malang tak berbau lah tu..tak terfikir pun boleh jadi `jam' teruk hari tu....

Sambil menunggu Fahimie, aku berjalan2 kat gerai2 sempena Karnival Hari Wilayah yang bersebelahan dengan tempat acara. Ingatkan banyak barang yang dijual, rupanya biasa-biasa saja.

Bila Fahimie dah sampai, sound check dimulakan. Hampir setengah jam, segalanya selesai. Aku dan A.Z terus pulang ke Cheras dan D.J singgah di area Chow Kit, katanya nak naik monorail ke mana entah....

Coda nak memulakan sound check....

Sampai di rumah, biasalah Damia pun terkedek-kedeklah ikut aku naik ke bilik. Kalau dalam bilik aku ni memang akan bersepahlah dia memunggah semua barang. Kali ni Damia terjumpa i-pod aku, punyalah dia hairan bila aku letakkan `ear phone' kat telinga dia.
Mula2 dia pelik sangat dan terkejut bila dia boleh dengar lagu/muzik kat telinga dia....banyak kali jugaklah dia buangkan `ear phone' tu. Dah lama tu barulah dia ok, siap berjoget2 lagi bila dengar lagu.

Tula..sebenarnya bila anak semakin hari semakin membesar dan ibu bapa juga sibuk, kekadang kita lupa nak perkenalkan sesuatu yang baru buat anak2 kita. Hari ni Damia dah diperkenalkan dengan i-pod dan lepas ni dia bolehlah dengar lagu selalu.....

Jam 8pm Papa balik memancing. Awal hari ni balik sebab aku dah janji dengan Papa nak pergi menonton aksi Coda dalam showcase di Lepaq Cafe. Memang Coda selalu buat persembahan kat sini tapi malam ni berbeza kerana Coda buat showcase dengan 1 lagi grup lain.

Jam 10pm, aku, Papa, mak mentuaku dan Put'a ke Lepaq Cafe. Sampai kat sana D.J dan kawannya dah sampai tapi penonton2 lain pun ramai. Boleh dikatakan penuhlah tempat tu dan ada yang berdiri di pinggir jalan/lorong jugak.

Coda sampaikan 6 buah lagu, 5 lagu dari album dan 1 lagu ciptaan baru mereka. Aku tengok Coda ada potensi dan karakter tersendiri. Fahimie selaku vokalis juga bijak berkomunikasi dan biasalah orang muda, ada cara tersendiri.

Asyik sangat Papa menonton, bukan tidur tau tapi menghayati.....


Coda sewaktu membuat persembahan di Lepaq Cafe.....

6 Feb-Petang semalam boss dah pesan minta aku ke rumahnya pagi ni. Aku dan A.Z ke rumah boss kerana krew RTM datang bagi mendapatkan footage boss dan suami untuk program Sehati Sejiwa live di RTM 11 Februari nanti.

Selepas selesai di rumah boss, krew RTM ke opis SNP pula. Aku siapkan video klip, keratan akhbar, album dan gambar2 yang diperlukan oleh RTM. Selepas tu RTM minta aku dan Saida ditemubual tentang boss dan suami. Seperti biasa kalau untuk siaran tv ni aku memang malu dan tak mahu, tapi kat rumah tadi boss dan suami dah pesan agar aku ditemubual.

Kalau nak cerita tentang boss atau boss dan suami, banyak sangat dan tak tahu nak fokus yang mana satu. Tapi aku ceritakan yang terkini sajalah iaitu apa yang pernah keluar dari mulut boss sewaktu aku berborak-borak dengannya sebelum ni.

Balik dari opis, singgah minum di NN. Sempat rehat kejap je kat rumah dan bertolak pula ke rumah boss sebab malam ni ada acara Malam Amal Selamatkan Anak2 Palestine di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ambil boss di rumahnya dahulu dan kemudian ke DBP. Boss nyanyikan 1 lagu iaitu Suara Sepi (Di Bumi Anbia). Persembahan boss ditaja oleh University Lim Kok Wing sebanyak RM20,000 dan tajaan tersebut disumbangkan ke Tabung NSTP-Gaza.
Boss pose kat belakang pentas sebelum keluar menyampaikan lagu Suara Sepi (Di Bumi Anbia)
5 Feb-Hari ni di pejabat saja menyiapkan jadual artis-artis. Kalau dahulu aku tumpukan pada jadual boss sahaja tapi kali ni dah bertambah lagi 3 orang. Tak mudah nak selaraskan jadual ni, kalau terlupa atau tertinggal 1, silap haribulan semua benda jadi berterabur.

Masa aku ke opis tadi, Papa belum balik lagi. Biasalah memancing. Malam tadikan lepas acara Papa pergi memancing. Sempat juga aku bergurau dengan Papa, takkan hari jadi pun tak cuti. Walaupun aku dah tahu jawapannya tapi saja aku mengusik Papa. Macam aku katalah, jadual Papa ni hanya akan statik macam ni kalau bapa mentua aku ada di KL besar.

7 comments:

zaffirazaini said...

"nice person, nice words, nice blog..nice knowing u"

copy paste jek senang...hehehe =D

Nak tanya sikit... NN tu ape ek?
hmm...

zyee said...

NN=Restoran Nurnisha kat area rumah kami ni.....

zaffirazaini said...

oooo...

zaffirazaini said...

eh?? ada sambungan lagi rupernyer....

Iskh3..sian akk kene tinggal selalu ya? Jom kite plak gi memancing... hehehe...=D

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zaffirazaini said...

huahuahua...comeynyer gambo....

kalau ada orang curi marah tak??

hehehe.... =P